Thursday, June 30, 2016

Nyawa oleh Eqbal Mohaydeen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel Nyawa karya Eqbal ini memang ohsem..
Mengisahkan perjanjian antara manusia dan syaitan..
Mengorbankan banyak nyawa demi memenuhi kehendak nafsu yang bertuankan syaitan..
Memang ohsem.. Sampai ke sudah tak boleh nak teka siapa yang jahat.. 
Misteri berjaya digarap dan diolah dengan cantik dan penuh teka teki..

Selagi bernama manusia, pergantungan kita sepatutnya hanya pada Allah.. 
Bukan pada makhluk yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia.. 
Buku yang memberi pengajaran dan tauladan.. 

 
Siap dapat Kad Raya dari Eqbal lagi..
Terima kasih ye Encik Eqbal..

Drama Korea Terbaru 2016

Assalamualaikum..
Hye semua..
Meh Sha share antara drama Korea terbaru yang sedang bersiaran..
Moga boleh membantu kengkawan nak tengok cerita apa..

Squad 38 / 38 Task Force
Pelakon : Ma Dong-Seok, Seo In-Guk, Sooyoung, Song Ok-Suk
Chanell : OCN
Sypnosis : A special task force will mix cops and criminals in order to catch bad guys, but this time the good bad-guys will be con artists who use their skills of fraud and deception in order to help catch tax evaders.
 

Pelakon : Kim A-Joong, Ji Hyun-Woo, Uhm Tae-Woong
Episod : 16
Sypnosis : Jung Hye In is a top actress whose TV shows and films are a guaranteed box-office success. But on the cusp of her retirement announcement, Hye In’s son is kidnapped. The kidnapper demands that Hye In join a television reality show and complete a series of missions set out for her.
Shin Dong Wook is a top producer-director who is in charge of the reality show. With the help of the dogged Cha Seung In, a skilled detective with the Gangnam Police Department, can Hye In save her son by completing the difficult missions while the entire country watches?

 
Doctors
Pelakon : Kim Rae-Won, Park Shin-Hye, Lee Sung-Kyung
Episod : 20
Sypnosis : Yoo Hye-jeong was a tough bully in school with a prickly personality and always goes wayward. She had many scars from her childhood and through self-preservation, Hye-jeong keeps her heart shut away from other people. However, she changes after meeting her mentor Hong Ji-hong, who plays a key role in transforming her life from a helpless gangster to a compassionate doctor.


Beautiful Mind
Pelakon : Jang Hyuk, Park So-Dam, Yoon Hyun-Min
Sypnosis : How dangerous is a genius neurosurgeon who is incapable of having any feelings for his patients? Lee Young Oh is the best at what he does but because of an accident in his frontal lobe, he lacks sympathy for his patients and has erratic personalities. When a series of bizarre patient deaths occur at the hospital, police investigators converge around Young Oh. Can a rookie cop help Young Oh open up his heart and learn to love again?



Doctor Crush
Pelakon : Kim Rae Won, Park Solomon, Park Shin Hye, Kal So Won,Yoon Kyun Sang, Lee Sung Kyun
Episod : 20
Synopsis : A drama about the realism in the relationship between doctors and patients and the social prejudice of educational background and origin.

Ini antara yang terbaru.. Kebanyakkannya baru main 3, 4 episod..
Kalau dekat Astro mungkin ada di channel 391 / 393..
Sha selalu tengok online jer.. Boleh search dekat google..
Nanti dia keluar link untuk tonton online...
Biasanya siap subtitle Bahasa Inggeris..
Senang..

Wednesday, June 29, 2016

Perkongsian Laici Yusof Taiyoob Menjadi Viral

Assalamualaikum..
Hye kengkawan..
Sungguh Sha tak sangka, entry Sha mengenai laici keluaran Yusof Taiyoob menjadi perhatian..
Sehingga hari ini (23.06.2016), banyak juga Sha terima WhatsApp dan panggilan telefon bertanyakan mengenai laici tersebut.. Ada yang ingatkan Sha jual laici itu..
Ada juga yang bertanya dimana Sha dapatkan Laici itu..

Sha pun beli Laici ini dari kawan pejabat..
Selain Laici, dia jual kurma dan juga kismis..
Sha ada juga nampak peniaga di Bazaar Ramadhan jual Laici ini..
Biasanya ada di gerai yang menjual Kurma Yusof Taiyoob..
Pasaraya tak pernah nampak lagi..

Walaupun Sha sekadar berkongsi mengenai Laici dalam tin, rupanya ada juga yang baca entry Sha itu.. Terima kasih pada yang singgah dan baca entry-entry Sha..
Tanpa anda siapalah saya..
Thank you..

Boleh Baca entry Sha mengenai Laici Yusof Taiyoob di SINI.

Antara WhatsApp yang Sha terima
 

 

Pageview untuk seminggu
Jun 17, 2016 12:00 PM – Jun 24, 2016 11:00 AM

Pageview untuk hari ini..
Jun 23, 2016 12:00 PM – Jun 24, 2016 11:00 AM
 
Pergh!! Memang betol-betol tranding..
Alhamdulillah... Agaknya kalau Sha jual, mesti lakukan..
Kikikiki..

Wordless Wednesday Resepi #5

Assalamualaikum..
Sumber : Google

Tuesday, June 28, 2016

Sampul FlexiPack Domestik (Kuning)

Assalamualaikum..
Hye semua.. sekadar perkongsian bersama..
Sha selalu juga terima barang dalam sampul flexi ini..
Tapi sha belum pernah pos guna sampul flexi ini..

Rasa macam nak cuba..
Disebabkan perasaan ingin tahu, Sha dahpun beli sampul yang berharga RM4.77 tapi bayar kat kaunter pos tu RM4.50 jer..
Sampul ini ada dua saiz..
Satu yang berharga RM4.77 untuk berat 1kg
Satu lagi berharga RM5.83 untuk berat 2kg

Walaupun ini Sampul berbayar dan boleh dijejak,
namun penghantarannya sama seperti pos biasa ye..
3-5 hari baru sampai pada penerima..

Jadi kalau x urgent, sesuailah guna sampul nie..

 
Ini iklan dekat pejabat pos biasa..
Sha beli sampul ini dekat pejabat pos Behrang Stesen, Perak.

Bahagian hadapan sampul..

Ini dekat bahagian atas..

Bahagian belakang..

Ini pula terma dan syarat ye..

Monday, June 27, 2016

Karma oleh Resmanshah

Assalamualaikum..
Hye semua..
Jom baca novel ohsem ini..
Novel thriller yang terselit sedikit seram..

"Hanya Nyawa memisahkan Jasad"

Mengisahkan tentang Detektif Ramlee dan juga Zara..
Watak Julianshah yang sungguh misteri.. 
Yang selalu ada dah untuk Zara.. 
Zara yang tak pernah bahagia..

Paling best bila Zara mula berinteraksi dengan roh-roh yang bergentayangan di sekelilingnya.. 
Kelakar bila dia marah balik mereka.. Perli-perli mereka..
Apalah sangat kalau periksa markah rendah.. 
Hidup masih panjang untuk disiakan dengan mati..

Penyeru yang sangat kuat tapi tak tahu kuasanya.. 
Zara yang comel dan baik hati.. 
Julianshah yang sangat gentleman tapi penuh misteri..

Kenapa macam akan ada sambungan je ye.. 
Silalah sambung wahai penulis..

 
Baca pada 21.06.2016
Selesai pada 22.06.2016

Amani Yang Fobia

Assalamualaikum..
Hye semua...

21.06.2016, Sha bawa Amani untuk rawatan susulan
di Klinik Pakar Pergigian Tanjung Malim..
Pemeriksaan selepas pembedahan..
Sama seperti keadaan Amani sebelum ini, jenuh pujuk dia..
Langsung Amani tak nak duduk atas kerusi yang sepatutnya..
Kesian juga tengok doktor tu nak periksa Amani..

Masa buat pemeriksaan itu, terjumpalah gigi Amani yang perlu ditampal..
Ada sedikit kerosakkan.. Kalau tak tampal mungki akan lagi teruk..
Malangnya, Amani tetap tak nak duduk atas kerusi tu..
Maka sesi pujuk memujuk pun bermula..
Macam-macam cara terpaksa dilakukan..
Mujurlah doktor tu baik dan lemah lembut..

Setelah puas memujuk, akhirnya Amani duduk juga atas kerusi tu..
Maka bermulalah perjanjian antara Amani dan doktor..
Insya Allah lepas raya baru lah sesi menampal gigi Amani..
Alahai Amani.. semoga masa tarikh temujanji tu nanti,
Amani tak buat perangai...

 
Kerusi yang Amani fobia sangat...

Sunday, June 26, 2016

Piano oleh Ateen Khalid

Assalamualaikum
Hye semua..

Novel yang sangat ohsem..
Cerita seram dan kelakar..

Piano berjaya membuatkan Sha bergelak ketawa dari mula cerita,
sehinggalah habis cerita...
dengan menggunakan loghat utara dalam ceritanya,
Ateen Khalid berjaya membuatkan cerita Piano menjadi ohsem..

Dari mula hingga habis, misteri berterusan..
Keseraman dan juga kelawakkan..
Memang bestlah..

Terbaik sangat.. silalah baca..
Sha sampai kena tegur dengan Amanilah..
Sebab gelak-gelak ketika membaca novel ini..

Mula dan selesai baca pada 20.06.2016

Diterbitkan oleh Kaki Novel

Birthday Nur Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin 20 Jun, merupakan birthday Nur Amani..
Sebenarnya dia nak celebrate birthday dia dekat Pasti..
Tapi birthdaynya jatuh bulan Ramadhan, maka ditunda lepas raya..

Siap minta nak kek frozen..
Jadi kenalah tunggu next month..

Bagi meraikan Amani, kami belanja sepotong kek dan juga KFC..
Feveret Amani.. Ayam KFC..
Teruja sangat dia bila ayah dia nyanyikan lagu
"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nur Amani..
Allah selamatkan kamu"

Besar dah Nur Amani...
Makin terserlah perwatakkannya..

Amani dan kek..

Teruja sangat dapat kek..

Adik pun dapat kek..
Sebab masa birthday adik, mak lupa..
Kikikiki.. cian adik..

Saturday, June 25, 2016

Kedai Bunga

Assalamualaikum..
hye semua...
Minat beli bunga..

Sha ada satu lokasi yang menjual pelbagai jenis bunga..
Cantik-cantik dan ada yang kacuk..
senang je nak cari kedai bunga ini..
Kalau datang dari pekan slim river,
Lepas trafic light ke Econsave sebelah kiri..

Tapi tulah.. Nama kedainya tak ada..
Jenuh juga cari.. kikikiki..
Sha beli benih mulberry kat sinilah..
Pokoknya dah tinggi dan berbuah..
RM15.00 sepokok..

 






Klinik Chong, Slim River Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Klinik ini letaknya bersebelahan dengan kedai motor..
Satu deret dengan pasaraya 99speedmart..
Mengadap padang..
dalam pekan Slim River..

Sha bawa anak ke sini untuk rawatan chicken pox or pelentung..
Insya Allah dalam masa 3 hari pelentung tu kering..
Tapi kena bawa cepatlah.. Maksudnya kalau tau memang anak tu kena pelentung,
terus bawa ke sini untuk rawatan..
Kita berikhtiar, yang menyembuhkannya Allah..

Klinik Chong
Alamat : 632, Jalan Ibrahim Mohd. Dom, Slim River, Batang Padang, Jalan Ibrahim Mohd Dom,       Kampung Manggis, 35800 Slim River, Perak
No Telefon : 05-452 0296
Biasanya kena call dulu.. Buat appointment, tapi lambat juga sebab ramai orang..



PENGUMUMAN KHAS

~ Klinik ini berusaha untuk memberi rawatan secara ikhlas dan profesional.
~ Klinik ini tidak menjual "MC" (Sijil Cuti Sakit) atau ubat-ubatan yang mengakibatkan ketagihan.
~ Perbuatan menjual MC / Ubat Tidur adalah seperti menjual maruah Klinik / Doktor.

HARAP MAAF

Friday, June 24, 2016

Permainan Maut oleh Helmi Effendy, Aida Adia, Ebriza Aminnudin dan Syasya Bellyna

Assalamualaikum..
Hye semua..
"Nyawa kau ku pertaruhkan atas dosa silam."

Permainan Maut oleh Helmi Effendy
"Kau janji yang kau takkan cerita pasal aku?"
Kerana dosa silam.. Yang tak berdosa turut terheret dalam permainan maut.. Demi menutup dosa, nyawa tak bersalah menjadi korban.. Manusia memang gila bila nafsu mula merajai.. Ngeri dan sedih cerita ini..

Nenek, Tolong Keluar! oleh Aida Adia
"Kau perlu pilih satu sahaja antara banyak pilihan."
Alahai.. Kerana cinta restu keluarga diabaikan.. Kerana cinta juga manusia menjadi sesat... Penuh pengajaran.. 

Pena oleh Ebriza Aminnudin
"Aku takkan lepaskan pena. Aku akan guna kau sehingga selesai misi aku."
Kerana pena yang dah mati diseksa, yang hidup menderita.. Kerana pena juga semuanya berakhir.. Tragedi di villa berulang kembali..

Malam Ogos oleh Syasya Bellyna
"Kami datang atas jemputan."
Semuanya bermula dengan tragedi.. Yang tak bersalah merasa berdosa.. Yang berdosa lepas bebas.. Yang menderita menyimpan dendam.. Terungkai sebuah tragedi bila kematian datang bertamu.. Malam Ogos yang berdarah..

Semua cerita dalam novel ini digarap dengan baik.. Membaca satu persatu cerita umpama bermain bersama.. Ngeri, sadis, kejam, trauma dan kesedihan menjadi rencah cerita.. Sepertinya kalau dijadikan novel penuh memang mampu membuai jiwa.. Terbaik..

 
Mula baca pada 18.06.2016
selesai baca pada 19.06.2016

Kiosk Zul Mee Kari

Assalamualaikum..
Meh nak share tempat makan best..
Sha first time makan beli kat Pasar Ramadhan 2015, Tanjung Malim.
Kuah dia memang win r..

En.Suami bagi tau, kedai dia ada dekat RnR Hulu Bernam menghala ke Selatan.
Baru-baru nie sha ternampak banting nie di bubuh di tiang lampu.
Yeah!! Da xyah nk g RnR Hulu Bernam..
Siap ada delivery lagi..Kalau nak buat tempahan yang banyak pun diterima..

Selain dekat RnR Hulu Bernam, Taman U Tanjung Malimdekat depan Pasaraya TF, Behrang 2020 pun ada. Masa bukan bulan Puasalah..

Sekarang Ramadhan, dia berniaga dekat Bazaar Behrang 2020..
Bukan takat Mee Kari, Laksa, Nasi Ayam, Nasi lemak...
memang banyaklah pilihannya..

Ini antara menu berbuka encik suami..
Sha jarang makan berat.. Biasanya makan kuih muih dan roti sahaja..

Gambar ini di ambil di tiang lampu berhampiran trafiq light Behrang 2020.

Thursday, June 23, 2016

Benci Tapi Rindu oleh Ebriza Aminnudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nak share pasal mini novella yang ditulis oleh Sis Ebriza Aminnudin..
Mini novella yang ohsem..
Cerita nya simple, ohsem dan kelakar..
Watak Norziati yang biasa2 je tapi punya cita-cita sebagai model.. Berusaha ke arah itu dan berjaya.. Penuh warna warni dan kejutan di akhir cerita..
Satu kelainan..

 

 
Sekejap jer baca novel ini..
Sebab muka suratnya ada 132 muka surat
Mula dan selesai baca pada 18.06.2016

Koleksi Sha

Diterbitkan oleh Fajar Pakeer

Menang Segmen: Sayang Followers Elsa by Elsaalicious

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah rezeki hari khamis..
Memang terkejut tau bila tau menang Segmen by Elsa nie..

Menang SPECIAL GIFT FROM ELSA pula tu..
Alhamdulillah.. semoga murah rezeki Elsa..

Penyertaan Segmen boleh klik SINI.
Senarai peserta pula klik SINI..
Senarai pemenang boleh tengok di SINI.

 

Special gift from Elsa memang betul-betul special..
Sampai pada 16.06.2016
 
 Inilah special gift yang ditawarkan pada Sha..
Memang special..

 
Yeah!!! Dah sampai...
 Sedap sangat.. Memang jadi rebutan anak2 sha..
Berminat??
Boleh ke Instagram
theelsasweets

Wednesday, June 22, 2016

Drama Jepun | Garo (2005-2006)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memula citer Garo yang Sha tengok..
Mengguna pakai tajuk Garo sahaja..
Ditayangkan di 8TV kalau tak salah Sha pada tahun 2008..

Mempunyai 25 episod mengisahkan tentang Kouga Saezima
yang menjadi Golden Knight Garo..
Cerita dia simple jer.. Kouga kena lawan dan bunuh semua Horror..
Masa dia berperang tu dia selamatkan seorang perempuan ini..
Malangnya perempuan itu cuma ada seratus hari sahaja sebelum dia mati dalam keadaan yang menyakitkan sebab dah terkena darah Horror.. Nama perempuan itu Kouru.. Demi menyelamatkan Kouru, Kouga pun berusaha mencari jalan bagaimana memulihkan Kouru semula sambil melawan Horror.. Memang best dah ohsem.. Owh ya.. Hero dia comel..

 

Kouga Saezima dan Rei Suzumura

 
Kouga Saezima dan Kaoru Mitsuki

Kouga Saezima (Hiroki Konishi)

Wordless Wednesday Resepi #4

Assalamualaikum
Sumber : Google

Monday, June 20, 2016

Vampire Detective (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..
Lama tak sembang pasal Drama Korea kan..
Banyak sangat yang keluar sekarang ini..

Kali ini Sha layan drama berbentuk fantasi, thriller, aksi dan misteri.. Drama ini merupakan spin-off daripada drama Vampire Prosecutor..

Drama ini mengisahkan tentang seorang polis yang bertukar kerjaya sebagai penyiasat persendirian lepas satu kejadian tembakan.. Kemudian dalam penyiasatan untuk seorang client, polis ini telah disuntik dengan satu serum yang menyebabkan dia jadi vampire.. Drama ini tak adalah siarkan adegan2 yang melampau.. Cara vampire isap darah pun tak adalah ganas sangat.. Penyiasatan dan misteri.. Memang sangat ohsemlah bila bergabung.. Polis ini juga turut menyiasat misteri mengenai girlfriend dia yang tetibe muncul semula padahal dah kena letup.. Penuh misteri dan teka teki.. Nak tahu kesudahannya, kenalah tengok sendiri... Kalau nak tengok online boleh ke YoDrama, KEngSub, Drama Galaxy, atau search je tajuk drama ini dekat Youtube..

Drama ini hanya ada 12 episod sahaja.. Sangat pendek tapi memuaskan.. Pelakon utama dia ialah Lee Joon bekas ahli MBLAQ.. Oklah.. tak adalah kaku sangat.. Memang sesuai jadi vampire.. kikikiki..

Update : Ending cerita ini tergantung.. Mungkin ada sambungan kot.. Harapnya adalah... Owh ya.. Selepas habis menonto drama ini, Sha rasa cam x berape suka dengan watak utama tu.. Ye lah sebokkan girlfriend dia sampai lupa dekat kawan-kawan dia.. Tapi keseluruhan cerita ini memang menarik dan best..


Sinopsis : Private detective Yoon San suddenly becomes a vampire. He solves various cases for his clients while also trying to uncover the mystery surrounding himself while maintaining his secret identity as he solves cases using his unique abilities.

*Sha x pasti lah kalau dekat astro ada main ke x.. Selalunya dekat channel 391 / 393

Pemenang First Giveaway By Izzati Suhaide - Rezeki Hari Jumaat

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Rezeki hari Jumaat (03.06.2016)..
Menang VCO dari Blogger Izzati Suhaide..


 
No 7.. No bertuah saya..

Penyertaan Saya boleh Klik SINI.
Nasib baik sempat check.. Sebab tarikh tamat hantar detail pemenang ialah 03.06.2016..
Memang dah rezeki.. Sha WhatsApp masa tu juga.. response dari Blogger Izzati, next week hadiah akan dipos.. Semoga makin murah rezeki Blogger Izzati..

 
 Sampai pada 16.06.2016
Yeah!! Semoga bertambah-tambah murah rezeki Blogger Izzati

 
Botol dia comel jer.. Tapi isi dalam ada 60pcs tau..
Cukup untuk sebulan punya makan..
Bahagia rasanya dapat hadiah gini..
 
 
Inilah bentuk softgelnya..

Sunday, June 19, 2016

Drama Jepun | Zero: Black Blood (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaflah ye.. Tetibe dok cerita pasal Garo jer..
Ini semua salah TV2.. Kikikiki..
Lama sudah Sha lupakan pasal citer-citer begini..
Tapi bila sudah tertengok di TV2 hari itu,
terus berkobar-kobar mencari semula..

Kali ini Sha nak citer pasal siri Zero: Black Blood..
Tajuk yang ini dibuat dalam bentuk filem duology dan mini siri..
Ada 6 episod sahaja..
Watak utama citer ini ialah Rei Suzumura, the Silver Fanged Knight Zero..
Sebelum ini watak ini jadi pembantu untuk citer Garo yang memula sekali..

Dalam Zero: Black Blood, Rei Suzumura akan berlawan dengan White Horro Ring yang mengawal manusia demi kepentingan sendiri.. Dibantu dengan Makai Priest Cain dan Yuna iaitu apprentice Knight..


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com