Showing posts with label My Kids. Show all posts
Showing posts with label My Kids. Show all posts

Saturday, May 23, 2026

Coretan 23 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini kuarters tak ada elektrik dari pukul 9 pagi sampailah jam 4 petang.. Ini ikut surat yang diedarkan tapi realitinya berbeza ya kawan-kawan .. Jam 9.38 pagi baru elektrik tiada dan jam 6.21 petang barulah muncul balik.. Ada masalah teknikal katanya.. Jenuhlah penghuni kuarters menghubungi TNB berkali-kali, barulah ada balik elektriknya.. 

Hari ini seawal jam 3 pagi lagi Sha dah bangun sebab encik suami nak gerak ke luar kawasan.. Memang selalu macam tu lah.. Sha bangun sama..  Lepas tu memang terus berjaga sampai ke siang..

Pagi tadi Sha siap-siap untuk briskwalk dengan Amani.. Lepas briskwalk, keluar beli roti canai.. Kemudian kita menung ja lah dekat rumah.. Nak keluar merayap pun, tak tahu nak ke mana.. Tengah hari hujan dan berangin, sejuklah sikit cuaca.. Petangnya bawa anak-anak ke ECO Shop.. 

Jadilah 42 minit..

Pukul 11.30 pagi Sha bawa anak-anak pergi kenduri kahwin dekat CB Wedding.. Banyak ja manisannya tapi tak termakan.. Sha ambil bubur kacang hijau ja..

Sha bawa anak-anak ke Kenangan Coffee jam 3 petang lepas hujan berhenti.. Memang encik suami bagi duit suruh berjalan.. Nak ke Rawang, macam jauh sangat.. Jadinya ke Tanjung Malim ja lah kita.. Sha makan Strawberry Cheesecake dengan Salted Caramel Macchiato.. Amani pilih air Iced Shaken Strawberry Tea dengan Buttermilk Popcorn Chicken Rice.. Imani pula makan Chicken Lasagna dengan Sparkling Strawberry Lemon Tea.. Okaylah makanan dia.. Kopi dia memang padulah.. Pilih regular pun tak manis.. Mantap.. Anak-anak pun suka dengan makanan dan minuman tu..

Lepas tu Imani minta nak makan Mac & Cheese pula, lapar lagi katanya.. Sha tambah juga air Iced Shaken Passion Fruit Tea.. Dua-dua ini sedap..

Friday, May 22, 2026

Meraikan Hari Guru di SMK Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kebetulan Sha memang bercuti hari ini jadinya Sha ke sekolah sebagai AJK PIBG.. Hadir memeriahkan sambutan kecil pihak sekolah.. Temanya colour blocking, jenuhlah fikir nak pakai baju apa.. Sudahnya kita tanya ChatGPT ja lah.. Sha masukkan gambar baju, tudung, beg tangan dan kasut.. Siap dengan aksesori dia cadangkan.. Tak naklah terlalu striking.. Karang terkujat anak-anak.. kikiki.. Majlis yang sederhana namun meriah bersama guru-guru dan pelajar..

Ini outfit Sha.. Sha tukar kasut tu dari hitam kepada maroon..

Ini hasil akhir dari ChatGPT
Kalau saya bayangkan full outfit awak:
🟥 Tudung merah
🟩 Plaid hijau
🤎 Beg coklat vintage
⬛ Seluar hijau gelap
⬛ Kasut hitam
…memang nampak paling smooth dan aesthetic ✨
Macam watak utama novel thriller yang singgah bookstore sebelum hujan turun 🌧️📚

Thursday, May 21, 2026

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti sebab Sha nak ke sekolah anak untuk Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 14 sebagai AJK PIBG dan sokongan untuk anak-anak yang sertai perbarisan.. Anak-anak Sha suruh sarapan dulu siap-siap di rumah.. Mereka nak berkawad dan berdiri lama, jadi perlulah makan supaya bertenaga.. Sha tinggalkan anak-anak di sekolah jam 6.50 pagi.. Sha pula ke sekolah sekitar jam 7.30 pagi.. Sebelum jemputan VIP sampai.. Sempatlah Sha grab sarapan pagi dulu sebelum ke sekolah.. Mujurlah VIP sampai awal dan tidak berucap panjang.. Tak adalah lama sangat di padang.. Anak-anak tak nak balik awal.. Jadinya tunggu jugalah sampai habis.. 

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 14 SMK..

Anak-anak Sha masuk perbarisan Puteri Islam.. Lawa betul baju seragam diorang ini.. Zaman Sha dulu pakai baju kurung ja.. Tudung dan kain warna merah jambu, baju warna putih..

Wednesday, May 20, 2026

Coretan 20 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, hari ini perut dah okay.. Pagi tadi anak-anak ajak singgah 7E nak beli sandwich dengan popcorn chicken.. Sha layan ja, bukan selalu.. Lagipun tak ada apa yang nak dikejar.. Hari ini tetaplah ada koko.. Siap ada Perhimpunan Bulanan Kokurikulum lagi sebelah paginya.. Petang lepas koko, ada pula latihan perbarisan.. Selagi belum sukan, berlatih ja lah.. Sha bagi duit lebih selain bekal.. Penat berkawad, mesti lapar punya.. 

Sahur Sha pagi tadi.. Makan roti ja.. Tak lalu nak makan nasi.. Anak-anak pun bawa bekal mudah ja pagi tadi..
Anak-anak kena pakai baju ini esok untuk perbarisan.. Sekolah pinjamkan, jadinya tak payahlah beli.. Basuh dulu semalam.. Petang tadi suruh anak-anak gosok siap..

Friday, May 8, 2026

Coretan 08 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Amani bawa telefon bimbit ke sekolah untuk pertandingan National Science Challenge.. Makluman penyertaan ini cikgu dah bubuh dalam group kelas pada 10 Mac 2026.. Hari Selasa (05.05.2026) lagi Amani dah minta kebenaran dari Sha nak guna telefon bimbit, Sha okay ja sebab untuk pertandingan.. Rabu (06.05.2026) dia bawa balik borang kebenaran bawa telefon bimbit ke sekolah untuk Sha tandatangan.. Sha tak tahu pula kata Imani pun sertai pertandingan ini sebab Imani diam ja.. Bila Sha tanya Amani, barulah tahu penggunaan telefon bimbit hanya untuk pelajar menengah atas sahaja.. Imani pula akan guna komputer sekolah untuk menjawab.. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar.. 

Semoga berjayalah kedua-duanya.. Pengalaman buat kedua-duanya.. Kalau ada rezeki bolehlah ke peringkat yang seterusnya..


National Science Challenge (NSC) 2026 kini kembali dengan tema “Memantapkan Asas Sains untuk Masa Depan yang Berdaya Tahan dan Inklusif”. Program ini merupakan platform utama bagi mencungkil bakat serta memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang berumur antara 13 hingga 16 tahun. Antara kelebihan dan peluang yang menanti para peserta termasuklah:

· Pengiktirafan: Sijil penyertaan peringkat kebangsaan untuk semua peserta.
· Mentor Eksklusif: Bimbingan terus daripada saintis terkemuka dan pemain industri.
· Kem Sains: Peluang menyertai kem sains bersama-sama pelajar berbakat dari seluruh Malaysia.
· Hadiah Utama: Piala Pusingan YAB Perdana Menteri dan lawatan sambil belajar ke luar negara.

Sehubungan dengan itu, pendaftaran kumpulan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi di www.nsc.my bermula 12 Februari 2026 hingga 1 April 2026. Garis masa ringkas program adalah seperti berikut:

Peringkat Awal : Kuiz Individu
27 April – 8 Mei 2026

Peringkat Negeri : Cabaran Saintifik
18 Mei – 24 Julai 2026

Separuh Akhir : Kem Sains
1 Ogos – 6 September 2026

Peringkat Akhir : Pertandingan Akhir
7 September 2026

Thursday, May 7, 2026

Coretan 07 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini encik suami hantar Sha kerja.. Awal tu dia ajak naik motor tapi Sha suruh bawa kereta ja.. Boleh sembang-sembang.. Bukan selalu dapat berdua-dua begini.. Sempatlah belikan nasi lemak sedap untuk beliau tapi tu lah, nasi lemaknya dah makin sikit.. Tak macam mula-mula beli.. huhuhu.. 

Petang balik kerja, Sha ajak encik suami ke Pasar Malam cari jagung rebus.. Ini ja patutnya nak beli.. Tapi tu lah bila dah ke pasar malam kan.. Ada ja makanan lain yang nak di beli..

Tapi tu lah.. Sempat juga beli buah-buahan.. Sha beli buah mangga (RM10 - 2kg), oren (RM10 - 1.2kg), jambu (RM10 - 4 biji) dan epal (RM10 - 8 biji).. Lepas tu beli juga kaya ball dan cendol untuk anak-anak..
Hari ini anak ada sukantara, acara lompat jauh dan lari 100 meter.. Sebelum cuti nanti ada Kejohanan Sukan Sekolah.. 

Friday, May 1, 2026

Kembali Bersenam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama jugalah tak melakukan aktiviti senaman ini.. Bila dah di tegur, nak tak nak kena jugalah bersenam.. Usia pun dah makin meningkat, memang kena jugalah bersenam.. Itupan lambat juga kami keluar, jemur baju dulu.. Sha ajak Amani dan Imani sekali.. Encik suami ada kerja nak buat.. Kami pusing dalam kawasan Politeknik ja.. Dapatlah dalam 40 minit.. 

Bertiga ja kami.. Mula jam 7.32 pagi sampai 8.15 pagi..

Separuh jalan baru terfikir nak buka aplikasi ini.. Jadilah untuk permulaan..

Lepas senam, Sha bawa anak-anak makan roti canai.. Lama jugalah diorang tak ke kedai ini..

Singgah jugalah Zus, Amani nak Mango Creamy dan Imani nak Matcha Latté.. Lepas tu dapat air mineral Zus percuma, pelekat dan tag untuk straw tu..

Thursday, April 9, 2026

20 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha bersahur seorang diri sebab encik suami tidur di rumah MIL.. MIL tiba-tiba berada dalam keadaan yang kurang stabil dan perlu penjagaan.. Harapnya tak ada apalah.. 

Sempatlah Sha masakkan nasi goreng dan ayam goreng untuk bekal Amani ke sekolah.. Imani tak nak bawa bekal hari ini.. Nak duit lebih ja.. Layankan ja lah..

Menu sahur Sha pagi tadi.. Tak lalu betul nak makan 2,3 hari ini.. Pagi ini sahur sorang, tu yang makan ringkas ja.. Roti 3 keping, kurma 3 biji, buah oren, kopi dan air kosong..

Petangnya Sha ke pasar malam cari buah.. Macam menarik pula strawberry ini.. Sha belilah sebekas.. Lepas tu beli juga buah pear hijau dan oren.. Jambu mahal pula jadi kita tak beli.. kikiki.. Strawberry putih tu okaylah.. Masam manis rasa dia.. Jadilah untuk 2,3 hari ini..

Inilah tujuan utama ke pasar malam.. Mencari lemang potong.. Sepotong ini RM3, rendang daging tu pula RM4.. Rendang tu sikit sebab Sha makan separuh ja.. Banyak juga penjual tu bagi rendang.. Sedaplah lemang dia, lemak.. Puas makan walaupun sepotong ja..

Saturday, April 4, 2026

Hari Kecemerlangan Sekolah Agama Sesi 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Isnin (30 Mac 2026) Sha terima jemputan dari Ustazah Sekolah Agama Imani untuk hadir ke sekolah agama Imani bagi Majlis Kecemerlangan sesi 2025.. Sekolah agama memang selalu buat lambat.. Kebetulan mereka tunggu keputusan UPKK sekali hari tu.. Lepas tu Ramadan pula.. Jadinya teruslah 3in1 majlisnya.. Sha hadir bersama Imani dan encik suami.. 

Majlis bermula dengan Mesyuarat Lantikan Jawatankuasa untuk Jemaah KAFAi Ar Rahman.. Lepas tu penyampaian hadiah dan akhir sekali baru jamuan raya.. Sha balik jam 10.45 pagi..

Mesyuarat Agong, Hari Kecemerlangan dan Sambutan Hari Raya
📅 Tarikh: 4 April 2026
🔖 Hari : Sabtu
🕘 Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Dewan KafaI Ar-Rahman

Friday, March 13, 2026

Kasut Raya Anak-Anak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli atas talian ja kasut raya anak-anak.. Sha buat pesanan pada 07 Mac 2026 dan kasut sampai pada 12 Mac 2026.. Lambat betul.. Sepatutnya sampai lagi awal tapi okaylah sebab dapat voucher tambahan RM5.. kikiki.. 

Kasut jalan anak-anak ini Sha beli kali terakhir pada Julai 2024, Memang dah lunyai habislah.. Itu ja sepasang sorang.. Jadinya raya kali ini Sha belikan lah kasut baru sepasang sorang.. Tapi tu lah, tak banyak pilihan saiz sebab beli atas talian ja.. Kalau ikutkan Amani, dia nak warna ungu.. Stoknya tinggal saiz kecik.. Imani pula nak sneakers, pun tak ada saiz.. Makanya kita beli mana yang ada saiz jelah.. Masa sampai tu, Sha ingat terbeli besar.. Bila anak-anak pakai, elok ja ngam.. Alhamdulillah.. 

Puma (Rose Gold) - RM159.12
Puma (Black) - RM139.90

Saturday, February 28, 2026

Mesyuarat Agung PIBG SMK kali ke-16

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha ke sekolah menengah untuk Mesyuarat PIBG.. Mesyuarat mula 8.15 dan berakhir jam 12.30 tengahari.. Ucapan YDP PIBG, Pengetua dan perasmi sekejap ja.. Pembentangan dan cabutan bertuah yang lama.. Cabutan bertuah 3 kali.. Setiap sesi ada 2 kategori iaitu ibu bapa dan guru.. Cabutannya dibuat asing supaya semua merasa.. Alhamdulillah banyak jajajn yang Sha bawa pulang kali ini termasuk cabutan bertuah.. Rezeki bulan Ramadan.. Akhir sekali ada hadiah busana tercantik.. Mesyuarat kali ini bertemakan pakaian tradisional.. Jadinya pemenang dibahagi kepada 2 iaitu 3 kaum ibu dan 3 kaum bapa.. Ramai juga ibu bapa yang hadir tanda sokongan.. Alhamdulillah.. Sha masih berpeluang menyumbang bakti sebagai AJK PIBG untuk sesi 2026/2027..

Buah tangan untuk AJK PIBG..

Buah tangan untuk semua mak ayah..

Sijil penghargaan dan cawan untuk AJK sesi 2025/2026..

Cabutan bertuah dapat duit raya.. Alhamdulillah..

Mesyuarat Agung PIBG SMK kali ke-16..

Thursday, December 18, 2025

Sanjungan Budi Setulus Hati

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Ustaz Imani maklumkan hari ini ada majlis Sanjungan Budi Setulus Hati, Pertukaran Guru Setara untuk tiga orang guru yang akan bertukar ke sekolah baru untuk sesi 2026 nanti.. Salah seorang guru tu guru kelas merangkap guru Matematik Imani dan yang seorang lagi guru yang mengajar Imani subjek Bahasa Inggeris.. Jadinya petang semalam singgahlah TF Value Mart mencarikan hadiah.. Beli 3 walaupun yang seorang lagi tu tak mengajar Imani.. Bak kata Imani, kesian cikgu tu nanti tak dapat hadiah.. Sha ikut ja permintaan Imani.. Macam semalamlah, ada majlis persaraan tapi tak ada makluman kepada pelajar.. Jadinya tak ramailah yang bawa hadiah.. Imani macam sedih jugalah tak boleh bawa hadiah semalam.. Tu yang hari ini dia nak bagi juga pada kesemua cikgu tu.. Sha ikutkan aja.. Bukan nak kena beli mahal-mahal pun.. Cari yang boleh guru tu gunakan dan harganya berpatutan.. Ingatan tu yang penting sebenarnya.. Jenuh jugalah pusing-pusing mencari hadiah yang sesuai dengan budget dan mudah untuk Imani bawa.. 

Walaupun ada makluman yang hadiah itu tidaklah wajib tapi, tak salah memberi sebagai kenangan.. Lagipun hadiah tak semestinya kena mahal.. Tanda ingatan tu yang perlu sebenarnya.. Menghargai jasa dan bakti yang dicurahkan guru kepada murid..

3 yang dalam beg kertas tu dari Imani.. Sha suruh dia buat kad ucapan sendiri.. Tu yang dia tampal kertas pada paper bag tu.. Bunga tu untuk kawan Imani.. Kawannya minta buatkan dan bawa sekali pagi ini..

Semangat Imani dengan hadiah-hadiahnya..

Saturday, December 6, 2025

Fail Peribadi Murid - Sekolah Agama Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Khamis Imani bawa balik fail peribadi sekolah agama yang mengandungi sijil dan buku laporan.. Bila tengok dalam dia ada sijil-sijil dan juga laporan pentaksiran Sahsiah.. 

Sekejap ja dah habis sekolah rendah.. Lepas ini tak adalah nak ke Selangor dah hantar atau ambil Imani.. huhuhu.. Anak-anak makin dewasa, mak ayah makin menua.. Begitulah lumrah kehidupan.. 

Terima kasih ustaz dan ustazah Sekolah KAFA Integrasi Ar-Rahman untuk 6 tahun yang sangat bermakna.. 2 Januari 2020 hinggalah Disember 2025..

Tak ada gambarnya.. 

Sijil yang ada Sijil Penghargaan Pengawas, Sijil Pemantapan Amali Fardu Ain, Pentaksiran Sahsiah, Sijil Penghargaan Khat dan Sijil Penyertaan Program Motivasi Qiamullail..

Hari Jumaat Imani bawa bali Sijil Tamat Persekolahan Sekolah Agama Negeri Selangor pula.. Awal sekolah bagi sijil tamat sekolah ini.. Sha pula yang sayu.. 

Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 Peringkat Sekolah Kebangsaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Habis juga sesi mengaji Imani untuk Program Khatam Al-Quran di sekolah kebangsaan.. Kelas mengaji Imani bermula pada 11 Ogos 2025 setiap jam 8.00 malam di Behrang 2020 bersama ustazah Aida.. Kebetulan terjumpa ustazahnya di kedai makan, jadi ustazah maklumkan pada Sha.. Sebelum itu, Imani pun ada maklumkan dekat Sha.. Kelasnya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja atau kalau ustazahnya berkelapangan kelas akan dibuat juga pada malam hari Sabtu, Ahad dan cuti sekolah..

Tapi hujung bulan September sampailah hujung bulan November terhenti sekejap disebabkan pembedahan gigi Imani, lepas tu ada peperiksaan PSRA dan Peperiksaan UASA pula.. 01 Disember ustazahnya mesej dan minta Imani datang mengaji balik untuk sesi malam.. Walaupun mengaji sesi malam ini terhenti lama, tapi Imani masih lagi teruskan mengaji di sekolah pagi bersama 2 lagi ustazah selepas habis peperiksaan UASA hari tu.. Setiap harilah Sha tanya progress dia.. Alhamdulillah.. Memang setiap hari ada ja sesi bersama ustazahnya untuk mengaji.. Rabu (03.12.2025) Imani bagi tahu dia dah khatam dekat sekolah kebangsaan.. Ustazahnya bagi sedikit hadiah meraikan Imani.. Alhamdulillah.. Habis dah sesi mengaji di sekolah dan juga di rumah ustazah.. 

Hari Selasa (02.12.2025) Guru kelas Imani bagi pemakluman Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada hari Jumaat (05.12.2025) pagi di Sekolah Kebangsaan dan pelajar diminta memakai baju kurung serta tudung selain hitam.. Kasut wajib kasut sekolah.. Imani dan pelajar yang khatam dihadiahkan dengan Al-Quran, Sijil dan telekung untuk pelajar perempuan..

Rabu tu juga Sha belikan bahan untuk buat pukut kuning dan minta pengasuh rumah transit masakkan.. Petang Jumaat Sha bagi pada jiran-jiran dan ustazah mengaji Imani beserta sedikit hadiah.. Alhamdulillah..

Sunday, September 21, 2025

Kelas Tambahan Tahun 6

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula 13 - 21 September 2025 (16/09/2025 - Cuti), setiap pagi Sha akan hantar Imani ke sekolah agama untuk kelas tambahan.. Kelas tambahan ini diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan PSRA yang dijangka akan dilaksanakan pada hujung bulan September.. Okaylah pada Sha sebab usaha dari ustaz dan ustazah haruslah dihargai dengan menghadirkan diri.. Sha memang sedaya upaya usaha hantar juga Imani ke sekolah agama walaupun Rabu tu, Sha dah mula kerja dan encik suami berada di luar kawasan.. Sha tak naklah hampakan usaha ustaz dan ustazah yang mengorbankan waktu cuti mereka untuk anak-anak ini.. Cuma pada hari Jumaat (19.09.2025) ja Imani tak perlu ke sekolah, sebaliknya kelas tambahan diadakan secara atas talian menggunakan Google Meet.. Sepanjang kelas tambahan tu semalam dan hari ini ja encik suami yang uruskan.. Imani minta ayahnya hantar guna motor..

Semoga segala usaha dan tenaga yang dicurahkan ustaz dan ustazah mendapat balasan ganjaran yang baik dari Allah.. Aamiin..

Ini Sha beli masa hari ketiga dia semangat ke kelas tambahan sebagai hadiah.. Sukalah dia..

Wednesday, September 3, 2025

Imani dan Sambutan Merdeka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang, Imani bawa baik hadiah dan lukisan yang diwarnakan.. Ada pertandingan sempena Sambutan Kemerdekaan di sekolah Imani.. Menang tempat pertama.. Sukalah dia.. Sha simpan sini untuk kenangan bersama..

Hasil kerja Imani

Hadiah Tempat Pertama
Ada buku nota, pemadam, pensil, gam dan sedikit jajan..

Sunday, August 31, 2025

Ganti Kasut & Beg Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas Sha perasan beg sekolah Amani dah terkoyak besar.. Amani ini kalau Sha tak periksa atau perasan, memang dia tak akan bagi tahu.. Selagi boleh pakai, dia pakai ja.. Imani pun sama.. Mereka serba salah sebab selalu nak ganti beg dan kasut.. Pada Sha dan suami, ini keperluan bukannya kehendak jadi kalau dah rosak memang kena gantilah.. Semalam Sha keluar beli barang rumah, terus cari beg dan kasut mereka.. Sha simpan sini untuk rekod berapa lama kasut dan beg ini akan bertahan.. Kasut dan beg Amani sebelum ini hanya bertahan 4 bulan sahaja, Sha beli pada April 2025..

Kasut Amani ini dari awal bulan dah koyak tapi dia kata boleh pakai lagi.. Koyak di bahagian tepi.. Kasut keluaran Bata ini.. Baru lagi beli..

Imani punya kasut pula, patah dan koyak dibahagian tapak.. Sama juga dari bulan lepas lagi rosaknya..

Ini beg sekolah Imani.. Terkoyak bahagian atas..

Ini pula beg Amani.. Sama juga koyak bahagian atas, tapi lagi tetuk koyakkannya.. Ada kesan jahit, dia jahit untuk guna lagi.. Beg mereka ini berat, banyak buku nak kena bawa.. Memang mudahlah nak rosak..

Kasut baru.. Kali ini Sha beli di PasarayaKu.. Amani punya RM31.50 dan Imani punya RM30.00.. Kita tengok berapa lama kasut ini akan bertahan..

Beg sekolah Amani dan Imani.. Kali ini Sha beli di Pasaraya Hari Hari.. 2 ini RM99.80.. Sama ja bentuknya, warna ja berbeza.. 

Wednesday, August 13, 2025

Projek Sains Amani #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Projek ini nama dia Model Bangunan Teknologi Hijau.. Gabungan subjek Sains, PSV, RBT dan Bahasa Melayu kata Amani.. Kelas Amani memang buat model rumah sahaja.. Kelas lain ada yang buat kilang dan bagunan lain.. Pertandingannya pula untuk semua kelas tingkatan 3.. Amani dan kawan-kawan dia gigih buat untuk dapatkan markah PAJSK.. Seminggu serabut rumah dibuatnya.. Tu belum dia minta bawakkan ke DIY untuk beli rumput karpet, lampu dan bunga hiasan buat tambah pada projek ini.. kikiki.. Mak memang kena siapkan duit tambahan ja bila anak-anak masuk sekolah ini.. Tiba-tiba ja kena beli bahan untuk projek sekolah.. Naknya pula, tiba-tiba.. Nak tak nak memang kena tunaikanlah.. Keperluan pembelajaran di sekolah kan.. Bukan kata sekolah menengah, sekolah rendah pun sama ja sekarang ini..

Pertandingan dijalankan pada pagi tadi dan pemenangnya kata Amani semua dari kelas Amani.. Tempat pertama, kedua dan ketiga kesemuanya kumpulan dari kelas Amani.. Memang dasyatlah modelnya kata Amani.. Cikgu kelas dia pun tak sangka mereka yang akan menang.. Model kumpulan Amani tak menang tapi usaha mereka tetap ada markah..

Buka balik semuanya.. Huru hara rumah dibuatnya.. 

Pemandangan depan.. Siap ada lampu..

Pemandangan atas..

Pandangan akhir Rumah Teknologi Hijau.. Makin meriah dan besar tapaknya..

Monday, August 11, 2025

Projek Sains Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas Amani sebok dengan projek Sains dia.. Projek berkumpulan tapi huru hara rumah dibuatnya.. Adoilah anak.. Kerja ini kerja kumpulan tapi Amani tak minat nak jadi pembentang tu yang dia gigih siapkan.. Ini hasil kerja untuk pertandingan dalam kelas.. Amani dan kumpulan dapat saguhati..

Hujung minggu masih lagi mengerjakan projek ini bersama seorang lagi kawan untuk pertandingan peringkat sekolah pula..

Hasil kerjanya..

Mujurlah Sha belikan dia pistol gam ini.. Mudahlah kerja dia.. Beli jenama MrDIY ja..

Friday, August 8, 2025

Amani dan Kaca Mata

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bertambah seorang lagi ahli keluarga Sha yang memakai kaca mata.. Selasa (15 Julai 2025), Amani bawa balik surat mengatakan mata kanan Amani rabun, manakala mata kiri dia okay.. Cikgu bagi surat tu dan dibahagian bawahnya ada makluman untuk ibu bapa bawa anak ke kedai kaca mata untuk dapatkan maklumbalas dan senarai kedai kaca mata yang boleh dikunjungi.. Punyalah lama tangguhnya, semalam berjaya juga Sha bawa Amani untuk pemeriksaan mata dan buatkan kaca mata.. Surat tu hari ini Amani akan bawa semula ke sekolah untuk diberikan pada cikgu.. Oleh kerana Amani dah pandai jaga barang, ayahnya cari bingkai yang elok sikitlah.. Tapi tetaplah ayahnya bagi makluman kalau hilang ke patah ke akibat kecuaian Amani, kenalah dia buat guna duit dia sendiri untuk kaca mata yang berikutnya.. Bukanlah kami tak mampu tapi kami tak nak terlalu memanjakan anak-anak, biar mereka ada rasa tanggungjawab untuk menjaga barang.. Kalau kena tukar sebab power naik, itu tetaplah kami yang belikan.. Sha pergi kedai yang selalu Sha buat kaca mata, jadinya dapatlah diskaun lebih sikit.. kikiki.. 

Untung anak-anak sekarang.. Ada pemeriksaan mata, obesiti, tulang belakang dan pemberian suntikan HPV percuma di sekolah.. Setiap tahun pula ada ujian segak untuk tengok tinggi, berat dan tahap kesihatan fizikal anak-anak..

Menung tak tahu mana satu bingkai yang nak dipilih.. kikiki.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com