Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Wednesday, June 24, 2026

Coretan Semalam & Kelmarin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami ada temujanji MOPD.. Kali ini memnag tak boleh nak elak dah.. Encik suami kena tambah ubat untuk kencing manis.. huhuhu.. Paksa rela ja muka encik suami.. Takpelah.. Kita usahalah tegur supaya beliau jangan makan malam lewat-lewat.. Kadang tu faktor kerja dan kepenatan menjaga MIL tu yang beliau suka makan malam.. Penat dan lapar.. Nak marah, kesian tapi tu lah antara punca gula susah nak dikawal..

Sabar jelah mendengar teguran doktor.. Semoga gula encik suami kembali terkawal..

Temujanjinya jam 9 pagi tapi dapat jumpa doktor awal sebab datang paling awal.. Selesai jumpa doktor, encik suami terus balik.. Sha tolong ambilkan surat untuk temujanji seterusnya dan slip ubat beliau..

Ini usaha jalan kaki Sha semalam.. Tak berjaya nak dapat jumlah 3 ribu lebih.. Masa pun tak sampai 30 minit.. Segan sebab ramai sangat pelajar baru PSAS yang tengah buat tour sekeliling Politeknik.. Kitanya nak jalan tenang-tenang.. Terus gemuruh dan laju.. kikiki..

Ini pula hari Isnin.. Lebih 30 minit dan lebihlah 3 langkah.. Tetap usaha juga jalan kaki supaya kesihatan terjaga.. Makan ja kadang-kadang ke laut dalam.. kikiki..

Saturday, June 20, 2026

Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ulang tahun kelahiran Amani.. Makanya seawal jam 10.30 pagi lagi Sha dah keluar dengan Amani dan Imani untuk ke Kenangan Coffee.. Sha buat pesanan terlebih dahulu melalui aplikasi Kenangan Coffee supaya bila sampai kami tak perlu menunggu.. Encik suami tak dapat nak ikut sebab kepenatan menjaga MIL.. Sha bungkuskan makanan ja untuk beliau..

Menu kami..
Amani makan Strawberry Cheesecake, Buttermilk Popocorn Chicken Rice dan air Kenangan Latte tambah Vanilla Syrup..
Sha makan Coffee Baked Cheese Cake dengan Pistachio Milk Cold Signature..
Imani pula makan Lamb Keema Pizza dengan air Sparkling Strawberry Lemon Tea

Suka betul dapat makan makanan kesukaan dia..

Lepas tu Sha tapu McD.. Sha beli yang combo ja.. Senang.. Ada ayam, tenders, kentang, air dan nuget..

Sha tapaukan encik suami set world cup ini sebab nakkan cawan dia.. kikiki.. Sha bayar RM26 ja sebab Sha SuperFans..

Saturday, May 30, 2026

Coretan 30 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bangun awal hari ini dengan semangat ingin mengumpul sebanyak-banyaknya langkah.. Selesai ja masak sarapan, Sha dan Amani briskwalk pagi.. Selesai briskwalk, Sha menyiapkan senarai barang rumah yang ingin dibeli pula.. Berdua ja dengan Amani.. 

Sambil-sambil tu, sempatlah Sha mengemas juga barang-barang yang dah tak perlu.. Banyak sangat pun runsing juga tengok.. Kita buang ja lah mana yang tak perlu.. Simpan pun jadi tukun ja..

Semangat berkobar-kobar pagi ini.. Dapatlah 4028 langkah dengan jarak 3.25km dan masanya 41 minit.. Ini briskwalk waktu pagi..

Sebahagian barang rumah yang Sha beli.. 2 bulan tak beli barang, memang banyaklah.. Ada lagi 3 bag sebenarnya termasuk beras.. Amani dah siap kemas, tinggallah yang ini ja untuk Sha ambil gambarnya.. Sekarang kena bawa beg beli belah sendiri..

Yeah!! Dapat hadiah percuma.. Pinggan dengan flushie tu sebab beli berus gigi Systema.. Maggi perisa baru tu sebab beli 2 bungkus maggi.. 

Jalan dalam TF Value Mart dapatlah 998 langkah.. Tak sampai seribu langkah.. Kira kecik ja lah TF tempat Sha ini.. kikiki.. 

Petangnya Sha belajar untuk terima hakikat, redakan hati untuk perkara yang di luar jangkaan.. Hidup ini kita kena terima hakikat, bukan semua perkara yang kita rancang tu akan kita dapat.. Adalah hikmahnya semua perkara ini terjadi..

Friday, May 29, 2026

Coretan 29 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coretan random ya.. Hari ini pergi kerja encik suami hantar.. Kemudian encik suami ambil untuk balik tengah hari sebab rehat yang panjang.. Masuk kerja petang, Sha bawa kereta sendiri sebab encik suami nak bawa MIL jumpa doktor.. Lagipun Sha nak ke Behrang 2020 ambil kek keju kesukaan kami.. 

Hari Jumaat terakhir untuk bulan Mei 2026.. Tinggal seminggu ja lagi cuti sekolah.. 

Ulang tahun yang ke 17 kami.. Sekejap ja masa berlalu.. 17 tahun dah.. Ini kali terakhir Sha dapat beli kek keju ini.. Pembuat kek ini akan berpindah ke kampung.. Maka berakhirlah sudah jual beli antara kami.. Lepas ini kenalah cari penjual lain pula..

Petang tadi sempatlah jalan 2.61km untuk melepaskan stress dan juga mengejar 100000km.. 

Semalam gagahkan juga diri briskwalk bersama Amani demi sasaran 100000km yang tonggal lagi berapa hari ja nak tamat..

Encik suami bubuh beg di bahagian belakang.. Tempat yang sepatutnya ada box.. Encik suami kata nampak lebih smart bila bubuh beg berbanding bubuh box.. Ini beliau tengah cari beg yang saiz besar sikit.. Sha layan ja..

Saturday, May 16, 2026

Coretan 16 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam malam sempatlah merayap kejap naik motor dengan encik suami..

Pagi ini pula kita sambung jalan kaki pusing poli.. Jadilah buat cergaskan badan.. Sha masak nasi lemak, buat sambal sotong, bancuh air teh o dan perap ayam siap-siap dulu sebelum keluar jalan kaki.. Balik dari jalan kaki terus goreng ayam, kacang tanah dan ikan bilis.. Lepas tu kita santai-santai baca buku pula.. Cuaca pun redup ja hari ini.. Baju anak-anak pun dah siap basuh dan sidai.. Ini kakak Amani tolong buatkan.. Bila anak dah besar-besar ini, bolehlah minta bantuan mereka untuk sesetengah perkara..

Ini gambar malam tadi.. Encik suami ajak teman panaskan enjin Belalang Tempur ini.. Tak kemana pun.. Pusing Tanjung Malim ja lepas tu balik.. Mula tu macam nak naik lebuhraya tapi ada kilat dan guruh, makanya kita baliklah terus.. Bukan boleh berlama-lama, basah pula nanti..

Awal pagi tadi, Sha dan Amani pusing Politeknik.. Dapatlah 4000 langkah dengan jarak 3.14km.. Paling penting lebih 30 minit.. Kami keluar rumah jam 6.46 pagi dan selesai 7.33 pagi.. Sekarangkan cepat cerahnya.. Tu yang Sha berani keluar awal..

Gambar kali pertama lalu.. Cantik betul bila tengok kabus tu..

Kali kedua lalu, kabus dah mula menghilang.. Matahari masih malu menyembunyikan diri..

Monday, April 20, 2026

Belalang Tempur, Motor Baru Encik Suami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Selesai dah urusan encik suami dengan penjual motor di Tapah.. Cuma ada beberapa perkara yang berkaitan motor, encik suami kena berurusan dengan tuan motor.. Yup!! Penjual adalah anak saudara kepada pemilik motor.. Penjualnya ada di Tapah manakala pemilik pula berada di Ipoh.. Paling penting urusan tukar milik dah selesai.. Kemudian encik suami terus buat insurans motor.. Barulah boleh merayap.. kikiki.. 

Rabu (08.04.2026) Sha ke Tapah dengan encik suami ambil seat original dari pemilik sebelum ini..

Selamat dah ke Tapah 2 kali dengan motor ini, lepas tu ke Shah Alam dan paling jauh ke Bentong..

Belalang Tempur selamat dimiliki pada 17 Mac 2026..

Motor memang datang sekali dengan box belakang dan kiri kanan..
Box belakang tu boleh ditinggikan.. Muat dua biji helmet dalam tu..

Masa ini encik suami buka box kiri kanan.. 

Cermin pada paparan meter dibaiki pada 11.04.2026..

Masa ke Shah Alam ini, encik suami dah guna seat original.. Agak keras berbanding seat sebelum ini..

Sunday, April 5, 2026

16 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini pun penuh jadual aktiviti kami.. Pagi-pagi encik suami ajak teman dia belikan barang-barang rumah MIL.. Sha ajak keluar awal sebab nak cuci kereta sekali.. Alang-alang nak keluarkan.. Lagipun kedai cuci kereta tu dekat dengan TF Value Marts.. Selesai cuci kereta terus ke TF Value Marts.. Lama juga dalam TF ini.. Lepas tu ke Segi pula mencari ikan dan ayam.. Sha beli sekali lauk untuk rumah.. 

Selesai beli barang, terus hantar ke rumah MIL.. 

Bawa Kuda Merah mandi dulu.. Sha suruh budak tu buat Water Wax sekali.. Cuci campur water wax baru RM25.. Mudah kerja.. Berkilat selepas dicuci..

Sha beli sekali ayam 4 ekor (10.5kg) dengan sos Jalen untuk rumah.. Selebihnya memang meriah bonet dengan barang untuk rumah MIL..

Ikan, udang dan ayam untuk rumah MIL.. Ini encik suami cuci dan pek di rumah MIL..

Selesai pek-pek ayam untuk sekali masak.. Dapatlah dalam 13 pek.. Cukulah untuk 2 minggu..

Petangnya keluar belikan kasut sekolah Amani.. Kasut sebelum ini dah tercabut tapaknya.. Sempatlah juga bawa Amani & Imani gunting rambut.. Panjang sangat dah.. Sempat jugalah merayap dalam kedai ECO Shop.. kikiki.. Bahagia sangat dah anak-anak bila bawa ke ECO Shop ini..

Padat betul aktiviti seharian ini..

Japan/US | The Super Mario Galaxy Movies (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lepas sakan beraya, Imani ajak jalan-jalan dulu lepas gerak balik dari Cheras.. Jenuhlah tanya dia nak ke mana? Sudahnya Imani minta pergi AEON ja.. Encik suami ajak ke AEON Rawang ja mudah dan sehala untuk balik rumah.. Sampai AEON, Sha tanya anak-anak nak tengok wayang ke? Amani kata okay ja.. Buka aplikasi TGV ada cerita Mario.. Bila tanya Imani dia kata okay.. Kalau ikut Sha nak ajak tengok Mikael ja tapi karang ada yang tak tidur malam pula.. Jadinya jomlah tengok filem animasi ja.. 

Filem ini sambungan dari The Super Mario Bros. Movie (2023).. Syoklah layan.. Kali ini ada kakak Puteri Peach iaitu Puteri Rosalina yang diculik Bowser Jr. Bermulalah pengembaraan menyelamat mereka.. Awalnya Bowser macam nak jadi baik tapi bila Bowser jumpa Bowser Jr. eh!! Dia jadi jahat balik.. Akhirnya orang baik menang.. Comellah cerita dia.. Memang syok layan dengan anak-anak..

RM86 tapi dapat diskaun RM12 (tebus MovieMoney).. Jadinya bayar RM74 sahaja.. Kakak Amani bagi RM50 untuk tiket wayang.. Amani kata, hari tu adik dah belanja tengok Hoppers jadi kali ini kakak belanja lah pula..

Beli snack RM38.. Dua mandu dan 1 air.. Amani dan Imani nak mandu, ayahnya nak air ja.. Jadilah buat kunyah-kunyah.. Perut kenyang lagi makan di rumah berbuka..

Encik suami snap.. Cuba teka tangan siapa ini.. peneka paling tepat dan cepat akan dapat duit raya @ Zus raya.. Boleh pilih salah satu.. Tinggalkan komen anda di bahagian komen ya..

Saturday, April 4, 2026

Rumah Terbuka di Cheras

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk sampai ke rumah terbuka Maklang Sha.. Maklang ini adik perempuan abah.. Antara adik beradik abah yang masih Sha kunjungi dan bertanya khabar.. Maklang telefon Sha pada Selasa (31.03.2026) malam.. Lepas tu sepupu Sha mesej mengajak juga pada Khamis (02.04.2026) pagi.. Bila dah 2 kali jemput, haruslah kita usaha datang juga walau lambat.. Sabtu yang agak sibuklah untuk Sha.. Pagi kena ke Majlis Kecemerlangan Imani.. Lepas tu mengantar Amani ke rumah terbuka kawan dia di Ulu Bernam dulu.. 

Sha gerak terus ke Cheras lepas ambil Amani di Ulu Bernam.. Patutnya nak gerak kul 12.30 tengahari dari rumah tapi pukul 1.10 petang baru gerak.. Sampai Ulu Bernam dah 1.30 petang.. Lepas tu jem pula dekat Sg. Buloh membawa ke Duta.. Sudahnya encik suami cari jalan dalam untuk ke EKVE.. Bayangkan pukul 4 baru dok ada dekat EKVE.. Ke toilet dan solat dulu baru gerak semula ke Cheras..

Sampai lebih kurang jam 4.30 petang.. Sembang dan beramah mesra.. Makan dan bergambar.. Jam 5.45 petang, kami gerak balik.. 

Jomlah menempuh jem..

Thursday, April 2, 2026

13 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bangun awal walaupun tak boleh puasa tapi encik suami nak puasa.. Jadinya tetaplah bangun awal untuk masak makan sahur dan juga bekal anak-anak ke sekolah.. Memang sibuk betul pagi tadi.. kikiki.. Alhamdulillah, cuaca elok ja tak hujan.. Lepas tu pagi ini kereta macam tak banyak atas jalan.. Ada yang dah BDR ke? 

Masuk malam ini, dah dua malam Amani kena ikut kelas matematik secara atas talian.. Siap kena ambil gambar sebagai bukti.. 

Sha goreng ayam dan buat sup sayur.. Sha pun makan sekali dengan encik suami.. Nak derma darah kan, kenalah makan berat dulu..

Ini pula bekal anak-anak ke sekolah dan bekal Sha ke pejabat.. Roti bakar, telur dadar dan roti sapu jem..

Friday, March 27, 2026

7 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini hari kedua Sha bercuti.. Hari ini Sha ziarah Abah dan Ibu pula di Ayer Tawar.. Seawal jam 6.45 pagi kami dah gerak dari Behrang.. Singgah isi minyak di Sungkai dan terus gerak ke Ayer Tawar lalu jalan Ladang Bikam, Chuk Chak, Chenderong Balai, Kg. Gajah dan singgah makan di Bota Kiri..

Singgah sarapan dulu.. Kami makan nasi lemak, mi goreng, nasi goreng + mi goreng, air teh o ais dan teh o panas.. Lepas makan baru ke kubur..

Tanah Perkuburan Islam Ayer Tawar, Perak.. Ziarah kubur arwah abah dan ibu.. Sempat juga ziarah kubur tokcik, maklang dan juga paklang.. Ibu tu isteri kedua abah lepas mak Sha meninggal..

Alhamdulillah selesai hajat utama Sha.. Seterusnya menunaikan hajat Imani dan Amani pula..

Amani & Imani nak ke sini mencari buku.. Imani beli 3 buah buku dengan harga RM36.40.. Amani pula beli 3 buah buku dengan harga RM63.90..

Lepastu kami ke TGV menonton wayang.. Imani belanja tengok filem Hoppers dan kemudian Sha belanja tengok filem GOAT.. Habis wayang terus gerak balik.. 

Gerak balik dari AEON Seri Manjung jam 4.15 petang.. Singgah Sabak Bernam makan malam, lepas tu terus gerak balik.. Sampai rumah jam 7.15 malam.. Kami lalu WCE terus ke Sabak Bernam, lalu ikut Felda Gedangsa baru masuk Behrang..

Saturday, March 21, 2026

Raya! Tapi..

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini sekali lagi Raya kami bertukar tragedi.. Tahun lepas terlepas peluang Solat Sunat Aidilfitri.. Tahun ini disebabkan kelam kabut dan terkejar-kejar, eksiden dekat stesen minyak.. Encik suami terlupa nak tukar gear reverse kepada neutral.. Habis terkepak pintu.. Mujurlah tak melibatkan kereta lain atau keadaan yang lebih teruk.. Setakat kereta kami ja yang rosak.. 

Bila tanggungjawab sebagai seorang anak dan suami terletak di bahu beliau.. Menemani mak itu tanggungjawab, namun isteri dan anak-anak juga tanggungjawab.. Terkejar-kejar menyeimbangkan keduanya memang tak mudah namun nak buat macam mana.. Tanggungjawab kan.. Pengajaran dan kenangan.. Hadap ja lah.. 

Patah.. Simpan sini sebagai kenangan.. 

Setiap kali buka pintu ini, berbunyi..

Thursday, March 12, 2026

Lampu Lip Lap Lip Lap

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa malam tu tiba-tiba encik suami ajak keluar.. Walhal jam dah pukul 9.30 malam masa tu.. Keluar untuk cari lampu kelip kelip.. Kami ada ja lampu kelip kelip ini tapi dah uzur dan dah lama.. Bila pasang menyala tapi sayup sayup ja.. Kiranya dah sampai masa untuk dibakul sampahkan lah.. Gitu.. kikiki.. Lagipun usia lampu tu dah 5 tahun.. Sha pasang lama dah tahun 2021 dulu masa Aidilfitri PKP 3.0..

Tu yang malam tu keluar beli baru.. Alhamdulillah, terjah satu kedai ja dah jumpa.. RM20 untuk 10 meter.. Memang ngam-ngam ja dekat beranda rumah kami.. Encik suami punya teruja, balik ja terus pasang.. Memang semangat sungguh.. Sha bangun pagi tengok lampu menyala dengan meriah.. Puas hati rasanya..

Suka sebab barulah terasa suasana raya tu.. 

Friday, March 6, 2026

16 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini sahur kami ringkas ja.. Sha masak nasi dan bancuh air teh.. Lauknya beli ja.. Pagi panaskan.. 

Sementara tunggu waktu berbuka, sempatlah merayap ke Watsons mencari deodorant.. Pergh!! Berbaloi banyak kalau beli.. 

Sebelum tu Sha beli kuih lopez (RM3.50), kek batik (RM4) dan popia (RM2).. Lepastu dapat kuih seri muka penjual bagi.. Ada orang sedekah..

Satu (2x45ml) ini RM6.48..

Lauk sahur kami.. Ikan kayu masak taucu.. Dua keping siap masak RM8..

Buat pertama kalinya selepas hampir separuh Ramadan, barulah berbuka di luar.. Sha buat tempahan terlebih dahulu.. Bila sampai tak adalah lama menunggu untuk makanan sampai.. Menunya ikan masak stim halia, kailan ikan masin, sup ayam dan udang goreng tepung.. 

Sunday, February 15, 2026

Jalan-jalan Makan Kenduri di Sekinchan, Selangor.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha sekeluarga ke Sekinyuntuk kenduri anak buah sepupu encik suami berkhatan.. Kami keluar jam 9 pagi, sarapan roti canai dulu di Behrang Resident dan isi minyak di Behrang 2020.. Kami lalu jalan dalam ikut Selisik, Felda Gedangsa terus ke Sekinchan.. 

Pertama kali tengok bangau warna kelabu, hitam dan saiz besar.. Selalu tu warna putih dan kecil ja saiz dia..

Ini pun pertama kali Sha tengok, tanah sawah yang baru digembur sebelum di airkan dan ditanam baru..

Alhamdulillah sampai juga rumah kenduri.. Banyak lauk dia tapi Sha ambil gulai nanas, ikan masin goreng dan sayur timun bersama sambal belacan.. 

Buah tangan dari kenduri.. Ada 4 air kotak, 1 Imani dah selamat minum.. Air teh lemon.. Kerepek tu pun ada 4, 1 dah selamat dimakan..

Lepas kenduri, kami singgah sini beli kopi sawah, air matcha dan ais krim goreng..

Sempat singgah di Muzium padi Sekinchan.. Dapatlah beras ini 1 pek sorang.. Sha masuk dengan Amani dan Imani ja.. Tu yang dapat 3 pek ja.. Tiket masuk RM5..

Singgah berbelanja di ECO Sungai Besar dulu.. Asalnya nak beli roti tapi dah tak ada kedai roti ECO dekat Sg. Besar ini..

Sempat jugalah membeli belah buah-buahan di sepanjang jalan.. Jambu batu, jambu air dan limau tu dijual 1 pek RM10.. Tembikai tu sekilo RM3.50, sebiji tu RM7.50..

Ini pula kami beli masa singgah makan di Pasar Malam Sabak Bernam.. Sedap betul makanan dekat pasar malam ini.. Kebetulan dia ada buka meja juga..

Lepas makan terus gerak balik.. Sampai rumah ngam-ngam pukul 7 malam.. Penat seharian berjalan, malam tu Sha tidur awal..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com