Friday, March 31, 2023

Malaysia | Nenek Bongkok Tiga (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Melayu paling mantap.. Memang layanlah.. Pelakon pun best.. Teka teki nenek dan Bukit Luruh yang mendebarkan.. Ini review untuk ep7-ep10..
Memang mengejutkan bila tahu kebenaran di sebalik apa yang terjadi pada mereka.. Kerana kerakusan pada kekayaan, perjanjian tercipta.. Manusia tetap manusia, sifat pentingkan diri tu sentiasa ada walau dalam apa keadaan pun.. Orang lain tak penting.. 

Tahniah untuk team yang berjaya buat drama yang ohsem macam ini.. 

Nenek Bongkok Tiga
Episod: 10
Tarikh Tayangan di Viu: 9 Februari 2023
Skrip: Azhar Amirulhisyam
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Produksi: Independent Pictures Sdn Bhd
Lagu OST: Selamanya Kita - Altimet & Kungfu Heidi
Watak Pelakon: Hun Haqeem, Meerqeen, Sharlie Merlis, Sofia Jane, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim

Sinopsis Nenek Bongkok Tiga
Lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi  orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah. Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran seperti bermain permainan tradisional masyarakat Melayu. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Sedikit demi sedikit, misteri Bukit Luruh mula terungkai, dan niat tersembunyi Nenek didedahkan.

1 comment:

  1. geram jugak tengok perangai samira yang buat perjanjian dengan tuan tanah sedangkan tak lah kaya mana pun. demi tamak yang sedikit tu merana seumur hidup

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com