Showing posts with label Ride. Show all posts
Showing posts with label Ride. Show all posts

Saturday, October 10, 2026

Kenduri Kahwin di Rawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha dan encik suami ke Rawang, ada jemputan kenduri kahwin sepupu encik suami.. Kami pergi berdua ja naik motor.. Oleh kerana jerebu masih teruk, Sha pakai pelitup muka..  Kami sampai dalam jam 11.10 pagi macam tu.. Naik motor, cepatlah sampainya.. 

Parkir motor dekat AEON Rawang, lepas tu jalan kaki ja ke dewan.. Dewannya dekat belakang AEON Rawang..

Menunya nasi hujan panas, daging hitam dan papadom.. Ada juga ayam masak merah, pajeri nanas dan acar buah.. Sha ambil juga kuih dan bubur pulut hitam.. Nak ambil laksa, tak siap lagi katanya..

Doorgiftnya kek coklat dan gelas kaca..

Lepas kenduri masuk AEON Rawang, beli tomato cherries ni.. Ada 5 jenis.. Sha ingatkan yang hijau tu masam, rupanya manis.. Lepas beli tomata terus ja gerak balik..

Wednesday, October 7, 2026

#Throwback | 27 September 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cerita baling belakang.. Sha dapat jemputan kenduri di Ipoh dari ex-PSAS.. Bila maklumkan encik suami, beliau cakap kalau tak ada apa kita pergilah.. Alhamdulillah diberi kelapangan, makanya jomlah ke Ipoh..

Kami gerak lewat sebab majlisnya mula tengah hari.. Kebetulan jumpa rakan sekerja yang juga ex-PSAS, bersembang sampai tak perasan masa.. kikiki.. Dari Ipoh gerak ke Atte'r di Kampung Chenderong Balai.. Kali ini pengalaman memang tak bestlah.. Sejam lebih menunggu kami cuma dapat ABC ja.. Bila tanya cashier jawapan dia kertas order kami hilang.. Minta refund dan balik.. Nampak gayanya memang lambert lagilah nak singgah sini balik.. Terus ja balik lepas tu..

Jom gerak..

Menunya nasi putih, kari daganing sayur goreng.. Ada buah tembikan dan juga seperiuk besar sup daging+ekor.. Mantap..

Friday, August 14, 2026

📷 Coretan Sehari | 14 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sarapan apa pagi ini?? Sha makan nasi kerabu separuh dengan lauk telur masin.. Beli nasi kerabu, memang kena minta separuh.. Kalau dia bagi yang biasa tu, memang tak habislah.. Banyak.. Tapi berbaloilah sebab RM8 sekali lauk..

Pemandangan pagi ini.. Pagi ini encik suami hantar Sha pergi kerja.. Masa lalu atas bukit nampaklah pemandangan ini.. Sejuk ja..

Cubaan terakhir untuk menderma darah tak berjaya.. Nampaknya memang kena putus asa lah.. Hari ini bacaan hb Sha 10.3 sahaja.. Jauh lebih rendah dari biasa.. Tak ada rezeki Sha nak menderma darah..

Wednesday, August 5, 2026

Misi ke Banting: Ambil Motor yang Terkandas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha dan encik suami ke Banting untuk ambil Belalang Tempur yang ditinggalkan di rumah kawan encik suami.. Semalam tayar motor dah sampai dan encik suami dah pasang pada rim serta buat balancing.. Hari ini kena selesaikan.. Segan pinjam kereta orang lama-lama.. Masa kami sampai, kawan encik suami tak ada.. Terus je lah selesaikan kerja.. Lepas tu terus gerak balik..

Sebelum bergerak menghantar kereta kawan encik suami ini, kita periksa minyak hitam dan air terlebih dahulu..

Sempatlah menyinggah di Hentian Sebelah Rawang beli kopi mesin dan air Kyoho Grape Thai Tea yang padu ini.. Air teh doa sekali pandang macam ada susu tapi sebenarnya tak ada pun.. Teh Thai kan memang merah.. Sedap tau..

Lepas tu kami Singgah R&R Jejantas Sg. Buloh untuk brunch.. Menu brunch kami.. Sha beli set Burger Beef Bacon dan encik suami makan Burger Whooper.. 

Sempatlah Sha belikan buah tangan sikit untuk kawan encik suami.. Cantik pula kotak Dunkin' Donuts ini..

Selamat sampai.. Jomlah kita pasang tayar Belalang Tempur ini..

Sebelum dipasang..

Sha tolong masukkan besi ini ja sebab tayar tu berat, memang kena bantuan lah.. Lain-lain, encik suami yang buat..

Siap pasang.. Kejap ja.. Jomlah kita balik..

Singgah R&R Dengkil untuk solat dan minum air.. Lepas tu memang terus gerak balik ja..

Punyalah menyinggah Ulu Bernam nak makan mi kicap, tutup pula.. Pergi Behrang Ulu nak cari mi kari, pun tutup.. Sudahnya singgah mamak dekat Behrang Central, makan mi goreng dan bihun goreng.. kikiki..

Sunday, August 2, 2026

Pengalaman Tersadai di Lebuhraya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Elok ja pagi tadi memandu dari Behrang nak ke Negeri Sembilan.. Perjalanan lancar tanpa kesesakkan.. Alih-alih sampai dekat km 281.9, motor keluarkan bunyi pelik.. Bila berhenti untuk tengok, rupanya tayar belakang pecah teruk.. Nak dijadikan cerita berjalanlah kejap Sha sementara encik suami gerak ke kawasan yang redup sikit.. Kelakar pula bila kereta dan motor lalu lalang duk pandang-pandang..

Sha telefon PLUS untuk minta bantuan.. Kena tunggu dalam 30 minit.. Kalau ikutkan PLUS mereka memang tak boleh nak bantu banyak.. Encik suami minta tolong untuk tumpangkan Sha dan escort ke R&R Seremban ja.. Selebihnya encik suami dah uruskan.. Beliau minta tolong rakan yang tinggal berdekatan..

Berhenti selepas dengar bunyi pelik..

Berjalan menuju ke tempat redup sebelum Sha telefon PLUS untuk minta bantuan..

Menunggulah kita sekejap..

Tumpang kereta Peronda PLUS ke R&R Seremban untuk lebih selamat..

Melepaklah sekejap kita di R&R Seremban sementara tunggu towing dan kawan encik suami..

Beli air dari mesin Tao Bin ini.. Air Thai Lime Tea (RM3.60)..

Selamat naik Triton untuk ke Banting.. Nak naik kan motor dan ikat ni pun makan masa lebih kurang 20 minit jugalah.. Bayar RM220 untuk towing.. 

Kita tinggal Belalang Tempur dekat rumah kawan encik suami.. Bawa balik tayar belakang yang pecah ja.. Kawan encik suami bagi pinjam kereta dia untuk kami gunakan.. 

Singgah R&R Sg. Buloh top up Touch n Go dan beli donut untuk anak-anak.. Sempatlah Sha cari roti Sunshine juga..

Monday, June 15, 2026

Temujanji Yang Tertangguh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami ajak ride ke Alor Pongsu untuk makan kari sembilang.. Plan ini memang dah dibuat sebelum encik suami ke Thailand lagi.. Plan asal sebenarnya untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami tapi disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan, tertangguhlah plan ini.. Alhamdulillah, semalam berjaya juga direalisasikan.. Walaupun awalnya hujan turun dengan lebat, namun jam 7.40 pagi matahari mula memunculkan diri.. Selepas siapkan makan untuk anak-anak, kami terus gerak..

Singgah isi minyak di R&R Tapah arah utara..

Singgah sekejap ke toilet dan minum kopi di hentian sebelah Bukit Gantang.. Sha beli kopi mesin ja..

Alhamdulillah.. Sampai juga ke destinasi yang dituju.. Kami singgah gerai tepi jalan ja ni.. Makan kari sembilang yang padu.. Memang berbaloilah ride jauh-jauh demi kari sembilang ini.. kikiki..

Lepas tu kita pekena kopi pula tepi sungai bersama tiramisu.. Memang padu betul kopi dia..

Sempatlah tapau durian gred AA untuk dibawa balik.. Ini gambar durian ganti sebab sebiji durian yang kami pilih tu macam ada rosak sikit.. Beli dekat peraih, memang puas hatilah.. Siap dapat makan dulu penjual belanja.. Sekilo RM8 siap jaminan.. Kenyang tengok durian masa ini.. Durian baru-baru tau..

Masuk pekan Batu Kurau untuk solat.. Lepas tu kami terus gerak balik.. Singgah sekejap dekat hentian sebelah arah selatan pakai baju hujan.. Lepas tu memang terus pecut sampai rumah.. Alhamdulillah, basah sikit dekat bahagian leher dengan kasut ja.. Baju dan seluar selamat dari hujan.. kikiki.. Selamat sampai rumah jam 5.30 petang..

Sha beli 2 biji durian dengan harga RM31 (sekilo RM8).. Tapi sebiji tu ada rosak sikit, jadinya penjual ganti dengan buah baru 2 biji.. Memang penuhlah sebekas ini.. Puas hati betul sebab buah baru.. Sedap betul.. Mujurlah beringat, kalau tak dah licin dah ni.. kikiki.. Lama Sha tak merasa durian kampung yang sedap macam ini.. Lepas tu masa nak gerak ke lebuhraya, sempatlah beli juga buah manggis 3 kilo dengan harga RM20..

Ada rezeki memang Sha nak ke sini lagi.. Puas hati betul ride kali ini.. 

Sunday, June 7, 2026

Coretan 07 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini lambat sikit Sha keluar briskwalk.. Pusing jalan dalam poli waktu lengang ini, rasa dia lain sikit.. Jalan sunyi, tenang tanpa hiruk pikuk pelajar mahupun kenderaan.. Memang relakslah.. Sejuk pula tu sebab malamnya hujan.. Pagi tu pun masih redup dan mendung.. Syok betul.. Terapi mata dan hati.. Balik ja dari briskwalk, Sha terus masak.. Masak lauk tengah hari sampai malam.. Senang.. kikiki..

Layan langit sekali..

Cahaya matahari baru nak muncul..

Dapatlah 3 ribu langkah.. Kalau kumpul dengan merayap dekat kenduri dapatlah 5 ribu levih langkah.. Ini pun sebab kena parking jauh.. Kawasan parking terhad.. kikiki.. 

Encik suami ajak sarapan berdua..

Makan wantan mi kicap dan 'Lor Mai Gai' aka pulut ayam.. 

Air pula Sha minum longan ais dan encik suami ambil selasih bunga telang..

Lepas tu kami terus ke kenduri kahwin anak buah encik suami.. Sha makan yang ringan-ringan ja.. Kenyang lagi makan mi kicap tadi.. 

Dapat tiga kotak buah tangan..

Ini pula isi dalam kotak buah tangan yang kami terima dari keluarga pengantin..

Tuesday, May 26, 2026

Buah Tangan Dari Thailand #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam encik suami selamat dah sampai dari Thailand.. Walaupun beliau menghadapi dugaan pada hari pertama perjalanan, rezeki beliau dapat juga pergi pada hari kedua.. Perjalanan kali ini beliau ke Pattani, Narathiwat, Yala dan balik ikut Betong bersama 4 biji motor besar (650cc - 3, 800cc, 1000cc) dan satu motor kecik (250cc).. 

Banyak juga buah tangan yang beliau bawa balik walaupun tak pakai box di kiri dan kanan motor.. Kali ini beliau beli ja burger dan air meiji tu tanpa tanya Sha.. Encik suami dha tahu nak beli apa.. Bila tak pakai box dekat kiri dan kanan motor ini lebih mudahlah nak menyelit sekiranya jalan sesak.. 

Pakai box belakang ja.. Lepas tu encik suami pakai beg ja di kiri dan kanan bahagian hadapan motor.. Beg tu encik suami bubuh baju hujan satu dan satu lagi bubuh selipar, pam tayar, power bank dengan cacing.. Masa balik, encik suami bubuh beg tu dekat besi box di bahagian belakang.. Katanya bubuh dekat belakang lebih okay.. Nampak gayanya kena cari beg lainlah ini..

Bangun pagi tadi sahur, Sha jumpa burger-burger ini dekat dalam peti ais.. Ingatkan beliau beli 6 bungkus ini ja.. 

Rupanya ada lagi 10 bungkus dalam peti ais kecik.. Ada burger udang dan ikan, udang dan ayam, ayam cheese dan ayam bbq..

Air susu Meiji ini pun beliau beli 9 botol.. Kopi 3 botol, plain 2 botol, strawberry 2 botol dan coklat 2 botol..

Sha minta belikan baju.. Encik suami belikan satu untuk Sha dan satu untuk beliau.. Kainnya lembut.. Beliau singgah beli dekat Betong masa nak balik..

Encik suami belikan juga beras pulut untuk MIL sekilo..

Friday, May 22, 2026

Coretan 22 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok pula bila ada ja cerita yang nak diupdate dalam blog ini.. Tiba-tiba ja jadi rajin.. kikiki.. Hari ini Sha cuti, jadinya lepas program di sekolah Sha cuci kereta dan singgah makan sementara tunggu anak-anak balik sekolah.. Sambil-sambil tu WhatsApp juga encik suami tanya perkembangan beliau menyelesaikan masalah Belalang Tempur yang tiba-tiba meragam.. Kalau ikutkan, encik suami dah beli alat ganti tapi disebabkan kesilapan teknikal terpaksa cari lain.. Bila ke Tanjung Malim, kedai alat gantinya agak meragukan.. Keraguan ini muncul bila penerangan yang endah tak endah ja dari penjual.. Jadinya jauh sikitlah encik suami mencari alat ganti.. Begitulah kejadiannya.. Mudah jugalah sebab encik suami boleh baiki sendiri..

Alhamdulillah.. Setelah 3 hari mencari, akhirnya jumpa juga nasi lemak comel yang dibungkus dengan daun pisang.. Walaupun nasi lemaknya tak berapa nak cukup sifat, tapi rasanya sedap.. Sambalnya tak terlalu pedas, cukup rasalah.. 

Alhamdulillah.. Sha pun dapat hadiah juga masa sambutan Hari Guru pagi tadi.. Terima kasih untuk hadiah yang berguna ini..

Sementara tunggu anak-anak balik sekolah, sempatlah bawa si merah ini mandi.. Kotor sangat.. kikiki.. Sha buat water wax sekali.. Cuci dan water wax baru RM25.. Bukannya lama pun tunggu dia cuci, dalam 25 minit ja.. Kebetulan kereta tak banyak, sampai ja terus di cuci..

Kiri dan kanan dah pasang beg..

Beg ini untuk bubuh baju hujan atau barang-barang yang ringan.. Kalau tak nak bawa box, boleh pakai beg ini ja.. Lebih mudahlah nak menyelit.. kikiki..

Starter relay Belalang Tempur rosak.. Jenuhlah encik suami mencari alat gantinya.. Sampai ke Shah Alam baru jumpa.. Beli terus dari kedai pembekal alat-alat ganti Suzuki.. RM415 lah juga.. Original dari Jepun.. Pengalaman buat encik suami.. Mujurlah rosaknya di rumah bukan di atas lebuhraya.. Kalau tak lagi jenuh nak menguruskannya..

Petangnya kami ke Subway.. Sambil-sambil test motor, singgahlah di Tanjung Malim

Isi minyak dulu.. Esok senang, terus gerak ja..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com