Resepi Spageti Spiral Ikan Bilis - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Thursday, July 12, 2018

Resepi Spageti Spiral Ikan Bilis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa resepi ini dekat blog kak Farah.. Boleh klik SINI.. Cumanya Sha improvised sikit.. Bukan apa, guna bahan yang memang ada dekat rumahkan.. Satu lagi nak habiskan Spiral tu.. Hari tu guna setengah bungkus.. Ada baki lagi setengah bungkus..

Spageti Spiral Ikan Bilis
Bahan-bahannya:
Ikan bilis (segenggam kecil) digoreng
3 ulas bawang putih (ditumbuk hingga halus)
3 tangkai cili padi & 1 tangkai cili hijau (ikut tahap kepedasan yang digemari)
Planta untuk menggoreng ikan bilis & menumis
Spageti Spiral untuk 2-3 orang makan (direbus)
Sedikit air rebusan spageti
Kiub ikan bilis

Cara Memasak:-
Goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumis bawang putih dan hirisan cili dalam kuali yang sama.
Masukkan spageti, kiub ikan bilis dan air rebusan. Biar masak buat seketika.
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kacau hingga sekata. Tak payah bubuh garam dah sebab kiub ikan bilis dan ikan bilis goreng tu dah cukup masin..
Sedia untuk dihidangkan..

Resepi asal boleh tengok SINI ye..

Tutorial Memasak seperti di bawah:-

Spageti Spiral yang dah direbus
Cili padi, cili hijau dan bawang putih
Air rebusan Spageti
Ikan bilis yang dah dibasuh

Bawang putih sha tumbuk lumat..Tak nak tumbuk pun okay je.. Ikut selera masing-masing..

Cairkan mentega.. Sha pakai Adele.. Nak pakai minyak pun boleh..

Gorwng ikan bilis bagi garing.. Kemudian angkat dan ketepikan.. 

Dalam kuali yang sama tumiskan bawang putih dan hirisan cili tadi.. 

Masukkan Spageti, air rebusan Spageti dan kiub ikan bilis.  

Last sekali masukkan ikan bilis.. 

Dah siap.. Memang bestlah rasa dia.. Tak sangka pula sedap.. Gabungan ikan bilis dan Spageti tu ohsem tau.. Kalau ada herbs mesti lagi best.. 

13 comments:

  1. Uhh anak saya suka spageti .. tapi bab kena letak ikan bilis ni, sukar sikit. Lagipun anak saya yang belajar tahfiz tu tak boleh makan ikan bilis berkepala macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna ikan bilis yang dah siap kopek.. Ikut kesesuaian..

      Delete
  2. sha pernah masak spagetti sekali je masa form5 pstu taksedap. sampai skrg takbuat dah huhu tapi teringin jugak nak try, pinjam resepi eh kak

    ReplyDelete
  3. uish..kna cuba ni..sdap nmpak..:)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. Rabia first time makan spaghetti.tu pun tetamu yg bagi.spaghetti mcm dlm gambar tu.takk pernah makan lg.bentuk gulung2 gitu.

    ReplyDelete
  6. kenape tengok spaghetti kat atas perut rasa lapar balik..padahal baru je lepas lunch hahaha

    ReplyDelete
  7. belum pernah cubba, tq sharing..nt nak buat. sbb ikan bilis selalu ada stok kt dapur

    ReplyDelete
  8. senangnya nak masak resipi ni, lagi best bila rasa pun awesome!

    ReplyDelete
  9. menarik nampaknya tu, nak masak pun senang

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..