Tuesday, November 30, 2021

Filem Melayu | Siapa Tutup Lampu? (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik dan tak disangka.. Walaupun dah nampak hint dia di beberapa tempat namun masih menariklah bila di hujung cerita ada twist.. Memang tak sangka, antara mereka ada rahsia besar yang tersimpan.. Kisah 5 sahabat yang datang dari pelbagai latar.. Berlaku kemalangan dan rakan mereka mati.. 4 lagi perlu buat pengecaman dan masa ini mereka mula berlaku jujur dan membongkar rahsia yang tersimpan.. Sedihnya bila ada pengkhianatan.. Memang sedihlah..

JUDUL : SIAPA TUTUP LAMPU?
TARIKH TAYANGAN : 25 November 2021
RANGKAIAN : Astro First 480
PENULIS SKRIP : Azhar Jalil
PENGARAH : Aliff Ihsan Rahman
PRODUKSI : Horizon Film Entertainment, Articulate Fusions Productions
PELAKON : Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Ismi Melinda, Azhar Jalil, Afieq Shazwan, Melissa Campbell, Mark O’dea, Geoff Andre Feyaerts, Yusof haslam, Fatimah Abu Bakar, Lisdawati, Taufiq Hanafi, Nurin Afiqah, Qasrina Karim

SINOPSIS SIAPA TUTUP LAMPU
Kisah lima sekawan yang penuh dengan rahsia dan pengkhianatan.

Lima sekawan iaitu Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan pulang dari bercuti di Genting Highlands. 

Amir maut dalam kemalangan itu dan kumpulan lain mendapati diri mereka dihantui apabila mereka pergi untuk mengenal pasti mayat di bilik mayat.

Goodreads | Bacaan November 2021

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Semoga perkongsian Sha mengenai buku ini memberi manfaat pada kawan-kawan yang membaca dan ingin mula membaca.. Pelbagai pilihan buku yang Sha baca sebagai usaha mengosongkan rak TBR maya dan fizikal.. Hehehe.. 





Menarik di McDonald & McCafe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu hari tu Sha jalan-jalan cari kasut.. Berjayalah menyinggah di McDonald.. Encik suami belanja kek dan Sha pula beli aiskrim serta pie.. Ini antara yang teringin nak dicuba.. Alhamdulillah, semuanya best pada tekak Sha..

Nestum Choc McFlurry - RM5.65

Ini memang sedap sebab ada aiskrim vanilla, coklat dan nestum.. Gabungan yang mantap dan padu pada tekak Sha..

Blueberry Cream Cheese pai ini not bad.. Gabungan cheese dan blueberri tu ngamlah pada Sha..Meriah inti dia.. Tu yang buat lagi best..

Maaflah bagi gambar kek dalam balang kaca ini.. kikiki.. Kek yang slice tak berapa cantik untuk dikongsikan.. Sha memang beli dua-dua kek ini.. 
Belgium Chocolate Cake tu memang super sedap.. Rasa coklat yang sangat mewah.. Puas hati lah.. Pasti beli lagi.. hehehe..
Pandan Gula Melaka tu pada Sha not bad lah.. Sedap tapi Sha lagi suka coklat kek.. hehehe

Monday, November 29, 2021

Drama Korea | Hospital Playlist 2 (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hotel playlist ini memang memaparkan perkara yang kita susah nak dapat macam kawan baik yang selalu ada dengan kita, terima kita seadanya.. Pelik macam mana pun kita, kawan tu tetap dengan kita.. Drama ini juga paparkan tak semua penyakit tu berjaya diubati.. Ada je yang bila dah tertakdir kesedihan, kehilangan, kematian tetaplah perkara tu terjadi.. Doktor pun manusia macam kita, ada emosi.. 

Ada je babak kelakar dan cinta tapi Sha memang jatuh cinta dengan hubungan persahabatan diantara mereka.. Puas rasanya bila tonton drama Hospital Playlist ini.. Lagu-lagu yang dimainkan pada hujung drama pun kena dengan perjalanan cerita untuk episod tu..

Quote 'Bad Things at times do happen to good people' - Masa quote ini keluarkan memang sedih sangat.. Sedih owh.. Sebab melibatkan perasaan seorang ibu yang sangat mengharapkan anak dia.. Usaha doktor dna ibu namun takdir tak mengizinkan.. 

Drama: Hospital Playlist 2
Also Known As: Hospital Playlist Season 2, Hospital Playlist
Director: Shin Won Ho
Screenwriter: Lee Woo Jung
Genres: Friendship, Romance, Life, Medical
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Jun 17, 2021 - Sep 16, 2021
Aired On: Thursday
Original Network: Netflix, tvN
Duration: 1 hr. 40 min.
Everyday is extraordinary for five doctors and their patients inside a hospital, where birth, death and everything in between coexist.
(Source: Netflix)

Temujanji Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi bawa Amani untuk temujanji susulan.. Alhamdulillah, 1 gigi dah mula tumbuh.. Satu lagi dah ada tanda nak tumbuh cuma belum tembus gusi je lagi.. Harapnya tumbuh eloklah.. Kalau tak memang kena cabut tak pun pakai pendakap gigi.. Doktor pakar bagi tempoh 6 bulan untuk tengok pertumbuhan gigi tu.. Harapnya eloklah tumbuhnya.


Filem Jepun | Signal: The Movie (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini bersambung terus dari drama dia.. Saegusa dan Misaki masih berusaha menyelamatkan Ooyama dari dibunuh ataupun terbunuh.. Bukan mudah meneka apa yang terjadi dan berkongsi maklumat dalam masa hanya 1 minit.. Bila Saegusa menerima panggilan menerusi walkie talkie lama, Saegusa tahu yang Ooyama dah pun terbunuh.. Namun dia tak putus asa menyiasat dan cuba mencegah kematian Ooyama.. Namun akhirnya peristiwa tu tetap berlaku.. Sebuah thriller yang penuh debaran dan pengakhiran yang sedih..

Movie: Signal: The Movie
Also Known As: Gekijoban Signal: Choki Mikaiketsu Jiken Sosahan
Director: Hashimoto Hajime
Genres: Thriller, Mystery, Drama, Sci-Fi
Country: Japan
Release Date: Apr 2, 2021
Duration: 2 hr. 2 min.
Story continues from the "Signal" drama series. Kento Saegusa and Misaki Sakurai head to the place where Takeshi Ooyama is in the present days.

Sunday, November 28, 2021

Novel | Seloka Anak Rantau oleh Shaz Johar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah dua sahabat bernama Jeslina dan Amal yang punya masa 6 bulan sahaja lagi untuk tinggal di Jerman sebelum visa kerja mereka tamat.. Walaupun dah bersahabat lama, namun mereka masih menyimpan rahsia diantar mereka.. Hidup yang penuh pura-pura namun bila terbongkar, mampukah mereka terus bersahabat atau persahabatan itu akan hilang begitu sahaja..

Buku ini menarik sebab dwi bahasa.. Mengembalikan kemahiran membaca jawi.. Semoga Fixi akan teruskan usaha ini.. Cuma buku ini tak sesuai untuk bacaan kanak-kanak..

Sha baca dan selesai pada 26.11.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published February 15th 2020 by Buku Fixi

Kopi Ikat Tepi Kaw Kaw!!! Slim River, Perak.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Mencari kopi lagi kita.. Kali ini Sha beli Kopi Ikat Tepi Kaw Kaw!! Gerainya berdepan dengan Mee Kari Kak Bibi.. Gerai ini letaknya di tepi jalan bersebelahan pondok bas.. Senanglah nak cari..

Pada Sha, rasa kopi dia sangat kaw dan juga lemak.. Tak manis sangat, memang bestlah untuk Sha.. Layan minum kopi ini sambil menaip.. kikiki..

Sebungkus RM4
Nampak tak betapa kaw nya kopi dia.. Pekat memikat..

Menu yang ada selain kopi..


Tepi jalan je.. Sebelah kanan menghala ke traffiq light nak keluar ke tol..

Filem Melayu | Dendam Penunggu (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik juga filem ini.. Semuanya berpunca daripada buli.. Nampak macam biasa-biasa sahaja tapi bila dah sampai mencederakan sepatutnya pihak guru kena ambil tahu dan siasat.. Pelajar pula kenalah buat aduan bukan sahaja dengan guru tapi mak ayah juga.. Nicelah jalan cerita dia.. Tontonan santai dan berpengajaran..

Pengarah: Faizul Jais
Penulis: Faizul Jais
Dibintangi oleh: Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman, Shasha Abedul
Mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?

Saturday, November 27, 2021

ebook | CERTOT: 100 Insiden Seram oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis menghimpunkan 100 certot pendek didalam buku ini.. Ada certot yang pernah disiarkan di FB penulis dan ada yang baru pertama kali Sha baca.. Semua kisah yang disampaikan walaupun pendek berjaya memberi kejutan dan elemen seram.. Memang tak terjangkalah isi cerita certotnya.. Ada yang kelakar, seram dan ada juga yang memberi kejutan tak disangka.. Karya penulis tak pernah tak menusuk ke hati.. Isinya sentiasa membuatkan kita sebagai pembaca berfikir.. Memang menarik membaca certot ini sebab ianya tak saling berkaitan dan boleh berhenti atau bermula dimana-mana yang kita suka..

Sha baca dan selesai pada 26.11.2021

Sha beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published 2021 by Maria Kajiwa

Filem Melayu | Kha3nak: Serangan Pocong (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita dia pening betul nak faham sebab guna loghat Kelantan kan.. Bolehlah layan santai-santai.. Fahamlah sikit-sikit penceritaan dia.. Gangguan pocong yang menghuru harakan kampung.. hehehe.. 

Pengarah: Emma Kasmuri
Penerbit: Emma Kasmuri
Penulis: Ahmad Abila Ariffin
Dibintangi oleh: Harry Khalifah, Diana Ezety, Kamarool Haji Yusoff, Hushairy Hussein, Along PM, Amin AR, Shan Jeevan
Kisah berlatar belakangkan sebuah kampung di pinggir bandar, di mana pelbagai kejadian mistik telah berlaku di kampung berkenaan, tetapi berjaya diselesaikan dengan kesepakatan penduduk kampung dipimpin oleh Tok Penghulu.
Seorang komposer terkenal dari Kuala Lumpur, Apak datang bercuti di kampung bersama isterinya, Yana untuk mencari ilham bagi menghasilkan lagu terbaru. Yana mula memujuk Apak untuk membeli barang kemas selepas diperli oleh Mek Som dan Cik Ani.
Kemudian beberapa perkara aneh mula berlaku di kampung tersebut apabila penduduk kampung mula diganggu dengan kehadiran pocong; ada yang diganggu ketika memandu, ada yang diganggu dengan ketukkan pintu dan diganggu semasa tidur.

Happy Birthday To Me

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Friday, November 26, 2021

Early Celebration

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini terharu, bahagia dan bersyukur.. Rakan-rakan sepejabat meraikan ulang tahun kelahiran Sha dengan makan-makan.. Aduh!! Patutlah beria suruh Sha jangan puasa hari ini.. Nak raikan Sha rupanya.. Tambah meriah bila ada adik-adik praktikal.. Memang terharu sangat..


Terima kasih awak semua..

Lepas tu belah petang ex-bos bagi brownies pula.. Aduhai.. Terima kasih bos..

Hadiah dari rakan sekerja.. Aduh!! Tambah terharu dibuatnya.. 

ebook | Hajat oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Misi membaca dari Rak buku Maya Sha.. hehehe.. Kali ini Sha pilih novel seram bertajuk Hajat..

Sebuah kisah mengenai manusia yang terlalu terperangkap dalam rasa sayang dan cinta sehingga sanggup meminta dengan jin dan syaitan.. Dzaf yang yang telah kematian isterinya Helena berterusan diganggu mayat Helena.. Walaupun Dzaf pernah berniat untuk melakukan Hajat namun dia tak sampai hati ingin menyiksa jasad Helena.. Jadi siapa sebenarnya yang melakukan Hajat sehingga Dzaf diganggu teruk.. Sebuah cerita yang memang tak disangka pelakunya siapa.. Bila dah nak habis barulah penulis bongkarkan kebenaran yang berlaku..

Betullah manusia bila dah terbuai dengan perasaan tanpa mengingati kuasa Allah, akan hanyut dan tenggelam dalam perbuatan yang salah..

Sha baca dan selesai pada 26.11.2021

Sha beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published 2021 by Ilya Abdullah

Drama Korea | Bite Sisters (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang menarik sebab cerita pasal vampire.. hahaha.. Tapi vampire yang ini cantik-cantik.. Owh ya, drama ini pendek je walaupun ada 10 episod tapi setiap episod hanya 10 minit sahaja.. 3 orang vampire yang dah melalui hidup hampir 900 tahun, membuka kedai perkaian dan salah seorang dari mereka berkerja di bidang design.. Selain dari itu mereka juga cuba membantu manusia di sekeliling mereka dan melalui kehidupan.. Vampire ini minum darah sintetik je..

Drama: Bite Sisters
Also Known As: Baiteu Ssiseuteojeu
Genres: Romance, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Oct 19, 2021 - Nov 19, 2021
Aired On: Tuesday, Friday
Duration: 10 min.
About Han Yi Na who is an 821-year-old vampire who can’t stand seeing injustice. When she unexpectedly becomes a trendsetting influencer with over a million followers, Han Yi Na uses her power to secretly help those in need.
(Source: Naver)

Gardenia Quick Bite Gold: Karamel Masin

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Roti coklat yang sedap bersama sos karamel masin.. Cuma untuk orang yang tak berapa suka mungkin akan rasa gabungan ini pelik.. Pada Sha, okaylah.. Tapi sekadar untuk rasa jelah.. Nak beli lagi tu mungkin taklah.. hehehe.. Ada yang dah rasa?

RM1.50

Roti coklat

Inti karamel masin nya tak banyak..

Thursday, November 25, 2021

Filem US | Night Teeth (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah filem mengenai vampire yang menarik, thrill dan sedikit kelakar.. Benny yang terpaksa menggantikan abangnya Jay telah menjadi pemandu kepada vampire bernama Blaire dan Zoe.. Jenuhlah si Benny cuba nak larikan diri tak berjaya.. Asalnya dia tak tahu pun si Blaire dengan Zoe tu vampire tapi bila dia gatal pergi ikut diorang masuk satu bangunan dan ternampak diorang tengah membunuh.. Tanpa Benny sedari dia dah terlibat tanpa sengaja dalam perebutan kuasa antara ketua vampire dan cubaan membatalkan pejanjian pendamaian antara manusia dan vampire.. Sempat juga si Benny tu bermain cinta dengan Blaire.. hahaha..

Night Teeth
2021 ‧ 1h 48m
A college student moonlighting as a chauffeur picks up two mysterious women for a night of party-hopping across LA. However, when he uncovers their bloodthirsty intentions and their dangerous, shadowy underworld, he must fight to stay alive.

ebook | Kisah Seram: Whatsapp oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah pendek yang menarik dari penulis.. Kembar Danial dan Danish dah pernah digangu melalui whatsapp.. Namun sekali lagi terjadi gangguan bila Danial mengutip sebiji telefon di tepi jalan.. Mulanya tak ada yang pelik namun bila hari dimana Danial kena pulangkan semula telefon tersebut pada tuannya, teruk mereka dikacau..

Sha baca dan selesai pada 24.11.2021..

