Wednesday, September 15, 2021

Filem Melayu | Bulan Dan Pria Terhebat (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula tu memang tak rasa nak tengok.. Tapikan, lepas baca review Farhana, terus teruja nak tengok.. Nak baca review Farhana, klik je Movie Review | Bulan dan Pria Terhebat.. Lepas baca mesti terasa nak tengok juga..

Pergh!! Memang awesome dan hebatlah tengok aksi Zahirah sebagai Bulan.. Teruja okay bila ada filem dari Malaysia yang watak utamanya perempuan dan beraksi.. Tambah menarik bila ada babak diantara Zahirah dan Maya Karin berlawan.. Suka betul tengok Zahirah berlawan.. Dan Sha juga setuju dengan Farhana kalau pengarah buat franchise untuk filem ini.. Teruja betul tengok filem ini.. Puas hatilah..

Kisah Bulan yang datang dari Medan ke Malaysia demi menyelamatkan adik dia Melati.. Bertemu dengan Zizan dan kawan-kawannya tanpa sengaja.. Mereka berkerjasama dalam menyelamatkan Melati.. Tambah menarik bila ada watak-watak tambahan yang ohsem..

Bulan Dan Pria Terhebat
2020 ‧ Action/Comedy
Penerbit: Nik Iruwan | Sein Qudsi‎
Bahasa: Melayu
Tempoh tayangan: 106 minit
Mula ditayangkan: 12 Mac 2020 (Malaysia, Brunei, Singapura)
Dibintangi oleh: Zahirah MacWilson | Maya Karin | Zizan Razak | Sofia Dendroff | Bell Ngasri | Khir Rahman | Alif Hadi
Bulan, seorang pelatih di pasukan tentera khas Indonesia telah menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia untuk mencari adiknya, Melati yang diculik ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan. Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang sudi membantu Bulan. Namun, mereka kini berdepan bahaya apabila ketua sindiket itu Ricky dan pembantunya Agus hantarkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris. Apa yang akan berlaku?



4 comments:

  1. Menarik ni. Dah ada di Netflix rasanya. Boleh layan nanti

    ReplyDelete
  2. ramai kata lawak movie ni. Aien belom tengok lagi. :)

    ReplyDelete
  3. hehe best kan, selama ni nampak zahira bawa watak tipikal dalam drama tv3. Bila dia berlakon jadi Bulan fuhhhh terus minat dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »