Friday, December 31, 2021

Makan-makan Penutup 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tradisi yang masih diteruskan cuma kali ini hanyalah sesama kami sahaja tanpa jemputan dari luar.. Kami dan pelajar praktikal.. Beroden je.. Beli sorang sikit dan masak di pejabat menggunakan periuk nasi elektrik.. Beli sikit sorang pun dah banyak jadinya.. 

Selamat tinggal 2021 yang memberikan pelbagai kenangan luar jangka.. Gembira, sedih, pengajaran dan luka semuanya bermakna untuk disimpan di lipatan memori.. Langkah tetap perlu diatur walau sukar macam mana pun.. Semoga kita terus kuat..

Antara bahan yang digunakan..
Buah je tak ada dalam gambar..

Ini mangkuk saya.. Hehehe..

Goodreads | Bacaan Disember 2021

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Penutup kepada tahun 2021.. Perkongsian Sha mengenai buku dan ebook yang berjaya Sha baca.. Tiba-tiba semangat membara pula nak membaca.. Kikiki.. Tapi tulah, baca komik Jepun je laju sebab ada gambarkan.. Lepas tu ceritanya menarik pula.. Dalam masa yang sama Sha cuba kurang rak TBR Sha walaupun tak berapa nak berjaya.. Hahaha... Jomlah tengok buku apa je yang Sha baca bulan ini..



ebook | Happiness, Vol. 3 - Vol 6 by Shūzō Oshimi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penutup untuk tahun 2021.. Komik Jepun mengenai vampire.. Sha rangkum terus 4 vol dalam entry ini.. Sambungan dari Vol 1 & Vol 2.. 

Setelah membantu Yuki, Okazaki menjadi mangsa pembulian yang teruk namun Yuki datang membantu disaat akhir malangnya Yuki dibunuh Sayu vampire yang muncul secara tiba-tiba.. Okazaki berjaya diselamatkan Nora dan Sakurane pula dilanggar keretapi.. Okazaki dibawa ke hospital dan lari mencari mayat Yuki yang disembunyikan di dalam tangki air.. Yuki berjaya dibawa ke hospital, malangnya turut mengalami simptom yang sama seperti Okazaki.. Selepas Okazaki keluar dari hospital ada pasukan yang cuba menangkap Okazaki namun diselamatkan Yuki.. Okazaki cuba meminta pertolongan Nora untuk memulikan dirinya dan Yuki menjadi manusia semula, malangnya Yuki menyerang Nora dan melarikan diri.. Okazaki dan Nora ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen.. Manakala Yuki pula dikurung oleh Sakurane kerana Yuki tak mahu menjadikan Sakurane sebagai vampire.. 10 tahun kemudian Gosho tetap menacari Okazaki dan Yuki, disebabkan itu Gosho ditangkap Sakurane.. Trauma masa lalu muncul dan mengejar Gosho..

Sha baca dan selesai pada 30.12.2021..

Published April 11th 2017 by Kodansha Comics (first published October 7th 2016)
Published December 19th 2017 by Kodansha Comics (first published September 8th 2017)

Published February 14th 2017 by Kodansha Comics (first published May 9th 2016)
Published July 18th 2017 by Kodansha Comics (first published March 9th 2017)

Filem Melayu | Salina (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kenapalah gi tengok filem ini.. Hahaha.. Jenuhlah fikir, apa sebenarnya yang berlaku.. Topik yang dibawakan menarik iaitu penderaan kanak-kanak di rumah anak yatim, penjualan organ kana-kanak, masalah kesihatan mental dan lelaki jahat.. Hahaha.. Tapikan penyampaian dia macam hampeh.. Perempuan yang eksiden tu siapa?? 3 orang budak yang dijumpai dalam hutan tu siapa? Yang lain-lain tu boleh agaklah.. Dua persoalan ini sampai sudah memeningkan.. hahaha..

Salina
2021 | 1h 41m
Director: Raja Mukhriz Bin R. Ahmad Kamaruddin
Writer: Ellyna Ahmad
Stars: Mona Allen | Dewi Amanda | Alicia Amin
Salina lives in a mysterious house, where strange happenings begin to occur and disturb the children living there. Things take a turn for the worse when an unexpected death takes place.

Cool Treats by Malaysia Airlines

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa makanan ini semasa mencari telur masin di TF Value Mart.. Nampak menarik walaupun agak pricey harganya.. hehehe.. Aiskrim vanila yang disaluti coklat.. Coklatnya agak tebal juga dan sedap.. Hari ini hari terakhir untuk tahun 2021.. Esok dah bermula 1 Januari 2022.. Semoga yang baik-baik sahaja buat semua..

Sekotak RM10.50..

Ada 4 peket dalam 1 kotak..

Dalam 1 peket tu ada 3 pcs... Comel-comel je..

Thursday, December 30, 2021

ebook | Denting Rindu oleh Emmiyya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah si Hanin yang melarikan diri ke bandar selama 8 tahun.. Meninggalkan keluarga dan mereka yang tersayang.. Menoreh luka yang dalam sampaikan bila Hanin pulang ke kampung, bukan mudah untuk merawat luka yang di toreh.. Namun usaha Hanin berhasil bila dia tak mengalah.. Cuma bila kemaafan sudah berjaya hati pula mula berbelah bahagi.. Cinta lama kembali berdetik.. Mana satu agaknya akan menjadi pilihan Hanin..

Sha baca dan selesai pada 30.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PDF..
Published December 2021 by Emmiyya

Filem Melayu | Dendam Kesuma (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah filem yang membawa kita kepada kebergantungan kepada Allah.. Walau apapun yang berlaku kita selayaknya memohon pada Allah.. Kisah dendam yang terpendam dan cuba dilampiaskan kepada anak menantu hanya kerana hati dikhianati.. Cerita dan isinya nice..

JUDUL : DENDAM KESUMA
TARIKH TAYANGAN : 4 November 2021
PENGARAH : Jefri Jefrizal
PRODUKSI : Richplus Media Sdn Bhd
PELAKON : Jefri Jefrizal, Bella Paloma, Haliza Khalili, Nazreen Putra, Marissa Ezureen

SINOPSIS DENDAM KESUMA
Mengisahkan Hadri, yang mengalami kemurungan dan tekanan perasaan semenjak berpindah balik ke rumah ibu mentuanya, Kesuma.

Perkahwinannya dengan Meena dikurniakan dua cahaya mata, Ali dan Suri. Namun, suasana di rumah agak tertekan dan suram akibat mengalami pelbagai gangguan yang sering dihadapi oleh keluarganya.

Meena pula sentiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun, nasihat Meena itu sentiasa tidak diendahkan.

Suri juga mengalami gangguan di mana dia sering didekati oleh seorang nenek yang tidak dikenalinya. Justeru, kelakuan aneh Suri itu sering menimbulkan tanda tanya buat Meena.

Keputusan UPKK Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Setelah berusaha menghantar SMS dari pagi 28.12.2021 dan melayari laman sesawang http://simpeni.islam.gov.my/ , akhirnya pagi 29.12.2021 baru berjaya untuk tengok keputusan UPKK Amani.. Alhamdulillah.. Memnag mak tak sangkalah keputusannya cemerlang.. Sebab belajar secara PdPR banyaknya dan bersemuka berapa kerat je.. Memang tak mengharap pun tapi sangat berterima kasih dengan ustazah dan ustaz yang tetap bertungkus lumus pulun mengajar anak-anak ini dengan norma baru..


Kenangan Nur Amani sebelum habis 2021..

Wednesday, December 29, 2021

ebook | Noblesse Season 8 by Son Jae Ho, Lee Gwang Su (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Season akhir untuk semua permasalahan yang timbul antara serigala jadian, noble, Union dan juga manusia.. Untuk season akhir ini bermula dengan pembongkaran kejahatan Maduke yang menggunakan kaum mereka sendiri sebagai bahan uji kaji.. Kentas dan Lunark terjumpa dengan Garda yang disimpan sebagai bahan ujikaji, bila mereka mempersoalkan keadaan itu kentas telah dituduh sebagai pembelot dan dihukum.. Lunark telah meminta pertolongan Muzaka.. Dalam masa yang sama, M-21 telah menjadi tawan serigala jadian dan dijadikan bahan ujikaji oleh Ignes yang berkerjasama dengan Maduke.. Raizel, Frankenstein dan Muzaka yang berjaya dipujuk Lunark telah bergegas ke penempatan serigala jadian untuk misi menyelamat.. 

Belum sempat mereka bernafas selepas perlawanan dengan Maduke, Elder pertama pula melakukan penyerangan dengan niat menghapuskan semua serigala jadian.. Namun berjaya dihalang Frankenstein.. Ingatkan selesai dahlah permaslaah, eh muncul pula Dr. Crombel yang selama ini bersembunyi menyepikan diri dengan ancaman yang lagi dasyat hingga memaksa Raizel mengeluarkan semua tenaga yang ada untuk menghalang.. Dr. Crombel ini lagi gila.. Dia nak hapuskan semua manusia dan wujudkan manusia dia sendiri.. Kononnya nak jadi tuhanlah.. Aduh.. Lagi gila..

Walaupun season 8 ini lagi intense namun penulis masih lagi berjaya menyelitkan beberapa babak lawan dengan santai dan smooth je.. Memang terbaiklah!!

Sha baca pada 26.12.2021 dan selesai pada 28.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books, boleh juga dibaca di Webtoon..
Published 2019 by Webtoon

Filem Melayu | Misteri Dilaila (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Menyesal pula tengok versi 1.. Bukannya menyelesaikan persoalan, menambah persoalan lah pula.. Hahaha.. Siapa yang mati dalam kereta tu agaknya?? Jalan cerita untuk versi 1 lebih menarik untuk Sha.. Sha suka jalan cerita dekat versi 1 walaupun ending dia menimbulkan persoalan.. Versi 2 pula lebih banyak elemen mengejutkan dengan kemunculan hantu secara tiba-tiba.. Memang terkejut terkejut dibuatnya.. Hahaha.. Hilang mood nak menengok tapi layan jugalah.. Suka bahagian masa Rosyam Nor jadi sedikit jahat untuk membunuh.. Bahagian ini jelah yang Sha suka.. Hahaha..

Misteri Dilaila
2019 ‧ Thriller/Psychological horror ‧ 1h 38m
Misteri Dilaila is a 2019 Malaysian psychological horror thriller film directed by Syafiq Yusof. The film follows a couple as the wife goes missing after the husband experiences strange events during their first night staying at the family bungalow in Fraser's Hill.

Segment Bloglist 2022 Mamapipie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Bloglist segmen yang dianjurkan Mamapipie ini.. Tak susah pun.. Klik je Segment Bloglist 2022 Mamapipie dan ikut syarat yang ditetapkan.. Mujurlah masih sempat untuk sertai.. Jom.. Jom.. Jangan terlepas.. 

Tarikh segment sehingga 31/Disember 2021

ebook | Happiness, Vol. 2 (Happiness #2) by Shūzō Oshimi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua ini menceritakan usaha Ozaki dalam menghalang dirinya dari menyerang leher kawan-kawannya.. Ozaki juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Gosho.. Buku kedua ini juga menyebabkan Ozaki berbaik dengan pembuli beliau iaitu Yuki namun perkara lain berlaku menyebabkan Ozaki mula minum darah dan Yuki diserang vampire.. 

Sha baca dan selesai pada 26.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published November 29th 2016 by Kodansha (first published December 9th 2015)

Wordless Wednesday 2021

Tuesday, December 28, 2021

ebook | Happiness, Vol. 1 (Happiness #1) by Shūzō Oshimi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini mengisahkan tentang vampire.. Seorang pelajar sekolah yang selalu dibuli diserang vampire perempuan pada satu malam.. Ketika ditanya sama ada ingin mati atau kekal hidup, pelajar bernama Ozaki memilih untuk hidup.. Ketika sedar, beliau berada di hospital.. Bila Ozaki kembali kesekolah, beliau mula merenung leher rakan sekelas malah hidungnya sensitif pada bau darah.. Saat Ozaki nak dibuli, beliau mula mempertahankan dirinya.. Apakah yang berlaku pada badan beliau sebenarnya..

Sha baca dan selesai pada 26.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published September 27th 2016 by Kodansha Comics (first published July 9th 2015)

Filem US | Ghostbusters (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Memang terbaiklah filem ini.. Syok pula bila heronya perempuan.. Lepastu boleh pula si Chris Hemsworth berlakon jadi bodoh-bodoh alang.. Hahaha.. Paling ohsem dah tentulah Jilian yang gila-gila dan teror mencipta senjata.. Walaupun Mayor menafikan tentang kewujudan hantu namun mayor membantu geng ghosbuster secara senyap-senyap.. Hahaha.. Melampau betul ending dia.. Syok pula melayan si Chris menari.. Sorrylah review sha pendek je.. Yang penting memang layanlah filem ini..

Ghostbusters
2016 ‧ Comedy/Fantasy ‧ 1h 56m
Paranormal enthusiasts Abby, Erin, Jillian and Patty set out to capture ghosts when they realise that someone is attempting to cause an apocalypse by summoning ghosts in the city of New York.

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA

Assalamualaikum..
Hye semua..

Untuk rakan-rakan yang ada anaknya mengambil peperiksaan UPKK, bolehlah mula memeriksa keputusan jam 11 pagi ini.. Semoga dipermudahkan urusan semua kawan-kawan.. Sha pun berdebar-debar ini.. hehehe


Random Photo #24 2021

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaflah.. Andai perkongsian Sha ini tak disukai.. Tapi ini hanyalah sekadar perkongsian.. kenangan sebelum gambar-gambar ini dibuang dari memori telefon.. Nak buat satu entry untuk satu gambar macam tak berbaloi maka Sha himpunkan semuanya di sini..

Member pejabat bagi hadiah birthday.. Hahaha.. Tak ada kerja..

Nasi putih lauk ayam butter.. Sedap sebab penjual ini bubuh daun kari dan cili padi, jadi tak adalah rasa muak.. Memang layan tambahan pula harganya hanyalah RM5 sebungkus..

Mocha 3in1 ini dari adik praktikal kat tempat kerja Sha.. Not bad dan tak manis sangat..

Jumpa kopi ini dekat Gombak.. Not bad.. not bad.. Hehehe..

Beli nasi daging utara ini dari penjual dalam Whatsapp.. Pergh!! Memang bestlah.. Berbaloi bayar RM7.. hehehe..

Ini adalah gula-gula pelbagai perisa edisi Kedai Mesra Petronas.. Rm1 je untuk satu pek dan dalam dia ada 5 ke 6 biji.. Geram sebab harga dia RM1 tu yang beli semua rasa.. hahaha.. Masih ada yang Sha belum rasa lagi..

Pulut inti ini kawan pejabat belanja.. Okaylah, not bad.. hehehe..

Jeruk betik beli di Kedai Mesra Petronas buat kudapan semasa menyiapkan kerja dipejabat..

Buat-buat busy di hujung tahun.. Hehehe.. Masa ini sha kena kira data buku.. Pergh!! Berpinar biji mata mengasingkan buku akademik dan buku bukan akademik..

Beli termos besi ini di Shopee.. Memang puas hatilah sebab ais batu lambat gila cair.. sejuk je air dari pagi sampailah habis waktu kerja..

Satu pagi yang hening berkabus umpama di luar negara..

Dua jenis pulut inti.. sha suka yang comel-comel tu.. Rasa serunding dia lebih sedap..

Beli Shinjuku Nutella Bake dari Secret Recipe ini.. Hampir cair aiskrimnya bila makan dekat pejabat.. Tapi memang sedaplah... 

Akhirnya Sha beli juga roti Gardenia Black Forest ini.. Tapi tu lah, dah agak memang tak kena dengan tekak.. Rasa dia manis sangat.. Tapi okaylah untuk rasa..

Monday, December 27, 2021

ebook | Noblesse Season 7, box set 6 vol.s (Noblesse, #20-25) by Son Jae Ho, Lee Gwang Su (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Season 7 agak berat dan sedikit sedih pada Sha.. Tambahan pula ada babak perlawanan dan kehilangan nyawa yang tak dapat dielakkan bila pasukan Elder yang berpaling tadah bersama kawana serigala jadian menyerang Lukedonia..

Kali ini penerangan mengenai Lord Muzaka yang tiba-tiba muncul kembali selepas menghilang.. Malah punca Raizel dan Lord Muzaka bergaduh turut diterangkan.. Dalam masa yang sama pada masa kini Maduk cuba untuk mencari lord Muzaka untuk dibunuh namun tidak berjaya, sebaliknya dua orang suruhannya mati manakala lagi dua dilepaskan sebab keturunan asal serigala jadian.. Pengkhianatan demi pengkhianatan.. Menydihkan namun tetap berjaya penulis menyelitkan elemn lucu tanpa sengaja..

Sha baca dan selesai pada 26.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books, boleh juga dibaca di aplikasi Webtoon..
Published by Vibridge

ebook | Noblesse Season 6, box set 3 vol.s (Noblesse, #17-19) by Son Jae Ho, Lee Gwang Su (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imbas semula kejadian pengkhiantan yang berlaku sebelum ini dimana Lord yang cuba melakukan pengkhianatan merancang untuk membunuh Frankenstein yang akan menjadi penghalang besar mereka.. Percubaan mereka tak berjaya sebaliknya telah menyebabkan kontrak darah anatara Frankenstein dan Raizel berlaku.. 

Pada masa kini ini, gangguan yang disebabkan oleh Ignes Kravei membawa kepada satu siri pendedahan penting iaitu identiti Frankenstein serta asal usul Lembing Gelap yang digunakan Frankenstein.. Selepas melaksanakan Roctis Kravei, kesihatan Raizel yang semakin merosot bertambah teruk ditambah pula dengan pertemuan semula yang tidak dapat dielakkan dan konfrontasi dengan Muzaka.. Selepas pertempuran yang huru-hara, Raizel hanya boleh menunggu kematian sementara Union pula terus menerus menghantar Elder ke Korea.. Namun kemunculan Lascrea membawa sinar baru untuk Raizel..

Sha baca pada 25.12.2021 dan selesai pada 26.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books.. Boleh juga baca online di Webtoon..
Published 2016 by Vibridge

Sunquick Berry Mix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli sebab terpengaruh dengan free gift yang terpampang pada kotak tu.. Hehehe.. Harga untuk sekotak besar ini RM13.99 dan dalam dia ada 20 kotak kecil.. Percuma 1 botol Sunquick (330ml).. Sedap juga Mix berry ini tambah bila minum sejuk.. Memang bestlah dan melegakan.. Jemput minum.. hehehe

1 kotak besar ini ada 20 kotak air

20 kotai air Mix Berry

Percuma sebotol kecil (330ml) Sunquick.. Dapat rasa Tropika.. Bolehlah letak kat pejabat.. hehehe..

Sunday, December 26, 2021

ebook | Noblesse: Season 5, Set (Noblesse #13-16) by Son Jae Ho (writer), Lee Gwang Su (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menyambung kisah Noblesse yang Sha baca sebelum ini.. Yup.. Komik ini panjang gila.. Ada lagi 2 seasons nak habis.. Satu seasons je dah dekat 1000 mukasurat.. Tapi sebab jalan cerita dia menarik, memang layanlah..

Permulaan seasons 5 ini adalah penerangan mengenai masa lalu Frankenstein serta pertemuan pertama antara Frankenstein dan Raizel.. Selain itu, Union dan Crombel masih lagi cuba buat kacau.. Kali ini Crombel hantar askar yang menyamar sebagai M-24 iaitu kawan baik M-21.. Namun Raizel dapat mengesan kelainan pada M-24 namun tak kata apa-apa.. Crombel nak dapatkan data ubahsuai yang ada pada Frankenstein.. Elder 10 dan 11 dihantar untuk menyiasat malangnya gagal.. Pasukan askar Raizel makin kuat.. Yuri, Mark dan Kalvin pula merupakan askar suruhan Crombel yang cuba memaksa M-21 menyerahkan data Frankenstein dengan cara menculik Shinwo dan rakan-rakannya namun kemunculan Rael telah menyebabkan kematian Kalvin.. Memang gempaklah untuk season 5 ini cuma agak sedih penghujungnya bila Raizel terpaksa bunuh dua bekas elder yang berpaling tadah.. 

Sha baca dan selesai pada 25.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published 2014 by Naver

Filem Korea | The Chaser (2008)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Geram betul tengok filem ini.. Bayangkan pembunuhnya psikopat habis.. Semuanya bermula bila seorang demi seorang perempuan hilang lepas dilanggan oleh seorang lelaki ini.. Langganan kali terakhir, Jung Ho suruh pekerja perempuan dia untuk hantar alamat pelanggan tu namun tak berjaya sebab tak ada line.. Bila Jung Ho cuba cari dia terlanggar seorang lelaki ni dan curiga sebab baju lelaki tu ada darah.. Malangnya lelaki tu pergi serah diri namun polis tak berjaya jumpa bukti untuk sabitkan lelaki tu salah.. Aduh!! Masa ini memang geram gilalah.. Sebab lepas tu lelaki tu bebas dan emmbunuh lagi.. Ish.. Memang geramlah tengok filem ini.. Mujurlah happy ending.. Hahaha.. Kalau tak murung dibuatnya..

Movie: The Chaser
Also Known As: Chugyeokja
Screenwriter & Director: Na Hong Jin
Screenwriter: Hong Won Chan, Lee Shin Ho
Genres: Action, Thriller, Mystery, Psychological
Country: South Korea
Release Date: Feb 14, 2008
Duration: 2 hr. 3 min.
Ex-cop turned pimp Jung Ho is irritated because his girls keep disappearing without clearing their debts. One night, he gets a call from a customer and realizes the phone number matches that of the calls the missing girls got last; something smells fishy, he believes the girls are being sold in the human market. He sends Mi Jin with a plan to capture the suspect thinking this involves the world of human trafficking. But after not being able to locate her, Jung Ho becomes more suspicious. Jung Ho's hunt begins, and what he finds is a truth more electrifying.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com