Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi tadi Sha teman encik suami untuk temujanji MOPD.. Temujanji susulan untuk lihat keputusan MRI dan keputusan darah.. Alhamdulillah, keputusan MRI baik cuma kami tanya jugalah simptom yang perlu dipantau.. Bolehlah kita berjaga-jaga, sekiranya simptom mula muncul.. Keputusan darah pun okay kecuali gula.. Doktor minta encik suami pantau pengambilan gula beliau sebelum jumpa semula lagi 4 bulan.. Kalau tak ada perubahan, mungkin kena cucuk insulin.. huhuhu.. Harapnya makin baiklah.. Kena pantang betul-betul ini..
Dapat no 1 tapi pesakit kedua yang dipanggil..
Ambil slip nombor dulu di farmasi, petang baru pergi balik untuk ambi ubat..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..