Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Semalam petang, selesai pendaftaran darjah 1 untuk Imani.. Ada taklimat untuk ibu bapa, pembelian baju sukan dan tanda nama, pengenalan di mana kelas dan juga pemberian buku teks.. Dapatlah 12 buah buku yang agak tak menarik rupanya.. Hahaha.. Dah 3 tahun usia buku-buku teks nie.. Dapat dekat Imani memang akan lebih selamatlah rupanya.. Hahaha.. Nampak Imani seronok nak meneruskan sesi persekolahan.. Kawan baik pun dah jumpa dah..
Mujurlah Sha sampai awal.. Awallah selesai urusan pemberian borang maklumat untuk darjah 1 dengan guru bertugas.. Kelebihan bila awal dari masa yang ditetapkan..

Tarikh : 19.11.3019
Jam : 2.30 petang
Sha siap amik cuti hari ini untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan..

Datang berdua untuk mempercepatkan urusan.. Encik suami dengar taklimat, Sha selesaikan bayaran untuk pakaian sukan dan tanda nama.. RM82 untuk 2 pasang pakaian sukan, sehelai baju rumah sukan dan 3 tanda nama.. Buku tulis dan latihan je kena tunggu bulan December baru boleh beli sebab stok tak sampai lagi..

Imani dan Qisya.. Best friend katanya.. Dapat tempat duduk no 2 berdepan dengan meja guru.. Okaylah.. Memang suruh dia duduk depan..