Tuesday, July 24, 2018

Redmi Note 4 Kepada Samsung J6

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry ini bukanlah entry menunjuk-nunjuk ye.. Sekadar berkongsi pengalaman dalam menggunakan telefon pintar.. Sha dah pakai Redmi Note 4 setahun..Sha beli puasa tahun lepas.. Tahun ini tetibe encik suami cakap Samsung ada keluar telefon pintar yang berbaloi nak dibeli.. Selalunya macam tulah.. Encik suami yang akan cadangkan telefon pinta apa yang sesuai untuk Sha pakai.. Kali ini Sha mencari telefon pintar yang boleh guna dua sim card dan juga ada extra slot untuk memory card.. Runsing bila kebanyakkan telefon pintar sekarang ini hybrid (1 slot simcard dan satu slot memory card).. Sha dah tak nak pakai tab Lenovo tu.. Buat berat beg je.. Kikiki.. Leceh kena guna dua telefon..

Bila encik suami layan drama Korea, dia ternampak telefon pintar yang digunakan pelakon-pelakon Korea tu.. Maka bermulalah kajian mengenai telefon pintar Samsung yang digunakan pelakon Korea tu.. Tu yang beliau cadangkan Sha untuk pakai Samsung J6.. Telofon pintar yang boleh guna dua simcard serentak dan ada slot lain untuk memory card.. Harga pun masih dalam budget Sha.. Kurang dari rm700.. Kira berbaloilah nak tukar..

Maka bermulalah misi menukar telefon pintar.. Sha bawa tab Lenovo Phab (2gb rom) untuk ditolak.. Harapnya kedai ambil dalam RM100 paling sikitlah.. Tapi bila tanya, memang tak fikir banyaklah sebab ditawarkan RM200.. Terus tolak dan ambil Samsung J6 complete set dengan memory card dan casing flip.. Redmi Note 4 tu Sha tolak dekat kawan pejabat dengan harga RM250.. Telefon tu masih okay.. Kalau Sha pakai maksimum memang boleh tahan bateri dia sampai 1 hari..

Samsung J6 ini pada Sha sangat berbaloi untuk dibeli.. Menawarkan spesifikasi yang Sha perlukan.. Antaranya kecik dan mudah digenggam.. 3gb Rom/32gb memory, boleh guna dua simcard serentak, ada figerprint scanner, pengecaman muka, warna yang menawan dan harga yang berbaloi.. Sha biasanya akan tengok kelebihan telefon dan harga berbanding jenama..

Sha beli pada 19.07.2018.. Sha cuma keluarkan RM350 sahaja setelah tolak Tab Lenovo (RM200) dan Mi Note 4 (RM250).. Tengoklah berapa lama pula bertahan..

18 comments:

  1. da murah kan skang smartphone.
    tak perlu dah spend beribu-ribu sgt, sha.
    asben pun hunting for new phone.
    just lom ada time nak gi survey bebetul.
    phone syuhada dah kena baling oleh izzat.
    dah la bising syuhada takde phone.
    since phone aida baru lagi, mr.asben lah kena beli baru.
    agar phone dia tu (yg dulunya phone aida hi hi hi) boleh diberikan kpd syuhada.
    bermenan dgn vivo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aida.. sekarang bawah seribu pun dah cukup canggih.. tak payah nak keluar duit banyak-banyak..

      Delete
  2. Lebih memudahkan ya...tak perlu bawa banyak gadjet...

    ReplyDelete
  3. cunnya samsung ni😍😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Untungnya dapat dengan harga RM350..rezeki kan

    https://www.nurzariniismail.com/2018/07/discover-the-world-dengan-burger-ayam-mexicana-oleh-mcdonalds.html

    ReplyDelete
  5. oooo patut laa ada bau kedai smpi sini hahaha

    ReplyDelete
  6. samsung pun banyak HP yang dah murah dan ikut bajet kita..

    ReplyDelete
  7. Sha punya warna purple tu ke? Cantik colournya 😊

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »