Friday, March 17, 2023

Temujanji Terakhir Amani?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha bawa Amani untuk temujanji yang ketiga di klinik Ortodontik.. Doktor panggil untuk sesi perbincangan dan penerangan sebelum mulakan rawatan memasang pendakap gigi.. Sebelum ini, doktor dah buat xray dan buat acuan gigi Amani.. Melalui tu, doktor terangkan langkah seterusnya kalau nak pakai pendakap gigi.. Disebabkan gigi Amani jenis rapuh, kalau dia pakai pendakap gigi memang kena extra extra jagalah.. Kalau tak bahaya pada gigi dia.. Tambahan pula doktor kata masalah gigi dia tak adalah terlalu serius.. Gigi bahagian atas memang ke depan sikit tapi masih okay lagi.. Gigi yang tak keluar tu pun dah elok je tumbuh di celah-celah kawasan yang kecil tu.. Doktor bagi masa untuk bincang dan fikir.. Kalau okay baru maju ke langkah yang seterusnya..

Kalau Amani okay, doktor akan bubuh getah di celah-celah gigi yang perlu dicabut.. 4 batang gigi ye.. Getah tu tujuan dia untuk bagi ruang.. Lepas ada ruang, doktor akan pasang sarung besi di bahagian bawah.. Bahagian atas bersarung dan ada besi tambahan untuk pegang gigi supaya tak berganjak ke hadapan.. Lepas pasang pendakap, akan ada rutin temujanji secara berkala dan pendakap tu akan dipasang paling kurang 2 tahun.. Doktor maklumkan juga, kalau semasa pendakap tu dipasang gigi Amani bermasalah diorang akan tanggalkan pendakap.. Bermasalah disini adalah dari segi kerapuhan gigi Amani tu..

Amani yang risau.. Mak okay je mana-mama pun..

5 comments:

  1. moga yg baik2 saja utk amani...aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  3. yang rapuh tu gigi kekal ke semuanya? atau ada jg gigi susu?

    amani fikir yg terbaik, ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua gigi kekal Anies.. Gigi Susu dia semua dah luruh..

      Delete
  4. kalau gigi kekal better biar je dulu sebab banyak juga yang nak dicabut tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com