Thursday, July 12, 2018

Jamuan Raya Kuarters 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam malam (10.07.2018) kuarters Sha duduk ini buat jamuan raya stail potluck.. Kali ini lebih ekonomi dan mengikut kemampuan.. Sebab dah hujung-hujung ini, masing-masing agak kekurangan dari segi kewangan kan.. Jamuan inipun sekadar nak merapatkan ukhwah sahaja.. Sesekali berkumpul dan beramah mesra antara jiran.. Walaupun ada juga yang tak mahu menyertai aktiviti sebegini, tapi mana yang ada pun dah cukup meriah.. Disebabkan dalam group blok dah disenaraikan masing-masing bawa apa, tak adalah menu yang sama.. Lepas tu pinggan mangkuk bawa sendiri..

Antara menu yang ada ialah meehoon goreng, mee goreng, nasi goreng, nasi impit + kuah kacang, rendang, buah-buahan, kek, brownies, keropok lekor, kerepek, nugget/kentang dan air..
 

 
Yang ini masa Politeknik buat jamuan raya.. ada photobooth.. Sakanlah bergambar.. Jamuan ini memang melibatkan semua jabatan.. Meriahlah.. Macam-macam ada.. Kambing golek yang paling mengancam.. Tapi terlupa pula nak snap gambar makanan.. kikiki..

13 comments:

  1. meriah jamuan raya sana-sini..

    ReplyDelete
  2. ala kenapa ada yang taknak join, best kot benda mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah Sha.. Manusia nie macam-macam perangai..

      Delete
  3. Alhamdulillah tak perlu majlis grand-grand yang penting ukhwah dan silaturrahim dapat dikekalkan dan dieratkan sempena bulan Syawal ini.

    Stail potluck lebih terasa kemesraannya.

    ReplyDelete
  4. seronoknya beraya ;d

    ReplyDelete
  5. Betullah Sha..... buat potluck mcm ni lagi jimatkan....Dapat rasa makanan lain lain. Sekali harung boleh jumpa pun ye hahaha...Yang penting dapat mengeratkan ukhwah gitu.
    Selamat Hari Raya maaf zahir batin Sha

    ReplyDelete
  6. suka potluck..sebab dapat menikmati banyak dan pelbagai jenis juadah

    ReplyDelete
  7. meriah..secara tak langsung dpt eratkan silaturrahim ssesama jiran

    ReplyDelete
  8. mata nampak perkataan brownies je, kalau ada brownies memang meriah :D

    ReplyDelete
  9. meriah jamuan raya, seronok dapat beraya dengan jiran2 walaupun ada yang taknak join itu biasakan dekat mana2 pun sama

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »