Sunday, July 3, 2022

ebook | Kirimkan Impian Aku Kepada Kau (Magic Bean #4) oleh Joi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yusira merupakan atlet lompat galah yang bagus namun tidak sebagus Sheila.. Cubaan ingin mengenali Sheila tak nerjaya namun takdir menemukan mereka dalam keadaan yang di luar jangkaan.. Yusira terpaksa menumpang di rumah Sheila dan kemudiannya menjadi anak angkat keluarga Sheila.. Ini memberikan peluang untuk Yusira bergiat aktif dalam sukan lompat galah dengan bantuan Sheila sebagai penasihat.. Ketika sedang berusaha untuk menyertai kejohanan sukan, rahsia sebenar Sheila ingin bersara terbongkar.. Sesuatu yang tak dijangka berlaku dan Yusira perlu membawa impian mereka ke pringkat lebih tinggi berseorangan..

Sha baca dan selesai pada 04.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published December 2016 by Kadokawa Gempak Starz

Filem Malaysia | The Assistant (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jalan citer dia memang boleh buat kita agak siapa yang jahat dan dah bunuh isteri serta anak Zafik, cuma motif dia je agak mengelirukan tapi bila tahu motif rasa macam nak sepuk je kepala mamat yang jahat tu.. Paling best bagi filem ini ialah plot twist dia..  Memang tak sangkalah plot twist dia tu.. Betul-betul tak sangka..

Kalau ikutkan Sha tak minat sebenarnya Hairul ini tapi macam suka pula dengan watak dia dalam filem ini.. Gila, psiko dan kelakar.. Yup.. Kelakar.. Tak sangka dia boleh jadi gila dan sengal macam ini.. Hahaha.. Paling tak tahan bila dia gelak, dengan Sha sekali gelak.. Hahaha.. Selamba je dia bunuh orang, pukul orang, lepas tu potong jari orang.. Zafik panik tapi dia boleh gelak gelak je.. Sekali ending pun ada plot twist.. Pergh!! Nicelah.. Cumanya tak sesuai layan seisi keluargalah..

Hairul ini boleh pergi jauh untuk bidang aksi dan psiko.. Kerekter dia tu memang jadilah.. Gandingan antara Hairul dan Iedil ini pun menarik..

The Assistant
2022
2h 4m
Genre: Action
Director: Adrian Teh
Writers: Chi-Ren Choong(screenplay) Adrian Teh(screenplay)
Stars: Iedil Dzuhrie Alaudin, Hairul Azreen, Kin Wah Chew
Sinopsis:  Mengisahkan tentang Zafik yg baru keluar penjara mencari pembunuh isteri & anaknya.

ebook | Di Penjara Daisy oleh Amwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka baca buku ini sebab penulis bawakan tema murung dan bunuh diri.. Siapa pun boleh mengalami perkara ini.. Penulis olah dengan caranya yang tersendiri.. Ada sindiran dan juga betapa manusia ini kejam..

Daisy seorang doktor gigi yang tak suka dengan hidup dan perkerjaannya.. Rafael pula seorang lelaki yang bergantung pada ubat, mengalami kemurungan pernah cuba membunuh diri.. Mereka bertemu tanpa sengaja.. Jatuh cinta dan saling memerlukan.. Mereka bermula sebagai kawan dan melangkah ke pringkat seterusnya tanpa sedar.. Perlahan-lahan sejarah hidup daisy mula terbongkar namun Rafael dah jauh jauh ke dalam cintanya pada Daisy.. Rafael tak peduli dan bila perasaan tak selamat serta takut kehilangan, membuatkan Rafael bertindak bodoh.. Kerana tindakan bodoh ini mereka berada disatu fasa baru yang menyembuhkan mereka.. 

Cinta itu boleh membunuh dan cinta itu juga boleh menyembuh..

Sha baca pada 02.07.2022 dan selesai pada 03.07.2022

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published September 2021 by SA Itubuku Ventures

Jack 'n Jill Cloud 9 Crispies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang bestlah sebab wafer coklat ini ada karamel dan kekacang.. Suka betul bila ada gabungan coklat dan kacang.. Rasa puas makan.. Boleh dijadikan snek kunyahan semasa membaca atau menonton drama.. hehehe.. Memang crispies habislah.. Sha selalu simpan dalam peti ais dulu sebelum makan.. Supaya coklat dia tak cair dan comot.. hehehe..

Jack 'n Jill Cloud 9 Crispies (37g)

Sha beli value pack macam ini.. Harga dalam RM3 lebih macam tu.. Dalam dia ada 3 pcs.. Berbaloilah..

Saturday, July 2, 2022

ebook | Miss Baker oleh Sabrina Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha pandang ringan buku ini sebab buku remaja kan.. Tapi tak sangka penulis berjaya mengolah satu cerita yang bermain dengan emosi, persahabatan dan kekeluargaan berdasarkan isu semasa kita pandemik.. Memang terbaiklah penulis..

Kisah Ilham dan Nadine yang terpaksa melalui fasa pandemik dengan keadaan yang berbeza.. Ilham merupakan budak sekolah yang menjadikan kerja penghantar sebagai kerja sambilan beliau.. Nadine pula anak orang kaya yang tahu bershopping di shopee tanpa mengira masa.. Bila pandemik melanda Ilham masih lagi boleh ke sana ke mari disebabkan kerja sebagai budak penghantar.. Nadine mula menjadi murung kerana terkurung dan kemudiannya mendapat tahu yang ibu bapa mereka tidak lagi menerima gaji.. Dari sini Ilham mula membantu Nadine untuk bangkit dan melangkah.. Ibu Nadine turut membantu.. Tanpa Ilham dan Nadine tahu, ibu-ibu mereka rupanya ada sejarah silam yang tak diduga.. 

Sha baca dan selesai pada 01.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2022 by Bookiut

Jack N' Jill Roller Coaster Tom Yam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hye semua.. Ternampak keropok ini masa teman kawan ke Pasaraya Segi.. Memikat betul sebab plastik dia warna hitam.. Perisa tomyam.. Memang best betul rasa tomyam dia cuma pada Sha rasanya agak masin.. Kawan-kawan Sha yang makan bagi habis sebab sedap rasa tomyamnya.. Memang padu kata mereka.. Nampak tak perbezaan tekak kami.. Jadinya korang yang baca ini kena rasa sendir barulah boleh tahu sedap ke tidak.. Lain tekak lain penerimaannya.. Gitu.. hehehe..

RM2.20 (60g)

Isi dalam dia.. Separuh plastik je..

ebook | Antologi Komik Puris: YOLO oleh Abeben

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kompilasi komik yang ohsem sangat.. Ada 7 komik semuanya dan setiap satu ada isi yang ingin disampaikan kepada pembaca.. Paling terkesan adalah komik bertajuk Syyy… Jangan Tegur karya Abeben.. Memang padulah.. Walaupun tak banyak dialog tapi sentap sampai ke hati.. 

Sha baca dan selesai pada 01.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published September 2018 by Buku Puris

Filem US | Knives Out (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem penyiasatan mengenai pembunuhan.. Awalnya bila kita tengok memang nampak macam kematian tu akibat pembunuhan.. Tambahan pula watak Maria yang sangat gabra tapi kemudiannya bila tengok klu demi klu.. Pembongkaran demi pembongkaran, tak sangka kospirasi yang dilakukan oleh salah seorang suspek begitu terperinci.. Penamat dia pun memang tak disangkalah.. Ada twist sikit..

Knives Out
2019 ‧ Mystery/Comedy ‧ 2h 10m
Harlan Thrombey, a reputable crime novelist, is found dead after his 85th birthday celebrations. However, as detective Benoit Blanc investigates the case, it unravels a ploy of sinister intentions.

Friday, July 1, 2022

200000km Kuda Merah Ku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 200000km dah perjalanan Kuda Merah Sha ini.. Buat major servis.. Tukar bearing, break pad, brake shoe, break pump, timing belt dan belt luar.. Pergh!! Memang dasyatlah perbelanjaannya.. Cuma jadi tak banyak sebab bayar upah je kecuali bearing.. Encik suami beli siap-siap barang yang nak ditukar di Shopee secara berdikit-dikit.. Kuranglah terasa perbelanjaannya.. kalau sekali sederap, memang sakit wei.. Bengkel pun okay je bila kita bawa barang dan minta pasang sebab masih kena bayar upahkan.. 

Setia bersama..

Jam 6.51pm akhirnya langkah Kuda Merah jejak 200000km..

Simpan sini sebagai kenangan.. hehehe..

Anime Jepun | Karas (2005)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok juga sesekali layan anime macam ini.. Lagipun pendek je, 6 episod.. Hehehe.. Kisah seorang lelaki yang menjadi pahlawan mengimbangi dunia manusia dan youkai.. Tapi manusia mula melupakan youkai dan membuat kacau.. Ini menyebabkan pahlawan karas yang lama naik angin dan ingin menghapuskan manusia.. Muncul pahlawan Karas yang baru bernama Otaha.. Namun bukan mudah sebab Otaha perlu mencari sebab untuk perjuangannya..

Karas
2005 ‧ Cyberpunk ‧ 1 season
Genres: Action, Fantasy, Sci-Fi
Themes: Gore, Super Power
Duration: 30 min. per ep.
Episodes: 6
Aired: Mar 25, 2005 to Oct 26, 2007

The world of the humans and the world of the demons (youkai) have overlapped one another, leaving humans to walk the streets of life as they normally would, while demons walk, hidden from the naked eye, down the very same streets. A seemingly young woman named Yurine and her servant, the Karas (from the Japanese word for "Crow"), have long maintained order and balance between the overlapped worlds, ultimately keeping the demons from interrupting the lives of humans. However, humans have come to forget and jest at the existence of demons, and no longer understand the privilege it is to live without fear. Disgusted by this arrogance, an old Karas turns his back on the laws he had once upheld, and in his human form, named Eko, he creates an army of Mikura, or mechanized demons, to ready an attack on the human race.

A young man named Otoha inherits the powers of the Karas and takes his place at the side of Yurine, who claims that his soul called out for her while he lived the life of a human. They live in the world of the demons. It is now up to Otoha to prove himself as a Karas, and restore the balance that Eko threatens to upset.

Meanwhile, a superstitious police officer named Sagisaka and his rational new recruit, Kure, follow the trail of the murders dealt by Eko's Mikura, as well as the trail of a rogue Mikura named Nue. The prophecy unfolds from here into a grave revelation for all in the city.
(Source: Wikipedia)

Goodreads | Bacaan Jun 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak buka portal PNM elib ini.. Tak sangka makin banyak buku baru tapi tu lah, bukunya kejap ada kejap tak ada.. Buku semua best-best dan mengejutkan walaupun dari penulis baru.. Dasyat dunia buku sekarang.. Ada ebook yang Sha jumpa dan baca memang mengejutkan.. Bulan ini Sha mabuk membaca sebab jumpa banyak ebook menarik.. Jomlah tengok ebook apa yang berjaya Sha baca..





25. Alviso oleh Syud - ebook
26. Pelangi oleh Syud - ebook


Thursday, June 30, 2022

Munchy's Oat Krunch Biscuit: Chia Seeds & Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang sedap.. Rasa susu dan oat tu ngam gila.. Paling penting sesuai dijadikan sarapan, minum petang.. Satu pek tu ada 4 ketul biskut yang boleh buat kita kenyang.. Kalau nak buat alas perut atau snek sementara nak dapat nasi memang sesuailah.. Paling best sebab ada chia seed tu.. Sha suka dan memang akan jadi makanan sampingan yang perlu disimpan dalam beg tangan.. hehehe..

Munchy's Oat Krunch Biscuit: Chia Seed & Milk (160g)
RM4.50

Dalam dia ada 5 pek kecil..

Setiap pek kecil ada 4 keping biskut.. Memang sesuai sangat nak bawa travel..

ebook | Sayang Kita Sampai Bila-bila! (Magic Bean #1) oleh Shahaini Zahar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah persahabatan dan percintaan remaja sekolah.. Kisah dua sahabat iaitu Judika dan Hannah yang sudah bersama sejak dari kecil lagi.. Namun semuanya berubah dengan kehadiran Rayyan.. Awalnya Hannah memang tak sukakan Rayyan kerana disangkanya sombong.. Judika pula meluahkan perasaannya pada Hannah namun di hati Hannah, Judika hanyalah sahabat baiknya.. Bila meraka mula berkenalan dengan Rayyan dan berkawan rupanya ada cinta di hati Hannah dan Rayyan.. Walaupun awalnya Judika tak boleh terima Hannah cintakan Rayyan namun kerana kasih sayang Hannah yang masih utuh sebagai sahabat, mereka jadi rapat bertiga.. Tetapi sesuatu berlaku pada Rayyan dan buku ini tamat dengan perkara yang di luar jangkaan..

Sha baca dan selesai pada 30.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published August 2016 by Gempakstarz

Filem US | Jurassic World Dominion (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok dengan Imani je filem ini.. Encik suami tak minat.. Hahaha.. Sha memang suka Jurassic punya siri.. Lantaklah logik ke tak.. Hahaha.. Menonton filem ini sama je macam baca buku.. Kita keluar dari dunia realiti dan masuk ke dunia tak logik..

Memang bestlah secara keseluruhannya walaupun ada part yang agak bosan tapi tak banyak.. Kali ini manusia kena menyesuaikan diri dengan haiwan Jurassic yang dah terlepas ke dunia.. Bukan mudah sebab mereka besar dan pemangsa, namun mereka pun bukan mudah nak menyesuaikan dengan keadaan yang moden..

Tak terbayang kalau betul-betul terjadi tau.. Mujurlah filem je.. kikiki.. Layan..

Jurassic World Dominion
2022 ‧ Sci-fi/Action ‧ 2h 27m
Four years after the destruction of Isla Nublar, dinosaurs now live and hunt alongside humans all over the world. This fragile balance will reshape the future and determine, once and for all, whether human beings are to remain the apex predators on a planet they now share with history's most fearsome creatures.

ebook | Oh, No! Jangan Cakap Aku Dah Jatuh Cinta... (Magic Bean #2) oleh Izzaty Razak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun tema cinta, namun olahan penulis agak santai dan menarik.. Kisah pekerja dan bos yang akrab sampai terbit perasaan di hati namun ego menyebabkan mereka lambat meluah.. Bila bos terngorat orang lain, pekerja mula sakit hati.. Gaduh, baik kemudian sakit hati dan akhirnya bercinta hingga ke jinjang pelamin.. Kikiki.. Buku remaja kan.. Layanlah juga..

Sha baca dan selesai pada 29.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published August 2016 by Gempakstarz

Wednesday, June 29, 2022

Filem US/UK | Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang berkira-kira nak tengok cerita ini sebab Johnny Depp dah tak ada tapi sebab memang minat genre ini kan, jadinya tengoklah juga.. Hehehe.. Paling suka masa bahagian Newt Scamander nak selamatkan abang dia Theseus.. Memang kelakar habis dan comel je.. Hahaha.. Macam biasalah, orang baik kena kalah dulu baru menang di akhir cerita.. hehehe.. Memang layanlah bab magikal dan haiwan kepunyaan Newt tu.. Paling kesian watak Credence Barebone / Aurelius Dumbledore.. 

Sha tengok version bersih.. kikiki.. Kenapalah dia tukar Johnny Depp.. Menci.. Hahaha..

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore
2022 ‧ Fantasy/Adventure ‧ 2h 23m
Professor Albus Dumbledore knows the powerful, dark wizard Gellert Grindelwald is moving to seize control of the wizarding world. Unable to stop him alone, he entrusts magizoologist Newt Scamander to lead an intrepid team of wizards and witches. They soon encounter an array of old and new beasts as they clash with Grindelwald's growing legion of followers.

ebook | Ejen Noah: Misi Kesumat Sakti oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok betul baca siri OPAL dari penulis ini.. Kali ini pasal Noah pula.. Noah ini cemerlang tapi bila dia diarahkan untuk satu misi penyamaran bagi menangkap kumpulan Panthera, Noah terjatuh cintalah pula.. Malangnya misi penyamaran dan misi percintaan Noah terkandas.. Ingatkan memang dah tak ada harapan sekali Katia @ Sakti muncul tiba-tiba.. Malah menjadi buruan OPAL kerana membunuh penjenayah.. Noah kembali bersemangat namun bukan mudah sebab ada dendam dalam hati Sakti..

Sha baca pada 27.06.2022 dan selesai pada 28.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2022 by Rinsya Chasiani

7-Eleven Juice Assorted Fruity Flavours

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berbaloilah bayar untuk sebotol juice tanpa gula ini.. Pada Sha paling sedap dah tentulah apple, kemudian mangga dan last sekali oren.. Sha tak berapa minat oren, mungkin sebab rasa dia agak masam.. Hehehe.. Mangga tu memang pekatlah rasa buah dia.. Pergh!! Puas hati..

RM4.90 (330ml)
Powered Apple
Boosted Orange
Energized Mango

ebook | Banglo Andresia oleh Noorsyafitri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja cari pasal.. Memang petakalah dapatnya.. Dua sahabat pergi melakukan pencarian paranormal malangnya Banglo Andresia bukanlah banglo biasa.. Awalnya tak ada apa yang berlaku namun tak lama lepas tu mereka mula menerima gangguan.. Bukan Fia tak ajak Firdaus balik bila rasa hatinya mengatakan ada yang tak kena.. Namun kedegilan Firdaus akhirnya mengundang padah pada mereka..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published  by Noorsyafitri binti Jamaludin

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, June 28, 2022

ebook | Semangat Robowaja dan Koleksi Komik Terbaik Ard One oleh Ard One

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kompilasi komik yang dihasilkan oleh Ard One.. Ada pelbagai genre dan setiap satunya ada keistimewaannya.. Ard One juga ada berkongsi tips berkomik gaya beliau.. Malah setiap komik beliau ada isi yang menarik untuk pembaca jadikan teladan macam komik bertajuk Dakwat Biru.. Komik ini memberitahu pembaca bahawa untuk menjadi pelukis komik, kita juga perlu berilmu bukan sekadar pandai melukis.. Memang bestlah kompilasi ini..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published Jun 2020 by Komik-M

Korean Variety | Fly To The Dance (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rancangan variety ini baru episod 3, ada lagi 7 episod.. Mengisahkan 6 penari perempuan dan Henry yang mengembara ke New York dan los Angeles untuk membuat persembahan busking tarian.. Sambil-sambil tu mereka akan berkolabarasi dengan pelbagai pihak.. Episod 2 & 3 memang menarik.. Memang bestlah layan sambil membaca.. hehehe..

TV Show: Fly to the Dance
Also Known As: Peullai Tu Deo Daenseu
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Jun 3, 2022 - ?
Aired On: Friday
Original Network: jTBC
Duration: 1 hr. 25 min.
Genres: Adventure, Music, Travel
It follows a crew of dancers on their journey to the cities of New York and Los Angeles. The dancers will be gathering American crowds to come and see their on-the-spot busking performances, all the while enjoying their time traveling together. 
(Source: Naver)

ebook | Kotej 11 oleh Nurshaza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebook ini pendek je tapi padat.. kisah 5 sepupu yang bercuti di Kotej 11.. Lina seorang yang penakut, menjadi usikan Hakeem, Nabil dan Naila.. Abang Hariz pula lebih banyak berdiam diri dan membela Lina bila usikan sepupu mereka menjadi semakin galak.. Perjalanan yang panjang membuatkan mereka membuka cerita seram berkaitan Kotej 11, bila sampai Lina sering diganggu tapi tak ada yang percaya kecuali Abang Hariz.. Kemuncaknya bila Lina, Hakeem dan Nabil sengaja menyeru makhluk tersebut.. Memang petakalah jawabnya..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020 by Nurshaza

Krobe Salt Cola

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa dia memang unik habislah.. Tapi yang bestnya rasa dia tak pelik dan agak manis.. Bergas tu dah tentulah.. Hehehe.. Saja Sha beli untuk cuba sebab tin dia lawa dan tertanya-tanya apa agaknya rasa cola kalau bercampur garam.. Yang pastinya Sha suka tapi tak boleh minum selalu.. Harga memang tak ingat.. Sha beli dekat kedai Mesra Petronas..

Krobe Salt Cola (320ml)
Cola + Himalayan Salt = KroBe SaltCola

Monday, June 27, 2022

ebook | Jjajangmyeon Girl oleh Anis Adanan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah remaja sekolah yang menarik.. Nuha sangat gemarkan makanan Korea.. Punya kawan baik bernama Raina dan juga rival bernama Mia dan Huda.. Satu hari sekolah mereka mengumumkan hari Keusahawanan dan mereka berminat untuk menyertainya.. Kerana tempat yang terhad mereka berempat mula mengadakan cabaran untuk menentukan siapa yang layak.. Dalam masa yang sama Nuha perlu mendapatkan keizinan ibunya.. Kerana pertandingan itu mereka berempat mula berkawan baik semula dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa.. Nuha juga akhirnya mengetahui kebenaran disebalik larangan ibunya dan punca sebenar kematian ayahnya.. 

Sha baca dan selesai pada 26.06.2022

Turut dibubuh dalam novel ini ialah tips untuk berniaga.. Memang menarik..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published November 2021 by Bookiut Pts

Filem Jepun | Midnight Maiden War (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha saja je pilih secara rambang.. Tak sangka menarik.. Peperangan dalam diri yang luar biasa.. Berkenalan dengan dua manusia yang pelik, akhirnya I terjebak dengan perkara tak disangka.. Blacksuit mula merancang sesuatu yang diluar jangkaan melibatkan kehancuran.. I pula berusaha menyelamatkan Senior yang disukainya tapi lain pula yang jadi.. Ending dia memang luar biasa..

Movie: Midnight Maiden War
Also Known As: Mayonaka Otome Senso, Mayonaka Otome Sensou
Screenwriter & Director: Ninomiya Ken
Genres: Youth, Drama
Country: Japan
Release Date: Jan 21, 2022
Duration: 1 hr. 53 min.
Nagase Ren takes on the role of "I," a university student who moved to Tokyo and is living alone for the first time. I has no friends. I has no girlfriend. The lectures at the university were horribly boring, and I was always looking at Tokyo Tower on the way back from his laborious job. While being attracted to the ruthless, dignified and intelligent "Senior," played by Ikeda Elaiza, whom he meets in the "Hide and Seek Circle" that he secretly falls in love with. Meanwhile, I meets a man called "Black Suit," played by Emoto Tasuku, who is an extremely charismatic and mysterious person. Little did "I" know that the two people he met would bring excitement to his mundane, humdrum existence. 
(Source: MyDramaList)

~~ Based on novel "Mayonaka Otome Senso" by F (published April 28, 2018 by Kadokawa) ~~

ebook | Miss Genius Matematik oleh Haryani Kamilan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penyampaian yang santai dan sangat seronok dibaca.. Mengisahkan tentang pelajar bernama Lily yang sangat genius dalam subjek Matematik.. Namun Lily taklah bijak dalam subjek hafalan.. Lily telah berpindah ke sekolah baru.. Awalnya Lily cuba berlagak sombong kerana ingin mengelak dari dibuli.. Namun bila rakan-rakan baru mula menunjukkan sifat yang baik, Lily menerima dan berkawan dengan mereka.. Malah Lily turut mengajar subjek matematik kepada rakan-rakan barunya.. Peperiksaan datang dan menyebabkan Lily mengambil keputusan gila dengan menggodam komputer cikgunya.. Lily tak nak kena pukul dan ini adalah tindakan paling tidak bijak bila rakan subahat Lily menjual kertas soalan dan jawapan kepada rakan sekelas mereka.. Tembelang bocor dan mereka ditangkap.. 

Sha baca dan selesai pada 24.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published November 2021 by Bookiut

Mister Potato Crunch: Himalayan Salt Flavour

Assalamualaikum
Hye semua..

Sebelum ini ada Sha kongsikan pasal Mister Potato Crunch: Cheese Flavour.. Kali ini Sha kongsikan yang rasa Himalayan Salt pula.. Sedaplah.. Macam makan biskut cumanya rasa garam himalayan tu tak adalah melampau sangat.. Biasa-biasa je sebab anak Sha makan sekejap je habisnya.. Memang tak ketaralah.. Boleh beli lagi untuk kudapan anak-anak..

RM3.80

Dapatlah sebalang comel..

Sunday, June 26, 2022

ebook | Wira Kera #2: Kembara Ke Utara oleh Hafiz Ismail

  Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan komik Wira Kera #1: Legenda Seorang Raja oleh Hafiz Ismail.. Pengembaraan Kara dan Omar semakin berliku bila identiti Kara mula diketahui ramai.. Saat Kara meninggalkan Omar kerana mengejar ganjaran, Omar dikacau perompak.. Panda datang cuba menyelamatkan namun tak berjaya..

Kali ini lebih banyak aksi Kara berlawan, watak makhluk jadian juga makin banyak..

Sha baca dan selesai pada 24.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Komik M

Shang Chi - "Unstoppable by Sia'

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan..

ebook | Renda Cinta #1: Doa Ibu oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru berkesempatan baca komik ini.. Permulaan kepada perangai Reda yang berubah.. Semuanya kerana kejadian antara abang dan ibunya.. Betapa dia merasakan yang ibunya sayangkan abang melebihi segala-galanya.. Kemudian Reda terjebak dengan rakan-rakan yang salah tanpa disedari yang dia akan dipergunakan.. Remaja yang mudah hanyut hanya kerana salah tingkah dan tersalah kawan..

Sha baca dan selesai pada 23.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published January 11th 2019 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd (first published November 27th 2012)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »