Saturday, April 30, 2022

Marrybrown Bowl-Baloi! : Seafood Bowl

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam belanja anak-anak bubur nasi Marrybrown dan ternampak menu baru ini.. Macam menarik, makanya belilah satu.. Okaylah kuantiti dia dengan harga yang ditawarkan.. Rasa sos tartar dia pun menarik.. Pada Sha saiz hidangan ini mengenyangkan sebab dia bagi kentang goreng banyak.. hehehe..

RM5
Ada 2 ketul nuget ikan, 2 ketul jejari udang, selambak kentang goreng dan sos tartar dill..

Komen Tersembunyi di Spam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mujurlah jalan-jalan tinggal komen dekat blog kawan-kawan.. Sha terjumpa entry Anies bertajuk Alahai... spam oh spam!.. Memang mujurlah Sha jumpa entry Anies ini.. Baru Sha tahu rupanya komen kawan-kawan duduk dekat Spam.. Hampeh tul.. Sha pelik juga kenapa komen sikit je sekarang ini.. Rupanya dia duduk tang Spam.. Terima kasih Anies.. Guys, jangan lupa check depat spam sama..

Pada kawan-kawan, maaf ye.. Sha baru perasan..


Tengoklah tu.. 70 komen sangkut dekat Spam..

Friday, April 29, 2022

Majlis Berbuka Puasa Bersama Team UPK

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha joint team UPK untuk aktiviti Berbuka puasa dia Anjung Restaurant, Trolak Residence.. Boleh tahan jugalah menu dia.. Ada sup daging yang boleh dimakan bersama mee hoon, kuea tiaw, dan mee.. Ada nasi daging berempah.. Nasi putih berlauk, buah-buahan, kuih muih, kambing panggang dan kerabu.. Ini kira aktiviti mengejut sebenarnya.. Sajalah Sha sertai untuk berkenal-kenalan dengan staf dalam team UPK ini dengan lebih dekat.. Ada juga jumpa geng farmasi, pemandu dan pegawai psikologi.. Gitulah bila kerja dalam satu jabatan besar.. Kenalah rajin beramah mesra, lagipun bukannya buat tiap-tiap minggu dan tempatnya tak adalah jauh mana.. Jadi kita layan.. hehehe..

Makanan yang Sha ambil.. Nasi daging, sup daging, kambing bakar, bendi dan sambal tempoyak, buah tembikai, kuih koci, seri ayu dan bahulu.. Air tembikai dan air masak..

Rezeki dapat Box Salam Aidilfitri

Dapat 3 bekas comel berisi Biskut cornflakes, Kurma dan Popia serunding..

Drama Korea | Hometown (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila tengok drama ini, memang setuju sangat.. Manusia ini adalah makhluk yang paling pentingkan diri.. Bila dalam kesusahan dan terdesak barulah nak pergi menegur orang.. Kalau tak, langsung tak peduli.. 

Seriuslah drama ini.. Dah la jalan cerita dia perlahan.. Dia punya level psiko tu, boleh buat penonton rasa stress tau.. Penjahat dia memang gilalah.. Semuanya sebab pemujaan agama baru.. Ngeri betul tengok manusia yang ada kuasa memanipulasi manusia lain dengan cara yang tak disangka.. Membunuh sesuka hati demi menunjukkan kekuasaan dan kebesaran agam yang dipuja.. Seram drama ini..

Punca sebenar kejahatan tu memang tak disangkalah.. Memang betul-betul kejam.. Menggunakan kasih sayang yang ada dalam diri manusia untuk dijadikan punca pembunuhan dan kematian..

Drama: Hometown
Also Known As: Homtaun
Director: Park Hyun Suk
Screenwriter: Cho Hyun Hoon
Genres: Thriller, Mystery, Horror, Drama
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Sep 22, 2021 - Oct 28, 2021
Aired On: Wednesday, Thursday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 10 min.
Set in a small rural town in 1999 where a recording tape containing a mysterious serial murder and an unidentified bizarre sound is discovered.
In 1989, terrorist Jo Kyung Ho came back to South Korea after studying in Japan and released sarin gas at a train station in his hometown, killing passengers and subsequently being sentenced to life in prison after turning himself in. His daughter, Jo Jae Young, is sent to live with her aunt, Kyung Ho's younger sister, Jo Jung Hyun.
Ten years later, a murder case takes place in the small town with Detective Choi Hyung being put in charge. Suspecting that the case is somehow related to the terrorists, Choi Hyung, who is consumed with the guilt of failing to prevent his wife’s death 10 years ago in the terrorist attack, begins investigating when Jung Hyun's niece suddenly goes missing. Jung Hyun now must come face to face with tragedy once again and she teams up with Choi Hyung to discover the truth and find her niece.
(Source: Soompi, Namu-wiki, AsianWiki)

Kuih Raya 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ini ramai yang teruja nak beraya kan.. Macam mana persiapan? Mesti meriah.. Pada yang nak pulang ke kampung tu, berhati-hati.. Sha tak ada ke mana, hanya di Behrang sahaja.. MIL pun dah duduk Slim River, lagi dekat dengan kami.. Memang tak adalah tempuh jem.. Tahun ini masih ada rezeki nak makan batang buruk walaupun rakan yang selalu jual tu dah meninggal.. Sha beli dengan staf Hospital.. Batang buruknya stail lama bukan guna kulit popia.. Sha beli 1kg terus.. hehehe.. Bukan nak makan masa raya pun.. Berbuka dengan bersahur je nanti ini.. kikiki.. Kuih kapit tu pun dah tinggal separuh.. Rangup, nipis dan tak manis.. Kuih Kapit ini biras Sha jual.. Sha memang suka yang kosong berbanding yang ada inti..

Sebekas RM15, Sha beli 2 bekas..

Dua pek ini RM36 (1kg)

Thursday, April 28, 2022

Popsicle Mokti's

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bukan duta Mokti's tau.. Saja je share dengan korang pasal aneka aiskrim yang boleh di beli di Mokti's ini.. Antara kesukaan Sha dah tentulah Dark Chocolate dan Creamy Corn, meawah dari segi rasa dan berbaloi harganya..

Dark Chocolate - RM2
Creamy Corn - RM2
Apong Asli - RM3
Matcha Apong - RM3
Gula Melaka - RM3
Durian Power - RM2

Dark Chocolate - Memang power.. Terasa kuat coklatnya.. Memang puas hatilah makan.. hehehe..

Creamy Corn - Memang bestlah.. Seperti namanya, aiskrim jagung ini sangat creamy dan ada ketulan jagung juga.. Syok owh layan.. Bau dan rasa agak mewah..

Apong Asli - Terasa gula apongnya tapi jangan risau, tak manis melampau.. Ngam ngam je.. 

Matcha Apong - Rasa matcha yang lembut dan berlemak.. Memang layanlah.. Warna hijaunya pun cun..

Gula Melaka - Warna dia sebenarnya kuning gelap tapi sebab pencahayaan dia jadi warna kuning cair pula.. Terasa gula melakanya tapi tak adalah manis.. Lebih kepada rasa gula melaka dan berlemak..

Durian Power - Rasa duriannya tak terlalu kuat masa makan.. Tapi masih puaslah.. Cuma lepas habis makan tu baru tertinggal rasa durian pada lidah..

Filem Korea | Tomb of the River (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang ganas.. Dari awal lagi dah dihidangkan dengan gambaran mayat dan manusia yang berdarah-darah.. 

Perebutan kuasa antara geng yang menyebabkan pembunuhan mula berlaku.. Min seok yang terlalu kejam telah membunuh semua ketua geng yang dirasakan akan menyusahkan beliau tapi akhirnya Min Seok terpaksa berdepan dengan Gil Seok.. Tak mudah tapi Min Seok tak mengalah.. Dalam mas ayang sama, ada yang cuba ambil kesempatan dengan konflik yang berlaku.. Tapi gagal..

Movie: Tomb of the River
Also Known As: River's Grave , Gangneung
Genres: Action, Crime, Drama
Country: South Korea
Release Date: Nov 10, 2021
Duration: 1 hr. 59 min.
An action film about the ambitions, conspiracy, and betrayal of different organizations surrounding the life-changing project of building the largest resort in Gangneung.
(Source: Naver)

Kad Raya 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Tak sangka masih ada yang sudi kirimkan kad raya pada Sha.. Sha dah lama tak buat acara kirim kad raya.. Semangat hilang tak tahulah ke mana.. Huhuhu..

Kad raya pertama yang Sha terima dari Blogger Mama Yan.. Siap ada duit raya untuk anak-anak Sha.. Terima kasih Mama Yan.. Semoga dimurahkan lagi rezeki.. Aamiin.. 

Kad Raya kedua ini Sha terima dari blogger Shida Radzuan.. Comei.. Terima kasih awak..

Wednesday, April 27, 2022

Drama Korea | Military Prosecutor Doberman (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat mengancam dengan gandingan yang menarik.. Sha tengok sebab tajuk dan jalan cerita dia menarik.. Boleh tengok dekat iQiyi secara atas talian..

Kisah Do Bae Man yang menjadi pendakwaraya bagi mahkamah tentera.. Walaupun bermula sebagai seorang yang mengejar duit, namun selepas berjumpa dengan Cha woo In beliau mula berubah.. Mereka berkerjasama untuk menjatuhkan Noh Hwa Young yang menyalahgunakan kuasa.. 

Paling sedih tengok keadaan No Tae Nam, anak kepada Noh Hwa Young yang dijadikan barang sahaja.. Ditolak ke sana sini tanpa kasih sayang.. Bila seorang ibu menganggap 

Drama: Military Prosecutor Doberman
Also Known As: Military Prosecutor Do Bae Man, Gungeomsa Dobereuman
Screenwriter: Yoon Hyun Ho
Director: Jin Chang Gyu
Genres: Action, Military, Mystery, Law
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Feb 28, 2022 - Apr 26, 2022
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 5 min.
Do Bae Man became military prosecutor only to make more money and be successful. On the other hand, Cha Woo In, recently joining Bae Man’s team, became one for her revenge. As these two different purposes shows, the two have very different backgrounds and personalities. However, as they work on the same case, Bae Man and Woo In help each other and even grow together as fine military prosecutors.
(Source: CJ ENM)

Filem China | The Legend of Jiang Zi Ya (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama fantasi dari China ni, berkisar tentang Jiang Ziya seorang immortal yang melawan syaitan sungai tanpa mengira keselamatan manusia.. Makanya dia dihukum dengan dihantar ke dunia manusia tanpa kuasanya.. Belajarlah Jiang Ziya mengenai manusia.. Dalam masa yang sama syaitan sungai masih berdendam dan mula menghantar suruhannya untuk membuat kacau di perkampungan nelayan.. Berjayalah Jiang Ziya dalam menjadi immortal dan menumpaskan syaitan sungai..

Movie: The Legend of Jiang Zi Ya
Also Known As: The Legend of Jiang Ziya, Xin Feng Shen Zhi Jiang Zi Ya, San Fung San Ji Geung Ji Nga
Genres: Action, Fantasy
Country: China
Release Date: Nov 3, 2019
Duration: 1 hr. 10 min.
When Jiang Zi Ya violates the code of the gods, he is banished to the mortal realm. He is saved by a kind young woman Qing Lu An, but disaster follows when the river god breaks the curse and starts slaughtering the locals.
(Source: iQIYI)

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, April 26, 2022

Figo Japanese Prawn Dumpling

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Berjaya juga jumpa dumpling udang ini.. Asyik kehabisan stok je.. hehehe.. Makanan sedap memang laku keras.. Sha beli di pasaraya Econsave.. 

RM5 lebih..

Ada 10 ketul.. Sha kukus je sebab senang.. Tak payah tunggu.. hehehe.. Lepas tu tambah sup.. Puaslah makan..

Isi dia penuh.. Terasa udangnya dan ada sengkuang tapi tak banyaklah.. Dalam sektul dua je tu pun comel je..

Drama Jepun | Junkyouju Takatsuki Akira no Suisatsu (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini ada unsur misteri, seram dan penyiasatan.. Watak utamanya dua-dua lelaki.. Fukamachi pernah tersesat ke dalam pesta dengan lampu biru dan berjumpa dengan datuknya yang dah meninggal.. Disebabkan itu Fukamachi boleh mengesan orang yang bercakap bohong.. Kemudiannya Fukamachi terjumpa dengan Akira yang juga punya keunikkan.. Bersama mereka mula menyiasat kejadian-kejadian misteri di sekeliling mereka.. Cumanya tu lah, drama ini ada season kedua.. Nantilah cari..

Drama: Junkyouju Takatsuki Akira no Suisatsu
Also Known As: Guess by Associate Professor Takatsuki Akira, Jun Kyoju Takatsuki Akira no Suisatsu
Genres: Mystery, Supernatural
Country: Japan
Episodes: 8
Aired: Aug 7, 2021 - Sep 25, 2021
Aired On: Saturday
Original Network: Fuji TV, Tokai TV
Duration: 44 min.
Eight years ago, Fukamachi Naoya got lost in the Blue Lantern Festival and strangely met his deceased grandfather.
Naoya, who is now a college student, developed the ability to understand people's lies since the day of the festival. When a person tells a lie, his voice is distorted and sounds strange. Parents who noticed Naoya's ability kept Naoya away, and Naoya also lived without having close relationships with others. However, Naoya is interested in Takatsuki Akira, a handsome associate professor, whose words carry no lies at all. 
(Source: Tokai TV YouTube)

Coretan 24 Ramadan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam memang tenang lah dekat pejabat.. hehehe.. Santai je menyusun buku dan kataloging.. Tak adalah sibuk.. Lepas tu staf pun ramai yang cuti.. Memang lancar je dari pagi sampai ke petang.. Rezeki pun murah je semalam.. hehehe..

Akhirnya.. Selesai juga misi memendekkan kerusi ini..

Pertama kali beli Pizza Hut dekat Kedai baru di Slim River.. Memang puas hatilah.. Penuh isi dengan cheese.. Memang akan jadi kedai feveret lah.. hehehe.. Sini beli tapau dengan delivery je..

Kawan Amani datang hantar petang semalam.. Memang sedap..

Dapat kuih raya dari pengasuh anak.. Sedap..

Monday, April 25, 2022

Sambal Tempe Goreng Pedas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat sebenarnya sambal ini.. Tak beli pun.. Sedap sambalnya.. Garing, rangup dan pedas.. Memang sesuai dimakan semasa bersahur.. Pembuka selera yang ngam..

Dia bekas terus dia bagi Sha..

Isi dalam dia penuh dan padat..

FIlem China | Painted Skin (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang ohsem.. Babak permulaan filem ini agak menyeramkan dan sedikit thrill.. Belaku di sebuah makam dimana watak perempuan diberikan muka oleh sejenis serangga yang mengoyakkan muka mayat.. Kemudiannya perempuan ini bertemu dengan hero filem ini.. Hero dah berkahwin dan mempunyai isteri tapi terjatuh cinta dengan perempuan syaitan..

Jalan cerita dia laju dan lancar je dengan babak yang sepatutnya.. Memang layanlah tengok filem ini.. Ketua syaitan yang jahat memang nakkan esen hero disebabkan dendam tapi perempuan syaitan dah terjatuh cinta dengan hero dan tak sampai hati nak bunuh hero.. Sebaliknya bertindak melindungi hero dari dibunuh.. Sweetlah..

Movie: Painted Skin
Also Known As: Painted Face, Hua Pi
Genres: Historical, Romance, Drama, Fantasy
Country: China
Release Date: Apr 16, 2022
Duration: 1 hr. 23 min.
It tells the story the obsessive and sadistic relationship between the banshee Xiao Rong and scholar Wang Huai Qing which opens a period of human devil's love, life and death.

~~ Adapted from the story "Painted Skin"(画皮) in the collection "Strange Stories from a Chinese Studio"(聊斋志异) by Pu Song Ling (蒲松龄).

Sunday, April 24, 2022

Toracafe Iced Cappuccino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nampak dalam peti sejuk di Kedai Mesra Petronas.. Puasa-puasa ini, air kopi ni memang nampak sedap lain macam.. hehehe.. Jadinya kita pun belilah.. Rasa kopi dia pekat sikit.. Tak terlalu manis tapi tak kaww sangat.. Biasa je.. Kalau yang tak berapa suka kopi kaww boleh cuba yang ini.. hehehe..

RM2.30

Drama Korea | Jirisan (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini tak pernah ada dalam watch list Sha.. Tapi bila iQiyi buat peraduan, Sha cubalah tengok 1 episod.. Eh!! Menarik.. Ada unsur misteri, paranormal dan juga suspen.. Cumanya bila tengok drama ini kena banyak bersabar sebab diceritakan secara flash back dan juga masa kini.. Ceritanya berlaku di sekitar gunung Jiri yang sangat misteri..

Watak utama dia Yi Kang dan Hyun Jo.. Hyun Jo asalnya askar tapi selepas kematian rakan sekerja beliau, Hyun Jo ini dia macam ada kuasa psikik sebab selalu nampak imbasan kemalangan atau kematian yang berlaku di gunung Jiri tu.. Jadinya dia minta untuk jadi ranger hutan.. Yi Kang ini pula dia ada masa silam yang berkait dengan gunung Jiri ini dan ini juga menjadi punca kenapa dia berkerja sebagai ranger hutan.. Dalam masa yang sama dekat gunung Jiri ini berlaku pembunuhan bersiri.. Kita yang tengok pun tertanya-tanya siapa agaknya pembunuh sebenar sebab semua orang nampak mencurigakan..

Drama: Jirisan
Also Known As: Mount Jiri, Jiri Mountain, Jilisan , Cliffhanger, Mountain Jiri
Screenwriter: Kim Eun Hee
Director: Lee Eung Bok
Genres: Thriller, Mystery, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Oct 23, 2021 - Dec 12, 2021
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: iQiyi, tvN
Duration: 1 hr. 10 min.
One of the three hallowed mountains of Korea, Mount Jiri has been attracting visitors to its majestic grounds long before the park surrounding it was created. Founded in 1967, Jirisan National Park is the oldest and largest of the country’s national parks, managed by a dedicated team of rangers who have devoted their lives not only to protecting and preserving the park, but the countless visitors who trek through the extensive grounds every year. Among these rangers is the incomparable Seo Yi Kang. Considered by many to be the best of the best, Yi Kang’s knowledge of the park and skill as a tracker has saved countless lives. At her side stands Kang Hyun Jo, an ex-military lieutenant who decided to become a ranger after experiencing a horrific incident on the mountain. 

Though he may be only a rookie, his military experience makes him an exceptional ranger and a reliable partner for Yi Kang. Reporting to Jo Dae Jin, the head of the Haedong Branch Office, Yi Kang, Hyung Jo, and the very practical Jung Goo Young, make up an impressive team of rangers who daily risk their lives to save others. But when mysterious rumors start floating around about the mountain’s unexplored regions, the strength of each member of this intrepid crew are put to the test.

(Source: Viki)

Saturday, April 23, 2022

Mokti's Tub: Strawberry & Vanilla Kick

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemaruk aiskrim Mokti's, Sha ni.. Kali ini beli Strawberry dan Vanilla Kick pula.. Dua-dua ini pilihan Amani & Imani.. Rasa aiskrim dia memang lebih sedap.. Tak sama macam aiskrim yang kita biasa beli dekat pasaraya.. Sedap ini untuk skala tekak Sha tau.. Tak semestinya sedap di tekak korang.. hehehe..

Strawberry - RM8
Vanilla Kick - RM8

Pink dan krim..
Strawberry tu biasa je pada Sha dengan sedikit rasa berlemak.. Vanilla tu best.. Rasa dia extra lah pada Sha dari vanilla yang jenama lain tu..

Animasi | A Day Before Us 3rd Season (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Season 3 ini Prequel kepada 2 seasons yang sebelum ini.. Seasons 3 ini lebih menumpukan pada awal perkenalan diantara Wook dan Yeo Reum.. Memang comel dan sweetlah.. Tambah cerita ini pendek je.. Lagilah syok layan.. hehehe..

Yeonae Haru Jeon ZERO(연애하루전 ZERO)
Type: ONA
Status: FINISHED
Episodes: 19
Duration: 3 Per Ep.
Score: 70
Genres: Romance, Slice of Life
Studios: LICO

Description:3rd season of A Day Before Us. A prequel to seasons 1 and 2.

Coretan 21 Ramadan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam berjaya juga Sha laksanakan Program Pertama di tempat kerja baru Sha.. Teruja, berdebar dan seram sejuk dibuatnya.. hehehe.. Pengalaman pertama di tempat baru tu lain macam.. Tambah bila belum kenal kebanyakkan staf, namun bila bos yang ketuai kami pun sempoi semua kerja jadi cantik dan mudah..

Patutnya nak buat sekali dengan Program Jom Baca Bersama 10 Minit anjuran PNM tapi tarikh tak sama pula.. Namun program jalan cantik je.. Lega rasanya berjaya selesaikan satu program..

Penulis Jemputan..
Sha beli buku dan minta beliau tandatangan..


Friday, April 22, 2022

Toracafe Iced Milky Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel je betol dia.. Sha beli di Kedai Mesra Petronas.. Pembungkusannya memang sebiji dengan rasa dia.. Rasa kopi yang berlemak susu memang lembut je di lidah.. Tak keras dan mengganggu.. Sesekali kita layan kopi baru.. kikiki..

RM2.30

Drama Korea | Grid (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini memang complicated betul.. Kalau minat sci-fi, sesuailah tengok.. Sha tengok pun sebab ada 10 episod je.. Tapi tak sangkalah complicated..

Bayangkan kalau bumi jadi macam dalam drama ini, memang bahayalah untuk manusia.. Ribut solar yang menyebabkan penduduk bumi tersiksa.. Tapikan walaupun tak ada ribut solar tu, bumi kita sekarang ini pun dah teruk akibat ketamakan manusia..

Sha nak terangkan pun tak pandai sangat tapi Ghost, Sae Ha, Sae Byeok dgn Ma Nok memang saling berkait dan kena tengok bebetul baru dapat tangkap.. Gitu.. hehehe.. 

Drama: Grid
Also Known As: Zero, 0, Jelo, Greed
Screenwriter: Lee Soo Yeon
Director: Lee Khan
Genres: Action, Thriller, Mystery, Sci-Fi
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Feb 16, 2022 - Apr 20, 2022
Aired On: Wednesday
Duration: 60 min.
Earth has survived catastrophic solar winds under the protection of the Grid, its planetary defense shield. 
Kim Sae Ha, a Bureau employee, encounters a murderer. Jung Sae Byeok, a detective, is dispatched to arrest the murderer. While in pursuit of the fugitive, she witnesses an unbelievable phenomenon: the founder of the Grid - a ghost from the past - has reappeared after 24 years. But why is she abetting the fugitive? 
This is a thriller that pursues the mysterious truth behind what saved humanity from an apocalypse.

(Source: Disney+)

Coretan 20 Ramadan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha memang sibuk.. Lama dah tak sibuk macam semalam.. hahaha.. Selalu buat program ringkas-ringkas je sebab Covid19.. Tapi untuk hari ini (Jumaat) ada program bersemuka dengan penyertaan ramai (harapnya) dan jemputan luar sebagai penceramah.. Jadinya semalam agak kalutlah sikit menyelesaikan apa yang patut.. hehehe.. Kebetulan pula semalam ada Program Baca Bersama 10 Minit yang dijalankan serentak di seluruh negara anjuran Perpustakaan Negara Malaysia, lagi kalut jadinya.. 

Pertama kali Sha balik lambat sejak kerja di tempat baru.. Selalu tu memang tepat masanya, terus balik.. kikiki.. Melihat persediaan akhir sebelum majlis, tu pun sebab tukar tempat di saat akhir..

Semalam juga sempat jadi jurugambar terkejut untuk Lawatan MCMC.. Lama dah tak jalan tawaf tempat, semalam merasalah tawaf tempat kerja.. kikiki.. Semoga lepas ini akan ada perubahan untuk line telefon yang sendu di sini.. kikiki..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com