Sunday, June 4, 2023

7-Eleven Milk Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi coklat jenama 7-Eleven.. Kali ini coklat plain tanpa kacang.. Best coklat dia, berbaloi dengan harga.. Sha suka.. Pada Sha yang memang menggemari coklat, coklat ini boleh dibeli lagi.. Rasa dia kena dengan Sha..

7-Eleven Milk Chocolate (37g)
RM4.50

Kalau dipatah-patahkan dapatlah 8 ketul.. hehehe.. 

ebook | Dean & Jean oleh Ameera Ameer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya sempoi je.. Memang betul-betul memaparkan kisah Dean dan juga Jean.. Konflik yang penulis paparkan pun tak adalah serius, macam kemunculan pihak ketiga dan juga penentangan adik Dean.. Tapi tak serius mana pun.. Satu lagi konflik perasaan Jean yang keliru.. Okaylah untuk bacaan santai di hujung minggu..

Sha baca dan selesai pada 02.06.2023..

Published October 1, 2019 by Love Novel Publishing Sdn Bhd
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

India | Bhediya (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Memang kelakar walaupun ada unsur seram.. Sabar jelah tengok perangai masing-masing.. Haha.. Tapikan masa perubahan dari manusia kepada serigala tu, Sha yang tengok rasa ngilu.. Nampak real sangat.. huhuhu.. 

Asalnya Bhaskar ini pergi ke kawasan perkampungan tu untuk bina hutan tapi tulah, malang nasibnya bila punggung dia kena gigit serigala.. Kelakarlah juga tang punggung digigitnya.. Hahaa.. Lepas tu esoknya luka tu baik dan badan si Bhaskar ini jadi berketak-ketak.. Pendengaran dia tajam dan refleks badan dia cepat.. Esoknya, ada satu perkerja dia mati.. Dua kawan Bhaskar ini da mula syak dia seba perangai dia pelik, diorang pergi potong saluran paip masa Bhaskar ini tengah membuang sebab nak ambil sample najis untuk diuji.. BIla dapat keputusan lagi yakinlah diorang yang Bhaskar ini dah jadi serigala jadian.. huhuhu.. 

Mesej dia muda je.. Kita boleh je bina pembangunan dan kemauan tapi tak salah pun kalau kita jaga hutan yang kita ada sama.. Rupanya ini filem ketiga dari Dinesh Vijan's horror-comedy universe.. Nampak gayanya nak kenalayan jugalah filem pertama dan kedua.. kikikiki..

Bhediya
2022 ‧ Comedy/Horror/Thriller ‧ 2h 36m
Bhaskar finds himself changing after being bitten by a wolf in the forests of Arunachal. While Bhaskar begins to transform into a shape-shifting werewolf, he and his friends look for answers amid many twists, turns and laughs.

Kopi Kamboh, Janda Baik, Pahang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam bawa anak-anak jalan tapi permulaannya agak kurang best sebab terlambat disebabkan kekangan tanggungjawab hingga terlepas apa yang sepatutnya.. Namun kerana secawan kopi ini, emosi kembali pulih.. Kopi memang penenang emosi Sha.. Tambah bila dia sedap.. Lagilah cepat emosi Sha akan okay.. kikiki..Menggunakan susu kambing dan biji kopi yang terbaik, rasa kopi ini bukan sahaja memikat tekak Sha tapi encik suami juga.. Memang berbaloi sangatlah.. Cumanya tak berbaloilah kalau naik Janda Baik hanya untuk secawan kopi ini.. kikiki..

Caramel Macchiato (L) - RM20
Sedap, rasa kopi dia tu jadi lagi unph bila digandingkan dengan susu kambing segar.. Susu tu segar dan tidak berbau.. Penjual bagi Sha rasa sikit susu kambing tu.. Memang ngamlah..

Kopi Kamboh, Janda Baik, Pahang.

Antara pilihan air yang ditawarkan..

Vida Vitamin C 1000mg Sparkling Drink: Orange, Lemon & Kiwi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya air dari rangkaian Vitamin C ini ada 4 rasa tapi Sha jumpa 3 je.. Malas nak buat entry asing, Sha rangkumkan sekali je.. Senang.. kikiki.. Tapi kalau jumpa yang Pink Guava tu nanti, Sha buat entry lain.. Kiwi rasa dia pelik sikit untuk Sha.. Orange pula sedap, padu dan nyaman di tekak.. Warna airnya oren.. Lemon pun macam kiwi, ada sedikit rasa pelik dan warna airnya kuning macam lemon.. Tapi masih okaylah pada Sha.. Owh ya, ketiga-tiga air ini bergas.. Sha tidaklah minum sekaigus.. Manis wei.. kikikiki..

Vida Vitamin C 1000mg Sparkling Drink: Orange, Lemon & Kiwi (325ml)
RM2.19 setin

Saturday, June 3, 2023

US | Hypnotic (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok pula layan filem macam ini.. Semuanya bermula dengan kehilangan Minnie anak Rourke, namun penculik tak mengaku dakwaan.. Dalam masa yang sama Rourke masih lagi bertugas sebagai detektif walaupun terpaksa bertemu dengan doktor psikatri.. Semasa menyelesaikan satu kes rompakan, Rourke terjumpa gambar anaknya dan ini menyebabkan Rourke mula menyiasat siapa lelaki yang cuba menrompak tu.. Penyiasatan Rourke menemukan dia dengan pakar hipnotik.. Apa yang berlaku bukanlah perkara sebenar.. Penghujung dia memang tak disangka lah.. kikiki.. Nice..

Hypnotic
2023 ‧ Action/Thriller/Mystery ‧ 1h 33m
Director: Robert Rodriguez
Writers: Robert Rodriguez ‧ Max Borenstein
Determined to find his missing daughter, Detective Danny Rourke finds himself spiraling down a rabbit hole while investigating a series of reality-bending crimes. Aided by Diana Cruz, a gifted psychic, Rourke simultaneously pursues and is pursued by a lethal specter, the one man he believes holds the key to finding the girl.

10 Tahun Dahulu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ambil cuti tanpa gaji selama 7 bulan demi kesihatan mental..

Maaf pada yang terkeliru.. Ini kenangan 10 tahun dahulu.. 

FB imbas semula kenangan..

7-Eleven Manggo Gummy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Peknya besar namun isinya tak adalah banyak mana.. Bersesuaianlah dengan harga dia.. kikiki.. Lama dah Sha cari gummy mangga ini.. Akhirnya jumpa juga.. Mewah dengan rasa mangga.. Paling best dia pek secara individu.. kikiki.. Senanglah nak makan dan simpan.. Gitu..

7-Eleven Manggo Gummy (40g)
RM2.90

10pcs

US | SNAG (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang lelaki yang menyendiri selepas keksaihnya mati depan mata terpaksa buat kemunculan semula bila dia dapat tahu yang kekasihnya masih hidup dan ditangkap gengster.. Cerita ini tak adalah serius sangat cumanya tak sesuai tengok dengan anak-anak.. Sha pun tertengok je sebenarnya.. Sambil-sambil buat kerja, sajalah pasang nak bagi meriah.. Layanlah walaupun kelakar dan tak berapa nak real.. kikiki.. Tapi tu lah, bersambung pula.. huhuhu..

SNAG
Original title: Snag: Chapter One
2023 ‧ Action/Mystery/Thriller ‧ 1h 23m
An Australian lone wolf's quiet existence is shattered when he learns that the woman he once loved and thought was dead is alive and held captive by ruthless gangsters. Now, to take on this dangerous criminal organization, he must seek out allies and storm into a world of violence to rescue the love of his life in this gritty, modern day violent fairy tale.

Friday, June 2, 2023

7-Eleven Hazelnut Milk Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tu dia.. 7-Eleven pun dah keluarkan jenama coklat dia.. Cantik warna pembungkusan dia.. Cuma tu lah.. Tertipu pula tengok iklan dia.. Iklan dekat rak kata harganya RM3.50, tapi bila bayar RM4.50.. Sha perasan sebab minta resit, tu pun bila dah sampai rumah.. Pelik juga bila congak-congak sambil memandu.. Rupanya harga dia berbeza RM1.. huhuhu..

7-Eleven Hazelnut Milk Chocolate (37g)
RM4.50

Ada perkataan 7-Eleven dekat bar coklat tu..

Kacang hazel dia bukanlah seketul-seketul sebaliknya hancur tapi banyak.. Okaylah bila gigit tu ada rasa kacang..

Coretan 02 Jun 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha jatuh cinta lagi dengan perkerjaan Sha.. Teruja rasanya bila ada yang masuk dan melawat serta bertanyakan tentang buku.. Bahagia dan gembira sangat.. Teruja dia lain macam.. Lama dah tak merasa perasaan macam ini sejak berkerja di tempat baru.. hehehe..

Terima kasih sudi berkunjung dan bertanya tentang buku.. Pengalaman indah tahun 2023 ini..

Bersama Dr. Nomee Ashikin Dato' Mohammed Radzi dan Pengarah Hospital..

Berbual-bual tentang buku..

Lepas tu ada prbualan tambahan mengenai jenis buku, macam mana kalau nak menyumbang dan skop kerja Sha.. Malah sempatlah juga Sha bagi tahu mengenai Pinjaman Kelompok yang disediakan oelh PNM..

US | The Quest for Tom Sawyer's Gold (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pengembaraam yang menarik.. kisah 3 pelajar sekolah yang mengembara mengikuti buku catatan Tom Sawyer's demi mencari peti emas.. Pengembaraan yang sempoi dan kelakar ini diikuti oleh mak salah seorang pelajar tersebut dan juga seekor kucing yang boleh bercakap.. Filem yang santai untuk ditonton bersama anak-anak semasa cuti sekolah.. Ada pula watak buaya yang tiba-tiba boleh bercakap.. kikiki.. Kelakar dan seronoklah..

The Quest for Tom Sawyer's Gold
2023 ‧ Adventure/Family ‧ 1h 28m
A risk-averse English teacher is forced to face her fears when several of her students venture alone into the southern wilderness in search of Tom Sawyer's long lost gold.

Nomik | Nini Super Diva oleh Ney Joehan & Maghfirah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gabungan tulisan dan ilustrasi.. Macam gambar dibawah..

Buku ini menceritakan tentang Nini.. Penceritaan disampaikan dalam bentuk catatan diari Nini.. Nini telah berpindah ke tempat baru dan sekolah baru.. Di sekolah baru ini, Nini dapat kawan baru dan dia menyertai kelab muzik.. Nini juga menyertai persembahan drama.. Menarik sebagai bacaan santai.. Comel kerekter Nini ni.. hehehe.. 

Sha baca dan selesai pada 02.06.2023..

Published 2019 by PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Sha pinjam Perpustakaan

Nestle TRIX Cereal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab Imani minta.. Bukan setakat berwarna warni dan berbentuk buah, rasa dia pun rasa buah.. Memang best makan macam tu sahaja atau dengan susu.. Berperisa dan cantik di mata.. kikiki.. Beli di Shopee lagi murah pula.. huhuhu..

Nestle TRIX Cereal (330g)
RM9.31

Berwarna warni.. 

Thursday, June 1, 2023

Korea| Decoy: Part 2 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gila.. Memang gila.. Bukan takat jahat dalam menipu tapi kejam betul membunuh.. Sudahlah mangsa ditipu duitnya, bila mangsa suruh polis menyiasat dan dia terpaksa lari ke China tetap juga dia berdendam dengan mangsa.. Memang betul-betul gila mamat Noh Sang Cheon ini.. Bolehlah pula dia berdendam dengan mangsa.. Alasan dia mangsa menyebakan dia terpaksalari ke China dan hidup melarat.. Walhal dia yang tipu mangsa.. Geram je Sha tengok mamat Noh Sang Cheon ini.. 


Drama: Decoy: Part 2
Director: Kim Hong Seon
Screenwriter: Kim Jin Wook
Genres: Thriller, Mystery, Crime, Drama
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Apr 7, 2023 - Apr 21, 2023
Aired On: Friday
Duration: 58 min.
Just under a decade ago, South Korea was shaken to the core by a financial fraud project. Thousands of unsuspecting victims were tricked into investing their life savings. After the project was exposed as a scam, its mastermind Noh Sang Cheon ran away to China in a bid to escape the police. But he was soon after reported to have died in mysterious circumstances. The trail went cold. But some eight years after he was reported dead, the evidence appears to suggest that the notorious fraudster is still alive! A spate of killings begins, with Noh Sang Cheon apparently linked to the deaths.

Trying to piece together the truth is the police officer and former lawyer Goo Do Han. Also on a quest for truth is a reporter named Cheon Na Yeon. She believes that a number of the murders have been covered – and that police investigations into the death may have been botched. The stakes begin to rise as games become deadly. What is really happening? And what role does Noh Sang Cheon play in these fatal events?

Goodreads | Mei 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Semangat membara kembali.. kikiki.. Tapi tu lah, layan ebook juga mudah.. Telefon sentiasa dekat tangan, jadi mudah sangat nak akses ebook.. Sebelum lelapkan mata biasanya Sha akan baca 1 ke 2 bab.. Sha baca juga buku fizikal sebab buat katalog.. Sambil-sambil tu kita layan sebuah dua.. kikiki..






Coretan Kenangan 31 Mei 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha terlibat dengan aktiviti Jabatan iaitu Sambutan Aidilfitri.. Yup sambutannya diadakan bukan dalam bulan Syawal kerana kekangan masa.. Meriahlah sebab setiap jabatan/unit akan hidangkan menu yang berbeza.. Ada gerai biskut raya, buah potong, rojak buah, sate, lemang dan rendang, nasi tomato, laksa, lontong, air balang, cendol, bubur kacang hijau, sandwich, kuih muih dan lontong.. Ini apa yang Sha nampak orang makanlah.. Sha memang tak tinggalkan gerai Sha pun sebab lauk ayam tu kena cedok, kalau tak ada yang ambil 2 ketul.. huhuhu..

Sha sempat makan cendol, rojak buah, buah potong dan kuih muih je.. Lain-lain hanya tengok orang lalu lalang bawak.. kikiki..

Sempat bergambar di pintu gerbang..

Gerai kami yang Sha akan bertugas nanti..

Antara gerai yang ada..

Ada gerai biskut raya juga..

Cantik dekorasinya..

Tengah bertugas.. Ini je gambar yang ada.. huhuhu..

Massimo Divino Chocolate Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap rotinya.. Makan bersama secawan kopi.. Krim berganda namun tak manis.. Bolehlah untuk dibeli lagi.. Harganya mahal 20 sen.. kikiki..

Massimo Divino Chocolate Hazelnut
RM1.40

Rotinya warna coklat dan ada cream coklat dan hazelnut..

Wednesday, May 31, 2023

US | Shazam! Fury of the Gods (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pertama dia, Sha tak tengok pun lagi.. Tapi okay je, boleh je faham jalan ceritanya.. Tak perlu nak fikir beria.. 2 anak Titan Atlas, tak puas hati dan nak balas dendam.. Jadinya diorang ni pecah masuk muzium dan curi tongkat ahli sihir yang telah dipatahkan Shazam.. Rupanya tongkat tu pelindung antara dunia magic dan dunia manusia.. Bila da patah, faham-faham jelah.. Shazam pula tengah hadapi krisis dengan rakan-rakan super hero dia.. Budak baru nak dewasakan.. 

Okaylah sebab dia memang layak pun diberikan kuasa oleh ahli sihir.. Pengorbanan dia tu..

Shazam! Fury of the Gods
2023 ‧ Action/Fantasy ‧ 2h 10m
Bestowed with the powers of the gods, Billy Batson and his fellow foster kids are still learning how to juggle teenage life with their adult superhero alter egos. When a vengeful trio of ancient gods arrives on Earth in search of the magic stolen from them long ago, Shazam and his allies get thrust into a battle for their superpowers, their lives, and the fate of the world.

ebook | Aku Tetap Setia oleh Ameera Ameer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak tahu pula yang buku ini sambungan.. huhuhu.. Tapi okay je kalau tak baca buku pertama dia.. Boleh je faham keseluruhan cerita dalam buku ini.. Kisah selepas Ku Arif dan Dania yang dah berkahwin.. Adalah konflik kecil-kecil untuk hubungan suami isteri.. Plaing meruntun kisah anak merekalah.. Biasaah naluri seorang mak kan.. Okaylah jalan cerita dia.. Santai je.. Tak ada stress sangat nak baca..

Sha baca dan selesai pada 31.05.2023..

Published December 1, 2016 by Anaasa Publication
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

7-Eleven Roasted Nuts: Roasted & Salted Mixed Nuts

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita cuba kacang masin dari 7-Eleven pula.. Okaylah untuk jadi snek semasa membaca.. Tak terlalu masin.. Ngam-ngam je.. Jumla kacang pun nampak seimbang je.. Ada badam, gajus dan kacang tanah.. Jadi kesukaan Sha sebab kacangkan.. Kuantiti dia sesuai sangat untuk snak semasa membaca buku atau menonton drama..

Roasted & Salted Mixed Nuts (50g)
RM5.90

Kacang Tanah, Kacang Gajus dan Kacang Badam..

Novel | Kanvas Cinta Kita oleh Khairul Aswad Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak puas hati betul dengan penulis.. Huhuhu.. Penjahat sebenar terlepas, yang tak bersalah pula terpaksa menjadi pelarian.. Memang kejam tau penulis tinggalkan cerita tergantung.. huhuhuhu..

Kisah Daniel seorang penulis yang tersohor membuat kemunculan semula.. Rozita pula penulis yang naik semasa Daniel menyepikan diri.. Namun Rozita punya sikap yang agak kurang baik bila dia mempermainkan Johari semata-mata ingin mencari ilham menulis novel.. Pertemuan Daniel dan Rozita merupakan kebetulan hinggalah mereka akhirnya berkahwin.. Namun Rozita telah mengumpul musuh hingga menggaggu hubungan antara dirinya dan Daniel.. Semuanya menjadi tragedi yang tak dijangka..

Penulis menyampaikan cerita dengan cara yang menarik.. Bermula dengan kisah yang berlaku awalnya dan diselang selikan dengan kisah yang dah terjadi secara berselang seli..

Sha baca dan selesai pada 31.05.2023..

Published January 1, 1999 by Rhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.
Sha pinjam Perpustakaan

Wordless Wednesday 2023

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com