Assalamualaikum..
Hye semua..
Kisah cinta dan hubungan persaudaraan yang pelik.. Penulis bercerita mengenai Marinda dan Que pada awalnya tapi kemudian beralih pada Vena dan Que serta Nara.. Memang sangat cantik perkembangan cerita yang disampaikan penulis malah tingkah laku watak dan kata-kata semangat yang dituturkan, semuanya memberi kesan.. Hubungan sepupu yang berantakkan kerana cemburu, kehilangan yang mengubah sikap hingga ada jiwa yang tersiksa.. Kecaman netizen terhadap pesalah yang belum tentu salah.. Bagaimana watak saling membantu dalam meleraikan kekusutan.. Semuanya sampai pada Sha dengan cantik.. Cara penulis membongkar sedikit demi sedikit kaitan antara Que, vena, Nara dan Marinda juga sangat baik dan buat Sha jatuh cinta.. Jujurnya Sha langsung tak boleh nak berhenti bila mula membaca..
Sha baca dan selesai pada 02.12.2022..
Published September 1, 2020
Sha pinjam di laman web elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral
dah lama tak baca buku novel..jalan cerita macam menarik
ReplyDeleteTahniah pada penulis
ReplyDeletesiapa yg jadi pesalah tu?
ReplyDelete