Wednesday, October 21, 2026

7E Crazy Wednesday

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kembali lagi dengan entry Crazy Wednesday oleh 7E.. Lepas hantar anak sekolah, terus Sha singgah 7E untuk membeli belah.. kikiki.. Kebetulan hari ini banyak promosi yang menarik dan mengujakan.. Makanya jomlah kita beli sebelum stok habis.. Kalau ikutkan banyak lagi yang ditawarkan untuk Crazy Wednesday 21 Oktober ini.. Tapi Sha beli yang Sha nak dan teringin nak cuba ja.. Ada juga yang Sha nak beli tapi dah tak ada stoknya ataupun Sha tak jumpa.. kikiki..

Aneka biskut Munchy (1 pek RM2), Sha beli 7 pek.. Mamee Chef tu beli 2 dengan harga RM4, Sha belilah 2 lontong dan 2 kari laksa.. Minuman 3in1 jenama Leon Hart tu pula RM1 ja untuk 1 pek.. Sha beli kopi 1 pek dan coklat 1 pek.. Air XP Energy Sparkling Drink tu pula RM2 untuk satu tin.. Sha beli perisa Yolo Yuzu 1 tin and Loco Lychee 1 tin.. Kesemuanya RM28 lepas diskaun.. Berbaloilah kan.. 

Oleh kerana Fanny ada bertanya pasal promosi 7E ini.. Bawah ini Sha kongsikan maklumatnya..
1. Tidak perlu aplikasi My7E, anda boleh terus walk-in sahaja ke mana-mana cawangan 7-Eleven Malaysia terdekat untuk membeli barangan promosi Crazy Wednesday dan Monday Madness.
2. Tawaran harga runtuh atau diskaun istimewa ini terbuka kepada semua pelanggan secara langsung di kaunter. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda tahu:
• Tertakluk pada stok: Promosi ini berjalan selagi stok item tersebut masih ada di kedai pada hari berkenaan (while stocks last). Biasanya, barang promosi yang popular akan habis dengan cepat.
• Kelebihan aplikasi: Walaupun tidak wajib untuk mendapatkan harga promosi tersebut, mempunyai aplikasi My7E membolehkan ahli mengumpul mata ganjaran, cop digital (stickers/stamps), dan menebus baucar eksklusif yang lain semasa membuat pembayaran.

Macam coklat Cadbury Dairy Milk Bscoff (32g) ini, Sha dapat percuma ja.. Sha tebus guna voucher yang ada dalam aplikasi 7E.. Tapi nak dapatnya bukan mudah ya.. Vouchernya dah lama Sha dapat tapi baru hari ini Sha dapat tebus sebab stok asyik tak ada ja.. kikiki..

Inilah vouchernya.. Khas untuk SuperFan.. Boleh tebus sekali ja..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com