Sunday, November 14, 2021

Mee Kari Kak Bibi, Slim River Perak

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang dah lama nak singgah beli mee kicap di stall ini cumanya sebelum ini dia tak bubuh banner macam gambar dibawah, jadinya Sha kuranglah yakin nak menyinggah.. hehehe.. Stall Mee Kari Kak Bibi ini duduknya dekat Restoran Biriyani Maju Jaya.. Sha dah dua kali beli dekat sini.. Memang sedap.. Beli bungkus dan makan dirumah.. Cumanya masa beli kali pertama ada cili kicap untuk mee kari tapi kali kedua beli dia bagi sambal tumis.. Mee kicap pula dia bagi cili jeruk..

Mee Kari Kak Bibi.. Kalau nak search kena bubuh Restoran Biriyani Maju Jaya dekat Google Map..
Antara menu yang ada dekat stall ini ialah Mee Sup, Mee Kari, Mee Kicap, Wantan Mee Kicap, Yee Mee dan Mihun Sup..

Stall nya mengadap jalan..

Wantan mee kicap kuah sup.. Sedap dan kena dengan selera Sha..
Mee kicap ini boleh juga dikawankan dengan kuah kari.. 

Mee Kari Kerang - RM6
Agak pedas sedikit sambal dia..

7 comments:

  1. wah..sedapnya mi kari..memeng kegemaran.. tap MY sorang je yang suka.. anak anak tak suka..

    ReplyDelete
  2. Wantan mi kicap tu macam sedap je. Suka wantan mi :)

    ReplyDelete
  3. dah maju dan laku lah tu kedai kak bibi sebab tu dah ada banner

    ReplyDelete
  4. Yeay! Nanti boleh singgah sini bila balik kampung en asben :)

    ReplyDelete
  5. Mee kicap femes kan kat perak

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »