Tuesday, September 28, 2021

ebook | Punah oleh Alya Husna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang pendek namun padat dengan teguran buat pasangan suami isteri.. Ceritanya mudah namun memberi kesan.. Punah membawakan kisah sepasang suami isteri yang berkahwin muda dan ada anak 1.. Eryn terlalu taksub dengan 'me time' hingga terlupa tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.. Hail pula seorang suami yang terlalu sayangkan isteri sampai terlupa untuk menegur kesilapan yang dilakukan isteri.. Bila datang mak Eryn untuk duduk bersama mereka dan ketika itu juga lockdown dilaksanakan, maka bermulalah dugaan buat Eryn dan Hail.. Duduk serumah tanpa boleh keluar membuka mata Hail dan juga Eryn mengenai kepincangan rumahtangga mereka.. 

Perkahwinan bukanlah perkara main-main yang boleh dicuba dan ditinggalkan bila tak berjaya.. Bukan juga sekadar cinta.. Perkahwinan itu tanggungjawab dan tolak ansur serta kerjasama.. 

Sha baca dan selesai pada 28.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020 by Alia Husna Mohd Noor

1 comment:

  1. Mudah2an anak2 kita nanti fahamlah apa erti tanggungjawab suami isteri bila kawin nanti. Lagi besar cabaran dorang nanti

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »