Thursday, December 31, 2015

Splash Splash Love

Assalamualaikum..
Drama yang sangat-sangat menarik..
Hanya dua episod..
Ringkas dan padat..
Ohsem giler..

Drama ini mengisahkan Dan Bi seorang pelajar sekolah yang sangat bencikan Matematik. Dan Bi kena menghadapi peperiksaan kemasukan kolej tapi beliau telah melarikan diri. Ketika melarikan diri hujan turun dengan lebatnya dan Dan Bi telah meminta untuk dihilangkan dari dunia.. Ketika berdoa ini Dan Bi terdengar sesuatu dari lopak air.. Dengan beraninya Dan Bi telah terjun kedalam lopak air tu dan dibawa ke zaman Joseon.
Maka bermulalah pengembaraan dan Bi dalam membantu raja menyelesaikan matematik subjek yang dibencinya dan juga ciptaan untuk menentukan masa.

Cerita yang kelakar, sedih dan ohsem.. Kenapa agaknya Dan Bi kembali semula ke masa hadapan?? Yang ni kenalah tengok ye.. Seriouslly memang sangat ohsem..

Sinopsis boleh baca kat Sini.


Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016


Assalamualaikum...
Semoga masih x terlewat untuk sha share..
Jadual Pembayaran Gaji untuk Kakitangan Awam bagi Tahun 2016..
Alhamdulillah, untuk Tahun 2016 ini tiada pembayaran yang terlalu awal..
Semuanya berada dalam lingkungan 20 ke 25 bagi setiap bulan..
Paling awal pembayaran gaji adalah pada 20hb untuk bulan Oktober dan Disember..

Pembayaran gaji yang lebih mesra dan tidak membebankan Penjawat Awam..
Alhamdulillah.. Oh ya, Tahun 2016 juga, penjawat awam akan diberikan dua kenaikan gaji..
Semoga berbelanja dengan berhemah ye kengkawan..

Wednesday, December 30, 2015

Apa Itu Hipster?

Assalamualaikum...
Sekadar nak berkongsi dengan pembaca...
Yellah dok Hipster.. Hipster kan..
Kenalah tau Hipster tu apa..

Baca ulasan dibawah yang saya ambil di FB The Patriots..
Kalau x betol or tidak menepati maksud sebenar..
Boleh komen diruangan komen..
Ataupun pembaca ada pandangan sendiri mengenai Hipster, bolehlah share..


APA ITU HIPSTER (ULASAN MAKAN ATAS DIAPER BAYI)
Saya rasa pemahaman orang kita terhadap definisi 'hipster' bagi orang kita amat 'flaw' yakni sangat-sangatlah 'flaw'. Lebih-lebih lagi bagi akak-akak yang throw baby-shower party sambil makan kek atas baby diaper tu.

Makan kek atas diaper dikatanya hipster? Kesewelan apakah ini?
Untuk pengetahuan umum, hipster bukan satu trend tapi counter-culture movement. Mereka ada ideologi dan falsafah tersendiri bukan bandwagon buta yang hanya tahu consume saja. Lepastu bajet lain daripada yang lain kononnya.

"Hipsterism" is a state of mind,it is also often intertwined with distinct fashion sensibilities.
Berikut adalah hipster sebenar daripada pemahaman saya.
Hipster adalah 'urban bohemian'. Mereka menjalani gaya kehidupan alternatif yang lain daripada kebiasaan (ditekankan bukan makan atas pampers).

Mereka bukan hippies kerana mereka memiliki citarasa yang begitu meluas dari aspek fashion, muzik, seni, kesusasteraan, dan falsafah. Bahkan mereka amatlah kreatif dan ada sense of style. Disebabkan pengetahuan mereka yang amat tinggi mengenai fashion, muzik, seni, kesusasteraan dan falsafah itu. Mereka ini agak 'streetwise'.
Setahu saya, hipster sebenar bukan jenis follow up trend semasa guna gadget canggih macam iPhone bagai. Mereka selagi boleh akan cari alternatif murah.
Hipster sebenar nak snap gambar Instagram pun dorang akan guna kamera antik, polaroid atau pun lomo kemudian dorang akan scan gambar tu baru upload kat Instagram.

Hipster sebenar tak lepak di Starbucks kerana, mereka akan lepak di kafe hipster yang konsepnya sendiri. Biasanya kafe yang mereka lepak bukan francais. Kebiasaannya mereka lebih selesa brew kopi mereka sendiri di rumah daripada beli kat luar.
Hipster sebenar tak makan fast-food kerana bagi mereka fast-food outlet adalah capitalist. Mereka cenderung memilih warung kalau terdesak. Mamak pun dorang tak layan sebab mamak dah jadi hegemony. Dah bosan agaknya.

Hipster sebenar adalah non-conformist, pandangan mereka tak selari dengan pandangan umum. Jika society memandang tinggi imej wanita ramping sebagai menawan, berpurdah sebagai muslimah sejati atau lelaki sado adalah jantan sebenar. Mereka tidak berkongsi pendapat itu sebaliknya mereka ada pandangan mereka yang tersendiri mengenai 'attractiveness'.

Hipsters menolak pandangan umum masyarakat arus perdana yang berkenaan dengan keutamaan utama mencari kekasih pilihan dan kriteria tradisional mengenai tarikan fizikal iaitu paras rupa. Adalah menjadi dogma pusat bagi hipster untuk tidak terpengaruh dengan dakyah media dan periklanan arus perdana yang hanya mempromosi ideal kecantikan bersikap etnosentrik.
Konsep androgini dan feminisme telah sedikit sebanyak mempengaruhi budaya hipster, dimana lelaki hipster kebanyakannya tubuh badan mereka lebih kurang kurus macam kekasih mereka.
Ideal lelaki berbadan sado dan bertubuh sasa tidak dianggap menarik oleh gadis hipster kerana mereka menganggap imej sedemikian ianya melambangkan chauvinisme lelaki, sexism dan misogyny.
Sebagaimana juga dgn imej hambar gadis sorority berambut blonde, kulit tanned, dan berpakaian seksi tak cukup kain yang turut dianggap tidak menarik oleh lelaki yang 'cultured'. Sebaliknya ianya dianggap sebagai simbol kepada female insecurity, kurang daya keyakinan, dan kekurangan kecerdikan budaya dan pemikiran bebas.
Hipster juga amat open minded dalam perhubungan antara kaum dan kebanyakan couple antara kaum dalam mana-mana persekitaran bandar biasanya ditemui dalam kelompok kebudayaan hipster ini.

Meskipun secara teknikalnya hipster adalah konformis di dalam kelompok mereka sendiri berbanding dengan masyarakat umum yang jauh lebih besar. Mereka adalah pelopor kepada ideal, trend, dan budaya terkini. Contohnya buku-buku penulisan dan novel indie yang terdapat di pasaran kini. Tidak ketinggalan juga scene muzik indie dan filem-filem pendek yang kita lihat di Youtube. Semuanya hasil kerja tangan mereka.

Malahan trend jeans koyak-rabak yang kebanyakannya didapati di kedai jenama-jenama pakaian terkemuka seperti The Gap, American Eagle, Abercrombie and Fitch, Hollister asalnya digayakan oleh hipster-hipster yang membeli-belah di kedai ini jauh sebelum seluar ini dihasilkan secara besar-besaran.

Begitu juga dengan kemeja vintage flannel yang amat mudah didapati di H&M, Uniqlo dan Kitschen. Ianya mendapat tempat dikalangan hipster lelaki sebelum menjadi mainstream kepada umum.
Ironinya di sini bahawa banyak pengkritik budaya hipster sebenarnya secara tak disedari telah terbawak-bawak jalan yang hipsters telah lakari beberapa tahun sebelum mereka. Contoh mudah gerakan serbanista ( mereka yang mempergunakan hujah agama untuk membenarkan sekaligus menguatkuasakan pendapat mereka secara paksaan atas alasan 'dakwah') yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan pemikiran bawah tempurung mereka se-'hip' yang mungkin.

Fenomena ini juga terpakai dalam dunia muzik juga, kerana banyak band-band indie yang telah berjaya dan dikenali secara mainstream oleh masyarakat umum hanya kerana hipsters yang menemui dan mendengar lagu mereka dahulu jauh sebelum dipromosi corong-corong radio.
Apabila konsep fashion dan muzik tertentu telah mencapai tahap mainstream. Para hipster akan beralih kepada sesuatu yang lebih baru dan segar (untuk sekali lagi ditekankan bukan makan atas lampin bayi). Oleh disebabkan kebangkitan laman rangkaian media sosial pada masa kini, pandangan umum terhadap budaya hipster di kawasan bandar telah mencapai ke satu tahap yang begitu eksponensial sekali.

Di negara-negara barat, norma budaya mainstream telah sedikit sebanyak berjaya diruntuhkan oleh budaya hipster secara keseluruhannya. Hipsterisme sering disalahertikan sebagai hanya satu imej superficial oleh sesetengah pihak, akan tetapi budaya hipster juga secara keseluruhannya telah banyak melaksanakan perubahan dalam masyarakat terutamanya dalam penyampaian sesuatu informasi dan hiburan, yang secara tak langsung membawa kepada perasaan tidak senang di kalangan mereka yang tidak lagi menjadi sebahagian daripada trendsetter. Lihat saja betapa ramai penerbitan mainstream menggelupur bila karya hasil penerbitan indie mendapat tempat dikalangan pembaca tatkala pesta buku dianjurkan.

Bagi pendapat penulis, budaya hipster ini tidak lagi wujud secara nyata di negara ini kerana kebanyakan orang kita hanya mampu menjadi bandwagons sahaja dan mudah terikut-ikut dengan sesuatu budaya secara superficial yang dilihatnya sebagai satu trend. Sementara kebanyakan hipster otai yang banyak idea mereka melalui puisi, muzik, zine dan blog kini telah mengorak langkah sebagai penulis, seniman dan pemuzik professional.

-Tom Shacklesmith-

Pendaftaran Amani dan Imani

Assalmualaikum..
Alhamdulillah, pendaftaran PASTI pada 28.12.2015 untuk Amani dah pun settle..
Disebabkan baju sekolah masih sama, maka sha cuma tambah sepasang sahaja..
Baju sukan still kena beli sebab Amani makin tinggikan..
Tambah juga bantal coz Amani stay sampai petangkan..
Alhamdulillah, yuran masih lagi affordable..

Sambil-sambil settlekan pendaftaran Amani tu, Sha tanyakan sekali untuk Imani..
BUkan apa, sekarang nie sume nak kena prepare awal..
Supaya x tersangkut dan memudahkan urusan perbelanjaan..
Walapun Imani start sekolah tahun 2017, tapi kami lebih suka bersedia awal..

Daftarkan siap-siap Imani untuk 2017 dan calculate yuran dia..
Lebih kurang RM550.. So dari sekarang dah boleh mula menabung..
Biasanya Kami memang buat macam ini..
Senang dan x kelam kabut..

Inipun, Sha nak surveykan sekali Yuran untuk Amani darjah 1 tahun 2017 nanti..
Bersedia dari awal supaya mudah urasan perbelanjaan..

Tips untuk kengkawan juga..
Semoga berguna dan bermanfaat..

Kalau ada rakan-rakan yang anak masuk darjah 1 tahun 2016, bolehlah share dengan Sha berape bayaran yuran permulaan ye.. Sharing is caring..
TQ in advanced Sha ucapkan pada yang share..

Review - Perasmian MBO Cinema Central Square Sungai Petani, Kedah

Assalamualaikum...
Hye kengkawan... Baru-baru ini team #projekbloggerutara telah dijemput untuk menyertai Perasmian MBO Central Square Sungai Petani, Kedah.


Pembukaan Rasmi MBO Central Square bersama tetamu istimewa ZERO juara Maharaja Lawak Mega 2014 ini telah diadakan pada 26 December 2015. MBO Central Square ini merupakan pawagam ke 26. Dengan pembukaan terbaharu ini, MBO Cinemas kini menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara.

MBO Cinemas Central Square Sungai Petani menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk, dengan dewan terbesar mampu menampung sehingga hampir 300 orang.


Menurut Encik Cheah Chun Wai, Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas, Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central di Kulim.

Pawagam MBO di seluruh Malaysia manawarkan pelbagai kelainan menonton wayang serta keistimewaan kepada pengunjungnya. Antaranya...
  • Merupakan pawagam pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin
  • Menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan 
  • Menerapkan ciri teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem & sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi 
  • Selain ganjaran teknikal, pengunjung juga boleh menyertai secara percuma & mendapat kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli AllStar layak untuk menikmati pelbagai ganjaran dengan menggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eklslisif premium 
  • Merupakan satu-satunya pawagam dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem percuma pada bulan hari jadi & tayangan percuma khas untuk ahli) 
  • Tempahan tiket atas talian yang mudah & boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma
  • Harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D & 3D 
  • Menerapkan konsep 'Blockbuster Setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem blockbuster sertiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu menunggu lama

Jom layan gambar geng-geng Blogger yang pergi masa Perasmian tu..









Untuk makluman semua, acara pembukaan rasmi ini juga dimeriahkan lagi dengan sesi pemberian voucher kepada pengunjung yang menunjukkan kad AllStar ataupun mereka yang menyertai keahlian secara serta merta. Terdapat juga sesi cabutan bertuah & pemainan. Para pengunjung bertuah yang hadir pada hari pembukaan ini ada yang telah berjaya memenangi telefon bimbit Vivo, jamtangan Ice, dan juga item premium MBO Cinemas.






Ini la voucher sumbangan MBO Cinemas untuk #projekbloggeruatara, Alhamdulillah

http://www.mbocinemas.com/visLtyHome.aspx
 Anda juga boleh mendaftar sebagai MBO Starclub untuk mendapatkan tawaran istimewa seperti di bawah..

http://www.mbocinemas.com/visLtyHome.aspx
Antara yang menarik sekiranya menyertai MBO Starclub..

Jadi kepada mereka yang berada di Sungai Petani, Kedah apa tunggu lagi.. Jomlah beramai-ramai kita serbu MBO Central Square, Sungai Petani.

MBO Cinemas Central Square
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru,
Taman Patani Jaya,
08000, Sungai Petani, Kedah

Laman web rasmi :

Tebus Point WOOP #7

Assalamualaikum...

Moh le menebus..
Cam comel jer bila nengokkan tumbler nie..
Maka kita pun menebuslah..
Harapnya next week adalah lagi..
Ate, anak ada dua kan kenalah tebus dua biji.. hehehe..
Yeah!! Berjaya tebus dua biji..


Tebus pada : 03.12.2015 dan 07.12.2015


 Tumblernya sampai pada 18.12.2015..
Ohsem sangat.. Nasib baik dua-dua kaler biru..

Tuesday, December 29, 2015

Kelebihan Daging Kambing

Assalmualaikum...
Jom Sha sharekan pasal daging kambing yang menjadi kesukaan sha..
Tapi ingat ye.. Bukan daging kambing je, apa pun yang kita makan kalau berlebihan akan mendatangkan mudarat pada badan kita..
Maka berpada-padalah..

Yang no 5 dan no 6 tu memang ohsem.. Bolehlah kita sama-sama cuba ye..

 
1. Kelebihan Daging Kambing
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.



2. Daging kambing adalah daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

 
3. Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

 
4. Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

 
5. Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.



6. Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.

Wallahu'Alam.

Bubblegum (2015)

Assalamualaikum..
Hye pembaca semua..confident je ada pembaca..hehe..
Bubblegum..
Lakonan Lee Dong Wook dan Jung Ryeo Won..
Memang ohsem..
Drama ini simple..tapi menyentuh perasaan..

Memaparkan mengenai pesakit Alzheimer's dan Dementia..
Bagaimana orang sekeliling iaitu keluarga, saudara mara dan jiran menghadapi dan menerima..
Walaupun pesakit tu bukanlah watak utama tapi pesakit tu juga memainkan peranan..

Cerita ini agak stress dan juga sedih.. Walaupun ada part yang lawak dan lucu..
Lee Dong Wook sangat ohsem dalam cerita ini..

Cerita ini juga memaparkan mengenai cinta..
Bagaimana penerimaan manusia mengenai cinta..
ada yang jatuh cinta kerana perasaan kesian..
Cinta yang berubah bila usia meningkat dewasa..
Perasaan cinta yang terpendam lama kemudian bila hampir terbalas hilang semula..
Perasaan cinta yang dah lama ada cuma baru disedari..
Perasaan cinta yang ada tapi x dihargai namun bila cinta itu mula pergi baru ingin digapai..

Cinta dan komunikasi saling memerlukan..
Cinta dan pengorbanan juga begitu serasi..
Cinta dan airmata dah macam isi dengan kuku...

Apalah agaknya yang saya merepek ye..
Senang citer, kalau suka drama mengenai cinta, kasih sayang, persahabatan dan keluarga silalah tonton.. Memang sangat ohsem..


Monday, December 28, 2015

Bayar Bil Melalui Maybank2u - Part 2

Assalamualaikum..
Sambungan mengenai pembayaran bil secara Maybank2u..
Untuk artikel Part 1 klik SINI.
Kali ini Sha nak share mengenai macam mana nak bayar bagi bil-bil yang telah didaftarkan.
Cara yang sangat mudah untuk mereka yang x sempat nak beratur di kaunter pejabat pos..
Serta mudah, convenient dan selamat terutama sekali untuk kaum hawa..

 Macam biasa, login dahulu..

Pilih Bill Payment dan akan keluar paparan seperti diatas..
Pilih "Make a payment to a favourite payee"

Kemudian pilih akaun mana yang kita nak guna untuk bayar..

Nanti akan terpapar bil yang telah kita register..
Tandakan kotak di bahagian tepi tu ye.

Masukkan amaunt yang perlu dibayar.
Dan tekan butang Continue
 Pastikan jumlah yang hendak dibayar betul dan tekan butang confirm.
Bagi bil yang telah diregister anda dah x perlu nak reques tac lagi setiap kali anda ingin membuat pembayaran. Cepat dan mudahkan..

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..

Sunday, December 27, 2015

Penpal atau Sahabat Pena

Assalamualaikum...
Hari ini masa blogwalking sha terjumpa satu topik yang menarik iaitu Penpal atau Sahabat Pena..
Topik yang sangat menarik dan ohsem..

Penpal
A pen pal is a new friend from another corner of the earth whom you get to know through letters... or online messages and chat. Love to travel? Meet people to show you around! Meet people now.

Zaman sha dulu, kami berkenalan menggunakan laman perkenalan di majalah dan suratkhabar..
Berkenalan melalui surat.. Memang ohsem..
Sekarang zaman dah moden.. Macam-macam cara untuk menambah kenalan...
Melalui Facebook, Weechat, Instagram, Blog dan laman sosial lain.

Namun masih ada yang gemar mengutus surat antara satu sama lain..
Perasaan menerima surat dan kad dari rakan tu lebih mengujakan dan menarik..
Kadang-kadang ada yang bertukar-tukar hobi seperti mereka yang mengumpul Fridge magnet, setem, Poskad dan pelbagai lagi.. Bila ada sahabat pena nie kita boleh saling memberi maka koleksi kita akan bertambah dan datang dari pelbagai pelosok..
Malah kita juga boleh belajar mengenai kepelbagaian budaya sekiranya rakan kita datang dari berbilang negara. Selain itu kita juga boleh menambah baik penggunaan bahasa Inggeris..
Bahasa antarabangsa yang memudahkan semua berhubung..
Betul kan.. Macam dalam satu episod Upin Ipin ada bercerita mengenai Sahabat Pena nie..
Sebenarnya Penpal atau Sahabat Pena nie tidak terbatas, malah tiada pemisah..
Kita boleh sahaja menjadikan sesiapapun sebagai Sahabat pena kita..
Walaupun orang tu berada di Malaysia ataupun di mana sahaja..

Ada sesiapa berminat untuk jadi sahabat pena Sha??
Rasa macam nak menulis kembali.. Hehehe...

Disini Sha sharekan beberapa tempat untuk mencari kenalan Penpal atau Sahabat Pena..

Instagram #penpalwanted
Laman web : Penpalworld  studentoftheworld  Interpals!
Ataupun boleh klik sini, ada disenaraik 15 website yang best untuk cari kenalan..

AMARAN : Segala urusan anda mengenai penpal adalah tanggungjawab anda. Sekiranya anda ke laman web yang saya senaraikan diatas dan berkenalan dengan sesiapa sahaja, Itu adalah tanggungjawab anda.. Saya sekadar berkongsi info dan maklumat. Sekiranya berlaku apa-apa, saya tidak bertanggungjawab.

Bayar Bil Melalui Maybank2u - Part 1

Assalamualaikum..
Hai semua.. Sihat??
Harapnya semua sihat dan ceria..

Hari ini Sha nak share bagaimana nak Register Bil-bil yang anda ada di Maybank2u.
Tapi sebelum tu sila pastikan anda memang ada akaun Maybank2u ye dan dah daftar no telefon bimbit untuk terima tac. Kalau belum bolehlah ke cawangan Maybank yang terdekat dan register..
Pendaftaran no telefon bimbit sekrang ini kena buat dikaunter ye kengkawan..

Firstly.. Kengkawan kenalah login dahulu..

Pilih Add Favourite Payee
Untuk Tambah Akaun bil yang hendak dibayar.
Yang ini biasanya sha buat kalau bil tu selalu kita bayar macam TNB, Astro dan yang sewaktu dengannya.
 Masukkan nama contohnya Tenaga Nasional Berhad

 Bila keluar paparan ini, masukkan no akaun dan nama pemegang akaun bil tersebut..
Kalau x pasti no akaunnya dimana boleh klik View sample.
Setelah memasukkan maklumat seperti no akaun dan nama pemegang akaun, anda bolehlah klik Register.

Ini contoh no akaun tu duduk nya dimana ye kengkawan..
Ini untuk Tenaga Nasiaonal.

Bolehlah Request Tac untuk daftarkan.. Masukkan no Tac.
Kemudian tekan Confirm.


PESANAN KHAS UNTUK KENGKAWAN..
Untuk Bil Air Negeri Perak, Walaupun dah register u guyz still kena masukkan No Bill.
Macam contoh gambar dekat bawah.. Negeri lain saya x pasti la pula..
Sample

Saturday, December 26, 2015

Pan 2015

Assalamualaikum..
Hye guyz..harapnya semua sehat.
Sha baru je menonton Filem Pan nie..
Apa yang sha boleh cakap cite nie ohsem..Kaptain Hook baik lagi masa ini..
Permulaan kepada penggembaraan Peter Pan and the lost boy in Neverland..
Jalan citer yang segar dan sangat ohsem..

Pengembaraan Peter bermula saat Peter diculik oleh Lanun yang diketuai oleh Blackbeard.
Kemudian Peter berjumpa dengan Captain Hook dan berkawan...
Pengembaraan Peter mencari emaknya mary pun bermula..
Grafik dia ohsem...
Hugh jackman sebagai Blackbeard pun sangat best..



Pengalaman Pertama Imani di Klinik Gigi

Assalamualaikum...
Isnin aritu Sha bawa Amani Check up gigi kan...
Hari Rabu (23.12.2015), giliran Imani pula..

Kronologinya bermula bila tiap kali berus gigi depan Imani menangis-nangis..
Bila check rupanya gusi dia bengkak..
So Khamis (17.12.2015) pagi bawak gi Klinik Gigi Tanjung Malim..
Doktor bagi antibiotik untuk surutkan bengkak..
Lepas 5 hari kenalah datang untuk cabut..

Pergh!!! Pengalaman sungguh..
Memula dia ok jer.. Main-main.. Happy-happy..
Bila nombor dipanggil, dia terus masuk dan duduk dekat doktor..
Doktor check gusi dan gigi dia bagi..
Bila kata kena cabut, sha bungkus dia dengan kain..
(Kenapa?? Sebab Imani nie kalau meronta memang kuat)
Doktor sapu ubat warna pink, kemudian inject ubat kebas..
Meraung la kawan... Sementara tunggu ubat kebas tu jalan, ayah dia dokong dia..
BIla dah sampai time, baringkan balik dan bungkus..
Sha pegang bahu Imani, ayah pegang kaki dan misi sorang pegang kepala..
Goyang dua kali terus rentap gigi...
Menangis-nangis.. Bila tunjuk gigi yang dah cabut, terus diam..
Siap babai doktor.. Pergh!! panjang rupanya gigi kita..

 Happy-happy ukur tinggi sebelum jumpa doktor..
Tinggi dah Imani.. 91cm
 
 Akhirnya.. Cabut sebatang gigi depan..

Friday, December 25, 2015

Daayre - Dilwale 2015

Assalamualaikum...
Hye.. Sha sharekan klip lagu terbaru dari filem Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol

Daayre yang bermaksud sempadan @ boundaries.

Lagu yang ohsem.. macam filem ini juga...
Video ini hanya sedutan dari keseluruhan lagu..
Nak tengok penuh, kenalah tonton filem Dilwale nie ye..
Part pisau tu memang chomel..


 
No one said Love would be easy, they just promised it’d be worth it. Because no matter the distance, obstacles or boundaries, love always finds a way against all odds.

Daayre is about such boundaries and obstacles that force lovers apart and break hearts. With the melancholic words by Amitabh Bhattacharya, heart tugging music by Pritam and the soulful voice of Arijit Singh, this song will surely touch hearts!



Daayre

Dilo ki mohabbat ko bandhe kyon haye re
Dilo ki mohabbat ko bandhe kyon haye re
Daayre, daayre, dayare, daayre

Hain kyon faasle darmiyan leke aaye re
Hain kyon faasle darmiyan leke aaye re
Daayre, daayre, dayare, daayre

Kanch ke woh khaab nazuk the hamare saare
Chhune se hi tutne lage
Mannato mein umra bhar ka sath jinka manga
Humsafar woh chhutne lage

Na marna munaasib, jiya bhi na jaye re
Na marna munaasib, jiya bhi na jaye re, haye re
Daayre, daayre, dayare, daayre



Lirik dapat dari SINI.

Jom Check Usia Jantung Kita

Assalamualaikum...
Berapakah usia jantung anda???
Usia jantung Sha Adalah 31 tahun.. Muda sikit dari Usia sebenar Sha..
Alhamdulillah... Semoga jantung Sha dan jantung kawan-kawan sihat selalu..
dah kenapalah agaknya tetibe sha cite pasal nie kan...

Sebenarnya dekat WOOP - Women Of Opinion sekarang nie ada mission baru..
Mission mengenai nestle Omega Plus..
Memang ohsem sangat...
Mission dia mudah-mudah...
Markah pula banyak...
Kalau settle mission-mission nie, banyak gak rewards leh tebus..

Antara big mission yang disediakan oleh WOOP bagi product Nestle Omega Plus ialah :-


 Senang-senang je.. Share and tagged..
Ada lebih kurang 11 big Mission untuk Nestle Omega Plus ini..

Kepada yang nak check usia jantung anda, boleh klik Nestle Omega Plus.

Yeah!! Inilah usia jantung saya..


Thursday, December 24, 2015

Temujanji Amani di Klinik Pakar Pergigian Hospital Teluk Intan.

Assalamualaikum...
Hari ini (21.12.2015) bawa Amani untuk pemeriksaan seterusnya
di klinik Pakar Pergigian, Hospital Teluk Intan.
Disebabkan temujanji tu sebelah petang, maka sha mohon halfday dari opis..
Yellah dari Behrang nak ke Teluk Intan je dah 1 jam..
X sempat nak masuk kerja balik..

Kenapa x amik cuti?? Cuti sha dah tinggal x seberape..
Cepuih cepuih je.. Sadis kan..
Azam tinggal azam.. Eh.. Melalut lak..

Alhamdulillah, berjaya sampai di Klinik Pakar Pergigian tepat jam 3.15petang..
Kena cepat supaya x terlambat...

Kerusi inilah Amani fobia..

Amani still fobia duduk di kerusi yang sepatutnya..
Nasiblah doktornya ok..
So Amani just duduk atas kerusi biasa jer..
Doktor kata ada sedikit kerosakkan pada gigi depan dia..
Tapi disebabkan Amani dah 6 tahun hadapan, so doktor x buat apa-apa lah..
Doktor tu kata dah sampai masa pun gigi tu akan tanggal sendiri..
Yang paling Ohsem, gigi kekal amani dah tumbuh dua batang..
Gigi graham bawah kiri dan kanan..
Kalau x gi check up tu, memang sha x perasan..

Macam-macamlah doktor tu pesan..
Kami pun siap pesan.. Yellah dah tumbuh gigi kekal dah kan..
Tapi rasa macam cepat lak.. hehehe..
besar dah my little gurl.. Hurmm...

BIODATA RASULULLAH SAW

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
سُبْحَانَ اللّهُ
اَلحَمْدُ لله
اَللّهُ اَكْبَرُ
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ   وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله

Pedang Rasulullah S.A.W
BIODATA RASULULLAH SAW.

Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Tarikh Kewafatan: Hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 JUN 632m

Tempat Wafat: Madinah Al - Munawwarah
Usia: 63 tahun

Bentuk Fizikal: Baginda Digambarkan sebagai seorang yang tegap, Ketinggian sederhana, Tidak Terlalu Tinggi Tidak Terlalu Rendah.
Baginda Berkulit Putih Kemerah merahan.
Wajahnya Tampan, Rambut Nabi S.A.W Tidak Terlalu Kerinting Tidak Terlalu Lurus, Rambutnya Ikal dan Mencecah Bahu.
Kata-kata Baginda Lembut tetapi Bernada Tegas.
Baginda Memiliki bola mata yang Hitam Pekat, Bulu Mata Yang Lentik serta Bahu Yang Lebar, Dada Baginda Berbulu, Telapak Tangan Dan Kaki Baginda tebal.
Ketika Berjalan, Baginda Seakan - akan Berjalan Menuruni Tanah Yang Lanai. Ketika Menoleh,Baginda Menoleh(berbalik) Dengan Seluruh Badan.
Diantara kedua Bahu Baginda Terdapat Tanda Kenabian.

Warna Kegemaran: Merah, Hijau, Putih
Makanan Kegemaran: Bali, buah kurma, buah tin dan buah anggur.

Sukan: Menunggang Kuda, Memanah Dan Berenang.

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua - ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam ‘ ah
‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin '- Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH.
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN.
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah - (**)
Al - 'Abbas - (**)
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
Abdul Ka ‘ bah  
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
'Atiqah - (#)
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam)
(**) - Sempat masuk Islam.
(#)  - Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas RA)

#KauDiHatiKuYaRasulullahSAW
#AkuUmatMu
#KhalifahAllah

Wednesday, December 23, 2015

Garis Panduan Umum Operasi Tangkap Khalwat

Assalamualaikum..
Hai pembaca semua..
Perkongsian bersama..

GARIS PANDUAN UMUM OPERASI TANGKAP KHALWAT
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Memandang Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi ‘tangkap khalwat’ mestilah diperketatkan. Ini kerana operasi ‘tangkap khalwat’ selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini. Ramai orang menyangka tanpa operasi ‘tangkap khalwat’ maka bertambah perzinaan dalam masyarakat, sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat. Malang sekali, jika maksiat tertutup diintip dan dicari sementara yang nyata dibiarkan dan dipromosi.

Maka dengan ini saya mencadangkan beberapa perkara berikut mestilah difahami dan diberikan perhatian dalam operasi ‘tangkap khalwat’;

1. Operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (mengintip aib orang lain) berkembang dalam masyarakat Islam.
Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperolehi berdasarkan perbuatan tajassusnya. Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut. Seperti nampak dari luar rumah, atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Pemberi maklumat memperolehi secara jelas, bukan tajassus atau intipan. Jika pemberi maklumat melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik. Pemberitahuan orang fasik ditolak. Menerima pemberitahuan bersumberkan tajassus akan menggalakkan masyarakat kita mengintip antara satu sama lain. Maka, mungkin akan diintip hubungan seks pasangan suami isteri atas ‘kononnya’ hendak memastikan mereka tidak melakukan maksiat. Sebab itu apabila dibawa seorang lelaki kepada Ibn Mas’ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abdullah bin Mas’ud:
“Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih)

2. Tidak Boleh Operasi Itu Sendiri Berasaskan Tajassus.
Hendaklah kemungkaran yang dicegah itu apabila ia nyata atau diketahui secara yakin. Ini seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas. Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan. Maka tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam. Ia menggalakkan sikap prasangka dan boleh memalukan atau menjatuhkan maruah mereka yang diperiksa. Firman Allah: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”. (Surah al-Hujurat ayat: 12)
3. Operasi Tidak Boleh Berasaskan Maklumat Yang Tidak Pasti
Sekalipun tanpa intipan, tetapi jika berita berasaskan syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. Al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik. Ini seperti firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat: (maksudnya)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Maka pemberi maklumat atau informer yang diketahui terlibat dengan kerja-kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak. Termasuk dalam hal ini ‘kaki tajassus’. Al-Imam Ibn Kathir menyebut bahawa berdasarkan ayat ini sebahagian ulama menolak riwayat orang yang tidak diketahui latarbelakangnya dibimbangi ia fasik.

4. Pihak Pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim –secara langsung atau tidak- tanpa kesedaran sendiri melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Mungkar.
Nabi s.a.w tidak suka kes-kes diangkat kepada baginda. Sikap suka mengangkat kes-kes maksiat peribadi kepada penguasa adalah menyanggahi ruh Islam yang menyuruh ditutup keaiban saudara muslim. Sebaliknya, masyarakat hendaklah digalakkan dan diberi kesedaran melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar kerana itu adalah tanggungjawab semua pihak. Maka pemberian saguhati kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi ini hendaklah dihentikan. Daripada Abi Barzah al-Aslami, katanya: Bersabda RasululLah s.a.w:
“Wahai sekelian yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah cari keaibannya, maka Allah akan mendedahnya sekalipun dirumahnya. (Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad).
5. Tidak boleh didedahkan maksiat ini kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman.
Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip-prinsip menutup aib dalam Islam. Bahkan perbuatan menyiarkannya kepada awam seperti di internet dan media massa adalah haram kerana mendedahkan keaiban orang lain. Ini tidak boleh disamakan dengan hukuman zina di khalayak ramai yang pasti dengan saksi yang yakin. Sebab, Nabi s.a.w berusaha menolak kes-kes zina, dihukum setelah pasti tanpa didedahkan aktiviti seks secara terperinci melainkan proses penghakiman.

6. Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.
Jika pegawai itu menuduh tanpa bukti, maka hendaklah dibicarakan di bawah peruntukan qazaf.

Sumber : Minda Tajdid

Want to know where to get the most authentic and best laksa experiences in Malaysia?


Enjoying some Sarawak Laksa containing 20 years' worth of history
Location:
Garden Café Laksa, Golden Arch (off 3rd Mile Roundabout), 93200 Kuching

 Kicking back with Asam Laksa while the world goes by
Location:
d-Lite Asam Laksa Teh Tarik, Ampang Park, Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur 

Getting to know the most hipster laksa of all: Laksa Pahang
Location:
Gerai Sajian Pekan, Food Court UTC Kuantan, Jalan Stadium, 25200 Kuantan, Pahang
 
Jom tengok tempat-tempat lain juga..
Share juga sekiranya tempat anda ada laksa yang ohsem dan marvelous.. Laksa Laksam lagi apa??? Nyatakan dan kongsikan..

Wordless Wednesday #32

Assalamualaikum..


Kepada mereka yang tengah struggle..
Jangan sesekali mengalah..
Yakin dan percayalah bahawa Allah sentiasa bersama kamu..
Bangkit dan bina kembali semangat kamu..
Teruskan melangkah kerana masih ramai lagi yang sayang..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com