Assalamualaikum..
Hye semua..
Bertambah seorang lagi ahli keluarga Sha yang memakai kaca mata.. Selasa (15 Julai 2025), Amani bawa balik surat mengatakan mata kanan Amani rabun, manakala mata kiri dia okay.. Cikgu bagi surat tu dan dibahagian bawahnya ada makluman untuk ibu bapa bawa anak ke kedai kaca mata untuk dapatkan maklumbalas dan senarai kedai kaca mata yang boleh dikunjungi.. Punyalah lama tangguhnya, semalam berjaya juga Sha bawa Amani untuk pemeriksaan mata dan buatkan kaca mata.. Surat tu hari ini Amani akan bawa semula ke sekolah untuk diberikan pada cikgu.. Oleh kerana Amani dah pandai jaga barang, ayahnya cari bingkai yang elok sikitlah.. Tapi tetaplah ayahnya bagi makluman kalau hilang ke patah ke akibat kecuaian Amani, kenalah dia buat guna duit dia sendiri untuk kaca mata yang berikutnya.. Bukanlah kami tak mampu tapi kami tak nak terlalu memanjakan anak-anak, biar mereka ada rasa tanggungjawab untuk menjaga barang.. Kalau kena tukar sebab power naik, itu tetaplah kami yang belikan.. Sha pergi kedai yang selalu Sha buat kaca mata, jadinya dapatlah diskaun lebih sikit.. kikiki..
Untung anak-anak sekarang.. Ada pemeriksaan mata, obesiti, tulang belakang dan pemberian suntikan HPV percuma di sekolah.. Setiap tahun pula ada ujian segak untuk tengok tinggi, berat dan tahap kesihatan fizikal anak-anak..
Menung tak tahu mana satu bingkai yang nak dipilih.. kikiki..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..