Sunday, October 31, 2021

Goodreads | Bacaan Oktober 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Ke laut dalam nampaknya aktiviti membaca Sha.. Hahaha.. Terlalu asyik menonton filem dan drama.. hehehe.. Namun masih cuba membaca dan bulan ini berjaya baca 5 buah buku fizikal dan 5 ebook.. Jom lah tengok apa yang Sha baca bulan ni..


Komik | Mission 5 Daily Solat #1: Imran's Solat Diary by Nazry Salam, Nazrul Ali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah komik doodle yang berinformasi, menarik kerana berwarna warninserta menggunakan bahasa Inggeris yang mudah difahami.. Perkongsian penulis mengenai solat dengan cara kreatif begini mampu menarik minat pembaca untuk membaca dan menghayati ilmu yang disampaikan..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2021..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia
Published 2019 by PTS Publications



Edisi Lokal: Nescafe Pandan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Serius sedap.. Bau pandan yang memikat dan yang paling penting tak manis.. sedang elok je rasa dia.. Tapi tu lah, susah sangat mencarinya.. Ini pun kawan pejabat Sha bagi.. Dia jumpa dekat Shell di area Kuala Lumpur.. Dibelikan satu untuk Sha.. Dekat area tempat Sha ini memang tak berjumpa pun.. Jenuh keluar masuk Petronas dan 7Eleven.. Hehehe.. 

RM2.10

Saturday, October 30, 2021

Komik | Skuad Super: Hero Atlantis oleh Bophairy, Danial Haikal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik super hero yang menarik untuk dibaca.. Kisah 3 orang pelajar yang tanpa sengaja terjumpa dengan artifak yang memberikan kuasa luar biasa kepada mereka.. Kerana artifak itu mereka diburu penjahat.. Komik ini bersambung sebab 3 pelajar ini perlu mencari jalan untuk menyerahkan artifak itu kepada pihak berkuasa..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2021

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia
Published 2018 by KOMIKAW PLT

Filem US | Remains (2011)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem zombie pula.. Hehehe.. Kali ini manusia bertukar menjadi zombie disebakan letupan senjata nuklear.. Menariknya bila zombie dia tidur pada waktu malam.. hahaha.. Zombie pun tidur tau.. Tapi akan terjaga bila ada bunyi bising.. Ganas tu standardlah.. Manusia yang pentingkan diri pun biasanya akan ada masa kejadian apokalips macam ini.. Cumanya ending dia sedikit menarik sebab perempuan yang bertukar jadi zombie tu macam ada kesedaran manusia.. Gitu..

Remains
2011 ‧ Horror/Action ‧ 1h 28m
After a freak accident the world's population turns into flesh eating zombies and a small group of survivors dice with death in an abandoned casino.

29/10/2021 | Imani Jatuh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Budak kecik ini buat hal malam tadi.. Main tak ingat dunia sampai tertumuih.. Menangis kesakitan.. Panik kejaplah emaknya.. Bila dia mengadu sakit dekat bahagian pergelangan tangan kiri tu dan Sha tengok bengkak, teruslah bawa pergi kecemasan.. Sebelum tu encik suami dah suruh dia pusing dan gerakkan tangan dia.. Nampak macam okay.. Tapi emak risau, bawa jugalah ke kecemasan.. Mujurlah tak ramai orang.. Doktor cadangkan untuk X-Ray.. Alhamdulillah tak ada apa yang patah.. Lega rasanya.. Mujurlah ayahnya ada.. 

11.05 malam (29.10.2021) check in MySejahtera Hospital.. Sampai rumah 12.40 pagi (30.10.2021).. Mujurlah tak ramai orang di hospital..

Tunggu giliran untuk di X-Ray.. Dia je masuk bilik X-Ray tu.. Kemain ramahlah lagi bersembang dengan juru X-Ray tu..

Menunggu dipanggil untuk mengambil ubat.. Sabar jelah..

Massimo Burrosa Tiramisu & Red Velvet Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya juga jumpa dua lagi kek dari siri Burrosa ini.. hehehe.. Sama je macam sebelum ini.. Kek tanpa krim.. Kalau tengok dekat pembungkusan tu macam ada krim.. Hehehe.. Keknya sedap dan tak kering sangat.. Ada lembap-lembap sikit..


Ini Red velvet.. Okaylah sedap je.. Nak lagi best makan kek ini dan minum kopi.. kikikiki..

Ini pula tiramisu.. Yang ini best sebab ada rasa dan bau kopi.. Kesukaan Sha kan..

Friday, October 29, 2021

Komik | Mission 5 Daily Solat #2: Imran's Du'a Diary by Nazry Salam, Nazrul Ali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambil katalog buku sambil membaca.. kikiki.. Kali ini Sha baca komik dari Nazry Salam.. Komik ini lebih seronok dan mengujakan sebab ada doodle dan berwarna.. Walaupun dalam bahasa Inggeris namun bahasa yang digunakan mudah difahami.. Ini buku kedua.. Mengisahkan tentang Imran yang takutkan Bob kerana badannya besar dan selalu membuli pelajar lain.. Bila nenek Imran datang melawat, Imran ceritakan tentang masalah dia.. Nenek Imran suruh Imran berdoa.. namun doa Imran tidak dimakbulkan.. Bila nenek tanya Imran pun sebutkan doa yang Imran bacakan.. nenek menerangkan yang kita tak boleh berdoa perkara tak elok sebaliknya doa kita haruslah benda yang baik-baik sahaja..

Selain tu penulis juga turut berkongsi mengenai doa harian, waktu bila elok berdoa dan beberapa perkara lagi mengenai doa.. Memang komik yang bagus..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2020 by PTS Publications

Best baca bila ada doodle dan berwarna warni..

10 waktu paling baik untuk berdoa..

Filem US/UK | Let Me In (2010)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita vampire tapi cam romatik seram kot.. hehehe.. Kisah Abby yang baru berpindah dan berkawan dengan Owen.. Owen ini selalu dibuli di sekolah.. Bila Owen berkawan dengan Abby, Abby suruh Owen ini untuk pertahankan diri.. Abby ini bukanlah manusia sebaliknya vampire yang tak tua-tua.. Jadinya bila Abby perlukan darah, dia akan cari mangsa dan bunuh mangsa.. Lelaki yang disangka ayah Abby tu sebenarnya kawan Abby yang tugasnya menyembunyikan mayat dan mencarikan darah untuk Abby.. Owen tak sengaja melihat diri sebenar Abby bila dia cuba buat perjanjian berdarah dengan Abby.. Tapi Abby tak cederakan dia sebaliknya mencari mangsa lain.. Owen tetap sukakan Abby malah melindungi Abby dari detektif.. Ini membuatkan Abby menyelamatkan Owen dari pembuli..

Let Me In
2010 ‧ Horror/Romance ‧ 1h 56m
Owen leads a lonely life and is bullied by his peers at school. He happily befriends Abby, his new helpful neighbour, without being aware that she is hiding a secret from him.

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA dari Mummy Ayu ini.. Hadiahnya planner yang cantik.. Syaratnya pun mudah sahaja.. Klik Mummy Ayu's Birthday Giveaway..

Tarikh tutup giveaway ni - 8 Nov 2021 (hari Isnin) 12.00 noon

Komik | Dear Yayah The Comics #2: Bercuti di Asrama (Dear Yayah The Comics #2) oleh Farihah Iskandar, Ard One

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini best dan kelakar.. Kisah mengenai Jihan yang diminta menyertai pertandingan Musabaqah Al Quran tapi Jihan tak berapa yakin dengan kemampuannya.. Namun atas nasihat dan pujukan rakan-rakan beliau, Jihan berjaya menyelesaikan tugasan dan menang tempat ketiga.. Selain itu juga komik ini turut berkongsi aktiviti sukan yang dilakukan pelajar semasa minggu aktiviti serta kehilangan guru mereka semasa membuat lawatan.. Sedih bila guru yang disayangi meninggal dunia.. Cuma lukisan komik ini sedikit mengelirukan.. Wajah kerekter nampak garang walau untuk perbualan biasa..

Sha baca dan selesai pada 28.10.2021..

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published October 20th 2010 by PTS Pop Sdn Bhd

Thursday, October 28, 2021

Filem Korea | My Annoying Brother (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menyentuh emosi.. Mengenai hubungan adik beradik yang terpisah.. Si abang melarikan diri kerana hasutan daripada orang sekeliling bukannya sebab di layan tak baik.. Hidup dengan susah di luar dan ditangkap kerana kesalahan.. Bila adik yang tak boleh melihat memerlukan penjaga, si abang dilepaskan dengan syarat.. Namun bukan mudah untuk berbaik semula.. Semuanya berubah bila mereka mula berkomunikasi dan saling meluahkan.. Saat gembira baru mahu menyapa, si abang disahkan mengidap kanser dan tak akan bertahan lama.. Demi membantu si adik yang kehilangan penglihatan meneruskan hidup, si abang menyuruh adiknya untuk masuk pertandingan Judo.. Dalam masa yang sama peralatan rumah diubah suai supaya mesra OKU.. Adik berjaya, abang pula mati.. Sedih..

Movie: My Annoying Brother
Also Known As: Brother, Older Brother, Hyung
Screenwriter: Yoo Young Ah
Director: Kwon Soo Kyung
Genres: Comedy, Drama, Family, Sports
Country: South Korea
Release Date: Nov 23, 2016
Duration: 1 hr. 50 min.
Doo Shik gets paroled from prison thanks to his younger brother Doo Yeong. Doo Yeong is a promising judo athlete. After 15 years, Doo Shik suddenly appears in front of Doo Yeong and they begin to live together. Doo Yeong becomes involved in an accident before the selection for the national team.
(Source: CJ Entertainment)

Komik | Detektif Hantu: Kesumat (Detektif Hantu #3) by Leoz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun ini siri ketiga untuk tajuk Detektif Hantu tapi kali ini penulisnya lain.. Jalan cerita dia okay dan menarik dibaca cuma kurang babak aksi dan keserasian watak tak berapa okay..

 Khazan, hantu yang menyamar sebagai manusia dan asyik dengan games.. Pada Khazan, hantu-hantu yang datang dari dunia hantu adalah lawan untuk dihapuskan.. Alicia, murid kepada Detektif Hantu dan hilang lepas bertembung dengan Hantu Mata Tiga.. Manakala sejumlah pelajar mati akibat perbuatan Hantu Mata Tiga.. 13 tahun kemudian, Hantu Mata Tiga masih cuba melakukan kekacauan dengan mengambil alih tubuh Alicia.. Berjayakah Alicia menghapuskan musuh sedangkan jasad dan rohnya terpisah..

Sha baca dan selesai pada 27.10.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published March 2019 by Kadokawa Gempak Starz

Filem US | Every Day (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik dan bercerita mengenai pengorbanan demi orang yang kita sayang.. Filem ini diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama..

Kisah A, yang berpindah dari satu badan ke satu badan setiap hari.. Hari ini A remaja perempuan, esok A remaja lelaki.. Sampailah A masuk ke dalam badan Justin.. Semua peraturan yang buat mula hilang disebabkan  Rhiannon, kekasih Justin.. A habiskan masa seharian bersama Rhiannon dan mula jatuh cinta dengan Rhiannon.. Keesokan harinya, A masuk ke dalam badan Amy dan cuba mendekati Rhiannon.. Tapi tak berjaya.. Sampailah A akhirnya berada dalam badan Rhiannon.. A cuba mengenali Rhiannon dan kehidupannya dengan lebih dekat namun A tak putuskan hubungan Rhiannon dengan Justin sebaliknya cuba merapatkan hubungan Rhiannon bersama ahli keluarganya.. Bila A berpindah tubuh ke badan Kelsea, A dapat tahu yang Kelsea nak bunuh diri.. Dengan bantuan Rhiannon, A cuba kekal dalam badan Kelsea sampai bapa dia balik.. Bila Rhiannon tengok A boleh kekal lama dalam satu-satu badan, Rhiannon suruh A kekal dalam badan kawan baik dia Alexander.. Mula-mula memanglah okay tapi A rasa bersalah sebab cuba ambil alih hidup Alexander.. Akhirnya A buat keputusan untuk berpisah dengan Rhiannon dan suruh Rhiannon terima Alexander..

Cinta itu perlu melepaskan.. 

Every Day
2018 ‧ Romance/Drama ‧ 1h 40m
Rhiannon, a teenage girl, falls in love with a spirit that inhabits a different person's body every day. Soon, their life changes drastically as they face a difficult decision.

Wednesday, October 27, 2021

Filem US | The Curse of Sleeping Beauty (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesekali layan filem macam ini best juga.. Jauh menyimpang dari cerita asal dia.. Seram dan menakutkan.. Manusia ni, lagi dilarang lagi syok nak buat.. Tambah kalau yang menggoda tu perempuan cantik.. Hahaha.. elok-elok demon tu tidur, dikejutkan.. Lain kali baca buku tu bagi habis, bukannya baca separuh terus pergi buka bilik rahsia dan cium demon.. Hahaha.. Pakciknya pun, tinggalkan surat dengan arahan yang jelas.. Barulah anak saudara tak buat perkara yang dilarang.. Tak payah nak kias-kias.. Buang masa.. Hahaha.. Tapi best filem ini.. Karang kalau Thomas tak langgar arahan, tak jadilah filem kan.. Sha tengok filem ini pun sebab poster dia cantik.. Boleh gitu.. hehehe..

The Curse of Sleeping Beauty
2016 ‧ Horror/Fantasy ‧ 1h 29m
A man inherits an ancestral mansion and an ancient curse stemming back to the Crusades. As he battles to keep demons in the house at bay, he tries to awaken the beautiful Briar Rose to rescue her from a terrifying netherworld.

Nestle Fitnesse Quinoa, Almonds & Chocolate Granola Oats

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat penggemar coklat, granola yang ini pasti akan disukai anda sebab ada ketulan coklat.. Selain tu ada kepingan badam juga.. Memang sedap dimakan begitu sahaja ataupun taburkan diatas minuman oat anda.. Boleh juga dimakan bersama susu.. Sha makan dengan susu je sebagai sarapan atau pun makan malam.. Memang mengenyangkan untuk Sha..

Nestle Fitnesse Quinoa, Almonds & Chocolate Granola Oats (300g) - RM13.15
Crunchy clusters of wholegrain oats, almonds flake and chocolate

Dapatlah sebekas.. Tahan seminggu ini..

Makan dengan susu.. Sedap sebab crunchy dan ada kepingan kacang badam berserta ketulan coklat..

Wordless Wednesday 2021

Tuesday, October 26, 2021

Filem Jepun | As the Gods Will (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem yang mengerikan.. hehehe.. Darah merata-rata.. Lebih ganas dan mendebarkan.. Hidup Shun Takahata yang boring dan biasa berubah 360 darjah dengan tiba-tiba bila dia kena bermain beberapa permainan kanak-kanak sebelum boleh lepaskan diri.. Bermula dari dalam kelas lagi Shun kena menyelamatkan diri dari menjadi mangsa bunuh sekiranya gagal dalam permainan Daruma-san ga Koronda.. Kemudianya beralih ke gelanggang bola dan berdepan dengan patung kucing yang ganas.. Tak habis di situ mereka dibawa pula ke dalam kiub.. Memang ngeri dan kejam je tengok yang kalah dibunuh.. 

Movie: As the Gods Will
Also Known As: Kamisama no Iu Toori , Kami-sama no Iu Toori ,
Screenwriter: Yatsu Hiroyuki
Director: Takashi Miike
Genres: Friendship, Thriller, Horror, Sci-Fi
Country: Japan
Release Date: Nov 15, 2014
Duration: 1 hr. 58 min.
A 2nd-year high school student named Shun Takahata lives an ordinary teenage life until one day he’s suddenly forced to participate in a series of children’s games such as “Daruma-san ga Koronda” with death as the penalty for losing. With no knowledge of who’s behind the games, he’s left with no other choice but to keep winning as his only means of protecting himself and his childhood friend, Ichika. Meanwhile, a troubled classmate named Takeru seems to actually be relishing the opportunity to get other students killed.

~ Adapted from the first arc of the manga "As the Gods Will" written by Kaneshiro Muneyuki and illustrated by Fujimura Akeji ~

Random Photo #22 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom cuci mata dengan bunga-bungaan dan rama-rama yang cantik ini.. Teruja betul Sha tengok bunga-bungaan ini.. Tu yang diabadikan dalam entry blog.. hehehe.. Lagipun tak tahu nak sembang apa.. hahaha.. Kehabisan idea dah ini.. Jomlah cuci mata melihat keindahan flora danfauna ye..














Monday, October 25, 2021

Filem China | The Thousand Faces of Dunjia (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini ada main dekat tv rasanya tapi tak ingat tv berapa.. Cuma Sha tak adalah tengok sangat.. Ini baru nak tengok bebetul.. Kisah cubaan menghancurkan dunia oleh demon.. Mujurlah ada organisasi rahsia yang memantau demon dan menghapuskan mereka namun bukan mudah bila senjata yang sepatutnya membunuh demon di rampas dan ketua-ketua guild dikawal demon.. Salah seorang ahli pasukan rahsia terjumpa Ring yang dipercayai sepatutnya menjadi ketua mereka.. Ring ini bantu pulihkan seorang detektif yang kehilangan kaki dan tangan.. Detektif tu dapat kuasa lepas dipulihkan.. Rupanya Ring pindahkan kuasa dia kepada mereka yang dibantu dan muncul di saat akhir sebagai burung untuk bantu mereka mengalahkan demon..

Movie: The Thousand Faces of Dunjia
Also Known As: Qi Man Dun Jia , Miracle Fighters
Screenwriter: Tsui Hark
Director: Yuen Woo Ping
Genres: Action, Historical, Wuxia, Fantasy
Country: China
Release Date: Dec 15, 2017
Duration: 1 hr. 53 min.
During a time of unrest, the world is about to face a great calamity. To keep the peace of the world, the heroes of the pugilistic world form a secret organization.

~ Based on the ancient legends of Qi Men Dun Jia, the movie is directed by Yuen Woo-ping and scripted by Tsui Hark. ~

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com