Saturday, October 30, 2021

29/10/2021 | Imani Jatuh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Budak kecik ini buat hal malam tadi.. Main tak ingat dunia sampai tertumuih.. Menangis kesakitan.. Panik kejaplah emaknya.. Bila dia mengadu sakit dekat bahagian pergelangan tangan kiri tu dan Sha tengok bengkak, teruslah bawa pergi kecemasan.. Sebelum tu encik suami dah suruh dia pusing dan gerakkan tangan dia.. Nampak macam okay.. Tapi emak risau, bawa jugalah ke kecemasan.. Mujurlah tak ramai orang.. Doktor cadangkan untuk X-Ray.. Alhamdulillah tak ada apa yang patah.. Lega rasanya.. Mujurlah ayahnya ada.. 

11.05 malam (29.10.2021) check in MySejahtera Hospital.. Sampai rumah 12.40 pagi (30.10.2021).. Mujurlah tak ramai orang di hospital..

Tunggu giliran untuk di X-Ray.. Dia je masuk bilik X-Ray tu.. Kemain ramahlah lagi bersembang dengan juru X-Ray tu..

Menunggu dipanggil untuk mengambil ubat.. Sabar jelah..

5 comments:

  1. alhamdulillah..takde apa2..

    ReplyDelete
  2. Salah tarikh tu Sha.. 31 esok hehe.

    Budak2 ni biasa lah main tak ingat. Kat rumah ni pun sama. Kejap nangis, kejap gelak, kejap merajuk. Ishhh

    ReplyDelete
  3. Get well soon Imani. Nampak tenang je ye. Hehe

    ReplyDelete
  4. risau juga kalau budak budak ni jatuh... takut yang patah, yang teralih, yang terkehel kan... benda kat dalam bukannya nampak

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »