Thursday, December 31, 2020

Random Photo #30 2020

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry terakhir mengenai random photo untuk tahun 2020.. Berjaya mencapai sehingga 30 entry untuk random photo ini.. Awesome.. Walaupun banyak kenangan pahit dan manis yang tercipta sepanjang 2020 ini, namun 2021 tetap perlu dilalui.. Tiada azam 2020 yang ingin Sha kupas atau azam 2021 yang ingin Sha kongsikan.. Setiap hari itu sangat berharga untuk dilalui.. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua pada tahun 2021 ini..

Seronok dia dapat baju baru tapi Sha salah beli pula.. Kecik sikit saiznya.. Ukuran bahu dah okay tapi sebab dia tinggi jadi senteng bajunya..

Semangkuk ini RM2.. sedap nangkanya, manis.. Nangka kampung..

Ada kawan pejabat belanja.. Rezeki pagi Isnin.. Hehehe..

Akhirnya dapat buah mata kucing ini.. Pokok dia memang banyak dekat sekitar kawasan pejabat Sha, tapi tak pernah berjayalah dapat.. Hari ini ada, esok dah tak ada.. Kali ini merasalah sebab budak cutikan..

Tragedi 16.12.2020.. Kenangan dan pengalaman yang sangat berharga.. Bila-bila masa sahaja dan pada sesiapa juga boleh terjadi.. 

Alhamdulillah.. Selesai sudah proses pembaikan ruang dapur yang terbakar.. Kali ini encik suami tutup terus bahagian tingkap tu dengan aluminium.. Gelap sikitlah tapi terlindung dari pandangan orang dan juga gangguan katak pisang.. hehehe..

Goodreads | Reading Challenge Disember 2020

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang berpinar-pinar mata membaca ebook je bulan ini.. Hehehe.. Kebanyakkan ebook yang Sha baca ini percuma je, ada yang Sha dapat melalu trial pack dan ada yang free je di Google Play Book.. Aplikasi lain pun banyak.. Buku pun Sha dah tak berapa beli sangat tahun ini, lebih pada ebook sebab senang nak simpan.. Rak buku dah padat sangat dah.. hehehe.. Nanti kita buat perjalanan buku Sha sepanjang 2020 pula ye..


Sha pulun baca semua buku di bawah ini sebab dapat 7 hari trial free dari Oakbee Buffet.. Sha guna akaun biasa, tak link dengan uPustaka PNM, jadi pilihan buku dia lebih banyak dan terkini.. Buku-buku terbitan Gempakstarz, Karangkraf dan juga Fixi.. Jenuh juga kejar masa nak habiskan dalam 7 hari.. hehehe.. Terlalu banyak yang ingin dibaca namun masa terhad.. hahaha.. 

3. Eli oleh Zint (ebook)

27. Weak Hero by Seopass, Razen - Online Comic

ebook | Dendam Semalam oleh Zaifuzaman Ahmad

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku terakhir untuk tahun 2020.. Buku dari penulis otai yang ohsem.. Walaupun ada kesilapan watak namun tak mencacatkan cerita..

Kisah seotang lelaki bernama Fakar yang tamak dan kekasihnya Dahlia.. Kerana mahukan harta snaggup merancang pembunuhan isteri sendiri.. Namun hidupnya tak aman bila roh isterinya mula mengganggu.. Siang malam, tak kira masa memunculkan diri melakukan rutin harian.. Biarpun sudah memakai tanhkal tetap Fakar diganggu.. Dahlia pula mula merasa tidak percaya bila Fakar selalu berubah angin dan kerap menghilang.. Curi hak orang kan memang tak sennag duduklah.. Tanpa sengaja satu lagi tragedi berlaku.. Benarkah isteri yang disangka mati itu telah kembali sebagai hantu atau sebenarnya isteri itu tak mati lagi..

Sha baca pada 29.12.2020 dan selesai pada 31.12.2020..

Sha beli ebook di Google Play Books dengan harga RM8.71
Published 2005 by ALAF 21

Lirik | Suatu Pernah oleh Fynn Jamal

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Pernah dengar dah lagu ini tapi tak adalah fokus.. Tapi bila selalu dengar masa tengok Misteri Mona ini terus terjatuh cintalah pula.. Hehehe.. Betapa lirik dia punya maksud yang sangat dalam.. 

Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah kau ambil dan terus engkau jual

Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah tak pernah

Dikutipku bila sudi
Dibila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Kutetap tunggu di tepi jalan

Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu, tak pernah rayu dulu

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai, terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah

Suatu yang pernah
Yang pernah

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai, terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah

Drama Melayu | Misteri Mona (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha gigih tengok drama ini sebab ramai yang kata drama ini lain dari drama yang selalu dimainkan di tv.. Pelakon-pelakonnya pun not bad pada Sha.. Cerita dia pun penuh konflik dan mendebarkan.. Siapa Mona tu memang menjadi misteri.. hahaha.. Sha layan dekat Youtube TV3Malaysia, terus je tak yah nak tunggu bila episod seterusnya nak keluar..

Memang berbaloilah tengok drama ini pada Sha.. 8 episod tu memang cantiklah.. Ngam je dia punya perjalanan cerita.. Walaupun nak kena tengok betul-betul sebab ada babak imbas kembali untuk dapatkan keseluruhan cerita apa yang terjadi pada Mona, Anom dan juga Nadim.. Bila masuk episod 6 je, dengan Sha sekali keliru.. Mona tu khayalan atau realiti sebab Farah pun boleh nampak Mona.. Hahaha.. Pening makcik tiba-tiba.. Takkanlah Farah tu pun mental juga.. Adoilah.. Pandai betul diorang buat cerita ini.. Memang betul-betul ohsemlah.. Sikit-sikit kurang tu biasalahkan.. 

JUDUL : MISTERI MONA
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : 10 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Abdul Nasir, Amor Rizan
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Aquila Emas Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Zarynn Min, Zizan Nin, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim, Azhar Amir, Jeff Saly, Elly Suhail, Badsham Harun

SINOPSIS MISTERI MONA
Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Wednesday, December 30, 2020

Limited Edition | Mighty White: Korean Spicy Chicken Bun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada yang dah pernah makan roti ini..? Sha pun baru pertama kali jumpa, keluaran Mighty White.. Warna rotinya hitam dengan sambal ayam pedas.. Rasa sekali jelah.. Memang tak beli lagi.. Tak mampu Sha nak makan, pedasnya tak sesuai dengan tekak dan perut Sha.. hehehe.. Pedas dia lain tak macam pedas sambal bilis tau.. Lepas tu tak nampak ayamnya.. hahaha.. Jenuh cari.. 

RM2 sebungkus..

Kemain warna dia..

Tak ada ketulan ayam pun.. Kemain merah sambal dia.. Pedas wei.. Kalau tak makan pedas macam Sha, memang akan terasa kepedasannya.. Kalau suka pedas, biasa je pedas ini..

ebook | Vampire Cheerleaders/Paranormal Mystery Squad Vol. 1 by Adam Arnold, Shiei(Illustrator), Comipa(Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini ada 2 cerita.. Mengenai vampire dan juga skuad misteri.. Sha baca secara percuma di Google Play Books dan ianya bersiri juga percuma sampai siri empat.. Owh ya komik ini bacaan 18 tahun ke atas ye..

Kisah 1 mengenai Vampire Cheerleaders yang kekurangan ahli bila seorang dari mereka hilang tanpa dikesan.. Mereka mula melakukan ujibakat mencari ahli kelima dan Heather terpilih.. Kawan Heather tak bagi dia sertai ujibakat tu tapi Heather tak peduli.. Bila Heather berjaya, mereka terus tukar Heather jadi vampire dan terangkan peraturan menjadi vampire.. Apa yang boleh dan takboleh, macam mana nak cari darah dan macam mana nak memukau.. Orang pertama yang Heather perlu dapatkan darahnya dan pukau ialah mak ayah Heather.. Namun Heather telah melakukan kesalahan bila esoknya dia telah mengambil darah dari pasukan bola sepak hingga menyebabkan mereka lemah dan tak boleh nak bertanding.. Krisis yang perlu diselesaikan secepat mungkin.. Hehehe..

Kisah 2 pula mengenai Skuad Paranormal yang melakukan tugas menghapuskan makhluk jadian seperti vampire, dhampir, serigala jadian dan lenlain.. Stephanie, Katie dan Charlotte merupakan Skuad misteri paranormal namun ada organisasi lain yang memantau mereka dari terus membunuh makluk-makhluk tu dengan menghantar J.C. Summerfield.. Hinggalah satu tugasan menyebabkan Katie dijangkiti virus serigala jadian dan mula bertukar namun berjaya dikawal.. Rupanya Katie sengaja dijangkiti supaya kawanan serigala tu boleh mengawan untuk mendapatkan baka baru.. Memang kelakar komik dua ini..

Sha baca pada 29.12.2020 dan selesai pada 30.12.2020..

Sha baca secara percuma di aplikasi Google Play Books..
Published July 18th 2013 by Seven Seas

Filem Jepun | Today's Kira-kun (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok dekat Youtube drama ini, ada sarikata bahasa Inggeris.. Bolehlah nak layan.. Sweet, sweet je cerita dia..

Kisah seorang budak perempuan yang jadi mangsa buli sebab tutup mata dia dengan biarkan rambut dia panjang dan selalu buat patung burung dengan mengait.. Heronya pula tak hidup lama sebab ada masalah hati.. satu hari tu heroin ternampak hero menangis kesedihan berseorangan, dia gi depan hero dan cakap akan bersama hero 365 hari supaya hero tak kesunyian.. Belum sempat hero jawab, heroin blah.. Yalah tetibe je cakap macam tu kan.. Esoknya hero tunggu heroin dan pergi sekolah bersama.. Mereka mula rapat bila heroin buat sambutan hari jadi hero bersama kawan-kawan dia.. Kerana heroin juga hero bersemangat untuk buat pembedahan dan teruskan hidup..

Movie: Today's Kira-kun
Also Known As: Kyou no Kira-kun , Closest Love To Heaven, Today's Kira
Director: Kawamura Taisuke
Genres: Friendship, Romance, School, Youth, Drama
Country: Japan
Release Date: Feb 25, 2017
Duration: 1 hr. 49 min.
A love story nurtured by a high school girl named Okamura Ninon who fell in love with the handsome boy, Kira Yuiji.  Having been bullied in the past, Ninon finds it difficult to engage with other people, therefore she keeps her bangs long and maintains a safe distance from her surroundings. Ninon was being ridiculed for her love of birds and to her defense came Kira, the most handsome and popular boy in class. Everyone admires Kira, yet nobody knew he felt lonely and was suffering from a heart disease. Ninon learned about the secret and promises that she'll stay by Kira's side for the remaining year of his life. Ninon together with Kira's friends, Kazuhiro Yabe and Yahagi Rei, they form a bond of friendship making Kira's remaining 365 days bright and meaningful. (Source: Written by MyDramaList)

ebook | Zombie Cherry #1 (Zombie Cherry #1) by Shoko Conami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini pendek dan bersambung, ada belas-belas juga sirinya.. Sha baca di SINI.. Untuk chapter 1 ini dia bagi percuma je, chapter seterusnya kenalah beli.. Harganya RM8.76.. Tengoklah kalau ada duit lebih baru kita beli chapter seterusnya.. hehehe..

Kisah Miu yang sangat suka perkara-perkara seram kecuali zombie.. Lepas tu minat dekat Tohno.. Kebetulan Tohno pun suka baca novel seram, tengok cerita seram macam Miu dan tak sukakan zombie juga.. Mereka mula berbual kerana sebuah buku dan Tohno ajak Miu bertemujanji tengok filem seram.. Malangnya Miu jatuh sakit dan minum formula 'cherry soup' yang dibuat sahabat baiknya hingga menjadikan Miu seorang zombie.. Macam mana Miu nak teruskan hidupnya.. Parah.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 29.12.2020..

Sha baca di Google Play Books secara percuma..
Published by Akita Publishing Co.,Ltd. (first published 2012)

Wordless Wednesday 2020

 

Tuesday, December 29, 2020

ebook | Vila Puaka oleh Phakinai

Assalamualaikum..
Hye semua..

kisah yang sangat kejam dan pembalasan yang diterima buat mereka yang melakukan kekejaman itu sangat ngeri.. Semuanya berpunca dari perbuatan buli dan juga sifat tamak manusia.. Pheet terbunuh akibat perbuatan buli kawan-kawannya.. Kerana kematian Pheet akhirnya Puan Miria menjadi gila, kawan-kawan Pheet.. Alice dan Aim yang kehilangan keluarga dijadikan anak angkat Puan Miria oleh Puan Miria dan dibawa ke vila nya yang agak tersorok.. Disini bermacam perkara yang berlaku hingga akhirnya Alice dikatakan gila.. Namun ada sejarah lama yang terbongkar dan kebenaran yang tersingkap memang menyedihkan.. Kaitan antara Alice, Pheet dan Puan Maria memakan korban yang bukan sedikit..

Sha baca pada 11.12.2020 dan selesai pada 29.12.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published 2013 by Penerbitan Pelangi (first published 2012)

Drama Melayu | Kampong Pisang Bersiri-Siri: Episod 4 (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Bersambung dari episod 3 yang lalu.. Kisah Serigala jadian yang menjadi pembantu dalam melaksanakan perang.. Namun akhirnya kerana dikuasai darah mereka mula berpaling tadah dan menjadi buruan.. Konon datang nak bermukim di kampung pisang, masalahnya penduduk kampung pisang tak sudi.. Datang encik Rashid nak menghapuskan serigala, malangnya tak berapa nak kuat.. Adalah juga diselitkan mengenai pendemik dan isu-isu yang tengah hangat.. Panik.. okay.. panik.. hehehe.. Sudahnya mereka dibantu oleh Pak Salam.. Terbaik Pak Salam nya.. hahaha..

Nama panglima nya kelakar.. Datuk Panglima Lidah Bengkak, Panglima Lidah Bercabang dan Panglima Rashid Lidah Buaya.. Hahahaha.. Memang kelakarlah.. Lawaknya bersahaja je..

Drama Jepun | Imawa no Kuni no Alice (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini best sebab ada pelakon yang Sha minat.. hahaha.. Tapi sekejap je watak dia.. Dalam episod 3 je dah mati.. huhuhu.. Watak sampingan je.. Kalau tak suka drama bersambung atau tergantung, jangan tengok.. Sebab ini season 1, tahun depan akan keluar season 2..

Kisah si Arisu yang tak berkerja dan suka main game.. Tiba-tiba Arisu dan dua orang kawan dia berada di bandar yang tak ada manusia lain.. Mulanya mereka macam seonok sampailah mereka disuruh ke sebuah bangunan untuk bermain.. Masa ini mereka jumpa 2 perempuan.. Rupanya bukan mereka sahaja yang ada dekat situ.. Mujurlah untuk game pertama ini mereka bertiga selamat.. Namun ending dia tidaklah seperti yang diharapkan.. Ada yang mengawal mereka untuk terus kekal dalam permainan.. Ingatkan bila jumpa klu akan jumpalah dalangnya tapi terlambat.. Ada satu babak lawan yang ohsem untuk Sha.. Episod last ada perlawanan antara lelaki berpedang dengan perempuan jadian.. Bahagian ini memang best.. hehehe..

Kalau tak kuat, baik jangan tengok drama ini.. Ada babak lucah dan juga babak pembunuhan dia agak gore.. Dengan darah yang melambak.. Selamba je tembak dan bunuh.. Paling kelakar bab perempuan jadian tu.. Punyalah cantik, sekali lelaki rupanya..

Drama: Imawa no Kuni no Alice
Also Known As: Imawa no Kuni no Arisu, Alice in Borderland
Screenwriter & Director: Sato Shinsuke
Screenwriter: Kuramitsu Yasuko
Genres: Action, Thriller, Psychological, Supernatural, Mature
Country: Japan
Episodes: 8
Aired: Dec 10, 2020
Aired On: Thursday
Original Network: Netflix
Duration: 48 min.
Arisu—a listless, jobless and video-game-obsessed young man—suddenly finds himself in a strange, emptied-out version of Tokyo in which he and his friends must compete in dangerous games in order to survive. In this strange world, Arisu meets Usagi, a young woman who’s navigating the games alone. Together, they set out to unravel one mystery after another as they risk their lives and confront what it means to live.
(Source: Netflix)
Adapted from the manga series "Imawa no Kuni no Alice" by Haro Aso.

Makanan | Beryl's Gaufrette

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah cakap dah, masuk je 7Eleven memang banyak nak dibeli.. Terutama sekali bila ada promosi best dekat kawasan coklat.. Sha tak pasti sama ada coklat ini dah lama ada atau baru lagi.. Untuk Sha memang barulah.. Tak pernah jumpa pun sebelum ini.. Beratnya 100g dan harga sekeping ini RM4.90.. Sekarang tengah promosi.. Beli 1 percuma 1.. Memang berbaloi-baloilah kan.. 2 ini untuk harga RM4.90 je.. Teruslah Sha beli..

Dari segi rasa pula, tak mungkinlah tak sedapkan.. Coklat kot.. hehehe.. Cuma bestnya bila kunyah ada bunyi sebab ada crispy wafer.. Kepingan tu ada dekat dalam coklat, krup krap bunyi dia bila kita kunyah.. Bestlah pada Sha.. Memang boleh beli lagi..


Gaufrette ini sejenis biskut bentuk macam waffle tapi nipis..

Monday, December 28, 2020

Filem Jepun | My Rainy Days (2009)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Melayan filem je cuti hujung minggu baru ini.. Drama tengok separuh jalan je.. Filem je layan sampai habis.. Sha tengok kat SINI..

Filem ini pasal heroin yang memberontak dengan melakukan perkara bukan-bukan sebab tak puas hati dekat mak dia.. Kemudian terjumpa dengan seorang professor yang sakit barah otak dan terjatuh cinta.. Berusaha bersungguh-sungguh perempuan ini nak fapatkan cinta professor tu sampai sanggup tinggalkan perbuatan tak senonoh beliau.. Namun yang mengubah kehidupan perempuan tu ialah bila kawan dia bunuh diri.. Ini yang mengubah secara total kehidupan perempuan tu.. Professor tu pula menghilangkan diri bila sakit dia makin serius sebab tak nak menyusahkan perempuan tu namun cinta itu buta.. hehehe.. Mereka bertemu semula dan perempuan tu pujuk professor tu untuk buat pembedahan.. Risikonya ialah professor itu akan kehilangan memori mengenai perempuan itu atau pun lumpuh.. Happy ending cerita ini walaupun hilang ingatan.. Cinta itu unik dan mampu menemukan..

Movie: My Rainy Days
Also Known As: Tenshi no Koi, Angel's Love
Screenwriter & Director: Kanchiku Yuri
Genres: Romance, Drama
Country: Japan
Release Date: Nov 7, 2009
Duration: 1 hr. 59 min.
17-year-old high school student Rio is always the center of attention due to her beauty. Yet, Rio has never cared about anyone but herself due to her traumatic past. Her friends and boyfriends exist only so she can use them for her gains. Rio is only interested in money.
Then one day she meets 35-year-old college professor Kouki and falls in love for the first time. Rio feels confused by her emotional change and expresses her love to Kouki honestly. Although Kouki becomes interested in Rio, there is a reason he can't pursue the relationship. 
(Based on the popular cell phone novel of the same name.)

Masak Lemak Pucuk Paku & Udang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak kongsi kat sini.. Selalunya buat gulai lemak udang atau pucuk paku secara berasingan.. Kali ini kita campur sekali.. hehehe.. Sedap pula rasanya bila mereka bergandingan bersama.. Sha tak pakai banyak cili sebab anak-anak nak makan sama.. Memang tak buat pedas.. Kalau suka pedas, cili padi tu boleh bubuh lebih.. Pucuk paku kat sini jual seikat RM1 je, ini untuk sekali makan.. Kalau Sha nak masak lebih kena beli 2 ikat..

Masak Lemak Pucuk Paku & Udang
Bahan-bahannya:-
Seikat pucuk paku
Udang (ikut suka)
Sebiji cili padi yang ditumbuk bersama ikan bilis dan kunyit hidup/serbuk kunyit
Sebatang cili merah dihiris (mencantikkan lauk)
Air
Santan
Garam secukup rasa..

Sha bubuh air, bahan tumbuk, cili merah dan pucuk paku dalam periuk dan panaskan atas dapur.. Biar sampai menggelegak atau pucuk paku lembut..

Bila dah menggelegak baru Sha masukkan udang.. Santan Sha masukkan lepas kulit udang bertukar warna.. Kacau sampai santan masak dan serasi bersama udang dan pucuk paku di dalam periuk.. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.. Kacau.. Dah boleh dihidangkan..

Filem Jepun | My Brother Love Me Too Much (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bayangkan bila adik beradik jatuh cinga.. Mujurlah bukan adik beradik betul.. Kalau tak dah jadi perkara lain.. Seto tak tahu yang dia anak angkat.. Setiap kali dia luahkan perasaan dekat lelaki, mesti lelaki tu reject dia.. Peliklah juga si Seto ini.. Seto pun siasatlah, rupanya Haruka (abang dia) punya kerja.. Abang dia bagi amaran dekat budak lelaki yang cuba nak terima cinta Seto.. Haruka tak boleh terima kalau Seto bercinta dengan lelaki lain.. dia macam pelik jugalah dengan perasaan yang dia ada sebab dia tak ingat pun yang Seto ini anak angkat.. sampailah bapa dia cakap tapi Haruka tak nak bagi tahu Seto, dia nak tunggu sampai Seto tamat belajar.. Tapi tiba-tiba muncul balik cinta lama Seto iaitu Serikawa.. Halangan muncul pula.. hehehe..

Pelakon yang bawa watak Haruka tu comel.. hehehe..

Movie: My Brother Loves Me Too Much
Also Known As: Ani ni Aisaresugite Komattemasu , I Have Difficulty to Be Loved Too Much by Older Brother , I Am in Trouble Because My Older Brother Loves Me Too Much
Director: Hayato Kawai
Screenwriter: Matsuda Yuko
Genres: Romance, School, Youth
Country: Japan
Release Date: Jun 30, 2017
Duration: 1 hr. 39 min.
Setoka is a high-school student who got dumped by twelve boys. Her big brother, Haruka looks like a delinquent youth, but he cares for Setoka so much. Setoka doesn't know that they are not blood-related.
One day, Setoka starts to get guys' attention, but her big brother Haruka tries to interfere every time...!

Sunday, December 27, 2020

Tempe & Tauhu Goreng

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah nak buat sejak baca entry rakan blogger.. Kak Farah dan siapa entah lagi yang ada kongsikan pasal ini.. Lupa.. hehehe.. Sha memang suka buat tempe, tauhu ini baru nak cuba.. Tak sangka pula sedap rupanya.. hehehe.. Memang leoas ini boleh beli dan buat lagi.. Sha guna serbuk goreng jenama Pak Long.. 

Sebungkus tempe dan sekeping tauhu.. Susah nak jumpa tempe balut daun pisang..

Sha potong kecil-kecil macam ini..

Tabur serbuk goreng Pak Long..

Kacau bagi sekata dulu kat tempe, kemudian goreng..

Lepas tu baru bubuh dekat tauhu..

Dah siap.. Boleh dijadikan kudapan depan tv, masa baca buku atau makan dengan nasi..

ebook | Sihir: Episod 4 oleh Ismi Fa Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke empat ini lebih fokus pada watak Najwa, Saadah dan juga Rose.. Tiga watak ini tengah melalui ujian yang luar biasa.. Saadah dan Najwa masih lagi terperangkap dialam gelap.. Saadah mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklumat yang dah lama ingin diketahuinya.. Rose pula masih belum berjaya menguasai walau satu sihir pun hinggalah dibimbing oleh Wan Sisih yang baik hati.. Melalui Wan Sisih, akhirnya Rose berjaya melakukan sihir bekukan air dengan menggabungkan sihir keturunannya dan sihir baru.. Malah dengan teguran dari Wan Layang, barulah Rose lebih beraikap terbuka.. Tak sabar nak tahu apa jawapan yang akan diperolehi oleh Saadah..

Sha baca dan selesai pada 24.12.2020..

Sha di Google Play Books.. ebook ini diberikan percuma oleh penulis.. Kalau berminat nak baca boleh klik SINI.. 
Published December 11th 2020 by I F I ENTERPRISE

Hershey's Dark Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk je 7Eleven, pasti banyak makanan baru yang boleh dicuba atau promosi beli satu percuma satu.. Lama tak masuk sini demi menjaga poket.. hehehe.. Tapi semalam terjebak juga sebab nak beli tambah nilai telefon.. Jalan-jalan cuci mata dan ternampak coklat ini.. Perkataan 'Dark Chocolate' tu sangat menggoda.. Maka belilah satu.. Memang berbaloi dengan harganya.. Pada Sha lah sebab rasa coklat gelap yang sangat mewah dan memuaskan lidah Sha.. Tambahan pula bekasnya sangat eksklusif.. 

RM7.90

Inilah rupanya bila dah dibuka.. Coklat tu berbentuk bulat-bulat dan ada lebih kurang 29pcs.. Bekas tu tin tau..

Saturday, December 26, 2020

Drama Korea | Vampire Prosecutor 2 (2012)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sampai second season je drama ini.. tapi tulah macam tak puas hati je ending dia.. Kali ini lebih menarik sebab bukan semata-mata menyiasat kes tapi turut menyiasat bagaimana boleh ada vampire dan siapa yang menukarkan Min Tae Yeon menjadi vampire.. Paling best tengok hubungan antara Tae Yeon dan Soon Bum.. Drama ini kalau nak faham kena tengok season 1 dulu, kalau tak memang akan lost.. Tapi best tau sebab episod dia sikit dan cerita dia padat.. Memang ngamlah cuma tu lah, harapnya akan adalah diorang buat season 3..

Vampire Prosecutor 2|9 September 2012|11 episodes|Mystery, police procedural, thriller|
Sinopsis : In the second season of “Vampire Prosecutor,” Min Tae Yeon is back as the prosecutor who heads up a new division that investigates unsolved murder cases. No one, except for Detective Hwang Soon Bum, knows that Tae Yeon was bitten seven years ago and acquired vampire powers. Together, they solve murder cases, and each time Tae Yeon uses his “powers” to find leads on cases that seem unsolvable. But the one thinghe can’t solve is: who was the vampire/serial killer that turned him seven years ago? And what happens when Jung In becomes suspicious of Tae Yeon’s “questionable” tactics in solving cases.

Drama Korea | Vampire Prosecutor (2011)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini memang kesukaan Sha la.. Sebab ada vampire gitu dan episodnya pendek je.. Kikiki.. Hero dia tak adalah handsome sangat.. Biasa-biasa je tapi cerita dia menarik.. Vampire ini sebenarnya Prosecutor, bila digit dan bertukar jadi vampire dia tak adalah jadi jahat.. Dia masih lagi kerja sebagai prosecutor cuma dia minum darah orang yang dah mati.. Sambil-sambil tu, dia try siasat siapa yang gigit dan jadikan dia vampire.. Drama ini dah lama.. Kita tengok balik.. hehehe.. Paling best part mata biru vampire dia dan bila dia nak sisat kes dia cuma perlu calitkan sedikit darah dari tempat kejadian dekat bibir dia..

Vampire Prosecutor [2 October 2011] [11 Episodes] [Mystery, police procedural, thriller]
Sinopsis : Prosecutor Min Tae Yeon is bitten by somebody and becomes a Vampire. Tae Yeon rejects the life of a vampire and he survives by drinking the blood of dead people and still lives as a righteous prosecutor. Tae Yeon also uses his new founded abilities as a Vampire to prosecute powerful persons normally thought above the law. A mysterious case then occurs and the evidence points to a Vampire as the perpetrator.Tae Yeon now knows that he is not the only Vampire. He also ponders why he became a Vampire and what truths may lie behind their motives.

Webtoon Comics | Weak Hero by Seopass, Razen

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Mulanya Sha baca sebab ingatkan komik ini dah habis.. Rupanya masih bersambung.. Alahai.. Letih pula nak menunggu penulis bubuh episod baru dekat Webtoon.. Komik ini mengisahkan Gray Yeon yang menjadi mangsa buli dan kehilangan kawan baiknya akibat dibuli.. Gray pindah sekolah dan mula bangkit dari terus jadi mangsa buli.. Di sekolah baru ini Gray mula dikenali sebagai White Mamba dan berkawan dengan Eugene Gale, Ben Park,  Alex Go,  Gerard Jin dan  Rowan Im.. Gelaran White mamba tu diperolehi sebab Gray tak lagi tunduk dengan pembuli.. Gray akan gunakan apa sahaja objek yang disekeliling dia untuk menyerang musuh.. Malah Gray juga habiskan masa dia dengan membaca pelbagai buku berkaitan yang mampu membantu dirinya untuk mempertahankan diri dan menyerang.. dalam masa yang sama komik ini juga menceritakan mengenai persatuan yang memegang semua sekolah menegah dan taiko-taiko yang ada di sekolah..

Published 2019 by Webtoon
Once the bullies target you, it’s game over. The school is run by tyrants whose favorite hobby is tormenting the weakest kids in class. But then Gray arrived. This mysterious new student threatens to dismantle the established order. He may be small in stature, but his calculative and brutal fighting leaves unsuspecting opponents lying on the floor begging for mercy. Now the school's toughest bullies have to scramble to take down this new and unusual hero.

Friday, December 25, 2020

Telefilem Melayu | Mohon Hantuan (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Telefilem kelakar seram yang menarik.. Tambah pula pelakonnya Saharul Ridzwan, Riena Diana, Zalif Sidek dan ramai lagi.. Cerita hantu minta tolong manusia untuk menjadikan boyfriend hantu tu romantis.. Memang kelakarlah menengokkan perangai mereka.. Lagipun hantunya tak adalah scary pun.. Lebih pada cantik dan comel.. Saling tolong menolong pula tu.. Hantu bagi cerita untuk dijadikan novel dan si Akim tu pula bantu laki hantu tu jadi romantis..

JUDUL : MOHON HANTUAN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 19 Disember 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra dan Citra HD
PENULIS SKRIP : Shaza Talib
PENGARAH : Ismail Bob Hashim
PRODUKSI : Dream At Work Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Azar Azmi, Jay Iswazir, Zalif Sidek, Riena Diana, Tajuddin Bakar, Zarina Zainuddin, Esma Daniel

SINOPSIS MOHON HANTUAN
Akim seorang penulis novel romantik tiba-tiba dibuka hijabnya dan membolehkan dia untuk melihat hantu yang kemudiannya memohon bantuan Akim untuk mengubah rakan lelakinya menjadi romantik.

Resepi Oden Viral

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ramai juga yang kongsikan resepi Oden ini.. Resepi yang Sha kongsikan disini telah Sha ubahsuai mengikut selera dan bahan-bahan yang ada dan mudah diperolehi.. Tak ada resepi yang tak boleh diubahsuaikan.. Janji rajin nak cuba.. InsyaAllah jadi.. hehehehe.. Sha masak oden ini masa jamuan di pejabat baru ini.. Saja nak mencuba sesuatu yang lain.. Main agak-agak je bahannya.. Bolehlah buat sendiri kat rumah lepas ini.. Memang sedap dan lagi puas makan bila masak sendiri ini..

Bahan-bahan yang diperlukan:
Perencah Asam Pedas Adabi 1 paket
Perencah Tomyam Thailand 1 senduk atau ikut kesesuaian rasa
Air secukupnya
Bahan oden pula Sha guna bebola ayam, bebola sotong, isi ketam, cendawan, kue teaw dan maggi

Periuknya kami guna periuk nasi je.. Mudah.. hehehe.. Cuma jangan bubuh air terlampau banyak sebab nanti nak bubuh bahan lagi.. Bila dia menggelegak je kuahnya meleleh-leleh sebab penuh sangat..

Cara-cara membuatnya:
Masukkan air (ikut anda nak kuah banyak mana), biarkan menggelegak..
Kemudian, masukkan perencah tomyam dan pes asam pedas, biar sampai menggelegak.. Sha tak tambah gula mahupun garam sebab perencah tomyam thailand tu dah secukup rasa..
Boleh masukkan segala bahan yang nak dimakan ke dalam periuk dan biarkan sampai menggelegak, barulah boleh dimakan..

Semangkuk oden yang dah boleh dimakan..

Terlebih air.. Meleleh kuahnya bila dia menggelegak.. Paniklah sekejap.. hahaha.. Part inilah kelakar.. Semua panik sampai lupa nak tutup suis ataupun cedok keluar isi dengan kuah tu.. 

Happy Holidays

 

Thursday, December 24, 2020

Drama Korea | Sweet Home (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Keluar juga drama ini.. Komik dia Sha baru baca sampai episod 59 dari 140 episod.. 

Filem live action lebih gempak dari komiknya tapi komik lebih detail dan penuh emosi bila dibaca.. Walaupun ada kelainan dari segi jalan cerita dan watak namun tetap memuaskan hati.. Perubahan watak utama dari seorang yang pasif kepada seorang yang bangkit membantu walaupun takut dan cuba menggunakan kelebihan yang ada pada diri iaitu kawalan terhadap monster dalam badan dia, memang ohsemlah.. Watak-watak lain yang juga snagat membantu untuk mencantikkan lagi cerita.. Cuma watak monster dia je bila tengok live jadi extra ngeri.. hahaha.. Tambah berwarna dan bergerak.. Betullah kata penjahat di hujung episod bila manusia lebih menakutkan dari monster.. Cerita dia cantik sebab lakonan pelakon yang super ohsem, emosi setiap watak tu memang boleh dirasai.. Cuma cerita ini agak dark dan sedikit sememeh bila masa darah keluar membuak-buak.. Tak sesuai tengok dengan anak-anak walaupun ada watak kanak-kanak dalam ini.. 

Tak sabar nak tunggu season 2.. Harapnya cepatlah keluar..

Drama: Sweet Home
Also Known As: Seuwiteu Hom , Seuwiteuhom
Director: Lee Eung Bok
Genres: Action, Friendship, Thriller, Horror, Psychological, Drama, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Dec 18, 2020
Aired On: Friday
Original Network: Netflix, Netflix, Netflix, Netflix
Duration: 52 min.
Hyun Soo, a loner high school student who lost his entire family in a terrible accident, moves to an old apartment complex called Green Home. Driven by despair, he gradually realizes the secret of the Green home. The fact that a monster trying to drive humanity out of various forms of distorted human desires surrounds the Green home, including himself, and that the residents of Green Homes are trapped in them. (Source: MyDramaList)
Adapted from a webtoon of the same name by Kim Kan Bi and Hwang Young Chan

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »