Wednesday, May 31, 2023

US | Shazam! Fury of the Gods (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pertama dia, Sha tak tengok pun lagi.. Tapi okay je, boleh je faham jalan ceritanya.. Tak perlu nak fikir beria.. 2 anak Titan Atlas, tak puas hati dan nak balas dendam.. Jadinya diorang ni pecah masuk muzium dan curi tongkat ahli sihir yang telah dipatahkan Shazam.. Rupanya tongkat tu pelindung antara dunia magic dan dunia manusia.. Bila da patah, faham-faham jelah.. Shazam pula tengah hadapi krisis dengan rakan-rakan super hero dia.. Budak baru nak dewasakan.. 

Okaylah sebab dia memang layak pun diberikan kuasa oleh ahli sihir.. Pengorbanan dia tu..

Shazam! Fury of the Gods
2023 ‧ Action/Fantasy ‧ 2h 10m
Bestowed with the powers of the gods, Billy Batson and his fellow foster kids are still learning how to juggle teenage life with their adult superhero alter egos. When a vengeful trio of ancient gods arrives on Earth in search of the magic stolen from them long ago, Shazam and his allies get thrust into a battle for their superpowers, their lives, and the fate of the world.

ebook | Aku Tetap Setia oleh Ameera Ameer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak tahu pula yang buku ini sambungan.. huhuhu.. Tapi okay je kalau tak baca buku pertama dia.. Boleh je faham keseluruhan cerita dalam buku ini.. Kisah selepas Ku Arif dan Dania yang dah berkahwin.. Adalah konflik kecil-kecil untuk hubungan suami isteri.. Plaing meruntun kisah anak merekalah.. Biasaah naluri seorang mak kan.. Okaylah jalan cerita dia.. Santai je.. Tak ada stress sangat nak baca..

Sha baca dan selesai pada 31.05.2023..

Published December 1, 2016 by Anaasa Publication
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

7-Eleven Roasted Nuts: Roasted & Salted Mixed Nuts

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita cuba kacang masin dari 7-Eleven pula.. Okaylah untuk jadi snek semasa membaca.. Tak terlalu masin.. Ngam-ngam je.. Jumla kacang pun nampak seimbang je.. Ada badam, gajus dan kacang tanah.. Jadi kesukaan Sha sebab kacangkan.. Kuantiti dia sesuai sangat untuk snak semasa membaca buku atau menonton drama..

Roasted & Salted Mixed Nuts (50g)
RM5.90

Kacang Tanah, Kacang Gajus dan Kacang Badam..

Novel | Kanvas Cinta Kita oleh Khairul Aswad Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak puas hati betul dengan penulis.. Huhuhu.. Penjahat sebenar terlepas, yang tak bersalah pula terpaksa menjadi pelarian.. Memang kejam tau penulis tinggalkan cerita tergantung.. huhuhuhu..

Kisah Daniel seorang penulis yang tersohor membuat kemunculan semula.. Rozita pula penulis yang naik semasa Daniel menyepikan diri.. Namun Rozita punya sikap yang agak kurang baik bila dia mempermainkan Johari semata-mata ingin mencari ilham menulis novel.. Pertemuan Daniel dan Rozita merupakan kebetulan hinggalah mereka akhirnya berkahwin.. Namun Rozita telah mengumpul musuh hingga menggaggu hubungan antara dirinya dan Daniel.. Semuanya menjadi tragedi yang tak dijangka..

Penulis menyampaikan cerita dengan cara yang menarik.. Bermula dengan kisah yang berlaku awalnya dan diselang selikan dengan kisah yang dah terjadi secara berselang seli..

Sha baca dan selesai pada 31.05.2023..

Published January 1, 1999 by Rhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.
Sha pinjam Perpustakaan

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, May 30, 2023

Pizza Hut: Huts Lava Butterscotch Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa beli pizza RM5 tu ternampak kek baru ini.. Terus Sha add on.. Best betul makan kek ini bersama secawan kopi.. Keknya tak terlalu manis, ngam-ngam je rasa dia di tekak.. Okaylah kalau nak beli lagi sebab sedap..

Cuma tulah, kecil sikit keknya..

Sos dia melimpah ruah.. Pergh!! Best..

Harga dia RM11.90 tapi kalau add on jadi RM10.90..

ebook | Daftar Mimpi: Kumpulan Puisi oleh Abdullah Hussaini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis menjadikan hal yang berlaku di sekeliling kita sebaai subjek penceritaan dengan sebaiknya.. Ada kisah tentang malam, ayam, kesejukan pagi, mimpi dan lain-lain lagi.. Lepas baca buku puisi ini, pandangan kita terhadap hal-hal yang kecil ikut berubah.. Setiap benda atau perkara nampak lebih bermakna..

Sha baca dan selesai pada 30.05.2023..

Published May 1, 2021 by Kata-Pilar Books
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

India | Virupaksha (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jangan tertipu dengan poster dia.. Filem ini ada seram sikit sebab berkiatan dengan ilmu hitam.. Kisah seorang anak yang bersungguh belajar ilmu hitam mak dan ayah dia demi membalas dendam disebabkan mak dan ayah dia dibunuh orang kampung.. 

Surya baru datang semula ke kampung Rudravanam bersama mak dan kawannya.. Kebetulan ada festival tapi dibatalkan dan kampung tu berada dalam perinta berkurung selama 8 hari selepas kejadian orang kampung mati dikuil.. Malangnya pada malam pertama ada orang kampung yang telah melanggar perintah berkurung dan menyebakan kematian demi kematian berlaku.. Surya, mak dan rakannya dibenarkan keluar dari kampung tapi Surya patah balik ke kampung sebab ingin membantu Nandini.. Surya yang tak puas hati dengan cara orang kampung menyelesaikan masalah mula menyiasat dan menemukan kebenaran.. 

Virupaksha
2023 ‧ Mystery ‧ 2h 26m
Mysterious deaths occur in a village due to an unknown person's occult practises. The whole town is afraid, and the problems continue as they search for the one responsible.



Coretan 30 Mei 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lepas maghrib, Sha dan suami keluar berdua.. Raikan ulang tahun ke 14 kami.. Tak adalah beria, cuma keluar makan malam dan sembang dalam kereta je.. Masa untuk kami berdua sahaja.. Sha pun tak adalah nak makan beria sangat.. Sepotong kek di McD.. kikiki.. adalah menu lain tapi fokusnya kek ini.. kikiki.. Makin berusia makin ringkas cara kami meraikan dan menghargai.. Anak-anak dah besar, dah bolehla nak tinggal sekejap.. 

Sepotong kek Belgium McD..

Monday, May 29, 2023

ebook | Before the Coffee Gets Cold by Toshikazu Kawaguchi , Geoffrey Trousselot (Translator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa Sha baca buku ini, Sha ada satu perasaan macam dejavu.. Bila Sha baca sampai habis, Sha rasa macam pernah tonton filem/drama seperti jalan cerita buku ini.. Buku ini ada 4 kisah yang diceritakan berlaku di sebuah kafe.. Kafe yang membolehkan pelanggannya balik ke masa lalu namun mestilah duduk di kerusi tertentu dan tempohnya hanya sebelum kopi yang dihidangkan sejuk.. Orang tu juga tak boleh bangun dari kerusi tu, tak ada apa-apa perubahan pun pada masa depan kalau balik ke masa lalu..

Keempat-empat cerita memberikan impak yang berbeza pada Sha.. Kisah pertama mengenai sepasang kekasih yang tak berterus terang tentang perasaan mereka.. Kisah kedua pula mengenai seorang suami yang mengidap penyakit alzheimer dan isterinya seorang jururawat.. Kisah ketiga mengenai dua adik beradik dan kisah terakhir mengenai ibu yang melahirkan tapi tak dapat melihat anaknya membesar..

Sha baca dan selesai pada 29.05.2023..

Published November 17, 2020 by Hanover Square Press
Sha baca di Google Play Books..

US | Shotgun Wedding (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok filem ini sebab ada Josh Duhamel tapi tak sangka pula dia nampak agak tua dalam filem ini.. kikiki.. Terserlah sangat.. Tapi okaylah sebab bergandingan dengan Jennifer Lopez kan.. Comel je kedua-duanya.. Kisah yang tak berapa nak serius.. Darcy dengan Tom ini dekat pulau untuk melansungkan perkahwinan mereka.. Adalah masalah sikit-sikit tapi paling kelakar bila ada lanun datang mengganggu.. Masa ini barulah nampak Tom dan Darcy betul-betul berkomunikasi dan saing meluahkan ketidak puas hatian mereka sepanjang perjalanan majlis mereka sambil menentang lanun.. 

Kunci dia komunikasi je sebenarnya.. kikiki.. Itu mesej yang Sha nampaklah dari filem kelakar ini..

Shotgun Wedding
2022 ‧ Romance/Comedy ‧ 1h 40m
Darcy and Tom gather their families for a destination wedding, but the ceremony gets put on hold when gunmen take everyone hostage. Now, they must do everything they can to save their loved ones -- if they don't wind up killing each other first.

ebook | Lawak Pasal Meow 01 oleh Nishiki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah comel kucing bernama Meow bersama kawan-kawannya dalam menyelesaikan masalah mereka bersama serta menjalani kehidupan seharian dengan ceria dan gembira.. Memang comellah baca.. Santai sambil bertenang-tenang..

Sha baca dan selesai pada 29.05.2023..

Published March 1, 2015 by Gala Unggul Resources Sdn. Bhd.
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

Thursday, May 25, 2023

US | Chupa (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alex kehilangan ayah dan dihantar bercuti ke Mexico.. Walaupun awalnya dia tak rasa yang Mexico tu sesuai dengan dirinya namun kemunculan Chupa berjaya memulihkan hubungan Alex dan ahli keluarga ayah dia.. Chupa merupakan makhluk mistikal yang cuba ditangkap saintis.. Namun Alex, atuk Alex dan sepupu Alex berjaya menyelamatkan Chupa dari dijadikan bahan eksperimen..

Seronok tonton bersama keluarga, jalan cerita dia ringkas dan manis.. kikiki..

Chupa
2023 ‧ Adventure/Action/Drama ‧ 1h 35m
A boy on a family trip to Mexico discovers a young chupacabra hiding in his grandfather's shed.

Kaca Mata Patah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang spek mata jatuh dan patah tangkainya.. Tinggallah sebelah je tangkai dia.. Kikiki.. Terus rasa kabur pandangan.. Jenuh juga memandu dengan tangkai sebelah tu.. Bolehlah dari tak ada.. kikiki.. Petang tu juga pergi buat lepas ambil anak sekolah agama.. Mujurlah kaca yang selalu Sha pakai tu ada stok.. Tunggu lebih kurang 20 minit macam tu.. Cumanya staf kedai yang Sha suka pergi tu dah bertukar, jadi spek dan layanan agak kureng sedikit kepuasannya.. huhuhu.. Cerah mata bila dah pakai kaca mata baru.. hehehe.. Bila periksa, power dah turun sedikit belah kanan tapi naik di mata kiri.. Silau masih sama..

Lama usia dia.. Beli September 2019 dan Mei 2023 berakhirlah riwayat dia..
Pernah tukar kanta je tahun 2021..

Patah terus.. Tak boleh nak sambung ke apa..

Berkaca mata baru..

Oreo Soft Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel je kek Oreo ini.. Sekali makan je dah habis.. Keknya okaylah.. Tak lembut dan tak keras sangat.. Harganyadan saiznya, okaylah.. Sha beli dekat Mr. DIY..

Oreo Soft Cake (RM1)

Kek perisa oreo dengan krim dia sekali.. Okaylah..

Wednesday, May 24, 2023

US | John Wick: Chapter 4 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pusingan yang tak berhenti.. Kali ini John Wick cuba menentang High Table dengan membunuh The Elder, lelaki yang lebih berkuasa dari High Table.. Masalahnya mamat Marquis Vincent de Gramont ini yang juga salah seorang High Tale tak puas hati dengan John Wick.. Jadinya dia bunuh Charon yang juga concierge untuk Winston sebab Winston gagal bunuh John Wcik.. Bila John bersembunyi dekat Osaka, Osaka pun kena serang juga, jadinya Winston cadangkan untuk John Wick hantar cabaran berlawan dekat mamat Marquis tu.. Tapi biasalah mamat Marquis tu cuba main tapi.. Herokan.. Tetaplah menang.. Cumanya penamat dia Akira cuba balas dendam dekat Caine seba bunuh bapa dia..

Syok tengok filem ini seba penuh aksi.. Ada Donnie Yen dan Scott Adkins..

John Wick: Chapter 4
2023 ‧ Action/Neo-noir ‧ 2h 49m
With the price on his head ever increasing, legendary hit man John Wick takes his fight against the High Table global as he seeks out the most powerful players in the underworld, from New York to Paris to Japan to Berlin.

OKF: Aloe Vera Drink Grape Taste

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air ini memang best.. Kali ini Sha cuba perisa anggur.. Memang ngam dan layanlah.. Rasa sejuk je bila lalu tekak.. Memang best.. Tambahan pula ada ketulan aloe vera.. Pergh!! Best..

OKF: Aloe Vera Drink Grape Taste

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, May 23, 2023

ebook | Pengantin Ramadan oleh Ameera Ameer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak baca masa Ramadan hari tu tapi tak available untuk dipinjam.. Sajalah nak cari buku dengan tema Ramadan.. 

Kisah Adra yang berkahwin dengan Herman pada bulan Ramadan.. Kesanggupan Herman menikahi Adra selepas Adra difitnah mendapat sokongan Mak Yah yang juga ibu Herman.. Perhubungan mereka terjalin dengan cantik.. Kisah yang sempoi namun mereka yang jahat tidak terlepas dari hukuman.. Adalah cabaran dan dugaan tapi tak adalah melampau.. Watak Adra yang dibuli pun tak adalah lembik.. Memang best baca..

Sha baca dan selesai pada 23.05.2023..


Published August 1, 2020 by AA Idea Publication
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

Jepun | Suzume (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pengembaraan yang bermula hanya kerana Suzume mencabut patung kucing yang jadi pasak penghalang cacing pemusnah.. Suzume juga berkenalan dengan Sota yang menjadi penjaga supaya pintu-pintu tak terbuka.. Namun kucing yang dibebaskan Suzume tela mengenakan sumpahan ke atas Sota dan menukarkan Sota menjadi kerusi.. Suzume berusaha keras untuk mengunci semula pintu-pintu yang terbuka.. Perjalanan dan pengembaraan yang tak disangkakan..

Suzume
Suzume no Tojimari/Suzume's Locking Up
2022 ‧ Adventure/Animation/Action ‧ 2 hours
As the skies turn red and the planet trembles, Japan stands on the brink of disaster. However, a determined teenager named Suzume sets out on a mission to save her country. Able to see supernatural forces that others cannot, it's up to her to close the mysterious doors that are spreading chaos across the land. A perilous journey awaits as the fate of Japan rests on her shoulders.

ebook | Miss Adventure oleh Azwin Nalisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Pengembaraan yang sangat menarik.. Kisah Rufaida, Nuqman dan Uwais yang termasuk ke dunia di dalam gerobok dan bertemu dengan Anum serta Bota.. Bota ini makhluk yang jahat dan mengganggu Anum serta perkampungan yang dijaganya.. Kedatangan Rufaida bersama adik dan abangnya memberi sinar buat Anum dan kawan-kawannya..

Sha baca dan selesai pada 23.05.2023..

Published May 19, 2022 by Bookiut
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

Monday, May 22, 2023

US | Renfield (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hadoilah.. Sakan betul bila Nicholas Cage bawa watak jahat dan kejam.. kikiki.. Kesian Renfield nak kena berkhidmat dengan Dracula yang pandai memanipulatif ini.. Bila zaman dah moden dan dah hidup berzaman-zaman, Renfield dah mula bosan dengan apa yang dia buat.. Tambahan pula lepas bertemu dengan Rebecca.. Teruja betul Renfield tengok sikap Rebecca yang tak gentar berdepan dengan penjahat, tu yang dia tolong Rebecca tapi bukan mudah Dracula nak lepaskan Renfield.. Dracula pun berpakat dengan penjenayah tapi tu lah.. Hero kenalah menang di akhir cerita kan.. kikiki..

Renfield
2023 ‧ Horror/Comedy/Fantasy ‧ 1h 33m
Renfield, the tortured aide to his narcissistic boss, Dracula, is forced to procure his master's prey and do his every bidding. However, after centuries of servitude, he's ready to see if there's a life outside the shadow of the Prince of Darkness.

ebook | Paper Heart oleh Lucyana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik baca buku ini.. Seolah-olah menonton drama bersiri Korea.. Min dan Jia merupakan pasangan kembar yang diabaikan mak ayah mereka.. Semasa menuju ke sekilah asrama, mereka telah dibawa ke dalam hutan.. Sekolah yang mereka masuk bukanlah sekolah biasa sebaliknya sekolah untuk belajar sihir dan setiap pelajar ada keistimewaanya.. Memang huru hara jadinya hidup mereka tambahan pula sekolah itu untuk pelajar lelaki sahaja.. Nak balik, mereka tak tahu jalan keluar.. Nak tak nak terpaksalah mereka teruskan juga.. Sudahlah nak kena hadam keadaan sekilah yang berbeza, tiba-tiba Min bertukar jadi serigala pula lepas terkena serangan dari lelaki yang menceroboh masuk.. Belum selesai satu masalah, Jia pula diculik.. Memang kelam kabut jadinya..

Sha baca dan selesai pada 22.05.2023..

Published June 1, 2021 by LUCYANA PUBLICATION ENTERPRISES
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

McD: Sea Salt McFlurry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah nampak iklan aiskrim ini hari tu lagi.. Malam kelmarin dah gaji, jadinya bawaklah anak-anak ke McD.. Sajalah bonding bonding gitu.. Sha pun cubalah aiskrim ini.. Pergh!! Kena dengan lidah Sha.. Memang bestlah.. Aiskrim vanila dengan garam laut.. Terbaik.. Puas hati tengok aiskrim dia..

Ini aiskrim yang Sha dapat.. Best.. Tak kedekut bahan.. Terbaik!!

Ini gambar promosi tau..

Sunday, May 21, 2023

China | Legend of Detective Dee (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Detektif Dee kembali beraksi.. Kali ini mencari cerita kemunculan dua naga.. 1 adalah ukiran kayu dan satu lagi perlu dipastikan kewujudannya.. Ada yang cuba menghalang penyiasatan Detektif Dee tapi kali ini Detektif Dee beraksi dengan bantuan seorang rakan.. Tapi tu lah, orang yang dekat sebenarnya yang jahat.. Ish.. Ish.. Semuanya sebab marahkan raja.. Penyiasatan gaya Detektif Dee, saat akhir barulah semuanya jelas..

Movie: Legend of Detective Dee
Also Known As: Detective Dee and Grand Canal Dragon, Di Ren Jie Zhi Yun He Jing Long
Genres: Action, Historical, Mystery, Fantasy
Country: China
Release Date: Apr 10, 2023
Duration: 1 hr. 11 min.

Vida Sparkling Drink: Lemon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air berkarbonat ini memang sesuai sangat dengan buah yang masam-masam macam lemon dan epal hijau.. Rasa tu ngam dan melegakan tekak.. Minum pula waktu tengah panas, pergh!! Memang ohsemlah.. Cumanya bila beli lain-lain tempat, harganya memang berbezalah.. Kali ini mahal sikit.. kikiki.. Rangkaian air yang sama namun harga bergantung dimana anda membelinya.. kikiki..

Vida Sparkling Drink: Lemon (325ml)
RM3.50

Novel | Kau Tetap Di Hati oleh Liza Zahira

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya agak sedihlah juga.. Rasanya macam da pernah baca lama dahulu namun persepsi kita berbeza mengikut usia agaknya.. Kali ini Sha rasa macam lebih dekat dan faham kenapa tajuknya begitu..

Konflik bermula bila Sophia berkeras untuk ikut kakak dia Syida yang lari ke luar negara.. Sophia ingatkan janji kakaknya manis tapi pahit yang dia dapat.. Semuanya beruba sebaik sahja kakinya menjejak bumi luar tu.. Tragedi menimpa selepas 2 tahun di luar negara dan Sophia kembali semula ke Malaysia dengan pertolongan Benjamin bersama anak-anak kakaknya.. Semuanya okay tapi bukan muda menguruskan kehidupan dengan ragam manusia keliling dan juga mak ayahnya.. Namun akhirnya bahagia muncul juga..

Sha baca dan selesai pada 18.05.2023..

Published November 1, 2008 by Alaf 21 (Grup Buku Karangkraf)
Sha pinjam Perpustakaan..

Saturday, May 20, 2023

US | The Mother (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah aksi yang menarik.. Tambahan pula watak utamanya seorang perempuan yang cuba berubah tapi terperangkap dalam pertelingkahan yang tak disangka.. The Mother ingin beralih arah, bila perniagaan senjata dah bertukar menjadi pemerdagangan manusia namun tak sempat memberi maklumat, beliau diserang.. The mother berjaya menyelamatkan diri dan juga kandungannya tapi anak itu terpaksa diserahkan kepada orang lain demi keselamatannya.. Segalanya elok sehinggalah beliau dapat surat.. Anaknya diperhatikan penjenayah, maka bermulalah babak dimana seorang ibu berusaha keras melindungi anaknya..

The Mother
2023 ‧ Mystery/Adventure ‧ 1h 55m
While fleeing from dangerous assailants, an assassin comes out of hiding to protect her daughter she left earlier in life.

OKF: Aloe Vera Drink Strawberry Taste

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bukan biasa-biasa bila dah bergabung dengan strawberi.. Pergh!! Mengancam tau.. Sha beli masa ke KL, Sha tak ingat beli di mana.. Rasanya macam beli dekat kedai ala-ala Mr.DIY.. kikiki.. Kecik sikit saiz tin air ini.. Simpan dalam peti sejuk, kemudian baru minum.. Lega je bila dia lalu tekak.. Layan pula sebab ada ketulan aloe vera.. Memang best..

OKF: Aloe Vera Drink Strawberry Taste (240ml)

ebook | Gadis Basikal oleh Ilya Alias

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita remaja sekolah yang minat sukan basikal.. Qalisha dan Adam ini memang obses dengan basikal.. Awalnya mereka tidak saling mengenal hinggalah mereka bertemu di satu pesta basikal dan kemudiannya Qalisha berpindah ke sekolah yang sama dengan Adam.. Perkenalan mereka bukanlah baik namun bila berlaku tragedi pada Adam, mereka mula saling berbaik.. Qalisha antara yang berusaha mengembalikan semangat Adam.. Memang bacaan santai yang menarik..

Sha baca dan selesai pada 18.05.2023..

Published January 1, 2013 by PTS
Sha langgan dan baca di aplikasi Oakbee Buffet..

Coretan Hari Ibu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini coretan baling belakang..

Sempena hari ibu, Imani ajak Sha ke Mokti.. Imani mahu belanja aiskrim.. Siap bawa duit raya lagi.. Sha ikutkan sahaja.. Belilah saiz medium perisa campur apong asli dan pandan dengan taburan kacang.. Makan dalam kereta saat hujan lebat.. kikiki.. Sha rasa lagi nikmat bila makan aiskrim saat hujan.. Tak tahulah kenapa.. 

Kesukaan Sha perisa ini.. Sesuai sangat hari ibu jatuh pada hari Ahad sebab flavour ini ada hari Ahad dan satu lagi hari yang Sha tak ingat.. hehehe..

Ini pula hadiah dari Amani.. Sha terima petang semalam.. Patutlah minggu lepas dia sebok tanya warna kegemaran mak selain merah.. kikiki.. Sha ingatkan dia nak buat apa, jawablah biru.. Rupanya nak bagi keychain..

Bila dah berusia ini rasa terharu sangat bila terima hadiah dari anak-anak.. Walaupun simple tapi ingatan tu yang sangat bermakna..

Malam tadi keluar dating berempat.. kikiki..

Friday, May 19, 2023

Novel | Lara oleh Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lara ini kisah tentang Misha dan Zaki.. Monolog dalaman mereka dalam melalui kehidupan.. Bertemu secara tak sengaja saat Mizha memerlukan pertolongan.. Misha yang memberontak dan hilang arah bertemu dengan Zaki.. Pertemuan pertama tidak membenihkan apa-apa perubahan tapi pertemuan kedua mengubah Misha ke arah yang lebih baik.. Dugaan datang melanda namun penamat cerita memang tak disangka..

Sha baca dan selesai pada 17.05.2023..

Published January 1, 2003 by Rhythm Publishing
Sha pinajm buku Perpustakaan..

Jamuan Raya & Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petangnya Sha dapat jemputan jamuan raya dan sambutan hari guru di Sekolah Agama Imani.. Alhamdulillah.. Meriah dengan ibu bapa dan makanan.. Sha hadir tanda sokongan..

Antara juadah menarik..

Imani dan kawannya Iman.. 

Sedap biskut raya ini.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com