Showing posts with label Tempat. Show all posts
Showing posts with label Tempat. Show all posts

Tuesday, October 20, 2026

Bangi Lanai Hotel, Bangi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menginap di Bangi Lanai Hotel.. Ini hotel murah yang agak okaylah untuk tidur.. Tak adalah mewah tapi cukup untuk merehatkan badan.. Harga berpatutan untuk penginapan 1 malam.. Selesa dengan harga yang ditawarkan.. Bolehlah..

Bangi Lanai Hotel,
Lot 2191-2A, Jalan Makmur, Off, Jalan Teras Jenang, 43650 Bangi, Malaysia.

Kunci dia old-school.. 

Bilik kami.. Kami parking kereta betul-betul depan pintu ini..

Ini katil pertama.. Putih tu pintu masuk.. Coklat tu pintu bilik air.. Ada kerusi, meja dan almari untuk letak baju.. Kena lalu sini untuk ke bilik kedua..

Ini bilik kedua.. Tak ada almari baju cuma tempat gantung baju dan tuala ja.. Ada sejadah dan almari solek.. Ada bilik air juga..

Almari solek..

Ini bilik air dalam bilik kedua..

Wednesday, October 14, 2026

Pekan Jumaat Sungai Bayor, Selama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan cerita baling belakang ini..

Kami gerak seawal jam 5.20 pagi.. Singgah solat Subuh di R&R Tapah dan gerak semula jam 6.30 pagi.. Kami sebenarnya dah terlewat keluar dari masa yang sepatutnya tapi okay ja.. Kita santai-santai layan suasana pagi..

Pasar ini okay untuk datang kalau korang nak merasa suasana pasar pagi yang panjang.. Tak banyak makanan menarik atau lain dari yang lain.. Kiranya untuk Sha, Sha tak jumpa tarikan yang kuat kalau nak datang lagi.. Ini kiranya pengalaman nak merasa je lah..

Makanan menarik yang Sha jumpa dekat sini apam lenggang dengan apam beras/gandum pelbagai perisa ja.. Lepas tu buah Kulim.. Elok lepas jumpa dekat pasar ini, eh ada pula yang jual dekat tempat Sha buah Kulim tu.. kikiki..

Singgah R&R Gunung Semanggol Arah Utara sekejap, minum kopi mesin dulu baru gerak balik..

Jalan asal tutup sebab nak buat jambatan baru.. Kenalah kita lalu jalan lain..

Patutnya boleh sampai lagi awal tapi masa masuk tol Alor Pongsu, jalan nak ke pasar tu tutup.. Terpaksalah masuk lebuhraya balik dan keluar tol Bandar Baharu, Serdang.. Lalu Selama Kedah baru masuk Selama Perak.. kikiki..

Temasya Pasar Pagi
Pekan Jumaat Sungai Bayor, Selama Perak.

Ini gerai mula-mula Sha beli Apam Lenggang.. Beli yang biasa 2 ketul (RM1.60) dan apam kelapa 1 ketul (RM1)..

Jumpa buah Kulim ini.. Buah ini orang guna untuk buat ubat, jadinya kita ambil gambar ja.. Buah kulim atau nama saintifiknya Scorodocarpus borneensis (dikenali sebagai "bawang hutan")..

Suasana dia macam pasar pagi biasa ja.. Cuma panjanglah..

Ini gerai yang kedua.. Lebih sedap pada Sha dan encik suami.. Sha beli yang biasa 5 ketul (RM4) dan yang cheese 1 ketul (RM1.50) sebab inti kelapa dia dah habis.. Lepas tu dia bagi extra seketul yang biasa..

Singgah makan tengah hari dekat Parit Buntar.. Sha nak makan kari sembilang, dah habis pula.. Tak ada rezeki..

Berhenti solat dekat R&R Gunung Semanggol arah Selatan dan minum dulu..

Singgah sejukkan badan dalam Dunkin' Donuts dulu dekat R&R Tapah Arah Selatan.. Sempatlah bungkus donut dan cookies untuk anak-anak..

Sha beli Apam beras rasa coklat (2 bungkus), Apam gandum (sebungkus) dengan Sagun bakar sebekas.. Apam tu 3 bungkus RM10, sagun tu RM5 sebekas.. 

Apam beras dan apam gandum memang lain tekstur dia.. Tapi Sha suka ja dua-dua.. Sagun tu pun sedap.. Rugi pula beli sebekas ja..

Sunday, April 12, 2026

Shopping di NSK Grocer @ CityWalk i-City dan Village Grocer @ Central i-City

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ikut encik suami baiki Belalang Tempur.. Sempatlah Sha membeli-belah di dua tempat iaitu NSK Grocer @ CityWalk i-City dan Village Grocer @ Central i-City.. Tempat ini bersebelahan ja dan ada jejantas sebagai penghubung.. Mudahlah nak berjalan-jalan.. 

Penuh bag beli-belah Sha..

Mula-mula kita masuk NSK Grocer ini dulu..

Ini hasil tangkapan di NSK Grocer.. Tujuan asal nak cari kacang berperisa tu ja sebab dijual di NSK sahaja.. Tapi lepas tu jumpa roti Sunshine, ubi manis dan sengkuang china.. Kita belilah juga buat rasa-rasa.. kikiki..

Ini Sha beli di Village Grocer @ Central i-City.. Kacang Tong Garden, cake dan air 100 Plus rasa Tangerine..

Thursday, March 26, 2026

6 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini Sha berjaya ziarah kubur arwah mak Sha.. Lama juga hidup tanpa mak.. Kalau tanya, Sha pun dah tak berapa ingat wajahnya.. Sha cuma tahu wajah Sha dan arwah mak saling tak tumpah.. Kemana lagi hendak di tuju kalau tak ke rumah kekal abadi mak.. 

Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang..

Dari Taman Kosas, Ampang kami lalu jalan Bukit Belacan dan naik Lebuhraya EKVE untuk ke Melaka bertemu dengan Along Sha.. 

Singgah Hentian Sebelah Hulu Langat.. Dari sini Sha pula bawa sampai ke Klebang, Melaka..

Dari lebuhraya EKVE - SILK - LEKAS - Lepas tu keluar Temiang Pantai lalu jalan lama.. Dari Temiang Pantai - Senawang - Pedas - Linggi - Lubok China - Masjid Tanah - Sg. Udang - Klebang.. 

Sampai rumah Along dalam pulul 1.30 petang.. Kami di jamu asam pedas daging.. 

Sha gerak balik dari rumah Along jam 4 petang.. Kami gerak dari Klebang terus keluar Tol Simpang Ampat - lepastu masuk Senawang sebab PLUS jam - lalu bandar Seremban - naik Highway LEKAS - Plaza Tol Setol - Turun highway SILK dulu baru ke EKVE..

Sampai Ampang, lepak jumpa Angah Sha pula.. Patutnya nak jumpa dekat Subang tapi Angah terkandas dekat Ampang lepas ziarah kubur mak.. Jumpa dekat kedai makan ja la.. Kami terus makan malam.. Jam 7.55 malam gerak balik Behrang.. Masa entry ini keluar Sha masih atas highway PLUS..

Update: Sha sampai rumah jam 9.40 malam.. Itupun sebab singgah sekejap Mr.DIY beli wiper kereta..

Saturday, January 24, 2026

Che Wok Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hotel yang kami tidur masa di Kelantan.. Daftar masuk jam 11.30 malam hari Jumaat.. Daftar keluar hari Sabtu, jam 7 pagi.. Tidur semalam ja.. Itupun agak kurang memuaskan.. Tersalah pilih hotel, tepi jalan utama.. Memang bisinglah kenderaan lalu lalang.. Bilik pula betul-betul mengadap jalan.. Ber huhuhu ja lah.. Kami cuba juga untuk minta tukar bilik tapi tak berjaya.. Layan ja lah.. Memang jenuhlah nak tidur dengan bunyi kenderaan yang bertalu-talu lalu..

Encik suami buat tempahan melalui Agoda.. Tak ada bayar deposit.. Memang bayar harga bilik ja dekat Agoda, bagi nombor booking, staf buat salinan ic dan tandatangan borang, daftar masuk dan dapat kunci berserta alat kawalan tv..

Che Wok Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

2 katil queen..

Ada almari 'build-in', sejadah dan penyakut baju..

Ada cermin, tv, cerek elektrik, 2 botol air mineral, nescafe, teh, cawan dan sofa..

Peti ais.. Lantai dia tu memang macam tu..

Bilik air ada pemanas air tapi tak panas pun, lebih pada suhu biasa.. Ada juga shampu dan sabun dalam bekas comel..

Monday, June 9, 2025

Brehut Coffee, R&R Ulu Bernam Arah Selatan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali jumpa kedai kopi ini.. Duduk ya dalam kedai Mesra Petronas di R&R Ulu Bernam arah Selatan.. Cawangan pertama katanya.. Sha cari kopi yang Sha tak pernah cuba atau nampak dimana-mana tu yang Sha ambil Rose Latte.. Pergh!! Berbaloi sangat pada Sha dari segi persembahan air tu, rasa dan harga.. Mantap.. Rasa kopi tu sangat seimbang dengan rasa ros tu.. Ngam lah senang cerita.. Rasa ros tak terlalu kuat sekadar ada untuk lidah tau yang itu adalah latte ros.. Paling syok sebab tak manis.. Memnag puas hatilah minumnya..

Rose Latte - RM13.80

Mengancamkan? Sha tengok dia bubuh layer pertama warna pink, lepas tu susu dan kopi kemudian ais dan akhir sekali cebisan bunga ros..

Cebisan bunga ros ditaburkan di bahagian atas air..

Kiosknya dalam Kedai Mesra Petronas bersebelahan kaunter..

Antara menu yang ada.. Ada juga pastry..

Monday, November 25, 2024

Eco-Bakery, Sungai Besar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalu Sha tengok entry pasal Eco Bakery ini dekat Blog Norhidana.. Boleh baca entry Dana yang Ini dan Ini.. Bukan semua tempat ada Eco Bakery ini.. Memang lama dah simpan keinginan ke sini.. Rezeki masa ke Sungai Besar Sha ternampak Eco Bakery ini.. Singgahlah cuci mata dan beli sedikit roti.. Sha naik motor jadinya tak bolehlah nak memborong sangat.. kikiki.. 

Eco-Bakery @ Sungai Besar
PT 2338, No.2 (Ground & First Floor) & PT2339 No.4 (Ground Floor), Mutiara Naga Sungai Besar Jalan MNSB1, 45300 Sungai Besar, Selangor.

Aneka pilihan roti dan pastry..

Sedap roti almond mocha ini.. 

Roti kopi ini pun sedap walaupun tak terasa sangat kopi dia.. Sha bakar dan sapu butter.. Pergh!!

Ada aneka tart juga.. Ambil gambar saja.. Tak beli pun..

Aneka kek.. Tengok je lah.. huhuhu..

Saturday, October 12, 2024

Brosco & Brew Coffee Co.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang dah lama aim nak singgah tapi selalu terlepas.. Petang semalam, berjaya juga singgah dan beli.. Awalnya nak beli Hazelnut Latte tapi tiba-tiba mata tu nampak Signature kopi dia.. Terus Sha beli.. Pergh!! Memang sedaplah.. Rasa kopi dia pekat dan ada sentuhan coklat sedikit.. Memang ngamlah dengan tekak Sha.. Nanti nak cuba matcha dia pula..

Brosco Signature: Kopi Arang Susu - RM7

Setelah dikacau..

Brosco & Brew Coffee Co., Bandar Behrang 2020, Perak

Monday, September 30, 2024

Swan Garden Resort Hotel, Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bengkel dan mesyuarat tu dilaksankana di Melaka.. Inilah tempatnya.. Kalau tengok suasana memang nampak baru lagilah.. Biliknya bersih.. Penghawa dingin sejuk, Okaylah..

Swan Garden Resort Hotel, 2, Jalan KSB 2, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka

Dua katil single, almari solek, papan seterika, seterika, tv dan penghawa dingin.. Owh ya, bilik Sha ini mengadap laut.. Ada beranda comel tapi tak adalah bangku ke apa.. Setakat berdiri tu, bolehlah..

Tempat sangkut baju, peti sejuk, cerek air, 2 botol mineral, cawan, kopi, teh, gula dan krimer..

Sinki dalam toilet.. Ada keperluan mandi dan 2 cawan gelas disediakan.. Tapi Sha lebih suka pakai barang mandi Sha sendiri..

Toilet dia memang luaslah.. Air pancut tu ada panas dan sejuk.. Lepastu laju gila airnya.. Memang syoklah mandi..

Ini ruang solat dekat dengan dewan bengkel.. Selesa dan bersih..

Tempat wuduk..

Tempat kami berbengkel.. Bahagian depan ini untuk minum pagi jam 11, minum petang jam 4.30 dan supper jam 9 malam..

Ini pula tempat kami sarapan pagi jam 7, makan tengahari jam 1 dan makan malam jam 7.. Makan style buffet.. Menunya pelbagai dan sedap.. Puas hatilah untuk Sha..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com