Sha beli dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published 2021 by Del Osmera Publication

Yeo's Jus Kelapa

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman yang menyegarkan.. Tambah-tambah bila di minum sejuk.. Sha nampak menarik, jadi Sha pun belilah satu.. Apa yang pasti, bila minum tu ada bau pandan dan rasa air kelapanya sedap.. Cuma sedikit manis.. Pada tekak Sha lah.. Tapi memang best minum sejuk-sejuk.. Demi nak lihat banyak ke tak ketulan kelapa dalam air ini, Sha tuang dalam cawan.. Memang banyaklah isi kelapa tu tapi kecil-kecil je..

RM2.50 - Sha beli di kedai runcit..

Nampak tak ketulan kecil kelapa.. 

Wednesday, November 24, 2021

ebook | Kisah Seram: Funfair oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli ebook ini dengan penulis.. Sebuah kisah pendek dengan plot twist yang tak disangka.. Sebuah bas sekolah tersesat dan tersadai berdekatan dengan taman tema terbiar.. Mereka terpaksa bermalam di taman tema tersebut kerana bas yang mereka naiki tak boleh dibaiki.. Satu demi satu gangguan pun bermula.. Namun plot twist yang diberikan penulis sangat mengejutkan..

Sha beli dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published 2021 by Del Osmera Publication

Drama Korea | Hellbound (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gilalah cerita ini.. hahaha.. Manusia yang merasakan dirinya suci tanpa dosa bersorak dan bergembira melihat manusia yang dikatakan berdosa dihukum.. Seriouslly memang gila.. Menyampah pula Sha tengok polis yang talam dua muka tu.. Ish.. geram.. Tapi memang agak mnyedihkanlah bila baby pn dapat juga decree, padahal baru je lahir.. Dosa apalah pun yang baby tu buat kan.. Cerita yang buat kita berfikir tentang perangai manusia ini.. Best.. 

Tapikan ending dia tu lagi mengerikan.. Conform akan ada sambungan untuk drama ini.. Harapnya tak lah terlalu lama.. Huhuhu..

Drama: Hellbound
Also Known As: The Hell , Jiok
Screenwriter & Director: Yeon Sang Ho
Genres: Mystery, Horror, Drama, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Nov 19, 2021
Aired On: Friday
Original Network: Netflix
Duration: 50 min.
A story about otherworldly beings who appear out of nowhere to issue a decree and condemn individuals to hell. These supernatural events cause great mayhem and enable the religious group The New Truth to grow in influence. A few people, however, become suspicious about its activities and begin investigating its involvement in mysterious events. (Source: IMDb)

Adapted from the webcomic "Hellbound" written by Yeon Sang Ho and illustrated by Choi Kyu Seok

Wordless Wednesday 2021

Tuesday, November 23, 2021

Drama Korea | The Veil (2021)

Assalamualaikum..
hye semua..

Pergh!! Walaupun hanya 12 episod tapi dia punya debaran, memang bestlah.. Tambah bila tengok hero punya badan.. Ganas gila.. hahaha.. Seriuslah drama ini dari satu episod ke satu episod ada je dia punya tanda tanya yang buat kita nak tengok episod seterusnya.. Memang padat dengan aksi, emosi dan drama.. Tak tahu yang mana satu baik dan yang mana satu dalang.. 

Drama ini memang betul-betul menarik pada Sha..

Drama: The Veil
Also Known As: The Black Sun, Black Sun, Geomeuntaeyang, Geomeun Taeyang
Director: Kim Sung Yong
Screenwriter: Park Seok Ho
Genres: Action, Thriller, Mystery, Crime
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Sep 17, 2021 - Oct 23, 2021
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: MBC
Duration: 1 hr. 10 min.
A Korean-style spy investigation show with a story about a top National Intelligence Service (NIS) agent. In his endeavor to uncover the internal traitor that brought him to his downfall, he confronts a much bigger enemy behind the organization. 
Han Ji Hyuk is the top field agent in the NIS. He is held in awe by his colleagues for his perfect record and skill at completing missions. He had been driving an organized crime syndicate into a corner when he vanished off the face of the earth, but he returns in the most horrific state and doesn't remember anything that happened within the last year. With his memory lost, Ji Hyuk gets assigned to a team with minor tasks. While on the team, he meets Je Yi, who is delicate and heartwarming but with a painful past.
Seo Soo Yeon is the head of team 4 of the Crime Information Center who is excellent at performing her duties and solving cases. She has great affection for people, and she especially cares for her teammates.
(Source: Soompi, Viki, MBC Global Media)

Filem China | Awakened Demon (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik sebab ada kemunculan Sun Wukong di awal cerita tapi sekejap jelah.. Hong Hai'er ini sangat pemarah dan disebabkan itu dia dikenakan kurungan gegelung emas.. Tujuannya untuk mengawal sifat pemarah Hong Hai'er.. Demi menebus kekalahan beliau, Hong Hai'er telah menyertai Test of Fate tapi bukan mudah sebab dia gabungan immortal dan demon.. Namun dengan bantuan Nezha dan Miss Dragon, Hong Hai'er berjaya buktikan yang dia tak lah jahat serta tak mudah terpengaruh dengan kejahatan.. 

Movie: Awakened Demon
Also Known As: Red Boy, Xi You Mo Tong Hong Hai Er, Hong Hai Er
Director: Chen Ju Li
Genres: Adventure, Wuxia, Drama, Fantasy
Country: China
Release Date: Sep 1, 2021
Duration: 1 hr. 22 min.
It tells the story of Hong Hai’er who was already adopted by Guanyin Bodhisattva as the Fortune Kid. He followed the mentor’s order to practice at the Test of Fate. Hong Hai’er wanted to become a hero but was excluded by others due to his mixed heritage of immortal and demon. Facing misunderstandings and the imminent catastrophe, Hong Hai’er abandoned stereotypes and aggressiveness resolutely at the critical moment and battled the evil bravely with Nezha and Miss Dragon. Eventually, he beat the evil and won the recognition of everyone.
(Source: iQIYI)

M&M's Almond

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

M&M dan badam bergabung, meletop.. hehehe.. Menarik tau bila makan coklat ini sebab dalam dia ada ketulan kecil badam dan juga gula-gula m&m tu.. Memang bestlah kunyah.. kikiki.. Sesekali beli untuk diri sendiri kan.. Dia tak bubuh badam seketul tau.. Cuma ketulan-ketulan kecil badam saja yang ada..

Harga asal RM4.70 tapi masa Sha beli ini ada promosi, harga dia jadi RM3.. Sha beli di 7 Eleven..

Monday, November 22, 2021

Filem Jepun | Under Your Bed (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..
Sebuah cerita yang agak twisted.. Naoto ni dari kecil tak pernah dipedulikan.. Sampailah dia besar.. Tiba-tiba masa belajar seorang gadis bernama Chihiro menegur Naoto malah mengetahui nama beliau.. Naoto merasakan untuk pertama kalinya diri dia wujud seperti orang lain.. Tapi lepas tu Chihiro dan Naoto terpisah.. Selepas 11 tahun, Naoto berjumpa kembali dengan Chihiro, malangnya Chihiro tak lagi mengenali beliau.. Mulanya Naoto sekadar memerhati dari jauh sehinggalah Naoto mengetahui yang Chihiro didera oleh suaminya sendiri.. Tindakan yang diambil Naoto memang agak mengejutkanlah..

Sebuah cerita yang agak sedih..

Movie: Under Your Bed
Also Known As: Anda Yua Beddo
Screenwriter & Director: Asato Mari
Genres: Psychological, Drama
Country: Japan
Release Date: Jul 19, 2019
Duration: 1 hr. 38 min.
Naoto was ignored by other people. During his school days, Chihiro was the first person who called his name. Naoto dreams of seeing her again and tries to find her. Finally, after 11 years, he locates her, but she is a totally different person now. Naoto becomes obsessed with her. Naoto sneaks into her house and stays under her bed. (Source: AsianWiki)

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com