Shoplinks.Asia

Wednesday, December 16, 2015

10 Soalan dari Blogger CikLa

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua...
Pagi ini masa jengah blog, tetibe nampak pesanan dari CikLa, katanya saya ditag kat SINI..
Kepada yang belum mengenali CikLa, bolehlah singgah di blog CikLa.. Ohsem sangat..
Moh kita nengok soalan-soalan yang diberikan oleh CikLa..

Soalannya adalah seperti berikut :
(1) Perkenalkan diri awak. Termasuk status diri dan pekerjaan awak ye.
(2) Sejak bila berblog dan kenapa berblog?
(3) Apa hal yang paling buat awak rasa "down" masa mula-mula berblog?
(4) Apa hal yang paling buat awak rasa "happy" masa mula-mula berblog?
(5) Masakan yang awak pandai masak dan menjadi kesukaan famili.
(6) Apakah tabiat pelik yang awak susah nak tinggalkan?
(7) Apakah perkara pertama yang awak buat bila bangun pagi?
(8) Apakah binatang yang awak paling geli dan fobia. Cerita sikit kenapa awak geli dengan binatang
tersebut.
(9) Siapa yang awak paling "adore" .. kenapa?
(10) Lagu apakah yang jadi kenangan masa awak bercinta dengan pasangan awak dulu?



Jawapan saya Untuk soalan CikLa..
  1. Nama saya Shahida, umur 32 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Mempunyai perkerjaan tetap sebagai Pembantu Perpustakaan dan juga part-timed blogger.
  2. Saya berblog semenjak tahun 2011. Memula berblog sebab nak simpan memori pasal diri, anak, family dan resepi.. Tapi kemudiannya da jadi tempat berkongsi info, masuk giveaway dan segmen rakan dan yang terbaru buat review berbayar... Alhamdulillah makin seronok berblog walaupun hanya part timed..
  3. Bila xde apa nak update di blog.. Masa nie raser macam down sangat.. 
  4. Happy bila dapat berkongsi info, menang peraduan dan menambah rakan di merata negeri..
  5. Nasi goreng.. feveret anak dan suami.. hehehe..
  6. Tidur mesti kena ada bantal busuk.. Siapa pun x leh kacau bantal busuk saya nie.. hehehe..
  7. Tengok anak-anak tidur atas tilam ke lantai..
  8. Cicak.. dulu kini dan selamanya.. memang xle.. meremang rasanya..
  9. Sebagai orang Islam dah tentulah Nabi Muhammad S.A.W.. Selain baginda saya x dapat nak fikir siapa lagi.. hehehe.. soalan ini susah tahap lautan luas.. boleh gitu.. Nanti kalau ada dan saya teringat, saya buh sini ye..
  10. Lagu tema drama Adamaya - Yang Terindah (Dakmie).

Yang Terindah - Dakmie
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

5 comments:

  1. yang cicak tu kita geng kak !! lipas n katak and yang seumpama dengannya..

    ReplyDelete
  2. pergh akak...saya baca lirik tu macam ada orang nyanyi dalam kepala ni...
    ^_^

    ReplyDelete
  3. Thanks sha sudi jwp soalan cikla... tp mmg cicak tu haiwan menggelikan seantero dunia kot.... hehe

    ReplyDelete
  4. Wahhh dah tau rahsia dia hehehhe...anyway nice to meet u ye...i follow

    ReplyDelete
  5. Salam knl kak...thnks sudi singgah blog lya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI