Friday, May 31, 2024

Variety Korea | GBRB: Reap What You Sow (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha biasa nampak iklan pasal rancangan ini tapi tak tergerak pun nak tengok sampailah ternampak klip dimana DO (EXO) memasak.. Eh!! Bukan setakat berkebun tapi mereka juga memasak.. Jadinya teruslah Sha layan.. Perangai masing-masing memang tak menahan.. Luar alam semuanya.. Tak sangka Woo Bin dan DO yang nampak ganas tu comel rupanya.. Kwang Soo yang nakal dan Ki Bang yang kelakar tapi comel.. Lengkaplah perangai masing-masing.. Bila tengok Kwang Soo dalam ini memang tinggi betul.. 

Mereka berempat ini diberikan sebidang tanah untuk berkebun.. Awal-awal tu memang nampaklah struggle nya mereka ini dengan tak ada ilmunya.. Mujurlah ada jiran yang baik, yang selalu membantu memberikan nasihat dan meminjamkan peralatan.. Bila apa yang mereka tanam mula mengeluarkan hasil, dengan kita-kita sekali rasa gembira.. Paling mengujakan tanaman tembikai mereka yang ditanam menggunakan biji buah tembikai yang mereka makan dan main permaianan tumbuh dengan baik dan mengeluarkan bunga serta buah.. Memang dengan kita-kita sekali gembira.. Kelakar bila diorang kenakan kru dalam permaianan.. Memang masing-masing nakallah.. Mereka juga baik bila memberikan kru hadiah..

TV Show: GBRB: Reap What You Sow
Also Known As: Green Bean. Red Bean, KongKongPatPat, Green Bean, Red Bean: Reap What You Sow, Reap What You Sow, Kong Shimeun De Kong Nago Pat Shimeun De Pat Nanda
Director: Na Young Seok
Genres: Comedy, Documentary
Country: South Korea
Episodes: 9
Aired: Oct 13, 2023 - Dec 8, 2023
Aired On: Friday
Original Network: TVING, tvN
Duration: 1 hr. 30 min.
An agricultural diary of the struggles faced by four longtime entertainment industry friends, who must bring life to the land they've suddenly come to possess.



Paradise Premium Quality Peach Juice Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa sebenarnya minuman ini dekat kedai makan di Bidor.. Katanya air ini dihidang dalam kapal terbang.. Kitanya tak pernah naik kapal terbang kan, tak tahulah betul ke tak.. Sha beli sebab suka buah pic.. Berbaloilah pada Sha dengan harga dia sebab rasa buah pic tu pekat.. Memang kena tambah ais baru syok nak minum.. 

Paradise Premium Quality Peach Juice Drink (1L) RM10

Goodreads | Mei 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca walau dalam kecelaruan membawa Sha ke dunia yang lain.. Kadang kita lupa, hidup kita ini realitinya banyak dugaan dan ujian.. Ada masa kita kuat namun kebanyakkan masa kita hanyalah hamba yang lemah.. Selain meminta pada Allah, ini juga adalah pelarian buat Sha.. Walaupun hanya sementara cukup untuk menenangkan jiwa.. Bergaduh dengan watak dalam buku lebih membahagiakan berbanding gaduh dengan diri sendiri.. 





Thursday, May 30, 2024

Mesra Yogurt Gummy Strawberi & Oren

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap dan murah.. Memang mewah rasa strawberi dan oren untuk kedua-duanya.. Gummy ini keluaran khas Kedai Mesra Petronas tau.. Setakat ini Sha jumpa dalam pek kecil ini saja.. Kalau ada pek besar, memang akan belilah.. Comel bentuk dia.. kikiki..

Mesra Yogurt Gummy Strawberi (2g) - RM1.00
Mesra Yogurt Gummy Oren (2g) - RM1.00

Ada 5pcs untuk setiap pek..

ebook | Ultra Qalif: Jebat oleh Bophairy, Danial Haikal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Best je buku ini cuma kurang menarik sebab tak ada kemunculan Ultra Qalif semasa berlawan.. Kalau ada, mesti lagi umph!! Kali ini Qalif muncul sebagai memori yang membantu Jebat dalam menguruskan masalah beliau..

Sha baca dan selesai pada 29.05.2024..

Published May 21, 2021 by Komik-M

Aik Cheong It’s Cup White Coffee Extra Shot

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Padu gila kopi dia.. Tambah pula extra shot tu memang segar biji mata.. Kikiki.. Sesuai sangat minum di pagi hari yang lemau.. Terus bersemangat.. kikiki.. Padu betul rasa dia..

Aik Cheong It’s Cup White Coffee Extra Shot

White Coffee premix 30g, Freeze Dried Coffee 1g, Brown Sugar 5g x 2 set

Wednesday, May 29, 2024

ebook | HAURI oleh Asmar Shah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertarik nak baca sebab cover buku ini.. Misteri sangat mata itu.. Isi ceritanya menarik dengan watak Katanalata yang digambarkan dalam dua suasana.. Bermula sebagai manusia biasa dan kemudiannya menjadi Puteri Katanalata yang mempunyai kelebihan.. Ceritanya disampaikan didalam dua latar.. Latar pertama himpunan kisah pendek bagaimana Katanalata melakukan perubatan menggunakan kelebihannya.. Latar kedua pula bagaimana Shumway bertukar menjadi Puteri Katanalata.. Okaylah untuk keseluruhan cerita..

Untuk peminat Asmar Shah silalah baca... Naskah ini dikatakan mendapat bantuan dari penulis Shahizan Salleh dan juga Lokman Hakim..

Sha baca dan selesai pada 29.05.2024

Published August 15, 2018 by Buku Fixi

Yoyic Original, Blueberry & Orange

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli air ini sebab promosi, selalu harga dia RM2.. Tapi bila dia jual RM1 saja untuk sebotol memang terus belilah tiga-tiga rasa tu, tapi tu lah kena minum cepat sebab tarikh luputnya dalam 5 ke 7 hari lepas Sha beli.. Original sedap, Blueberry sedap.. Oren pun sedap.. Paling syok bila minum sejuk-sejuk.. Lepas tu kan, memang lawaslah perut.. 

Yoyic Original, Blueberry & Orange (ml) - RM1 (each)

Wordless Wednesday 2024


Tuesday, May 28, 2024

ebook | Romantik oleh Rinsya Chasiani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jalan verita dia tidaklah romantik seperti tajuknya namun penulis meletakkan romantik itu pada watak Syahmi hero Aqwa.. Aqwa yang tersedar dan melupakan trauma yang dialaminya.. Melalui kehidupan dengan rasa kekurangan seperti terlupakan sesuatu.. Orang-orang di sekeliling yang terlalu berhati-hati membuatkan Aqwa semakin terdesak.. Saat kebenaran terungkap, Aqwa merasakan dia perlu menyendiri.. Syahmi sabar menunggu dan akhirnya berjaya memujuk dan menenangkan Aqwa..

Trauma ini bukan perkara yang mudah dan senang.. Orang sekeliling memang memainkan peranan yang besar dan penting untuk mereka yang trauma melalui kehidupan biasa semula..

Sha baca dan selesai pada 27.05.2024..

Published January 1, 2022 by Rinsya Chasiani

Lactel Fat Free: Mixed Berries

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat kedai ECO.. Memang bestlah bila makan yogurt ini.. Melawaskan.. kikiki.. Mewah betul rasa beri dia.. Puas hatilah.. 

Lactel Fat Free: Mixed Berries - RM2.40

Yogurt dengan beri campuran ini memang best sebab ada ketulan beri tapi comel-comel je.. Warna yogurtnya purple.. Memang syoklah makan yogurt ini lepas makan nasi..

ebook | Life is a Story: Make Yours the Bestseller oleh Hanis Yahya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini yang banyak memberikan kesedaran melalui penyampaian penulis yang santai.. Hidup kita ini dipenuhi dengan pelbagai ujian yang telah ditetapkan oleh Allah.. Setiap manusia ujiannya tidak sama.. Ada antara ujian tertulis dalam buku ini lebih pahit untuk ditelan, malah untuk dipikul mungkin sahaja kita tidak akan mampu.. Jadi, bersyukurlah kita dengan apa pun ujian yang kita terima kerana ini menandakan Allah masih memberi perhatian dan kasih sayang-Nya kepada kita..

Sha baca dan selesai pada 27.05.2024..

Published November 1, 2016 by Must Read

Pengalaman Buat Mammogram

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan temujanji sebelum ini.. Sha dicadangkan untuk buat Mammogram.. Sekadar ingin berkongsi pengalaman.. Sha sudah selamat buat mammogram pagi ini.. Pergh!! Sakit wei masa nak buat tu.. Petugas akan minta kita pakai baju khas dia.. Kemudian duduk depan mesin untuk dia ambil gambar.. Kanan, kemudian kiri lepas tu kanan dan kiri semula.. Posisinya pula, mula-mula mesin dalam keadaan tegak, kemudian mesin akan menyenget.. Semasa proses ini kena sabar, tarik nafas dan tahan sedikit kesakitan.. Selepas selesai ambil gambar, kesakitan pun habis.. Alhamdulillah okay je kata petugas.. Rezeki Sha, doktor nak buat ultrasound sekali dekat payudara.. Doktor buat belah kanan dulu kemudian kiri.. Alhamdulillah semua okay sahaja cuma doktor maklumkan dekat belah kiri ada kantung air.. Kata doktor nanti kantung air tu akan pecah sendiri.. Lega bila sudah selesai.. Kita berusaha.. Selebihnya kenalah bertawakal kepada Allah..

Pengalaman sungguhlah.. Masa menunggu nama dipanggil untuk buat prosedur tu memang macam-macam rasa ada.. Bergelora saja perut dan hati.. kikiki.. Lepas tu masa buat kena menahan kesakitan ditekan mesin.. Bila sudah selesai, lega rasanya..

Oleh kerana ada yang tanya tentang bayaran, Sha buat tanpa bayaran sebab dirujuk oleh doktor dari Klinik Ibu & Anak semasa Sha buat TCA Implant.. 

Langit tu macam faham je perasaan Sha.. 

Thailand | The Package (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pasal zombie tapi lain sikit sebab penamat dia agak tergantung sikit.. Hero dia perempuan nama Fah.. Fah ini awalnya perempuan biasa saja tapi lepas terpisah dari Park dia berubah jadi kuat.. Fah kemudiannya dikenali sebagai 44, rider yang menghantar bekalan kepada makmal.. Misi terakhir beliau menemukan makmal yang dipasang perangkap.. Mereka nyaris terbunuh.. Semasa melarikan diri, Fah terbawa bersama pekej yang boleh memulihkan dunia.. Makmal terakhir, musnah kerana salah seorang dari mereka terjangkiti.. Fah dengan 99 diminta membawa pekej untuk di uji ke tempat lain.. Semasa mereka diserang hendap barulah Fah tahu pekej tu rupanya Park kekasih hati dia.. Park telah bertukar separuh zombie.. Selagi kadar pertukaran dia tak mencecah 100% mengikut gelang di tangan, Park selamat.. Tapi biasalah.. Penamat dia Fah je yang selamat itupun lepas mereka ditipu dan Park terpaksa mengurung dirinya dan sebelum mati sempat memberikan darahnya untuk dijadikan ubat.. 

Penamat dia, mayat Park dibawa dan diletakkan dalam kurungan tapi matanya terbuka kembali.. huhuhu..

Movie: The Package
Also Known As: The Package Braves the Land of the Dead, Phitsadu Fa Daen Morana
Screenwriter: Tee Phuwanit Pholdee
Director: Chatchai Hongsirikul
Genres: Action, Thriller
Country: Thailand
Release Date: Apr 25, 2024
Duration: 1 hr. 59 min.
When the world is hit with a naturally occuring virus that spreads among all living things, humans begin to turn into insatiable zombies. In a blink, the world as we know it collapses. Furthermore, the few remaining survivors are unable to use the available food resources. They therefore develop a new crop to support themselves. Survivors depend on one profession, their only hope; someone in this profession must brave the dangers to send and recieve food and packages of necessities. These people are called Riders.

Monday, May 27, 2024

Ladang Lima Gluten Free Beet Noodle

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli mi ini dari rakan sekerja.. Bebas gluten.. Sikit je mi dia lepas dimasak.. Tak sama macam mi segera yang biasa tu.. Rasa dia okaylah.. Cuma perencah dia tu agak pedas untuk Sha.. Sedap tapi pedas.. Untuk kurangkan pedas tu, Sha makan dengan kimchi.. kikiki.. Memang layanlah..

Ladang Lima Gluten Free Beet Noodle (76g) - RM6.50

Ada dua peket perencah..

Warna purple pucat mee dia.. Walaupun nampak sikit tapi kenyang tau..

Makan dengan kimchi barulah umph..

Rezeki Orang Bagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita 3 minggu lepas.. Jumpa gambar ini dalam galeri telefon, jadinya kita simpan sini.. Encik suami dapat sebenarnya coklat ini masa dia bertugas bawa orang ke KL.. Orang bagi, kita ambil.. Bertuah dekat isteri dan anak-anaklah.. kikiki.. Semua suka coklat memang kejap je licinnya.. Terima kasih orang baik..

Dark Chocolate (100g)

Tinggal ini je yang sempat nak diambil gambarnya.. kikiki..

ebook | Court, Marry, Kill J.T. Lawrence

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Curtis dan Monica.. Kisahnya pendek sahaja.. Awal cerita kita dihidangkan dengan keadaan di mana mayat yang tercampak ke laut dimakan haiwan laut.. Kemudian beralih ke babak perkenalan Monica dan Curtis.. Rupanya Curtis ini taklah baik mana.. Terlalu mengongkong dan suka memukul.. Tapi Monica dah terperangkap.. Siapa agaknya yang mati antara Monica dan Curtis ini.. Kenalah baca..

Sha baca dan selesai pada 25.05.2024..

Published August 17, 2018 by Fire Finch Press

Pokok Kunyit 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Pokok kunyit dah mula keluarkan daut setelah ditanamditanam semula.. Sha perasan petang semalam masa tengah angkat baju.. Alhamdulillah banyak anaknya.. Seronok betul rasanya bila tengok dah keluar pucuk-pucuk baru.. Semoga terus tumbuh dengan sihat dan berbakti pada yang memerlukan.. kikiki.. Cepat juga perkembangan pokok ini.. Awal April, ini penghujung Mei dah naik segini.. Syoklah juga tengok bila dah mula keluar pucuk macam ini.. Kawasan dia pun besar, harapnya membesar dengan jayanya.. 

Paling besar.. 

Ada dua yang comel dihujung batu..

Satu baru nak keluar dan satu lagi dah kembang..

Kesemuanya ada 5 anak baru.. Alhamdulillah..

Gardenia Puazz! Ban Ayam Lada Hitam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Korang dah cuba ban baru dari Gardenia ini? Pedas.. Kikiki.. Tapi masih okay dimakan buat yang suka rasa lada hitam dan pedas.. Sha okay je.. Cuma pedaslah kan.. Makan pula dengan kopi panas, pergh!! Mantap.. Roti dia best, padat..

Gardenia Puazz! Ban Ayam Lada Hitam (60g) - RM1.60

Inti dia, meriah..

Sunday, May 26, 2024

ebook | Bodyguard.com oleh Zint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sempoi kisahnya.. Tentang 4 orang sahabat yang berkerja sebagai pengawal peribadi.. Melalui beberapa perkara yang tak diduga menemukan mereka dengan cinta tapi tak bersatu kerana tiada lagi rasa ingin terikat.. Selain itu mereka juga belajar tentang diri mereka sendiri.. Memang sempoilah..

Sha baca dan selesai pada 24.05.2024..

Published May 1, 2005 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd

US | Abigail (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seorang kanak-kanak bernama Abigail telah diculik.. Malang buat semua penculik bila mereka sebenarnya diperangkap dan Abigail bukanlah kanak-kanak perempuan yang biasa.. Ye.. Abigail tu sebenarnya vampire yang ingin membalas dendam dan mendapatkan perhatian ayahnya.. Semua yang menculik Abigail tu sebenarnya disuruh Abigail sebab dia nak bunuh diorang kecuali Joey.. Tapi tu lah.. Ada pula pengkhianatan dalaman.. Lepastu Joey tolong Abigail bunuh Frank.. Dalam banyak-banyak penjahat yang terperangkap, Joey saja yang dilepaskan..

Melampau betul babak-babak meletup mayatnya..

Abigail
2024 ‧ Horror/Thriller ‧ 1h 50m
A group of would-be criminals kidnaps the 12-year-old daughter of a powerful underworld figure. Holding her for ransom in an isolated mansion, their plan starts to unravel when they discover their young captive is actually a bloodthirsty vampire.

ebook | Hero oleh Zint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah komik yang simple dari Zint.. Komik ini memfokuskan sepenuhnya tentang band punk underground.. Bagaimana mereka mempamerkan muzik mereka secara lantang walaupun tidak disukai.. Sehinggalah akhirnya mereka ditangkap dan persembahan jalanan mula diterima ramai.. Memang menarik.. Komiknya simple tapi punya mesej tersendiri..

Sha baca dan selesai pada 23.05.2024..

Published November 1, 2007 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd

Saturday, May 25, 2024

US | Death Race 2 (2010)

Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem yang tak sesuai ditonton dengan kanak-kanak.. Jenuh cover mata walaupun dah dewasa.. kikiki.. Kisahnya Lucas ditangkap dan dipenjarakan.. Dalam masa yang sama ada yang menjadikan banduan sebagai hiburan dengan memaksa mereka berlawan smapai mati.. Tapi kemasukkan Lucas ke penjara menyebabkan perlawanan lain tercetus iaitu lumba kereta.. Memang yang aneh-aneh sahaja hiburan yang dicari.. Perlumbaan kalah mati.. Menang dibenarkan keluar.. Kalah mati gitu je..

Death Race 2
2010 ‧ Action/Sci-fi ‧ 1h 40m
Carl Lukas is serving his term at the Terminal Island prison for killing a cop. Soon, a producer approaches the prisoners to participate in his reality show where convicts race to the death.

ebook | Cinta K-Pop oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
hye semua..

Istimewanya kalau komik dengan satu penulis ini ialah tips yang dikongsikan.. Macam komik ini, Ben kongsikan 10 Tip Berkomik Untuk Bakat Baru iaitu kukuhkan asas, usah tergesa-gesa, cari hala tuju, keunikan tersendiri, konsisten, tambah ilmu, peka, jaga kesihatan dan 2 lagi adalah mengenai penerbit tak beri peluang serta pilihan terbitan sama ada terbit sendiri atau beri penerbit.. Selain itu penulis juga berkomgsi gambar mengenai ruang kerja beliau.. Buku ini ada 5 komik comel tentang cinta.. Memang bestlah baca..

Sha baca dan selesia pada 23.05.2024..

Published February 1, 2017 by Komik-M

Korea | Death's Game Part 2 (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk bahagian kedua barulah kita dapat tahu punca sebenar kejadian awal.. Cerita ini dia macam bergerak secara pusingan.. semua yang dilalui Yi Jae tu macam ada kaitan..

Masa awal permulaan cerita bahagian kedua ini memang seram betul sebab Yi Jae masuk dalam badan psikopat.. Bila psikopat bertemu psikopat, memang ngerilah nengoknya.. Perangkap yang dibuat oleh Yi Jae akhirnya memakan Tae Woo iaitu orang gila yang berada di awal cerita dan saling berkait dengan hampir semua manusia yang roh Yi Jae masuk sama ada secara langsung atau tak.. 2 episod akhir baru nampak Yi Jae berusaha hidup dengan baik sebab hayat yang lama dia dapat sebelum dia mati.. 

Drama: Death's Game Part 2
Also Known As: I Will Die Soon Part 2, I’ll Die Soon Part 2, Yi Jae, You’ll Die Soon Part 2, Ije God Jukseubnida Pateu 2
Screenwriter & Director: Ha Byung Hoon
Genres: Thriller, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Jan 5, 2024
Aired On: Friday
Original Network: TVING
Duration: 55 min.
After learning what Death meant when they said his death would become more painful, Choi Yi Jae becomes hellbent on revenge.

Friday, May 24, 2024

ebook | Kelab Da Vinci oleh Nazry Salam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nizam mempunyai trauma yang tersembunyi.. Berpindah ke sekolah baru Nizam menyertai kelab melukis.. Kelab yang hanya ada 6 ahli termasuk Nizam.. Nizam baru sahaja ingin membina semangat namun Pengetua memberikan arahan pembubaran kepada kelab mereka.. Nizam dan rakan-rakan yang lain berusaha memujuk pengetua.. Maka pengetua telah memberikan mereka 3 syarat iaitu mencari dana sebanyak RM1000, melantik guru penasihat dan mendapatkan 30 ahli berdaftar.. Semua ini mestilah dilakukan sebelum 1 Jun.. Berusahalah mereka bersama-sama tanpa putus asa.. Walaupun melalui pelbagai rintangan dan kejutan, akhirnya usaha mereka berjaya.. Maka wujudlah Kelab Da Vinci..

Sha baca dan selesai pada 22.05.2024..

Published June 24, 2011 by PTS One Sdn Bhd
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com