Friday, September 24, 2021

Random Photo #18 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan random photo dari Sha.. Kali ini semuanya gambar makanan je.. Hehehe.. Lama tak kongsi dengan korang random photo ni.. Jangan marah ye.. Jom jamu mata.. 

Nasi Kukus Kambing Bakar - RM16.90
Not badlah daging bakar dia.. Lembut dan sos dia pun sedap je.. Puas hati..

Kacang Pool  - RM8.90
Bolehlah.. Sedap lagi yang dekat Putrajaya.. kikiki.. Dia bagi dua keping roti juga..

Lama juga tak dapat makan sushi ini sebab peniaga ni bercuti dan menunggu selesai dua doa vaksin, sebelum kembali berniaga.. Sha beli 5pcs(3 udang dan 2 ebiko) dengan harga RM10 dan diberi satu sushi ebiko percuma sebab pelanggan terakhir.. Rezeki.. Walaupun lama tak makan, sushi dia tetap sedap.. 

Nasi Goreng Udang - RM10
Meriah dengan udang 7 ekor dan telur mata.. Nasi banyak, boleh makan berdua.. Udang tu kulit dia rangup gila.. Memang boleh kunyah terus dan telan.. Nasi dia pun meriah dengan rasa udang.. Serius sedap.. Sha beli ini dekat Pantai Remis.. Nama kedai dia Selekoh Pak Ngah.. Kedainya memang betul-betul dekat selekoh..

Milo Dinasour Vanila dan Bandung Vanila.. Pergh!! Memang padu bila ditambah dengan aiskrim Vanila.. Harga untuk dua bekas ini RM9.. Kedai yang sama dengan Nasi Goreng Udang iaitu Selekoh Pak Ngah, Pantai Remis..

Nasi lemak sotong kering yang ohsem dan mengenyangkan.. Harganya RM2 sahaja.. Memang terbayang-bayang.. hahaha..

Buah Tampoi.. Sedap.. Rasa dia masam manis.. Sha beli ini sekilo (RM4) je.. Buat rasa dan kenalkan dekat anak-anak.. Kulit dia tebal mac manggis, isi dia macam langsat pun ada..

Minum petang.. Beli dekat jiran tetangga.. hehehe.. First time jumpa orang jual donut chicken floss.. Lembut je donut dia.. Memang puas hati..

Kopi Gantung yang famous di Tanjung Malim.. RM3 je sebungkus.. Memang sedap, tak manis sangat dan berlemak.. Puas hati minum..

6 comments:

  1. bila sesekali akak tayang menu best... aduhai terliur sungguh la

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi kacang pool. Selalu nampak orang makan kacang pool dalam tv je.

    ReplyDelete
  3. nasi goreng udang tu menggoda betul..
    kacang pool pun lama dah ammi tak makan
    Nampak sedap kopi tu..ammi sekarang ni dok gila minum Kopi Dua Darjat..sedap pahit, tak manis

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sha milo dinousour tu menarik pandangan tapi kopi gantung ikat tepi tu emm legend tu.

    bestnya pi pantai remis boleh piknik tepi pantai ni

    ReplyDelete
  5. Masha Allah kambing bakar dan udang tuuu. makanan kegemaran tu. lama dah tak merasa huhu

    ReplyDelete
  6. kopi gantung tu 'mengancam jiwa'

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »