Thursday, September 30, 2021

Pops Malaya Ice Bars: Grape & Laici Pic

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha dah pernah kongsikan review untuk 3 perisa lain iaitu Nanas+Markisa, Strawberry dan Mangga di SINI.. Kali ini Sha nak review perisa Anggur & Laici+Pic pula.. Sha beli dari jiran je.. Packaging kali ini beli 5 percuma 1.. Harga sekotak RM10.. 

Anggur & Laici+Pic

6pcs untuk setiap rasa..

Anggur - Puas hati.. Mewah dengan rasa anggur merah.. Sedap dan melegakan..
Laici Pic - Rasa buah laici dan pic yang mengancam.. Gandingan yang mewah dan memuaskan.. Memang sedap layan..

Filem US | Free Guy (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang layan betul filem ini.. Cukup kelakar dan menggeletek hati.. Hahaha.. Tambah pelakonnya Ryan Reynolds.. 

Kisah sebuah permainan video bernama Free City.. Watak bernama Guy yang tiba-tiba boleh membuat keputusan sendiri selepas terpandangkan seorang perempuan berkaca mata.. Gigih lah si Guy ini dapatkan kaca mata juga dan mula mengumpul mata untuk naikkan dia punya level supaya setanding dengan perempuan berkaca mata.. Dalam masa yang sama pencipta sebenar permainan Free City sedang berusaha nak dapatkan balik permainan tersebut.. Memang menarik bila tengok dunia dalam permainan dan dunia sebenar yang ditayangkan tidak saling mengganggu.. Cantik je dia punya jalan cerita..

Free Guy
2021 ‧ Comedy/Action ‧ 1h 55m
When a bank teller discovers he's actually a background player in an open-world video game, he decides to become the hero of his own story -- one that he can rewrite himself. In a world where there's no limits, he's determined to save the day his way before it's too late, and maybe find a little romance with the coder who conceived him.



Wall's Solero Split Lime & Vanilla

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara aiskrim yang selalu Sha beli untuk buat stok di rumah.. Senang dapat dan harganya pun murah.. Ada dua rasa iaitu limau dan vanila.. Memang ngamlah.. Saiz pun berbaloi sangat untuk harga RM1 tu.. kikiki.. Paling suka makan aiskrim ini aadalah Amani.. Memang senang nak pujuk dia kalau ada aiskrim ini.. kikiki...

RM1

Bahagian luarnya yang warna hijau tu perisa limau..

Ha.. Nampak tak yang warna putih tu.. Tu perisa vanila.. Memang ngamlah bila digigit serentak..

Goodreads | Bacaan September 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Dah berjaya capai sasaran 202 buah buku untuk tahun 2021 ini.. Tahun ini memang Sha banyak baca ebook dari buku fizikal.. Lebih senang sebab menggunakan telefon kan.. Telefon tu sentiasa ada dekat tangan, jadi senang nak akses bahan bacaan.. Selain PNM e-Reader dan Oakbee Buffet, Sha juga membaca menggunakan aplikasi Google Play Books.. 

Cabaran selesai pada 29 September 2021..


Wednesday, September 29, 2021

ebook | Saka Jelmaan Nenek oleh Ismail Hashim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh.. Pening baca buku ini.. Susunana ayat dan tanda bacanya tunggang langgang.. Hahaha.. Tapi okaylah masih lagi boleh difahami walaupun kacau bilau..

Isi ceritanya cantik.. Mengenai sepasang suami isteri yang diganggu saka berusaha untuk mengubati gangguan tu.. Namun tersalah pilih cara bila menggunakan dukun.. Kerana dukun tersebut nyaris sahaja hubungan mereka dan keluarga berantakan sebab dukun-dukun tersebut mengatakan orang terdekat dengan mereka yang menghantar saka tersebut..

Penulis patutnya mengedit terlebih dahulu buku ini sebelum di terbitkan.. Tanda bacanya entah kemana.. Perenggannya pun tak disusun cantik.. Belum lagi tersalah naman, dari lelaki jadi perempuan.. Memang peninglah baca.. Penamatnya pun tiba-tiba sahaja..

Sha baca dan selesai pada 29.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2021 by Ismail Hashim

Shopee | Chocodap's Almond Sesame Choc & Meteor Chocolite

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memenuhi permintaan Imani yang inginkan Meteor Chocolite dari Chocodap ini.. Dah lama sebenarnya dia minta, mak je tahankan.. Iyelah sebelum ini dah belikan cadbury.. Kena tunggu Cadbury habislah baru boleh beli coklat lain.. hehehe.. Oleh kerana stok coklat dah habis, barulah boleh membeli.. hehehe..

Sha ini tak suka sebenarnya coklat putih tapi keluaran Chocodap ini sedap.. Tak manis dan jadi lagi sedap sebab ada bijan hitam tu.. Memang lekalah mengunyah.. Tu yang terus beli packaging 500g.. hehehe.. Paling best bila coklat sampai dalam keadaan elok, tak cair.. Suka dan puas hati betul.. 


Chocodap's Almond Sesame Choc - RM49 (500g)
Meteor Chocolite - RM29 (300g)

Chocodap's Premium Chocolate Bar 50g - Percuma beli Meteor Chocolite
Chocodap's Premium Mini Bite Chocolate Milk 60g - Percuma beli Almond Sesame Choc
Sedap.. Memang premium seperti yang diperkatakan.. Ini pertama kali Sha makan.. Memang best bila dapat percuma.. hehehe..

ebook | Duda Buat Safeera oleh Ayeshah Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Tak kena betul dengan jiwa penceritaan penulis ini.. Tapi habis juga baca walaupun ambil masa.. Mujurlah tak panjang sangat.. Sha rasa penulis boleh buat lebih baik dari yang ini.. Isi ceritanya ada cuma penyampaian tu macam kaku sedikit.. 

Kisah Safeera yang terlalu menongkat dunia dan memberontak dengan apa yang keluarga dia suruh.. Suruhan ke arah kebaikan je pun tapi dia punya perangai memang mengundang kemarahan.. Betullah bila orang kata iman tu tak diwarisi.. 

Sha baca dan selesai pada 29.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published June 2020 by AYESHAH AMANI

Menang Birthday Giveaway Sheila Inspire

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Tak sangka ada rezeki menang Birthday Giveaway Sheila Inspire.. Yeah!! Jom check senarai pemenang di SINI.. 

Terima kasih maklumkan Sha.. Teruja bila baca mesej dari Sheila ini..

Menang blouse tu.. Hehehe.. 

Wordless Wednesday 2021

 

Tuesday, September 28, 2021

Filem US/Germany | Hansel & Gretel: Witch Hunters (2013)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok pula layan Hansel & Gretel versi gelap ini.. Tambahan pula ada mamat hawkeye tu.. kikiki..

Permulaannya masih lagi megikut cerita klasik bila dua beradik yang ditinggalkan dihutan bertemu dengan rumah yang boleh dimakan.. Namun mereka berjaya mengalah ahlu sibir yang cuba memakan mereka.. Sejak tu mereka jadi pemburu ahli sihir yang berjaya.. Sehinggalah mereka sampai di sebuah kampung dan menyelamatkan seorang gafis bernama Mina.. Disini mereka terpaksa berlawan dengan ahli sihir dan juga Sherif yang jahat.. Malah di sini jugalah kebenaran terbongkar mengenai asal usul mereka dan kenapa mereka imun dengan shir gelap.. 

Hansel & Gretel: Witch Hunters
2013 ‧ Action/Fantasy ‧ 1h 38m
Brother-sister duo Hansel and Gretel are professional witch hunters who help innocent villagers. But they soon stumble upon a case that could hold the key to their past.

ebook | Punah oleh Alya Husna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang pendek namun padat dengan teguran buat pasangan suami isteri.. Ceritanya mudah namun memberi kesan.. Punah membawakan kisah sepasang suami isteri yang berkahwin muda dan ada anak 1.. Eryn terlalu taksub dengan 'me time' hingga terlupa tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.. Hail pula seorang suami yang terlalu sayangkan isteri sampai terlupa untuk menegur kesilapan yang dilakukan isteri.. Bila datang mak Eryn untuk duduk bersama mereka dan ketika itu juga lockdown dilaksanakan, maka bermulalah dugaan buat Eryn dan Hail.. Duduk serumah tanpa boleh keluar membuka mata Hail dan juga Eryn mengenai kepincangan rumahtangga mereka.. 

Perkahwinan bukanlah perkara main-main yang boleh dicuba dan ditinggalkan bila tak berjaya.. Bukan juga sekadar cinta.. Perkahwinan itu tanggungjawab dan tolak ansur serta kerjasama.. 

Sha baca dan selesai pada 28.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020 by Alia Husna Mohd Noor

Drama Jepun | Kakegurui Twin (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini permulaan kepada siri Kakegurui ini.. Sha dah tertengok yang ini dulu.. Tapi kira okaylah sebab drama ini prequel bukan sequel.. kikiki.. Drama ini pasal sebuah sekolah yang mengamalkan perjudian.. Yang kalah akan jadi hamba.. Saotome Meari ingatkan dia masuk ke sekolah yang berpretij tapi tak sangka pula sistem sekolah ini lagi teruk dari sekolah lama dia.. Walaupun pada awalnya Saotome dibuli, namun akhirnya dia berjaya kalahkan golongan berduit dalam permainan kad.. Dari situ Saotome mula dikenali dan bila dia berjaya kalahkan Juraku Sachiko, memang lagi naiklah nama dia..
 
Drama: Kakegurui Twin
Also Known As: Compulsive Gambler Twin
Director: Hanabusa Tsutomu
Genres: Mystery, Psychological, School, Youth, Drama
Country: Japan
Episodes: 8
Aired: Mar 26, 2021 - Apr 16, 2021
Aired On: Friday
Original Network: Amazon Prime
Duration: 26 min.
It's a year before Yumeko transferred to Hyakkaou Academy. Saotome Meari, a young girl who was born into a very ordinary family, passed her transfer examinations, and has started to attend Hyakkaou. However, the school she expected to attend has a crazy law, the Baptism of Gambling. Paired with Yumeko as her "twin," the curtain opens on Meari's gambling mania!
(Source: MyAnimeList)

ebook | 7 Days Of Summer oleh Jaja Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang ini memang mood tengah nak layan novel dari Jaja Ahmad je.. kikiki.. Ini buku ke lima dia yang Sha baca.. 

Kali ini sekali lagi penulis berjaya membawak sebuah cerita yang cantik.. Isu nya adalah trauma yang menyebabkan Arief PTSD dan meninggalkan Malaysia.. Arief nekad tak nak pulang semula ke Malaysia namun takdir menemukan Arief dengan Nessa.. Mereka bercinta namun Nessa terpaksa pulang ke Malaysia sedangkan Arief kekal di London.. Percintaan jarak jauh antara mereka terputus bila Nessa bertunang atas permintaan mama Nessa.. Arief derita tambahan pula berada di luar negara tanpa sesiapa malah keluarga pun Arief tak ada.. Cinta mereka kuat tapi Arief merahsiakan penyakit dan trauma yang dihadapinya sehinggalah kemunculan Pak Cik Shafie.. Siapa sebenarnya Pak Cik Shafie pada Arief?? Akan terputuskah sekali lagi hubungan antara Nessa dan Arief?? Kenalah baca..

Sha baca pada 25.09.2021 dan selesai pada 26.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2019 by Love Novel Publication

Edisi Lokal: Nescafe Ros Bandung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa masa jelajah Kedai Mesra Petronas.. Tak sangka pula Nescafe nak bergambung dengan ros bandung.. Macam pelik je.. Tapi kan, Sha beli juga walaupun Sha rasa macam pelik.. Tertanya-tanya rasa dia macam mana.. kikiki.. Tambahan pula tin dia cantik sangat.. Warna pink dan berbunga-bunga.. buat hadiah pun menarik juga.. Bagi pada orang yang suka Nescafe..

RM2.70

Warna dia agak cerah sikit dari nescafe biasa.. Bau dia ada bau ros dan badung.. Dari segi rasa pula tak berapa manis  dan rasa bandung tu serasi dan tak terlalu mengganggu.. Memang serasi bersamalah.. hahaha.. Ini rasa ikut tekak Sha ye..

Monday, September 27, 2021

Drama Korea | Squid Game (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau tengok ending, macam ada sambungan lagi.. Jalan cerita dah menarik tapi tak sesuai tengok dengan anak-anak.. Ganas sangat dan ada babak lucah..

Permainan yang sangat mengujakan bila boleh menang berbilion-bilion hanya dengan bermain 6 permainan.. Namun bila permainan pertama bermula, masing-masing cuak sebab yang kalah dibunuh terus.. Mulalah nak tarik diri dan tak nak bermain.. Walhal syarat dah diterangkan awal-awal cuma tak dibagi tahu akan mati je.. Takkan lah nak bagi macam tu je duit yang banyak tu kan.. Namun tu lah watak utama memang bernasib baik je.. Sampai permainan terakhir tapi duit yang dapat tu tak boleh menghilangkan perasaan bersalah melihat kematian.. Memang ohsem.. Cuma penamat untuk polis yang menyiasat tu macam kurang menarik.. 

Drama: Squid Game
Also Known As: The Squid Game, Cuttlefish Game, Squid Games, Round Six, Ojingeo Geim, Round 6
Screenwriter & Director: Hwang Dong Hyuk
Genres: Action, Thriller, Mystery, Drama
Country: South Korea
Episodes: 9
Aired: Sep 17, 2021
Aired On: Friday
Original Network: Netflix
Duration: 60 min.
After a failed business venture, the debt-ridden chauffeur Seong Gi Hun lives his life gambling away the money he mooches off his elderly mother while failing to provide for her and his estranged daughter. When his life finally hits rock bottom, he receives an irresistible offer promising him a ₩45.6 billion prize in exchange for winning traditional Korean children's games against 455 other players, among them his childhood friend Cho Sang Woo. Commencing the games, the participants soon learn of the deadly consequences that come with losing.
(Source: MyDramaList)

ebook | Kunci Hati Hanim oleh Jaja Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Eh!! Geram pula tengok perangai si Hanim ini.. Mula tu macam okay dan faham lah juga kenapa Hanim marah dan kecik hati dengan perangai abang dia.. Tapi lepas ayah Hanim meninggal, dia buat perangai lagi.. Memang pentingkan diri dan tak nak cuba memahami situasi.. Kalau dapat dekat Sha, memang Sha cepukkan je kepala si Hanim ini.. Degil tak bertempat.. Hahaha.. Mujurlah karekter novel je..

Kisahnya.. Hanim ini pernah kahwin tapi tak macam orang kahwin.. Hanim salah, bekas suami dia pun salah juga.. Lepas tu bercerai.. Dalam masa yang sama abang si Hanim ini tertekan sebab mak dan ayah diorang bercerai sebab mak Hanim ini sakit dan bapa Hanim kahwin lain.. Dahlah tengah strees dengan penceraian mak ayah, mak sakit, Hanim pula bercerai.. Lepas tu bekas laki si Hanim ini dok perasan yang Hanim ini terkejar-kejarkan dia.. Buat cerita dekat abang Hanim.. Manalah tak kawan tu stress dan bengang.. Hanim pula nak orang faham perasaan dia je.. Perasaan adik beradik dia, arwah mak dia, dia tak nak faham.. Makin menjadi-jadi bila ayah dia meninggal pula.. Mujurlah Izzat (suami baru Hanim) orangnya sabar.. Kalau tak mahu kena tinggal lagi... Haaih la.. Stress pula nengokkan perangai si Hanim.. Kenalah tajuk buku ini.. Pasal Hanim, memang semuanya berkaitan Hanim.. Hahaha..

Tapi ada juga yang menarik dalam novel ini macam kata-kata yang Sha kongsikan ini..
"Dalam perkahwinan, perkara yang paling penting adalah komunikasi antara suami dan isteri. Antara penyebab kepada kegagalan rumah tangga adalah kerana kurangnya komunikasi antara pasangan. Kerana mereka lebih banyak memendam perasaan sehingga menjadi tekanan kepada salah seorang daripada mereka. Jadi, jalan yang paling senang adalah bercerai. Saya tak nak kita tergolong dalam statistik itu Hanim.” - Izzat

Sha baca dan selesai pada 25.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published December 2017 by Love Novel Publication

Mamee Monster: Edisi Terhad Perisa Rendang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Edisi Terhad ini ada dalam bungkusan Mamee Monster yang besar.. Diberikan percuma.. Sha dapat 2 sebab beli dua pek besar.. hehehe.. Owh ya, warna dia je lain-lain.. Rasanya sama je.. Rasa rendang tu dekat serbuk dia bukan dekat mamee pun.. Okaylah.. Nota bad.. Pedas sedikit.. Mujur Sha tak curahkan serbuk tu.. Sha memang tak suka makan mamee bubuh serbuk dia.. Selalu makan kosong je.. Yang inipun Sha buat cicah.. hehehe.. Okaylah.. Memang terasa rendang dan kepedasannya.. 


Sunday, September 26, 2021

ebook | Biar Betul! Nama Dia Bougainvillea oleh Azimah Lily

Assalamualaikum..
Hye semua..

Geram juga baca novel ini.. Geram dengan perangai baran Tengku Awwadi aka Adi yang berdendam dengan perempuan.. Sampaikan semua perempuan salah dimata dia.. Puncanya bila kekasih hati tinggalkan dia kerana lelaki lain yang lebih kaya.. Bertembung dengan Villa aka Bougainvillea baru dia tahu langit tu tinggi rendah.. Villa yang kaya tapi sangat merendah diri dan tak pernah nak berbangga dengan kekayaan yang dia ada.. Villa yang sanggup korbankan masa mudanya demi menjaga anak-anak saudara.. Kerana Villa, akhirnya Adi mula berubah.. Walaupun beku dengan Villa tapi baik sangat dengan anak-anak saudara Villa.. Bukan mudah namun sedikit demi sedikit Adi mula mencair.. Tapi ada je langau yang nak mengganggu dan merosakkan hubungan mereka..

Sha baca pada 23.09.2021 dan selesai pada 24.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published October 2017 by Anaasa Publication (first published 2017)

Drama US | Most Dangerous Game (2020)

Assalamualaikum.. 
Hye Semua..

Aduh.. Seawal episod dah mendebarkan.. Memang rasa macam kita pun turut berada dalam permainan yang dimainkan oleh Dodge..

Dodge yang disahkan mengidap penyakit berbahaya hanya ada masa yang terhad untuk hidup.. Oleh kerana terdesak Dodge telah menyertai satu permainan yang mana Dodge perlu kekal hidup dalam tempoh 24 jam dari 5 pemburu yang akan cuba membunuh beliau.. Setiap sejam yang berjaya dilepasi, Dodge akan terima 50000 dalam akaun dia.. Isteri Dodge pula dah resah gelisah bila setiap jam duit dalam akaun bertambah dan Dodge tak dapat dihubungi, jadinya isteri dia buat laporan polis.. Malangnya polis tak boleh buat apa pun sebab Dodge belum hilang sehari pun lagi.. Sudahnya Dodge rasa sangat tertekan dan akhirnya mula menyiasat mengenai game yang disertai dan kebenaran terbongkar.. Dodge tak sakitpun.. Dia diperdaya rakan sendiri demi untuk suruh dia sertai permainan gila ini..

Most Dangerous Game
2020 ‧ Action thriller
Director: Phil Abraham
Production companies: BlackJack Films; Mayhem Pictures; Silver Reel; CBS Television Studios
Written by: Nick Santora
Original release: April 6, 2020 – April 22, 2020
No. of episodes: 15
 Desperate to take care of his pregnant wife before a terminal illness can take his life, a man accepts an offer to participate in a deadly game in which he is not the hunter but the prey.

GIVEAWAY #1 by AisyahNizam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih belum terlambat kalau korang nak joint Giveaway ini.. Sempat lagi.. Hadiah pun lumayan dan menarik.. Jom klik GIVEAWAY #1 by AisyahNizam..

Ikan Bilis Salted Egg.. Gabungan yang menarik untuk dicuba.. Bagaimanalah agaknya rasa dia.. Kalau berpeluang menang ini memang bertuahlah.. Makanan barukan.. Mesti rasa dia meletop di mulut.. Semoga bertuahlah hendaknya..

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 30 SEPTEMBER 2021
PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA POSTING 1 OKTOBER 2021

Done Follow & Like


Shopee | Borong Produk Nestle

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk je gaji, terus Sha bayar barang dalam cart Shopee.. Kikiki.. Beli bijirin dari Nestle ini untuk kudapan pagi anak-anak dan juga Sha.. Tak sangka pula cepat kali ni penghantarannya.. Sha bayar pagi Khamis dan Jumaat tengahari dah terima barang.. Memang sangat mengejutkan.. Selalu tu paling awal pun hari ketiga baru terima.. Terbaiklah Shopee.. kikiki.. Tambahan pula bila dapat voucher kedai RM12, free shipping dan redeem coins.. Memang berbaloi sesangatlah.. hehehe..

Nestle Honey Stars Cereal Econopack (500g x 2 Packs) - RM27.43
Nestle Honey Gold Cereal (370g x 2) - RM20.29
Nestle Koko Krunch Cereal (500g) - RM13.15

Coffee-Mate Pouch (450g x 2 Pouches) - RM14.88
NESCAFE GOLD ORIGINS - CAP COLOMBIA Jar (100g) - RM21.40
NESTLE KOKO KRUNCH MAXX 250g - RM10.09x2
Nestle Fitnesse Cereal - Honey & Almond (390g) - RM13.15

Saturday, September 25, 2021

Filem US | Cinderella (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab ada Camila Cabello.. Hahaha.. Layanlah sebab lain dari cinderella biasa.. Mak tiri dengan kakak-kakak tiri dia tak adalah jahat mana.. Raja dia pun sempoi.. Anak raja dia biasa je.. Lepas tu Cinderellanya pandai menjahit dan ada impian sendiri.. Filem ini memang lainlah dari tipikal filem cinderella yang biasa kita tengok.. Lagu-lagu dia pun best dan layan.. hehehe.. 

Cinderella
2021 ‧ Musical/Fantasy ‧ 1h 53m
Cinderella is a 2021 romantic musical film based on the fairy tale of the same name by Charles Perrault. Written and directed by Kay Cannon, it stars singer Camila Cabello as the title character in her acting debut, alongside Idina Menzel, Minnie Driver, Nicholas Galitzine, Billy Porter, and Pierce Brosnan.

Filem Pendek Korea | Ground Zero (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa dekat Youtube.. Ingatkan iklan atau trailer, rupanya filem pendek.. Menarik juga sebab pelakonnya Ma Dong Seok.. Bagaimana cubaan membunuh tahanan dalam penjara tak berjaya dan video mengenai aktiviti tersebut telah dijual di pasaran gelap.. 

Movie: Ground Zero
Also Known As: Geulaundeu Jelo, PUBG Ground Zero, PUBG Universe: Ground Zero
Genres: Action
Country: South Korea
Release Date: Jun 26, 2021
Duration: 9 min.
A short action movie depicting the '1983 Hosan Prison Riot,' an important event in the 'PUBG Universe'.
(Source: Naver)

Random Photo #19 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Simpan sini hasil kerja sekolah Amani dan Imani sepanjang PdPR.. Macam-macam projek yang diorang kena buat dari Pendidikan seni Visual, Bahasa Inggeris, Sains, Reka Bentuk Teknologi dan juga Matematik..

Projek Imani.. Menghasilkan haiwan untuk wayang kulit..

Projek Imani.. Menghasilkan robot dari barang terbuang..

Projek Amani.. Buat penanda buku..

Projek Imani.. Buat topeng burung hantu..

Projek Imani.. Menghasilkan bendera..

Projek Amani

Lukisan Imani..

Projek Amani.. Projek dihasilkan dari barang terbuang, tumbuhan dan juga kulit bawang putih..

Projek sains Amani menggunakan lidi daun kelapa dan tanah liat.. Buat buruj..

Pendidikan seni visual Imani.. Menggunakan lilin, warna air dan krayon..

Imani punya jadual waktu.. Ini untuk subjek matematik..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com