Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi tadi sekolah Amani buat jamuan raya.. Sha dijemput hadir sebagai AJK PIBG.. Amani bawa kuih raya ja itupun lepas Sha tunjuk mesej cikgunya yang minta pelajar bawa kuih raya.. Kalau ikut Amani, dia tak nak bawa apa-apa pun sebab katanya kawan-kawan dia tak makan pun.. Sekolah minta bayaran RM3 dari pelajar, kalau nak bagi lebih dialu-alukan.. Sha bagi duit lebih ja kat Amani suruh dia bagi dekat cikgu.. Pihak sekolah sediakan menu makanan dan minuman untuk semua pelajar.. Kuih raya tu sebagai tambahan sahaja.. Nak bawa boleh, tak nak pun takpa.. Kebetulan dekat rumah ada 2 bekas kuih yang belum dibuka, tu yang Sha suruh Amani bawa..
Sha datang lepas hadir Perhimpunan Bulanan dekat pejabat.. Majlis sekolah mula jam 9 pagi, Sha sampai dalam 9.30 pagi macam tu.. Diorang dah mula makan.. Langkah kananlah.. kikiki.. Sha kekal di sekolah sampai habis majlis, terus ambil Amani dan Imani bawa balik..
Ada tempat untuk bergambar.. Sempatlah berposing sakan.. Kita bubuh sekeping ja kat sini sebagai kenangan..
Minggu ni memang banyak sekolah buat jamuan raya. Sekolah anak2 Cie serentak Khamis baru ni.
ReplyDeleteSaya kalo sekolah anak ada acara begini, pastilah kue raya yg banyak blm dibuka ini bakal saya suruh anak bawa juga 🤣. Memang pening nak habiskan. Ini bukan saya beli, tp mostly hampers dari Orang2 😅
ReplyDeleteuntung arrr smpi2 je terus dpt makan hehehe
ReplyDelete