Monday, September 20, 2021

Telefilem Melayu | Misteri Mona Kuserumu Kembali (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Misteri kembali lagi.. Kali ini Anom berusaha nak dapatkan anak dia.. anom meminta doktor yang merawat dia untuk panggil Mona dan mencari maklumat mengenai anak dia.. Aduh.. Memang nicelah sesekali Malaysia buat drama atau telefilem macam ni..

Dalam masa yang sama Farah dibuli ditempat kerja hingga menyebabkan dia marah dan memberontak.. Aduh.. Part buli ini memang menyampah sungguhlah.. Geram je tengok perangai rakan sekerja Farah.. 

JUDUL : MISTERI MONA: KUSERUMU KEMBALI 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 15 Mei 2021, 10:00 malam 
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Abdul Nasir
PENGARAH : Raja mukhriz
PRODUKSI : Aquila emas
PELAKON : Janna Nick, Elisya Sandha, Iman Suhana, Ruzana Ibrahim, Balkisyh Semundurkhan, Melanie Tan, Alexis SueAnn, Kween Keela, Tony Eusoff, Irshad Has
SINOPSIS MISTERI MONA KUSERUMU KEMBALI
Setelah berjaya ‘mengurungkan’ Mona, Anom terpaksa melepaskan dia sekali lagi untuk menyelamatkan anaknya yang dikatakan sudah meninggal dunia. Anom sedang menjalani rawatan di sebuah pusat psikiatri dan kini dia dapat mengawal Mona. Anom rasa sedih kerana Mona telah membunuh ibunya dan bayinya. Namun, doktor menjelaskan hasil pencarian pihak berkuasa di rumah itu bahawa tiada mayat seperti didakwa. Ia hanyalah sebuah anak patung yang ditanam di belakang rumah dan mungkin ia adalah halusinasi Anom semata-mata. Apakah rahsia dan kebenaran disebalik kecelaruan delusi Mona?

3 comments:

  1. Best cerita ni dari drama bersambung ke telefilem. Drama dia ada plot twist.

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pula ada telefilem. Pernah tonton drama je.

    ReplyDelete
  3. baru nak layan drama dia, tak sangka pulak keluar telefilem

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »