Wednesday, May 31, 2017

Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Assalamualaikum..
Hye semua..
Perkara yang baik haruslah di war-warkan..

Anda ingin menjadi antara 1000 usahawan yang berjaya?
SME Corp www.smecorp.gov.my & Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri MITI www.miti.gov.my serta pelbagai agensi seperti TERAJU sedang membuka permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera, TUBE Mega sehingga 15 Jun 2017 ini. Kami ingin melahir & membina seribu orang usahawan belia Bumiputera untuk pengambilan kali ini.

Antara syarat ialah belia Bumiputera berumur antara 18-30 tahun, sihat tubuh badan, tidak mempunyai sebarang pekerjaan, berminat jadi usahawan & jika sudah berniaga hendaklah sebelum 12 bulan. Mereka yg mempunyai sijil kemahiran adalah diutamakan.

Mereka yg terpilih akan ditemuduga, dikursuskan seminggu untuk ketahanan mental & fizikal serta 2 minggu tentang asas-asas perniagaan.
Setelah berjaya memula & mendaftarkan perniagaan, mereka akan diberi geran RM15 ribu & dibimbing selama 12 bulan agar terus berjaya. 
Pendaftaran adalah secara online di tube.smecorp.gov.my
Selamat mencuba & terima kasih. (ABM 30/5/2017)

Book Review Contest oleh Kaizan Nazlan

Assalamualaikum..
hye semua..

Memandangkan Sha dah berjaya baca Budak Kelas Belakang, makanya jomlah sertai Book Review Budak Kelas Belakang.. Bukannya susah pun.. Baca lepastu review..
Jom ke FB Catatan Kaizan Nazlan untuk tengok penyertaan lain..


Nampak tak penyertaan Sha disitu..

Membeli di SG Shop

Assalamualaikum..
hye semua..

Sha kan ada bagi tahu Sha menang Credit RM100 dari GA Aiin baharom..
Alhamdulillah.. Credit RM100 tu dah ada dalam akaun SG Shop..
Tunggu lagi..
Rambang mata tau nak memilih..
Sudahnya Sha beli Rak buku dengan beg..
Sha nak pastikan impian Sha menyusun koleksi buku Sha di Rak tercapai..

Inilah hasil membeli belah..
Tapi masih ada kos yang SG Shop belum tolak lagi..
Jadinya, Sha tak habiskan credit tu..
Harga rak tu RM55.56 dan Beg tu RM23.61..

Sekarang kita tunggu je barang sampai..
Korang-korang dah shopping ke dekat SG Shop?
Beli apa tu?

Wordless Wednesday #Ramadhan


Salam Ramadhan #4

Assalamualaikum..
Hye semua..

Salam subuh..
Sahur apa pagi ini??
Sha sahur telur goreng je..
Pastu hiris bawang dengan cili padi, goreng..
Teringatkan viral kat FB semalam yang mengutuk orang makan telur goreng dengan kicap..
Sha lagi selera sebenarnya sahur dengan telur goreng..
Bubuh sikit cili padi dan bawang..
Kalau masak beriya pun bukannya makan..
Membazir je.. Baiklah masak simple tapi habis..
Untuk Ramadhan kali ini kami dah decide tak nak membeli sangat di Bazaar..
Bukannya habis pun..

Macam kelmarin.. Beli kuih je RM2 (5 ketul) pun seksa nak habis..
Jadinya tak payah lah nak membeli..
Boleh jimat belanja..
Buat masa nie menu berbuka Sha pun simple je..
Roti telur, Hotdog dengan telur, bubur nasi ayam goreng, roti dengan sambal sotong..
Mujurlah encik suami okay ke..
Malah lagi suka sebab senang nak terawih katanya..
Perut ringan je tak makan berat..

Sebenarnya, apa pun menu kita tak jadi masalah..
Yang penting jangan membazir..
Membazir nie sahabat syaitan..
Jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dengan tidak membazir..

Tuesday, May 30, 2017

Pirates Of The Caribbean : Salazar's Revenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menonton wayang..
Cerite Pirates of them Caribbean..
Tak rancang pun.. Tetiba encik suami ajak menonton..
Kebetulan pula, Sha memang ada dapat 2 tiket wayang Free..
Renew movie club card TGV..
Kalau renew within tarikh yang dia bagi RM10 je..
Kalau lewat kena bayar RM30, cam buat kad baru..
Eh.. Cite pasal kad pula..

Jom sambung sembang pasal my hero.. hehehe..
Cerita kali ini memang best..
Kira macam permulaan pada kenakalan Captain Jack..
Sebab Salazar nie musuh dia yang pertama..
Pastu adalah keluar kejap Will Tunner dekat permulaan cerita, ending dan juga sedutan untuk next filem..
Watak lain anak Will Tunner dengan anak Barbossa..
Lepas tu si Salazar tu lah..
Pada Sha perjalanan cerita ini memang menarik dan ohsem..
Ada suspen dan juga komedi bersahaja..

Owh ya.. Korang jangan keluar panggung dulu tau..
sebab ada sedutan untuk cerita berikutnya..
Tapi lambat baru keluar..
Lepas habis credit title baru keluar sedutan filem tu.. Sabar menunggu ye..
Sha tengok wayang ini pada 29.05.2017..

Alamak.. Gambar blur pula..

Yeah!! me and my hero.. hehehe..

Dating Sempena Anniversary

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasanya, ini first time kami keluar dating time puasa..
Tak pernah lagi.. hehehe..
Entah apa angin encik suami entah..
Sha okay je.. Tapi kena korbankan cuti rayalah..
Cuti tak banyak..
Pastu kalau kerja kerajaan (tempat Sha je kot) ada limit cuti..
Sebulan 2 hari je boleh ambik cuti..
Kalau tak amik boleh carry foward ke bulan yang seterusnya..

Kami tak ke mana pun..
Jenjalan berdua dan tengok wayang..
Just nak spend time berdua je..
Macam sebelum kahwin..
Cuma kali ini tak ada acara makan-makan je..
Makan-makan kita buat kat rumah..
Sha tempah brownies buat pemanis mulut masa berbuka..

Itu jelah aktiviti hari ini..
Isnin (29.05.2017)

Naskah Terakhir Laura Isabell oleh Anna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku seterusnya karya Anna Lee..
Memang Sha tak nafikan bahawa karya Anna Lee ini unik..
Setiap novelnya ada keistimewaan..
Naskah Terakhir Laura Isabell ini juga sangat istimewa..
Membawa kisah cinta yang luar biasa..
Kerana Allah dua hati kekal setia..
Dengan bantuan catatan yang dibuat berjaya menarik hati-hati lain untuk mendekati Islam..
Kisah pelayaran dan pencarian..
Kisah yang sangat istimewa..
Akhirnya juga sangat unik..
Memang ohsem..

Sha baca dan selesai pada 29.05.2017

Hadiah Untuk Pemenang GA

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Hadiah dah siap bungkus Ahad aritu lagi.. So semalam Sha gi pos je.. Semoga dipermudahkan.. Sabar menanti ye kengkawan.. First time hantar hadiah guna Pos Ekspres.. Harapnya selamat sampai..

Monday, May 29, 2017

Hadiah Anniversary

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad (28.05.2017) encik suami bawa gi kedai kasut Tanjung Malim.. Beli kasut baru.. Kasut Sha yang beli sebelum ini dah rosak.. Huhuhu.. Sedih tau.. Kasut merah tu baru pakai sekejap.. dah koyak kat bahagian depan.. Kasut tu pecah dan koyak.. Tinggal kasut hitam je untuk pakai pergi kerja.. Itupun dah koyak juga bahagian dalam dia.. Sedih.. Tu yang encik suami belanja kasut sempena Anniversary katanya.. Mulanya nak beli kasut kulit perempuan jenama Camel Active tapi takde sign yang cantik.. Cari jenama Kangaroo (kasut lelaki) ada design cantik tapi tak ada saiz.. Sudahnya beli pattern ini.. Jenama Lee.. Nampak cam penguatkuasa lak bila pakai kasut camnie.. Kemas design dia dan nampak seksi sangat.. Hahaha.. Kasut pun seksi tau.. Ini kasut lelaki saiz 6.. Sha pakai, ngam-ngam je.. Tapi sebabkan design dia tu, tak nampaklah sangat macam kasut lelaki kan.. Semoga kasut ini bertahan lamalah hendaknya..



Ketika Cinta Berlari oleh Aini Effariza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel Ketika Cinta Berlari ini agak unik..
Kisah seorang novelis yang juga anak orang kaya sebagai watak utamanya..
Pewaris harta berjuta ringgit..
Tetiba muncul dua watak sampingan yang pelik..
Seorang lelaki dan yang seorang lagi perempuan..
Mula rapat dengan penulis ini..
Menceriakan hidup si penulis yang tiba-tiba huru hara..

Mana datangnya kisah mengenai komunis..
Siapa pula dalang yang sebenarnya..
Apalah pula penyiasat polis dan perisik khas nak dengan novelis ini..
Memang tak senang duduk nak tahu kesudahan cerita..
Memang menariklah..

Sha baca dan selesai pada 28.05.2017

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Fajar Pakeer

Dah Jodoh I Dengan You oleh Ain Kamalia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan novel romantik sweet tahap tak hinggat.. hehehe..
Kisah yang dibawa memang menarik dan realistik..
Cinta yang sweet..
Sama-sama suka dan sayang tapi masih sedar mengenai perbezaan agama..
Datang pula makhluk tak berapa nak baik..
Kacau hubungan mereka dengan cara yang kurang kebijaksanaannya..
Maka terlerailah cinta..
Tapi yelah, guna cara tak baikkan..
Maka tak menjadilah hubungan tu..
Ben dan Yana.. Lari jauh mana pun..
Kalau dah jodoh, pasti tak kemana..

Baca dan selesai pada 27.05.2017

Imani dan Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani dah mula buat perangai..
Tak mahu ke sekolah..
semuanya bermula disebabkan kelas 4 tahun terpaksa berpindah rumah..
Kelas 4 tahun sekarang ini, asalnya rumah taska (untukn baby sehingga kanak-kanak 3 tahun)..
Tapi taska dah ada rumah baru dan pelajar PASTI semakin ramai..
Sebab tu kelas dah diasingkan dan taska dipindahkan..
Namun disebabkan ada masalah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai alamat, maka terpaksalah mereka bertukar tempat...
Taska kembali ke rumah asal dan pelajar 4 tahun ke rumah taska..
Yang jadi masalah bila Imani tak nak..
Dia lebih suka ke rumah yang sebelum ini..
Jenuhlah memujuk setiap pagi..
Ada je upah yang perlu diberikan untuk memastikan Imani ke sekolah..
Pagi je mesti dia menangis.. Sha lah stress nak menyiapkan dia..

Macam-macam ragam pagi Imani..
Ini kisah minggu lepas..
Minggu nie dah start cuti sekolah..
Seronoklah dia setiap pagi sebab tak payah ke sekolah..
Sha hantar rumah pengasuh..

Salam Ramadhan #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat pagi.. Dah sahur??
Sha baru je lepas sahur..
Tengah duduk-duduk BW blog kengkawan..
Sementara tunggu azan Subuh..
Pagi nie kawan-kawan sahur apa??

Sha sahur nasi dengan lauk sambal sotong, telur dadar dan sup cendawan + kentang..
Alhamdulillah berjaya bangun awal..
Kalau tak memang minum air jelah sahurnya..

Semoga Ramadhan kali ini dilalui dengan penuh tawaduk dan perkara yang baik-baik..
Selamat berpuasa ye..

Sunday, May 28, 2017

Potluck Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini entry throwback ye.. hehehe..
Hari Jumaat (26.05.2017) pejabat Sha buat potluck..
Masing-masing bawa makanan untuk makan bersama..
Sha mulanya order roti jala, tapi kakak tu terlupa..
Sudahnya bawa pulut kuning dan sambal udang..
Selalu juga kami buat macam ini tiap kali nak puasa..
Ataupun saja-saja..
Seronok sebenarnya, meraikan kedatangan Ramadhan..

Kuew teow goreng
Sandwic
Pulut kuning bersama sambal udang

Kuah durian
Roti jala dan roti Gardenia
Ayam goreng
Kuih muih

Air oren dan air teh o Sha bancuh..

Pakar oleh Nadia Khan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kali ini keluaran FIXI..
Karya Nadia Khan bertajuk Pakar..
Ada dua part sebenarnya..

Part pertama Agensi Curi Jodoh..
Memang sempoilah cara penceritaan Nadia Khan..
Watak Liya, Khairi, Ben, Erin dan Julia..
Dari part ini kita boleh tahu..
Cinta tu sebenarnya tak complicated pun..
Yang complicated ini sebenarnya manusia..
Kenapa kita perlu mengharap kalau dah memang orang tak nak dengan kita..
Betul tak.. Terutama sekali yang jenis pentingkan diri macam Ben dan juga Khairy..
We deserved better than them..
Dan untuk dapat yang bagus kita harus hargai diri kita.. Simple as that..

Part Kedua pula cerita pasal Pakar Sakit Hati..
Kita yang baca ini pun sakit hati..
Serious.. Ada juga manusia perangai macam ini..
Bila pakar psikologi kena main dengan pesakit dia..
Bukan satu tapi 3 okay..
Ingatkan masalah betul rupanya tak..
Yang betul jadi salah dan yang salah jadi betul..
Macam-macam rupanya masalah manusia ini..

Tapi memang menariklah.. Sha suka..
Sha baca dan selesai pada 26.05.2017

Hello it's me oleh Anna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang ketiga dari Anna Lee berjaya Sha baca..
Penulis ini seorang yang unik..
Karya beliau pun sentiasa berbeza dan Sha suka..

Membaca setiap kisah yang beliau hasilkan mampu membuat hati terbuai..
Kisah yang tidak terikat dengan perkara biasa..
Sentiasa ada perbezaan dan luar biasa..

Watak Tiya dan Duta yang berbeza dan membuai perasaan..
Duta yang tall, dark and handsome..
Boleh bayangkan kan.. Tambah kerjaya beliau.. memang tough okay..
Tiya yang comel dan sweet..
Memang cairlah.. cair sangat.. hahaha..

Sha baca dan selesai pada 25.05.2017

Salam Ramadhan #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom solat.. Sahur apa tadi??
Sha terlewat bangun hari ini..
Sedar-sedar dah pukul 5.05 pagi..
Bancuh air.. Goreng telur..
Encik suami dengan Amani sahur roti telur..
Sha pula makan roti cicah Milo..
Mujurlah semalam dah beli susu kurma..
Minum secawan..

Tapi sebenarnya lagi bagus kalau kita rendam kurma sebelum tidur, kemudian masa sahur blend dengan susu..
Adik Sha yang pregnant buat..
Dia kata, Alhamdulillah memang buat dia bertahan sampai ke petang..
Sedap pula tu..

Cumanya Sha tak jumpa lagi orang jual kurma..
Yang dekat Pasaraya, mahal melampau..
Apapun.. Selamat berpuasa ye..

Saturday, May 27, 2017

Menang Credit Shopping RM100 SGshop Malaysia 专业淘宝代购

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. rezeki hari Jumaat (26.05.2017)..
Sha Menang Credit Shopping RM100 SGshop Malaysia 专业淘宝代购
Terima kasih sis Aiin Baharom sebab pilih Sha sebagai pemenang..
Teruja rasanya.. Tak sabar nak shopping.. Hehehe..

 

Korang kalau nak menang macam Sha, jom follow sis Aiin Baharom dekat Facebook dan Blog..
Klik je gambar dekat bawah ini.. Mana tahu lepas ini rezeki korang pula..

https://www.facebook.com/aiinbaharom

https://www.facebook.com/mamadarwiish/?fref=nf

http://www.mamadarwiish.com/2017/05/tahniah.html

Beli Pesil Warna Dengan Voucher Lazada

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rezeki dapat voucher Lazada..
Celcom bagi..Freebie Raya katanya..
Sebenarnya dia bagi pilihan, nak Voucher Lazada (RM10), 10gb data (Tengahmalam) ataupun Panggilan percuma RM10..
Kalau pilih data, jenuhlah nak berjaga malam..
Sebab tu sha pilih Voucher Lazada..

Bila godek-godek dekat Lazada, nampak ada Pampers Drypers..
Bila nak beli voucher tak boleh guna..
Disebabkan dah tak tahu nak beli apa, Sha pun belikanlah pensil warna untuk Amani dan Imani..
Cari yang free shipping dan harga berbaloi..
Sha cuma perlu tambah RM3.50 sahaja..
Dapat 3 set warna pensil saiz kecik (12pcs)..
Okaylah kan..

Bila ada anak sekolah ini tambah darjah satu..
Memang kena standby stock pensil warna, pensil tulis, pemadam dan pembaris..
Asyik hilang je.. Memanjang dia sedekah dekat kengkawan..
Hari tu tebus dekat Ezbuy pun sama..
Sha beli Pensil dan pemadam.. Buat stock..
Kali ini kita beli pensil warna pula.. hehehe

 
Mesej dari Celcom..
Sha dapat ini lepas topup..

 
Yeah!! Berjaya redeem..

Voucher selamat digunakan pada 25.05.2017
Sekarang kita tunggu sahaja ketibaan kaler ini.. hehehe

Drama Jepun | Death Note (2006)

Assalamualaikum..
hye semua..

Minggu ni memang layan filem dengan animasi je..
Minggu nie mood merudum untuk membaca..
Semuanya sebab 5 buah buku yang Sha beli dengan Karangkraf Mall tak sampai-sampai lagi..

Kali ini kita layan animasi Death Note pula..
Bukan apa, ada orang kata animasinya lagi best..
Sha pun trylah tengok..
Yup.. Sha setuju sangat.. Animasi dia memang best..
Watak Light Yagami tu betul-betul dark.. Hehehe..
Animasi ni ada 37 episod.. Setiap episod lebih kurang 20 minit..
Memang best dan fun sangat menontonnya..

Kalau tengok animasi ini, dia lebih detail dan dark sikit dari filem..
Firstly sebab animasi yang dibuat itu sendiri..
Watak-wataknya masih sam dengan dalam filem..
Cuma cara buku tu dijumpa..
Pembunuhan dan pertempuran antara L dengan Kira tu lebih ohsem..

 
Sumber : Wikipedia

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah sahur ke??
Hari ini dah start puasa kan...
Sha pukul 4.05pagi tadi dah jaga..
Nak prepare menu sahur.. hehehe..

Korang sahur apa??
Sha punya menu simple je..
Sambal udang, telur dadar, telur mata, bawang+cili padi goreng dan kicap..
Tahun ini Amani dah mula berpuasa..
Sebulan sebelum puasa Amani dah sebok bagi tahu dia nak puasa..
Sha okay je.. Tak adalah nak paksa sangat..
Semoga berjayalah puasa Amani..

Apa pun Sha nak ucap selamat berpuasa..
Sha nak sambung blogwalking.. take care.

Friday, May 26, 2017

Koleksi Bulan Mei 2017 #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Buku dah sampai..
Kali ini Sha beli melalui Facebook..
Sha beli karya Anna Lee..
Ini semua kerana novel Terukir Cinta dan novel Magisial (Jun)..
Lepas tu ternampak pula seller ini jual buku Anna Lee..
Bila tanya dia bagi Sha RM100 untuk 5 buah buku ini termasuk postage..
Tunggu lagi.. Memang beli terus lah..
Sha beli dekat pos ini.

Adoi.. Adoi.. Jun da kena stop beli buku..
Puasa beli.. Baca tetap baca.. Hehehe..

Mesej (2015)
Naskah Terakhir, Laura Isabell (2015)
Hello (2016)
Viva Sakura (2009)
Bunga Di Rimba (2011) 

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Budak Kelas Belakang : Langkahnya Panjang oleh Kaizan Nazlan

Assalamualaikum..
hye semua..

Yeah!! berjaya habiskan..
Buku dengan tajuk yang unik..

Budak Kelas Belakang Langkahnya Panjang oleh Kaizan Nazlan..
#budakkelasbelakang

Macam-macam yang boleh anda dapat dalam.. 
Kisah ibu bapa yang menentukan cita-cita anak.. 
Sistem pendidikan yang berkasta.. 
Bebanan hutang yang tak patut dibuat.. 
Pesanan buat graduan.. Dan macam-macam lagi..
Lapangkan dada, ringankan tangan untuk membeli kerana anda pasti takkan rugi..

Sha baca pada 19.05.2017 dan tamat pada 24.05.2017.. 
Lamakan.. Sebab Sha menekuni setiap patah perkataannya..

 

 
Petikan yang menginsafkan..
Dalam banyak-banyak topik yang dikongsi oleh penulis topik ini paling Sha suka.. 3 resepi kejayaan.. Sedar, Memberi dan Tawakal.. Memang meresap ke jiwa lah.. Serius.. Terutama sekali part Memberi tu.. Berilah walaupun kita juga susah... Beri dan terus memberi...

Owh ya.. Kalau korang nak beli, buku ini terbitan penulis sendiri (Pena Padi) boleh DM penulis di Instagram @kaizannazlan or cari dekat Kinokuniya, Book Cafe dan MPH..

Phantom Detective @ Detective Hong Gil-Dong: Disappeared Village

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menonton lagi..
Kali ini cerita Korea pula..
Menarik citer nie.. Cite penyiasatan dan pencarian..

Cerita ini kalau tengok memang menarik sebab cara penceritaannya gaya noir..
Sha nak terang pun tak pandai.. Kena tengok sendiri kot..
Penyiasatan.. lepas tu ada macam komedi sikit.. Dark dark sikit..
Tapi memang menariklah..

Pencarian Hong Gil-Dong menemukan dia dengan banyak perkara..
Seorang detektif muda yang sangat cynical..
Dua orang budak yang comel dan punya banyak pertanyaan..
Orang dalam pekan yang baik hati..
Pengakhirannya pada pembunuhan beramai-ramai..

 
Sumber Image : Google

Menang Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim

Assalamualaikum..
hye semua..

Yeah!! Sha Menang Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim...
Jom tengok jom..


 
Sha berada di no 18..
Yeah!! TQ Lokman..

Thursday, May 25, 2017

Perhimpunan Bulanan Mei/2017

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setiap bulan, tempat kerja Sha akan ada perhimpunan bulanan setiap petang Jumaat..
Untuk Mei, perhimpunan diadakan pada sebelah pagi hari Khamis..
Kebetulan pula, ari Sabtunya kita akan berpuasa..
Jumaat malam kita akan berterawih..
Untuk perhimpunan bulan Mei ini ada diselitkan Tazkirah Ramadhan..
Disampaikan oleh Ustaz Dari Jabatan Pengajian Am..
Ada juga cabutan bertuah.. Tapi sha kurang bertuah.. hehehe..
Ada penyapaian pekerja cemerlang bulanan kategori Staf sokongan dan Staf Akademik..
Penyapaian hadiah dan sijil untuk Event-event yang dimenangi PSAS..
Ucapan Pengarah dah semestinya..
Yang terbaru ada permainan Kahoot!! Game menguji minda..

Bila buat pagi ini, feel dia lain sikit..
Rasa pelik.. sebab dah terbiasa petang kan..
Lepas habis perhimpunan terus balik rumah..
Sesekali kena lah buat lain dari yang lain..

Hadiah Contest Facebook

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah..
Hadiah menang contest di Facebook dah selamat sha terima..
Siap dapat extra gift lagi..
Terima kasih pada Fariza Zulkifli untuk hadiah ini..
Semoga makin murah rezeki beliau..

 
Tamar Cocoa tu hadiah extra..

https://www.facebook.com/fariza.zulkifli
Kalau nak dapatkan Tamar Cocoa ke, Minyak Ikan tu ke.. Boleh klik je gambar atas ini..
Berhubung terus dengan sis Fariza ini ye..

Tragedi Hari Selasa : Imani #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang selasa (23.05.2017) Sha bawa Imani pergi Klinik Tanjung Malim..
Sebab risaukan..Sha nak check semula..
Sebab masa cikgu bawa Imani jumpa doktor di Klinik 1Malaysia tu, sha tak ada..
Hati rasa tak tenang.. Lagipun doktor tak boleh nak check menyeluruh..
Imani menangis dan tak nak duduk diam..
Doktor cuma dapat keluarkan serpihan warna tu sahaja..

Masa daftar tu, petugas kaunter suruh terus pergi kecemasan dulu..
Masa dekat kecemasan tu, nurse tu tengok dalam telinga Imani dan nampak ada sedikit darah..
So nurse tu suggest untuk jumpa doktor..
Kalau tengok memang nampak macam gegendang telinga Imani cedera..
Bila doktor tengok, doktor cakap tak ada apa..
Bawa balik pergi emergency untuk cuci telinga tu..
Sebab ada darah beku.. Memang luka tapi darah dah tak mengalir..
So pergi lah balik emergency untuk cuci..
Lepas cuci, doktor tengok balik..
Dan doktor kata telinga Imani okay..
Gegendang dia pun okay.. Yang luka tu telinga dia..
Tak kena gegendang pun..
Cuma doktor minta pantau jugalah..
Kalau ada apa-apa yang pelik terus bawa ke emergency Hospital Slim River..

Lega rasanya bila tengok Imani okay..
Telinga dia pun okay..
Alhamdulillah..

Pemenang Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Firstly, Sha minta maaf sebab terpaksa tamatkan GA ini awal..
Terima kasih pada yang sudi menyertai GA Sha ini..
So... Jom tengok siapa yang menang..

Untuk Pikachu Luggage Tag

 Tudung

Novel

Sila email Nama, Alamat, No telefon, Link entry dan Hadiah yang dimenangi ke Email ini dengan Subjek : Pemenang GA Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani

Wednesday, May 24, 2017

Beauty And The Beast (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan mood membaca macam tak berapa nak ada, maka kita layan filem lah dulu kan..

Starting filem ini tak best.. Boring..
Tak macam versi versi sebelum ini..
Masuk ke minit Beast selamatkan Belle dari serigala barulah agak menarik untuk ditonton..
Tapi pemandangan dalam filem ini memang cantik..
Part yang paling best bila Beast bawa Belle pergi Perpustakaan dia..
Pergh!! Rasa macam nak masuk dalam citer tu je..
Ohsem giler Perpustakaan dia..
Tu je lah yang best pun..
Lagu dia pun tak syok..
Cerita dia slow gila.. Lama betul nak sampai ending.. hahaha..

Pada selera Sha lah..
Korang Sha tak tahu..

Tapikan Sha suka tengok Gaun yang Belle pakai masa tarian yang last tu..
Serious cantik giler.. Jatuh cinta i tengok gaun dia..

 
Sumber gambar Google Image
 
Sumber gambar : Google image

Jawapan Kepada Soalan di GA Sha

PENGUMUMAN PEMENANG PADA 25.05.2017
TAHNIAH PADA YANG MENANG
Assalamualaikum..
Hye semua..

Terima kasih sudi jawab soalan yang Sha bubuh di GA Pikachu Lugage Tag,,
Dekat sini Sha bubuh jawapan yang korang bagi..
Insya Allah, Sha akan pilih dua untuk berikan hadiah..
Hadiahnya ialah Sebuah buku dan sehelai tudung bawal..
Tanda terima kasih sebab sudi menjawab..
Sha guna random.org ye untuk pilih pemenang..

Sha akan update jawapan dari masa ke semasa ye..
Mengikut penyertaan..




 JM - BelogsJM

 


 

Miss Banu - Miss Banu Story


 Nour - Blog Nour Adieb


 Noor najwa - Blog Cik Purple

Sya Nissa - Blog Syanissa

 


 


Anis Khalilah - Blog Antara Aku dan Kau


 Pokcik - Blog Pokcikblogger


Hani Fadhlina Abdul Rahman - Blog Jom Bercontest

Kin Naz - Blog Love Is Simple


Shikin Razali - Blog Starlavenderluna


Syah - Blog Finding The freedom


Julia Jamaludin - Blog Kasih Juju


Auni Liyana : Blog Auni Liyana


azman Arsad :Blog Jom santai Aje


Fatini Shukri : Blog FatiniShukri


Sayidah Napisah : Blog sayidahnapisah.com

 
Mohd Noor Shawal : Blog Mohd Noor Shawal


Hadiah Tambahan
Sebuah novel

Sehelai tudung
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com