Wednesday, June 30, 2021

Program Kesedaran Psikologi oleh JPA - #BDR: Kerja VS Keluarga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi Sha ikuti FB Live oleh Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai #BDR: Kerja VS Keluarga yang disampaikan oleh Tuan Syamsul Debat.. Memang topik yang menarik.. Sebagai motivasi bagi mereka-mereka yang Berkerja Dari Rumah.. 

Semua yang disampaikan memang kena tepat untuk situasi Sha dan keluarga.. Memang betul setiap pagi dari Isnin hinggalah Jumaat je mesti pening nak kejutkan bangun pagi dan buat PdPR.. Ini keletah si adik.. Kakak Alhamdulillah okay dan mudah untuk dibangunkan.. Kakak tahu urus diri sendiri.. Adik je Sha kena pantau.. 

Boleh tonton rakaman ini dekat FB Jabatan Perkhidmatan Awam..

ebook | Khilaf oleh Aein Dhiyauddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik buku ini sebab membawakan isu penceraian akibat tak memiliki anak.. Shahril dan Hajar sudah 5 tahun berkahwin namun belum dikurniakan anak dan mereka tidak ada masalah kesihatan.. Cuma belum rezeki je lagi.. Tiba-tiba Shahril mengatakan yang dia ingin bercerai dengan Hajar.. Semuanya akibat desakan seorang mak dan 2 kawan tak guna.. Hanya kerana ego, Hajar ingin diceraikan.. Maka Hajar meletakkan syarat bagi dia tempoh sebulan untuk mencari kerja dan rumah baru sebelum diceraikan.. Dalam tempoh sebulan tu Hajar mohon tidur berasingan dan jangan panggil dia sayang.. Bukan mudah untuk Hajar bangkit sedangkan dia anak yatim piatu.. Shahril masih sayang namun ego menghalang.. 

Hajar tidak berputus asa dan menyerah.. Sebaliknya dengan bantuan bapa mertua serta sahabat baiknya Azam, Hajar cuba menawan kembali hati suaminya..  Di sini Sha melihat penulis berjaya menyampaikan bahawa ikatan suami isteri ini bukanlah semata-mata anak.. Khilaf suami dan juga isteri di sampaikan dengan cara yang menarik..

Sha baca dan selesai pada 29.06.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020

Wordless Wednesday 2021

Tuesday, June 29, 2021

Filem Korea | Sympathy For Lady Vengeance (2005)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang ohsem.. Seorang perempuan yang dihukum penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya mula merancang pembalasan dendam kepada pelaku sebenar.. Demi melaksanakan misinya, beliau melakukan segala macam kebaikan di dalam penjara untuk memudahkan misi dan mendapatkan pelepasan awal.. Jangan sangkakan wajah yang baik tidak merbahaya.. hehehe.. Bila dah berjaya lepas dari penjara, terserlahlah wajah sebenar perempuan tadi.. Bila beliau berjaya mencari pelaku jenayah yang sebenar, satu kebenaran terbongkar menyebabkan beliau berkerjasama dengan polis yang memaksa beliau mengaku kesalahan tersebut.. Dalam pada masa yang sama beliau berjaya mencari anaknya yang diculik penjenayah sebenar.. Penjenayah sebenar dihukum dengan cara yang dasyat kerana penjenayah tersebut terus melakukan jenayah semasa perempuan tersebut dihukum penjara.. Memang tak disangkalah bila tengok tindakan perempuan itu..

Movie: Sympathy For Lady Vengeance
Also Known As: Chinjeolhan Geumja-ssi
Screenwriter & Director: Park Chan Wook
Screenwriter: Jung Seo Kyung
Genres: Thriller, Mystery, Psychological, Crime, Drama
Country: South Korea
Release Date: Jul 29, 2005
Duration: 1 hr. 52 min.
After thirteen and half years in prison for kidnapping and murdering the boy Park Won Mo, Lee Geum Ja is released and tries to fix her life. She finds a job in a bakery; she orders the manufacturing of a special weapon; she reunites with her daughter, who was adopted by an Australian family; and she plots revenge against the real killer of Won Mo, the English teacher Mr. Baek. With the support of former inmates from prison, Geum Ja seeks an unattained redemption with her vengeance.

Bicara Penerbit Malaysia 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini berjaya menyertai satu lagi Kursus secara atas talian.. Kali ini anjuran Perpustakaan Negara Malaysia.. Kursus ini lebih detail penerangannya mengenai permohonan ISBN, eISBN dan ISSN melalui sistem depositori secara atas talian.. Permohonan jadi lebih mudah sekiranya kita ikut step yang diberikan.. Malah ada juga penerangan mengenai hakcipta bagi sesuatu penerbitan.. Penerangan mengenai storage penyimpanan bahan digital pun ada.. Kursus yang menarik dan santai sahaja.. Alhamdulillah masih berjaya melengkapkan kursus walaupun BDR.. Semoga Perpustakaan Negara Malaysia akan terus menganjurkan kursus-kursus berkaitan bidang perpustakaan secara atas talian..

 Tahu tak setiap penerbitan sama ada buku, laporan tahunan Kementerian/Jabatan/syarikat/NGO, buletin dan penerbitan-penerbitan lain perlu didaftarkan dengan ISBN/ISSN?  Malah bahan-bahan terbitan ini wajib diserahkan bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331). 




ebook | Gadis Dalam Tren oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah kisah yang bermula dengan penuh misteri.. Ayish yang tanpa sengaja telah menemukan misteri bila seorang gadis melihatnya dengan tajam di dalam tren.. Bila Ayish cuba mendekat, perempuan tu lari dan meninggalkan jurnal pada Ayish.. Orang sekeliling mengatakan perempuan tu tak wujud.. Polis juga tidak menemui perempuan yang dikatakan Ayish.. Betul ke perempuan tu wujud atau sekadar imaginasi Ayish.. Sehinggalah kemunculan Umair berjaya membuktikan kewujudan perempuan tu.. Maka bermulalah misi Ayish bersama Umair bagi mencari perempuan tersebut.. Siapa sebenarnya perempuan dalam tren tersebut..

Sebuah kisah mengenai kewujudan yang tak diakui.. Penderaan emosi dan fizikal yang teruk.. Pertolongan yang cuba diminta pada orang lain.. 

Sha baca dan selesai pada 28.06.2021..

Sha beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published June 2021 by Ayumi Syafiqah

Monday, June 28, 2021

ebook | Agus oleh Riley Fizan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebook ini merupakan permulaan kepada sebuah kisah yang panjang.. Ada 6 buku semuanya, kalau ikut kata penulis.. Sha terbeli pun sebab jalan cerita yang menarik dan review dari seorang pembaca ini..

Agus ini merupakan kisah seorang lelaki yang dilupakan bila jam melewati 12 malam setiap hari.. Tiada siapa pun yang ingat akan Agus dan hidpunya jadi sangat kesunyian.. Sehinggalah Agus berjumpa dengan Cempaka.. Cempaka berjaya membuatkan Agus rasa hidup ini kembali bermakna.. Namun tanpa disangka, Cempaka jugalah yang menyebabkan hidup Agus menjadi huru hara.. Agus diburu sebuah organisasi yang pelik.. Organisasi ini juga merupakan punca Agus jadi manusia yang dilupakan.. Agus bukan sahaja terpaksa mencari punca kenapa dirinya menjadi manusia yang dilupakan tapi turut berhadapan dengan organisasi bernama Phantom ini..

Sha baca dan selesai pada 28.06.2021..

Sha beli ebook dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published June 2021 by KEURIOSITI

Filem Thailand | The Legend of Muay Thai: 9 Satra (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem dengan motif dan semangat yang menarik.. Bermula dengan aksi perlawanan di jabatan gantung yang ohsem dan kemudiannya beralih kepada babak budak lelaki yang dipaksa belajar Muay Thai untuk pembalasan dendam.. Jalan cerita dia sempoi namun aksi yang dipaparkan dasyat dan sangat menarik untuk ditonton.. Sha suka filem ini.. Suka dengan watak Ott yang menjadi pahlawan kerana perasaan suci yang ingin membantu orang lain walaupun dia bukanlah pewaris kerajaan ke apa.. Lepas selesai perjuangan dia balik untuk hidup tanpa diganggu.. Filem yang sempoi tapi menarik..

The Legend of Muay Thai: 9 Satra
2018 ‧ Animation/Fantasy ‧ 1h 44m
A yaksha prince, Dehayaksa, has taken reign of the people of Ramthep Nakorn. However, when there is a prophecy that he is to be defeated by a warrior with a knowledge of Muay Thai and a weapon known as the 'Satravuth', he sets out to destroy all schools of Muay Thai and seeks to destroy the Satravuth, while imprisoning the royals of Ramthep Nakorn to prevent the prophecy from coming true.
A young boy named Ott and his stepfather are able to escape to the remote Nok-Aen Islands, where Ott trains in Muay Thai with the hopes of bringing the Satravuth back to Ramthep Nakorn and freeing its people. On his journey, he befriends a monkey prince named Vata, a red yaksha named Maratta, and a Chinese pirate named Xiaolan.

Shopee | Coklat Cadbury

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membeli coklat Cadbury pelbagai jenis melalui Shopee.. Hehehehe.. Tujuan asal nak beli Cadbury Doybag Favourites 180g (12's) je sebab dalam dia ada coklat biasa, chipsmore, oreo dan badam.. Lagipun tak pernah nampak lagi dekat pasaraya.. Sekali rambang mata tengok aneka coklat.. Tu yang tambah coklat lain.. hehehe.. Tapi Sha suka beli saiz kecik.. Senang nak makan.. Buka, makan dan habis.. Kalau saiz besar ini bukan boleh makan sekaligus.. Makan separuh lepas tu simpan.. hehehe.. Bolehlah tahan sebulan lebih.. Hehehe..

Cadbury Doybag Favourites 180g (12's) x 4
Cadbury Dairy Milk Bubbly (50g x 3)
Cadbury Dairy Milk Honeycomb & Nuts (40g x 3)
Cadbury Shots (20 x 18g)

Cadbury Doybag Favourites 180g (12's)
Dalam ini ada:-
Cadbury Dairy Milk - 4pcs
Cadbury Dairy Milk Chipsmore - 3pcs
Cadbury Dairy Milk Oreo - 3pcs
Cadbury Dairy Milk Roast Almond - 2pcs

Sunday, June 27, 2021

Filem Jepun | Rurouni Kenshin: The Final (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini Sha tak adalah ikut dari awal tapi Sha minat pelakon yang bawa watak Himura Kenshin tu sebab dia antara yang bawa watak Kamen Rider dengan gaya yang menarik.. Sha ada tengok filem yang sebelum ini cuma tak pasti yang mana satu..

Filem ini ringkas je jalan cerita dia.. Yukishiro nak balas dendam atas kematian kakak dia yang juga isteri Kenshin.. Tapi cara dia balas dendam tu extreme gila kot.. Orang yang tak bersalah dibunuh, kedai kena bom, bandar hampir musnah semuanya sebab nak seksa perasaan Kenshin.. Sha suka babak perlawanan dalam ini.. Memang mantap dan mengagumkan.. Puas hatilah.. Tak terasa 2 jam tu..

Inilah si Yukishiro Enishi tu.. Smart pula bila dia buat rambut macam tu..

Babak dua orang ini berlawan pun best.. hehehe..

Movie: Rurouni Kenshin: The Final
Also Known As: Rurouni Kenshin Saishusho The Final, Rurouni Kenshin: Final Chapter, Rurouni Kenshin: Saishusho
Screenwriter & Director: Otomo Keishi
Genres: Action, Adventure, Historical, Martial Arts, Fantasy
Country: Japan
Release Date: Apr 23, 2021
Duration: 2 hr. 18 min.
Himura Kenshin is a legendary swordsman who has stopped killing people with his sword. Instead, he uses a dull-edged sword. He tries to live a peaceful life with Kaoru who runs a swordsmanship school in their village. Kenshin's past catches up to him causing the destruction of  Akabeko Restaurant, which was Kenshin's favorite place to eat. There, he finds a note with the word 'Jinchuu' on it.
(Source: MyDramaList)

~ Adapted from the manga series "Rurouni Kenshin" by Nobuhiro Watsuki.~

Komik | Barisan Hadapan 02: Hentikan Najis Dadah! oleh Oga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alang-alang dah baca buku 1, jomlah sambung dengan buku kedua dari Siri Barisan Hadapan ini.. Walaupun ceritanya bertemakan polis namun penulis berjaya menyelitkan beberapa perkara penting mengenai dadah sesuai dengan tema buku kedua ini.. Komik yang sesuai dibaca semua peringkat umur..

Siri kedua ini mereka berjaya menumpaskan kartel dadah.. Semuanya bermula bila Parry tanpa sengaja mengganggu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik semasa mereka membuat pantuan transaksi dadah.. Unit Khas Sementara telah ditugaskan untuk membantu Siasatan Jenayah Narkotik melakukan operasi, namun Parry telah ditangkap,, Berjayakah pasukan beliau menyelamatkan Parry..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2021..

Koleksi peribadi Sha
Published May 2021 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.

Komik | Barisan Hadapan 01 : Pasukan Peronda, Gerak! oleh Oga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Melayan komik lagi kita.. Kali ini Sha baca Siri Barisan Hadapan keluaran GempakStarz.. Baru ada 2 buku untuk siri ini.. Menarik sebab selain ada komik berwarna, turut diselitkan fakta mengenai kerjaya polis.. Sambil berhibur ada ilmu yang turut diperolehi..

Buku 1 ini mengisahkan tentang 3 orang polis muda iaitu Ed, Parry dan Susanna yang baru sahaja dilantik menjadi polis dan ditempatkan di dalam satu unit yang baru ditubuhkan iaitu Unit Khas Sementara yang diketuai oleh Sarjan Donn.. Mereka turut dilatih oleh Geno.. Semasa mereka bertiga ditugaskan untuk membantu pasukan peronda mereka terserempak dengan kes tembakan dan mengejar penjahat namun ketiga-tiga penjahat tak berjaya ditahan sebaliknya mati ditempat kejadian.. Tanpa mereka sedari, kes itu membawa mereka kepada kes yang lebih besar..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2021 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.

Saturday, June 26, 2021

Komik | Isteriku & Kedai Buku: Kedai Buku Cinta Pertama oleh Shin Takahashi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Dapat juga komik ini.. Lama dah teringin nak beli.. Hahaha.. Cuma tu lah.. Dapat yang no 2 je, yang no 1 dah tak ada jual.. Jenuh juga nak cari yang terpakai..

Kisah Chii yang kehilangan suami dan perlu menjaga kedai buku milik suaminya.. Bukan mudah untuk menarik minat orang membeli dan membaca dengan saingan dari Perpustakaan Awam lagi.. Namun Chii tetap bersemangat melakukannya dengan pertolongan Hachi sahabat baik suaminya.. Komik ini dibahagikan kepada 4 bab dengan kisah yang berlainan namun berlaku di sekitar bandar dimana kedai Buku Chii berada..

Membaca komik ini membuatkan perasaan ingin memiliki mini perpustakaan di rumah sendiri dan mumbuka kedai berkonsepkan cafe buku semakin menggebu-gebu.. hehehe.. Namun tak pastilah masih ramai lagi ke yang sukakan buku fizikal.. Sha sendiri pun tak banyak dah membeli buku fizikal..

Petikan dari Episod 3: Surat Cinta Bentuk Novel
'Membaca ini sama macam ketawa... terluka... Sama macam hidup dalam kehidupan berbeza.'

Sha baca dan selesai pada 25.06.2021..


Published September 2019 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd (first published 2015)

ebook | Hikayat Satria-Satria Sejati #2: Arus Perubahan oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama juga baru baca sambungan Hikayat Satria-Satria Sejati ini.. Jenuh jugalah nak ingat balik jalan ceritanya, tambahan pula bila novel ini bermula dengan kecederaan Ariki.. Kemudian barulah diceritakan apa yang terjadi sehinggakan Ariki boleh tercedera.. 

Pengembaraan Ariki, Aifer, Mikail, Yusuf, Jilani dan Runihara mencari Ashkimil telah menemukan mereka dengan Arata dan sebuah hutan yang mendebarkan.. Namun perjalanan mereka ini bukanlah sia-sia bila mana Arata dan negaranya berjaya di bawa ke dalam Islam.. Malah Arata turut membantu perjuangan mereka.. Namun berlakunya 2 peristiwa yang mengejutkan saat mereka bertembung dengan Lutello dan askarnya.. Pengkhianatan dan kemunculan Raja Yang Sebenar, malah Ariki turut cedera dan tidak sedarkan diri..

Sebelum novel berakhir, sekali lagi penulis memberikan kejutan dan membiarkan cerita tergantung.. Sungguh mendebarkan..

Sha baca dan selesai pada 24.06.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2018 by Hilal Asyraf Resources

Hadiah Top Commentator Blog Cik Suka Taip

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, semalam hadiah kiriman Blogger Nina telah selamat Sha terima.. Memang tak sangkalah bila pos laju menjadi laju.. Hahaha.. Selalunya lambat dan tak berapa nak laju.. Memang rezeki Sha sungguh..

Kepada blogger Nina, Sha ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga diatas kiriman hadiah yang super duper ohsem dan meriah ini.. Tak sangka semeriah ini.. Semoga Allah kurniakan rahmat dan rezekiNya buat Nina dan keluarga.. Aamiin.. Aamiin..

Bungkusan istimewa yang mengejutkan..

Yeah!! Another kad raya.. TQ Nina..

Hadiah yang dikirimkan ialah face mask, keychain, fridge magnet, sekeping poskad, Lapik cawan (menjadi rebutan Sha dan Imani.. hahaha), penanda buku bermagnet dan sambal.. Nanti Sha review ye sambal tu..

Friday, June 25, 2021

Komik | Kartini Kembali oleh Azhar Ahmad (Tembakau)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini hitam putih dan diterbitkan semula oleh Komik-M.. Kartini ini sangat popular pada satu masa dahulu.. Kali ini hanyalah menceritakan perasaan Yon selepas ditinggalkan oleh Kartini.. Monolog dalaman yang kemudiannya bersambung lagi.. hehehe.. Tergantunglah pula.. Tak padti sambungannya dah keluar ke belum..

Sha baca pada 23.06.2021 dan selesai pada 24.06.2021..

Sha beli dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published February 28th 2012 by PTS Millennia Sdn Bhd (first published August 23rd 2006)

Video | Surah Al Kahfi - Fakhrul UNIC

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom baca bersama..

Makanan | Nestle KitKat with Lotus Biscoff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang dah lama nak beli coklat ini sejak baca entry Nestle KitKat Lotus Biscoff Limited Edition Baru Sedap !! di blog Siti Yang Menaip dari Januari lagi.. Ini pun encik suami yang belanja.. hehehe.. Asyik keluar masuk shopping cart di Shopee je.. hahaha..

Rasa dia... Memang barbaloilah bayar harga tu.. Lapisan coklat yang sedap bersama biscoff tu memang terbaiklah.. Berbaloi sangat-sangat buat pencinta coklat seperti Sha ini.. Rasa ini terlalu sukarbnak ditukarkan kepada perasaan sedap bergantung pada siapa yang merasanya.. Macam coklat ini, Sha cakap sedap tapi encik suami Sha cakap manis.. Nampak tak.. Pada Sha sedap, pada korang Sha tak tahulah.. hehehe..

Harganya RM23.90 sebungkus ini.. Ini beli dekat Shopee ye.. Dekat pasaraya Sha tak ada jumpa pula..

Ada 7pcs dalam 1 pek tu..

Thursday, June 24, 2021

ebook | Dara Untuk Dia oleh Cik Bawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang sempoi dan ringan.. Bacaan santai untuk menaikkan kembali mood membaca.. hehehe.. Sha baca guna aplikasi PNM e-Reader ini.. Kisah seorang Dara Dahlia yang dilukai lelaki.. Dara tak sangka lelaki yang disayangi rupanya suami orang.. Sudah beristeri namun masih mengejar Dara hinggakan bila Dara diserang isterinya pun lelaki tu tetap mengejar.. Kemunculan Farel menyelamatkan Dara.. Namun selepas kahwin, bonda Farel pula menjadi masalah.. Tapi penamatnya sweet je sebab novel pendek kan..

Paling memikat Sha untuk membaca adalah cover novel ini.. Sangat cantik dan sweet..

Sha baca dan selesai pada 23.06.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published July 2020 by Cik Bawang

Makanan | Hershey's Strawberry 'N' Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat putih dengan kepingan strawberry.. Sedap.. Sha tak berapa gemar coklat putih sebab manis tapi yang ini tak manis sangat.. Terasa kepingan strawberry tu dalam setiap gigitan.. hehehe.. Tak sempat nak ambil gambar coklatnya, dah selamat masuk ke perut.. hehehe.. Memang berbaloilah beli pada Sha.. 

RM4.99 - Sha beli di Shopee..

ebook | Fatimah Fatty oleh E-Man Dhani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku menarik mengenai hubungan kekeluargaan dan juga persahabatan.. Seawal novel bermula dengan kisah perkenalan dan perkahwinan ayah ibu kepada Fatimah.. Kemudian barulah diteruskan dengan kisah Fatimah yang obes disebabkan kasih sayang ayahnya selepas ibunya dikhabarkan meninggal dunia di Paris..Ayah Fatimah memanjakan beliau dengan makanan yang sedap-sedap tanpa sekatan sehinggakan Fatimah menjadi Obes.. Dari sekolah hinggalah masuk ke alam perkerjaan.. Bukan mudah untuk Fatimah mendapatkan pekerjaan bila kebanyakkan syarikat memandang rendah dengan fizikal Fatimah hinggalah pensyarah universitinya membantu.. Fatimah berkerja sebagai jurugambar disebuah majalah fesyen dan Fatimah berjaya membuktikan bahawa fizikalnya tidak menghalang beliau untuk memberikan hasil yang bombastik dalam pekerjaan..

Menariknya novel ini turut menerangkan mengenai cara diet dan senam yang betul dalam menjaga pemakanan dan kesihatan diri.. Bukan sahaja orang yang obes perlu menjaga diri tetapi orang yang kurus juga..

Sha baca pada 22.06.2021 dan selesai pada 23.06.2021..

Sha baca secara percuma di Google Play Books..
Published 2011 by PTS One

Wednesday, June 23, 2021

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini bebas dah dari PKPD.. Seawal pagi Sha dah keluar cari roti canai.. Hehehe.. Lama tak makan roti canai kan.. Puas hatilah.. Lepas tu teman encik suami ke balai polis untuk dapatkan kebenaran rentas daerah.. Dah dekat 3 minggu tak balik jenguk MIL.. Nak bersihkan rumah dan juga top up barang dapur.. Encik suami balik sorang je..

Sha pula di rumah, pantau PdPR anak-anak dan juga mendengar taklimat Program Technology Talk & Update: Transformation & Opportunities In The New Normal yang dianjurkan Perpustakaan Negara Malaysia secara atas talian di https://youtu.be/Fhs6DPt3MYg..

Sebelah petangnya pula Sha sertai Sembang Santai "Apa Itu U-Pustaka" di FB LIVE Pusat Internet Komuniti Kg Chabau.. Seronok juga walaupun ada beberapa info tu memang Sha dah tahu.. Refresh ilmu namanya ini.. hehehe..

Petangnya Sha keluar belikan Amani KFC kegemarannya.. Meraikan hari jadi yang dah berlalu.. Cari aiskrim juga buat kudap-kudap sambil membaca dan menonton drama/filem.. hehehe..

Makanan | Prego Mushroom Carbonara Mac

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masak dalam masa 3 minit, kalau ikut bungkusan dekat plastik tu.. Hehehe.. Tak juga sebenarnya tapi okaylah.. Penyelamat untuk Sha.. Dalam rumah Sha, Imani je paling suka makan Carbonara.. Amani dah makan bolognese.. Jadi bila Sha buat sphageti kuah bolognese, kena buat kuah carbonara untuk Imani.. Tu yang Sha beli paket macam ini.. Satu hidangan untuk Imani sahaja.. Senang.. hehehe..

Ada pasta kering dan serbuk carbonara.. Dalam serbuk tu ada cendawan kering juga..

Bubuh dalam mangkuk semua bahan tu..

Masukkan 250ml air..

Panaskan atas dapur sambil kacau.. Baru serbuk tu sekata..

Sampai kuah dia kering dah boleh makan.. Dah siap.. hehehe..

