Assalamualaikum..
Hye semua..
Menarik sangat novel ini.. Walaupun penceritaannya mengenai Iman seorang anak bongsu dari dua beradik dan masih bersekolah rendah, namun penulis berjaya menyampaikan nilai-nilai murni dalam cerita.. Bukan sahaja untuk pembaca cilik malah orang dewasa seperti Sha pun turut terkesan.. Antara yang emnarik adalah pengorbanan Iman dalam memberikan angsa kesayangannya untuk disembelih.. Kemudiannya Iman juga berjaya memberikan botol-botol air kesayangannya kepada rakan sekelas.. Memang menarik contoh dan tauladan yang disampaikan..
Sha baca dan selesai pada 10.12.2022
Published June 30, 2011 by PTS Publishing House
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral
iman ni pengumpul botol air ya?
ReplyDeletetak pernah tahu ada orang makan angsa. menarik
ReplyDelete