Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, August 28, 2025

Selamat Tinggal Kertas, Jumpa Lagi Jadi Cebisan!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula 19 Ogos 2025 sampailah 27.08.2025, gigih Sha dan rakan sekerja buat kerja mericih buku sumbangan yang lama-lama dari jabatan lain kepada perpustakaan kami.. Kemudian longgokkan dan tunggu Adgenta kutip.. Barulah terasa lapang dan bersih perpustakaan..

Buku-buku lama yang perlu dilupuskan.. Setimbun.. Bahagian atas tu sahaja..

Hari pertama.. Jenuh mengoyak dan memasukkan ke dalam mesin.. Tak boleh nak buat banyak-banyak terus, kena sikit-sikit, kemudian rehat supaya mesin tu tak panas..

Akhirnya setelah bertungkus lumus.. Berjaya juga membundutkan kertas-kertas tersebut..

Thursday, August 21, 2025

Kursus Setiap Detik Bernilai: Jangan Buang Masa!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah terlupa pasal kursus ini sebenarnya, mujur masih berjaya sertai.. Terlambat 5 minit dari waktu Kursus bermula.. Seronok kursusnya sebab dia lebih pada perkara yang berkaitan dengan psikologi kita sebagai manusia..

Alhamdulillah.. Berjaya masuk.. 



Ada ujian untuk tahu tahap penetapan diri..

Yeah!! Mantap keputusannya..
Respon terakhir adalah mengenai kesejahteraan hidup kita.. Soalan dia dasyat..

Terakhir, kena bagi penilaian sebelum diberikan sijil..

Kursus: Setiap Detik Bernilai: Jangan Buang Masa!
Penceramah: Puan Lee Kah Nyin
(Pegawai Psikologi/Kaunselor Berdaftar Kementerian Kesihatan Malaysia)
Anjuran: Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
🗓️Tarikh: 21 Ogos 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
📍 Melalui Pautan Google Meet

Thursday, August 14, 2025

Salam Merdeka dari Perpustakaan HSR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi selesai pasang bendera dalam Perpustakaan.. Hari Selasa hari tu dah mula pasang sebenarnya tapi tak cukup benderanya.. Bendera sedia ada tu tak menepati piawaian.. Jadinya Sha dan rakan sekerja beli dari Shopee.. Semalam sampai, hari ini kita pasang.. Bagi meriah dan semangat nak sambut Merdeka dan Hari Malaysia..

Asalnya begini sahaja.. Ada yang jenis pegang, berlidi.. Kita cucuk dalam pasulah..

Beli di Shopee dengan harga RM32.48 (percuma kos penghantaran).. Sha berkongsi duit dengan rakan sekerja..

Bubuh dekat kaunter dan belakang kaunter..

Beli yang pelbagai negeri, 1 bendera Malaysia dan 1 bendera negeri Perak..

Bendera Malaysia sahaja, bendera negeri Perak sahaja dan gabungan 14 negeri..

Tuesday, August 12, 2025

Bicara Ilmu Program Semarak Merdeka : Rukun Negara Teras Perpaduan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Topik yang sangat padu.. Topik ini menjadi wadah yang tepat untuk memperkukuh semangat patriotisme kepada peserta.. Penghayatan Rukun Negara bukan sekadar hafalan, tetapi perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita demi mencapai keharmonian dan perpaduan negara..

Tajuk: Bicara Ilmu Program Semarak Merdeka : Rukun Negara Teras Perpaduan
Tarikh: 12 Ogos 2025 (Selasa)
Waktu: 10.00 pagi 
Tempat: Auditorium Aras 2, Anjung Bestari PNM.
Panel: YBhg. Dato’ Sri Ayub bin Yaakob, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)
Moderator: YBrs. Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar
Penganjur: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Monday, August 4, 2025

Pautan Buku Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Meh Sha kongsikan dimana selalunya Sha baca ebuku yang Sha kongsikan dalam blog Sha ini.. Sebelum anda ke laman sesawang Elib, anda perlu mendaftar dengan UPustaka terlebih dahulu.. Setelah mendaftar, barulah anda boleh akses laman sesawang Elib menggunakan email dan password yang anda daftarkan di UPustaka tadi.. Untuk membaca pula, anda perlu memuat turun aplikasi eSentral dan kemudian daftar masuk menggunakan email dan password yang sama anda daftarkan di UPustaka tu.. Selain dari Elib ini, ada banyak lagi pangkalan data yang anda boleh akses di UPustaka ini..

Laman sesawang u-Pustaka - https://www.u-library.gov.my/

Semua elib yang ada tulisan Allows Public Access di bahagian atasnya, anda boleh akses dan pinjam.. Cuma untuk National Library of Malaysia tu ja boleh akses tapi tak boleh pinjam..

Anda boleh memuat turun melalui Google Play.. Logonya berbentuk e tu.. Selain itu anda juga boleh membeli ebuku melalui laman sesawan eSentral.. Akses menggunakan email dan password yang sama anda daftarkan di uPustaka tadi..

Satu lagi aplikasi yang Sha gunakan untuk membaca ialah Oakbee Buffet.. Aplikasi ini anda boleh muat turun melalui Google Play dan kemudian akses menggunakan email dan password yang anda daftarkan di uPustaka.. Melalui uPustaka tu, anda pergi ja ke bahagian eSumber dan klik Pangkalan Data, cari gambar diatas dan ikut ja panduan yang diberikan..

Selamat Tinggal Kaunter Nombor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hampir 2 bulan lebih dah Sha tak bertugas disini memberi nombor kepada pesakit klinik pakar untuk pendaftaran sebelum ke klinik pakar.. Kerja Sha disini berakhir pada 27 May 2025.. Lama jugalah Sha bertugas disini, membantu bahagian pendaftaran dan menjadi kaunter pertanyaan.. Sha bertugas disini bermula 12 September 2023 menggunakan kad nombor berwarna-warni dan kemudiannya beralih kepada mesin ini.. Mesin ini awalnya mengeluarkan dua salinan nombor dan kemudiannya berjaya dinaik taraf supaya mengeluarkan satu nombor sahaja.. Barulah jimat kertas.. Bertahan setahun 8 bulan lah juga bertugas disini.. Membantu barisan hadapan gitu..

Kaunter nombor yang ditinggalkan.. 

Thursday, July 31, 2025

Bertemu dan Berpisah Jua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula 1 Ogos 2025, Sha akan dapat rakan sekerja baru, sebenarnya tak adalah baru tapi barulah untuk tempat kerja sekarang ini.. Rakan sekerja Sha yang sekarang ini dapat bertukar ke Ipoh.. Tak perlulah beliau berulang dari Gopeng ke Slim River lagi dah lepas ini.. Rakan sekerja Sha ini sempat berkerja dengan Sha hanya untuk tempoh 1 tahun 8 bulan sahaja.. Bermula 1 Ogos 2025, Sha akan berkerja kembali dengan rakan sekerja yang sama-sama lapor diri dengan Sha di PSAS.. Beliau asalnya kena ke Ipoh tapi kemudiannya bertukar tempat dengan rakan sekerja Sha yang lelaki ini.. Setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya.. Alhamdulillah..

Sha baru sahaja berkerja di Slim River ini 3 tahun 5 bulan dan sudah bertukar rakan sekerja sebanyak 3 kali.. Mula-mula perempuan, lepas tu lelaki dan yang terbaru ini perempuan.. Tempat kecil tapi rakan sekerjanya bertukar-tukar.. Rasanya ini yang terakhirlah kot.. Mereka yang menjawat jawatan yang sama dengan Sha ini baru saja melalui pertukaran secara besar-besaran dalam negei Perak dan semua yang dah lama di satu-satu tempat telah selamat ditukarkan.. Kalau ada pun yang tercicir mungkin yang dah nak bersara.. Sha terselamat sebab memilih bertukar keluar dari PSAS lebih awal.. Kalau tak Sha pun salah seorangnya..

Sedikit buah tangan dari Sha kepada beliau..

Menu jamuan minum petang.. Secawan nescafe, bihun goreng, rojak buah, sepotong kek dan kuih koci..

Ada 2 keknya.. Satu dari kami dan satu lagi dari beliau sendiri..

Wednesday, July 30, 2025

Jamuan Persaraan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini ada Sha kongsikan Jamuan Perpisahan dan Persaraan kan.. Kali ini tuan badan yang nak bersara pula yang menjamu kami.. Kecil tapak tangan, perut yang kosong kita tadahkan.. kikiki.. Maaflah ya, abaikan ja Sha merepek.. kikiki.. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin, kemudian barulah ucapan dari yang bersara dan doa makan.. Meriah majlisnya.. 

Alhamdulillah semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan melalui hari bersara dengan gembira.. Aamiin..

Menu yang Sha ambil kuih karipap, keria, kek pisang, jagung, buah epal asam boi dan nasi berlauk.. Nasi berlauk tu Sha ambil masak lemak labu dengan pucuk ubi, timun dengan sambal tempoyak dan ikan masin goreng rangup..

Ada 2 jenis air.. Air sirap limau dan nescafe panas..

Ini pula buah tangan dari yang bersara kepada tetamu..

Suka betul Sha tengok kreativiti pasukan yang sediakan hiasan ini.. Ada saja idea mereka menghias.. Kalau Sha, memang blanklah..

Friday, July 25, 2025

Jamuan Perpisahan dan Persaraan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi ada jamuan makan lagi.. Kikiki.. Kali ini ada pegawai yang bertukar dan ada yang bersara.. 2 jamuan dijalankan serentak.. Kebetulan jamuannya buat depan Perpustakaan.. Mudahlah untuk Sha sertai sambil awasi perpustakaan.. Musim orang bertukar sekarang ini.. Kita raikan saja.. Adalah hikmah diatas setiap pertukaran itu.. 

Meja makanan..
Ada nasi putih lauk masak lemak nanas+ikan masin, ulam-ulaman+sambal belacan.
Kuih tepung gomak, cheese tart, takoyaki, cream puff, puding coaktail, puding coklat, puding jagung, roti jala+kuah kari, panipuri dan laksa.. Minuman pula sirap selasih dan barli panas..

Menu hari ini nasi, masak lemak nanas dengan ikan masin, ulam-ulaman bersama sambal belacan dan air sirap selasih..

Laksa, cheese tart, cream puff dan kuih tepung gomak..

Kuning tu puding jagung dan puding coklat..

Wednesday, July 16, 2025

Program Bicara Novelis@Perpustakaan 2025 Siri 1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baguslah perkongsian kali ini.. Pertama kali Sha kenal penulis ini.. Portfolio beliau menarik.. Tak sangka karya beliau pelbagai.. Bukan setakat novel tetapi penulis skrip juga.. Memang menarik.. Perkongsian beliau juga menarik..

Jangan lepaskan peluang untuk bersama Siti Jasmina Ibrahim, penulis novel dan skrip drama terkenal seperti ‘Trilogi Cinta, Candal, Khilaf Asmara & Syurga Bukan Percuma’ serta penulis skrip filem ‘Pagari Bulan’ yang memenangi Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia 2023 dalam sesi santai penuh inspirasi!

🗓 15 Julai 2025 (Selasa)
🕝 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Ruang Perkhidmatan RLN, Aras 3 Timur, Anjung Bestari, PNM

🎤 Moderator: 
Mohamad Fahmi Faiz Abd Ghani 
(Pen. Pengarah Sumber Elektronik, Perpustakaan Negara Malaysia)

📺 Siaran langsung berkonsepkan podcast di Youtube PNM TV Channel:

Thursday, July 3, 2025

Bengkel Pemasaran Digital Perpustakaan: Peranan ChatGPT dan Generative AI Sebagai Strategi Pintar Dalam Pemasaran Digital Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bengkel yang menarik.. Bermula dengan survey penggunaan AI di pejabat dan diteruskan dengan maklumat mengenai AI.. Bengkel yang menarik.. Banyak juga aplikasi AI yang pertama kali Sha dengar tapi disebabkan kekangan internet dan ram komputer, tak adalah Sha cuba.. Jenuh dengar bengkel bila kejap ada internet, kejap tak ada.. Kejap ada suara penceramah, kejap hilang.. Tapi bengkel ini memang menariklah.. Kalau gunakan AI dengan betul, mudahlah kerja kita tapi kalau salah guna memang padahlah.. Berpada-pada orang kata..

Dapat 2 hari lagi kursus untuk dimasukan dalam HRMiS..

Tajuk: Bengkel Pemasaran Digital Perpustakaan: Peranan ChatGPT dan Generative AI Sebagai Strategi Pintar Dalam Pemasaran Digital Perpustakaan
Tarikh: 1 - 2 Julai 2025 (Selasa & Rabu)
Masa:  9.00 pagi - 4.30 petang
Pencermah: Encik Khairul Asyrani Bin Sulaiman
Medium: Google Meet
Anjuran: Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Thursday, June 26, 2025

Resensi Buku: Bicara Bersama Puan Nabun Binti Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha sertai Resensi Buku: Bicara Bersama Puan Nabun Binti Ahmad yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Ilmu Dan Maklumat Digital MITI.. Sha tahu pun sebab dapat notifikasi dekat Facebook tu yang boleh sertai..