Wordless Wednesday 2021

Tuesday, June 22, 2021

Komik | Aku, Kau & Meow #2: Cinta Kucing oleh Sulaiman Shaari, Musashi, Danial Haikal, Nanzo, Jai Ruzaini, Oz Ishak, Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siri 2 bagi tajuk Meow.. hehehe.. Kali ini cover komik ini menggunakan watak lelaki dengan seekor kucing yang comel.. Rasanya macam watak untuk tajuk Cinta Meow: Oren oleh Ben Wong.. hehehe.. Sweet je..

Ada pelbagai komik dengan penyampaian yang berbeza malah setiap cerita ada mesej yang ingin disampaikan.. Memang seronoklah membacanya.. Owh ya, ada komik dalam siri ini yang bersambung dari siri sebelum ini.. Namun masih boleh dihadam walaupun tak baca siri yang sebelum ini..

Antara tajuk yang ada dalam komik ini ialah:-
Meowtopia - Sulaiman Shaari
Detektif Meow - Musashi
Koo & Cheng: Hadiah - Danial Haikal
Bayang - Nanzo
Kronik Buddy - Jai Ruzaini
Penjaga Kucing - Oz Ishak
Cinta Meow: Oren - Ben Wong

Sha baca dan selesai pada 22.06.2021

Koleksi komik Nur Imani.. Sha tumpang baca je.. hehehe..
Published January 21st 2020 by Komik-M, PTS Media Group

Komik | Aku, Kau & Meow oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca komik.. Hehehe.. Sesekali layan bacaan ringan macam ini memang seronok.. Cuma ada antara komik ini keluar dekat kompilasi yang lain.. hehehe.. Okay je.. Tema komik kali ini ialah mengenai kucing dan siri Meow ini ada 2.. Gambar muka depan dia menarik.. Untuk buku satu ini menggunakan seorang perempuan bersama seekor kucing berbulu oren.. hehehe.. Memang comel.. Komik ini pada Sha sangat berbaloi untuk dibeli dan dibaca kerana penggunaan Bahasa Melayu yang bagus serta mengandungi pengajaran yang boleh dijadikan tauladan. Selain itu, komik ini tidak bosan untuk dibaca kerana terdapat banyak babak yang mencuit hati dan boleh dibaca santai oleh sesiapa sahaja..

Antara tajuk yang ada dalam komik ini:-
Cinta Meow - Ben Wong
Adimiaw - Ash Kun
Koo Cheng - Furqan Ilahi & Danial Haikal
Jimi & Dua Kucing - Fadhli Hamdan
Balong: Kucing Zombie (Prolog) - Froggypapa
Robowaja: Kucing Tok Jimi - Ardone
Keke Kami - Ayoi
Pencinta Kucing - Reja

Komik ini koleksi Imani.. Sha pinjam baca je.. hehehe..
Published February 2019 by Komik-M

Makanan | Japanese Chicken Dumpling

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat pasaraya.. Sedap rupanya.. hehehe.. Cuma tulah tak ada kuali nonstick.. hehehe.. Kalau ada lebih mudahlah nak masak dia.. Sebab rata je kan kuali tu.. Tapi serius memang sedap.. Cuma tulah lupa nak ambil gambar lepas masak.. Keluar je kuali, habis masuk mulut.. Hahaha.. Isi dia penuh tau.. Memang boleh beli lagi ni nanti..

Harga untuk satu peket ini RM5 lebih macam tu.. Bergantung dimana anda beli dumpling ini.. hehehe.. Sha tak ingat harga dia sebab dah lama beli..

Ada 10 ketul dumpling..

Panaskan minyak dalam kuali, kemudia goreng seketika dumpling ini.. Lepas tu masukan air sedikit dan tutup kuali.. Biarkan sampai air tu kering.. Siap untuk dimakan..

Monday, June 21, 2021

Day 13 PKPD PSAS

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini PdPR berjalan lancar.. Lega rasanya bila tengok anak-anak berjaya mengikuti kelas Google meet dan juga live chat di Telegram.. Perkara menarik untuk PdPR kali ini adalah live chat di Telegram.. Walaupun tanpa muka, namun guru dan anak murid masih boleh berinteraksi secara dua hala.. Seronok pula.. Sha pun tak tahu Telegram boleh buat live chat.. Menarik kan..

Satu lagi yang menggembirakan Sha bila dapat mesej mengatakan PKPD kami conform tamat esok.. Yeah!!! Rabu bolehlah keluar melihat dunia.. Hahaha.. Dah tak tentu arah dah Sha ni.. Tak keluar-keluar.. Perasaan dia lain macam tau.. 

Petangnya pula giliran Sha bermesyuarat menggunakan Microsoft Teams.. Boleh guna telefon bimbit ataupun komputer.. Senanglah.. Sambil buat kerja lain sambil mesyuarat.. Hehehe..

Drama Jepun | Siren (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini seawal episod 1 lagi kita dah tahu siapa dia punya penjahat cuma motifnya saja tak diketahui.. Tachibana Kara merupakan perempuan cantik yang penuh misteri.. Saat pertama kali bertentang dengan Inokuma Yuki, terkeluar ayat dari mulut beliau "dah jumpa".. Memang dia target Yuki sampaikan cari rumah yang mengadap rumah Satomi kekasih Yuki.. Macam-macam cara dia buat untuk dekati Yuki.. Yuki dan Satomi ini pasangan kekasih yang berkerja sebagai polis peronda.. Satomi ini bila dia tengok Kara, dia dah pesan awal-awal dekat Yuki supaya jauhi Kara ini.. Tapi perempuan kan.. Mana nak dengar cakap dan mudah simpati.. hehehe.. Kara ini dia bunuh orang selamba je.. Tak ada perasaan langsung.. Bila berjaya pengaruhi Yuki dan kenakan Satomi, akhirnya dia culik Yuki.. Masa inilah baru kita sebagai penonton dapat motif Kara ini.. Memang Kara ini jahat gilalah.. Tanpa disangka rupanya Kara ini ada kaitan dengan Yuki.. 

Drama ini intense gila.. Memang setiap episod tu mendebarkan.. Sha suka gerak hati Satomi ini bila dia tengok Kara..

Tachibana Kara yang cantik tapi psiko gila..

Drama: Siren
Also Known As: Sairen, Sairen Keiji × Kanojo × Kanzen Akujo
Director: Shiraki Keiichiro, Motohashi Keita
Screenwriter: Sato Shimako
Genres: Suspense, Thriller, Mystery, Psychological, Romance
Country: Japan
Episodes: 9
Aired: Oct 20, 2015 - Dec 15, 2015
Aired On: Tuesday
Original Network: Fuji TV
Duration: 45 min.
Satomi 
Shinobu works in the Mobile Investigation Unit of The Tokyo Metropolitan Police Department. The Mobile Investigation Unit conducts the initial investigation at all crime scenes. He works with Inokuma Yuki. They are a couple, but they keep their relationship a secret at work. They both hope to work at the #1 Investigation Station. One day, they meet beautiful Tachibana Kara at the site where a dead body was found. Kara appears at the other crime scenes involving grotesque murders. She shows an interest in Yuki. Satomi Shinobu thinks it's a bad sign for Yuki. To protect his girlfriend from danger, he struggles to find uncover the truth behind the serial murder cases and Kara’s identity. 


Ulang Tahun Kelahiran Amani #PKPD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ulang tahun kelahiran Amani yang ke 11 tahun.. Sekejap je dah 11 tahun berlalu.. Kehadirannya yang mengajar Sha mengenai banyak perkara.. Kerananya juga Sha lebih memahami ibu dan abah Sha.. Alhamdulillah, Amani membesar dengan baik dan sentiasa mendengar kata.. Semoga terus menjadi anak yang baik, solehah dan dirahmati Allah..

Disebabkan PKPD, tak adalah buat makan-makan ke apa.. Nak belanja Amani makanan kesukaan dia pun tak boleh.. Mujurlah dah beli siap hadiah dia sebelum PKPD.. Sukalah dia dapat hadiah tu.. Boleh berDIY lah dia lepas ini dengan adik dia.. hehehe.. Tak boleh beli satu, kena beli dua.. Adik pun nak juga ye..


Jiran atas bagi kek.. Kebetulan ulang tahun Amani.. Sedap keknya..

Jiran sebelah rumah bagi.. Nanti nak hantar buat blouse budak berdua ini..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com