Assalamualaikum..
Hye semua..
Petang tadi Imani ada temujanji gigi.. Patutnya Mac hari tu tapi Sha terlepas pandang.. Jadinya klinik bagi tarikh hari ini.. Oleh kerana Sha kena ke Sekolah Menengah untuk Mesyuarat PIBG, makanya encik suamilah yang bawa Imani.. Hari ini Imani kena tampal gigi.. Masa doktor periksa gigi Imani, doktor minta kami bawa Imani untuk buat XRAY 3D di Teluk Intan.. Doktor tengok gigi taring Imani yang belum keluar lagi tu dah mula nak ganggu akar gigi kacip Imani.. Jadinya nak kena bawa awal sikitlah, nak kena cari masa yang sesuai dan secepat mungkin.. Sha pula risau bila dapat tahu.. Kalau nak tunggu temujanji yang dekat Teluk Intan tu, lambat lagi.. Bulan Jun nanti..