Antara buku tulisan Puan Nabun ialah Sesat, Sahabat Misteri & Kiasan Bermadah Tersimpul Makna.. 2 buku yang pertama tu nampak sesuai untuk bacaan kanak-kanak..

Buku Sesat dan Sahabat Misteri tu saling berkait kalau mengikut penerangan penulis.. Buku Kiasan Bermadah Tersimpul Makna pula merupakan antologi pantun peribahasa yang ditulis bersama 5 penulis lain.. Boleh juga ikuti penulis di Facebook beliau..

Bil.4/2025

Wednesday, June 25, 2025

Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengahari tadi ada jamuan perpisahan.. Ada staf dari unit Pentadbiran bertukar keluar ke Seri Iskandar.. Sha sampai Pengarah baru berucap.. Tak lama lepas tu staf yang akan bertukar keluar pula buat ucapan.. Sedikit sedih.. Namun begitulah adatnya.. Pengarah baru masuk, staf pula bertukar keluar.. Sha tak pastilah dah berapa banyak staf yang bertukar keluar sejak Sha bertugas di sini.. huhuhu.. Rasa macam kerap pula jamuan perpisahannya..

Ini menu yang Sha ambil.. Nasi dengan ayam & kentang kari tanpa kuah, ulam-ulaman bersama sambal belacan dan cekodok udang.. Bubur kacang hijau, air sirap selasih dan aneka manisan (kek coklat, kek batik, krim puff & congo bar) serta kuih cara berlauk dan karipap sardin..

Thursday, June 12, 2025

ChatGPT Memudahkan Kerja Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha bersembang dengan ChatGPT.. Awalnya Sha tanya dia pasal satu aplikasi buku ini sebab curious gila tengok ada rakan FB yang kongsikan.. Sha cuma tangkap layar gambar tu dan kongsikan dengan ChatGPT.. Terus dia bagi tahu pasal aplikasi tersebut.. Siap bandingkan dengan beberapa lagi aplikasi pasal buku.. Cari untuk seronok-seronok tapi jumpa yang boleh guna untuk kerja juga.. 

Aplikasi tu nama dia The StoryGraph.. Lebih kurang macam Goodreads tapi lebih mesra pengguna dan menyeronokkan.. Seronok kalau tengok fungsi yang dikongsikan ChatGPT.. Sha belum betul-betul jelajah lagi.. Sha baru import masuk data dari Goodreads dalam The StoryGraph ja.. Selebihnya Sha tak jelajah pun lagi..


Perkara yang lebih menarik Sha nak kongsikan ialah mengenai aplikasi Libib.. Nama pelik tapi fungsi dia menarik gila untuk Sha yang berkerja di perpustakaan tanpa sistem.. Bayangkanlah bila orang tanya tajuk buku tu ada ke tak kat perpustakaan Sha, jenuhlah nak belek satu-satu buku dekat rak.. Tapi aplikasi Libib ini dia memudahkan kerja Sha.. Nak muat naik buku pun mudah sangat-sangat, cuma perlu imbas barkod pada buku sahaja.. Cumanya maklumat buku tu tak lah terperinci sangat tapi bolehlah sekadar untuk pencarian sama ada buku tu ada dalam Perpustakaan ke tak.. Kalau buku tu aplikasi libib ini tak jumpa, kita boleh masukkan secara manual.. Muat turun aplikasi ini dalam telefon pun okay sebab saiz dia kecik dan bila kita imbas barkod buku tu dia terus simpan dalam cloud bukan dalam telefon kita.. Sesuai untuk perpustakaan kecil yang ada tak lebih dari 5000 buku.. Kalau lebih kena bayarlah Libib ini..

Kelebihan Libib untuk kegunaan formal:

Multi-koleksi & label tersusun
Anda boleh cipta lebih daripada satu koleksi (contohnya: “Bahan Latihan”, “Rujukan Pelajar”, “Koleksi Perubatan”, dsb).. Setiap satu boleh diasingkan dan diurus secara sistematik..

Imbasan Kod Bar
Untuk kemas kini pantas, memang sangat berguna jika kita perlu rekod banyak bahan dalam masa yang  singkat..

Akses Berbilang Peranti
Boleh buka akaun Libib dari komputer di tempat kerja dan juga telefon peribadi, jadi mudah untuk buat kemas kini di mana-mana.. Tak payahlah nak angkut buku keluar dari rak..

Boleh Set sebagai Perpustakaan Umum atau Peribadi
Kalau kita nak kongsikan katalog bahan kepada pengguna, boleh tetapkan koleksi sebagai public dan mereka boleh lihat melalui pautan sahaja (tak payah nak log masuk)..

Eksport Data
Untuk tujuan laporan atau simpanan rekod, Libib membenarkan anda eksport data dalam bentuk CSV, berguna untuk buat backup, atau sediakan laporan kepada bos..

Wednesday, May 28, 2025

Farewell Party Dr. Satnam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam majlis bersara, hari ini majlis perpisahan pula.. huhuhu.. Doktor ini dapat pindah, jadinya beliau buat makan-makan untuk kami.. Bukan kami buat untuk beliau tau.. Baik doktor ini.. Sha tak adalah kenal sangat tapi memang selalu ja berjumpa, berselisih dan bertegur sapa sebab tu Sha cakap beliau baik.. Memang beliau rajin bertegur dengan Sha.. Beliau jemput, kita datanglah kan.. Semoga maju jaya di tempat baru doktor..

Goodbye doktor..

Menu hari ini nasi putih, ayam masak kicap, sayur campur, buah tembikai, piza dan air sirap selasih.. Owh ya selain nasi berlauk tu, ada juga kek, takoyaki, cucur + kuah kacang dan goreng pisang..

Tuesday, May 27, 2025

Majlis Persaraan Staf HSR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengahari tadi ada jamuan persaraan.. Buatnya depan Perpustakaan.. Haruslah kita sertai.. Bila tengok satu demi satu staf bersara, tak sabar pula rasa nak bersara.. kikiki.. Meriah majlisnya dengan jemputan bukan staf sahaja tapi ada ex staf juga yang datang dari jauh lagi.. Lepas ini beliau dah jadi YB (Yang Bersara).. kikiki.. 


Menu pilihan Sha.. Nasi Beriani bersama secoet daging hitam, buah tembikai, papadom dan jeruk timun.. Laksa serta manisan dan kuih muih .

Tuesday, May 20, 2025

Bengkel Kerja Pendigitalan & Literasi Maklumat: Pemeliharaan & Pemuliharaan Bahan Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini pula topik sesi petang.. Berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan barang.. Ada juga topik mengenai pelupusan.. Barulah bertambah lapang dada.. kikiki..





BENGKEL KERJA PENDIGITALAN DAN LITERASI MAKLUMAT : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN BAHAN PERPUSTAKAAN
Penceramah: Puan Rohaizah binti Mohd Rafee - Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pinjaman Unit Dewasa, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Tarikh: 20 Mei 2025 (Selasa)
Masa: 2.30 petang hingga 4.30 petang
Mod: Platform Google Meet

Bengkel Kerja Pendigitalan & Literasi Maklumat: AI Bukan Sekadar Tanya & Jawab

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha sertai kursus ini menggunakan telefon sebab tengah bertugas di kaunter.. Lepas tu bila Sha dah naik dekat pejabat, Sha bukalah dekat komputer.. Eh!! Terus dia tak bagi masuk sebab dah penuh.. Selalu tu, okay ja.. Boleh ja transfer dari telefon ke komputer, kali ini tak berjaya pula.. Sedih.. Tapi tetaplah mencuba juga dengan harapan dapat masuk kembali.. Alhamdulillah, jam 11.15 pagi dapat masuk kembali.. Tertinggal sejam jugalah kursusnya.. huhuhu..

Menariklah sebab penceramah ajar macam mana nak guna AI dengan lebih produktif bukan sekadar tanya dan jawab.. Ini topik sesi 1..


BENGKEL KERJA PENDIGITALAN DAN LITERASI MAKLUMAT : AI BUKAN SEKADAR TANYA DAN JAWAB
Penceramah: Puan Begum Ulfhat Shehnaaz binti Amir Razli - Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa  Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Tarikh: 20 Mei 2025 (Selasa)
Masa: 9:00 pagi hingga 1:00 petang
Mod: Platform Google Meet
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com