Thursday, December 31, 2020

Drama Melayu | Misteri Mona (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha gigih tengok drama ini sebab ramai yang kata drama ini lain dari drama yang selalu dimainkan di tv.. Pelakon-pelakonnya pun not bad pada Sha.. Cerita dia pun penuh konflik dan mendebarkan.. Siapa Mona tu memang menjadi misteri.. hahaha.. Sha layan dekat Youtube TV3Malaysia, terus je tak yah nak tunggu bila episod seterusnya nak keluar..

Memang berbaloilah tengok drama ini pada Sha.. 8 episod tu memang cantiklah.. Ngam je dia punya perjalanan cerita.. Walaupun nak kena tengok betul-betul sebab ada babak imbas kembali untuk dapatkan keseluruhan cerita apa yang terjadi pada Mona, Anom dan juga Nadim.. Bila masuk episod 6 je, dengan Sha sekali keliru.. Mona tu khayalan atau realiti sebab Farah pun boleh nampak Mona.. Hahaha.. Pening makcik tiba-tiba.. Takkanlah Farah tu pun mental juga.. Adoilah.. Pandai betul diorang buat cerita ini.. Memang betul-betul ohsemlah.. Sikit-sikit kurang tu biasalahkan.. 

JUDUL : MISTERI MONA
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : 10 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Abdul Nasir, Amor Rizan
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Aquila Emas Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Zarynn Min, Zizan Nin, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim, Azhar Amir, Jeff Saly, Elly Suhail, Badsham Harun

SINOPSIS MISTERI MONA
Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

4 comments:

  1. cerita ni byk review cakap best! atie tgk cari masa nak starts tgk cita ni.. too much in the list huhuhu

    ReplyDelete
  2. Antara drama yang best tahun ni.

    ReplyDelete
  3. ramai orang tak puas hati sebab drama ni pendek. tapi betullah kata kak sha 8 episode dah cantik story dia. kalau panjang sangat habis semua orang stress tengok drama ni..haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »