Friday, May 3, 2024

Meriahnya Raya 2024 di Kuarters S1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ada jamuan raya untuk blok Sha duduk.. Memang tiap-tiap tahun akan buat jamuan ini kecuali masa covid.. Jamuan ini sebagai salah satu aktiviti dan cara untuk merapatkan ukhwah serta saling berkenalan sebab penghuni kuarters ini silih berganti dan jarang berjumpa.. Yellah masing-masing berkerjakan.. Kadang tu tak perasan pun ada penghuni baru.. Bila ada aktiviti macam ini, bolehlah saling bertegur sapa dan beramah mesra.. 

Sha bawa 2 bekas buah tembikai.. Balik rumah lepas ambil anak sekolah, terus potong.. Bubuh dalam 2 bekas lepas tu letak dekat bahagian sejuk beku..Barulah dia sejuk dan sedap dimakan..

Meriahnya menu.. Kek pisang (original & coklat), brownies, puding karamel, kek coklat cheese, kek oren, popis (popia pisang), karipap, apam balik (original & coklat), kek batik, buah tembikai & epal asam boi, laksa, puten, oden, bakso, nasi goreng, roti jala, sate, macaroni goreng dan kue tiaw goreng.. Air pula ada lemon, zapple dan sarsi..

Kaum ibu dan wanita penghuni kuarters Blok S1.. Ini pun ada yang tak ada.. Tak sihat, bercuti dan ada urusan kerja..

Geng bapa-bapa..

3 comments:

  1. huis meriah betul tu macam2 makanan ada

    ReplyDelete
  2. Banyaknya makanan. Bagusnya penghuni blok Sha semua setuju sumbang makanan buat jamuan raya. Ni barulah dikatakan jiran bermuafakat membawa berkat 👍🏻

    ReplyDelete
  3. Meriahnyaa . Makanan pun banyak . Betul bila dapst berkumoul macam ni seronok . Lagi erat silaturrahim . Kenal-kenal jiran baru kat situ .

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com