Friday, December 11, 2020

Currently Waiting (Drama)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Kebelakangan ini, mood membaca agak merundum.. Sha baru berjaya baca 1  tajuk je itupun komik online.. Bukannya novel atau ebook.. Sha lebih banyak menonton drama dan juga animasi.. Seronok pula layan anime di Youtube dan laman sesawang atas talian.. Sha tengok yang episodnya pendek-pendek je dan tak banyak seasons.. sekarang ini tengah tunggu 3 drama ini main kat tv atau atas talian.. Ketiga-tiga drama ini dari genre yang berbeza.. 

Alice in Borderland/Imawa no Kuni no Alice (2020)
Genres: Action, Suspense, Thriller, Psychological, Supernatural
Drama ini 8 episod je dan ditayangkan di Netflix.. Cerita pasal gamer yang terperangkap dalam dunia game.. Drama dari Netflix ini biasanya agak menarik untuk ditonton..

Sweet Home (2020)
Genres: Horror, Psychological, Supernatural
Drama ini Sha ternampak teaser trailer asalnya.. Lepas tu bila baca komen dan info baru tahu dari komik.. Terus cari komik dia dan baca.. Memang menarik cerita ini.. Bayangkan terperangkap dalam apartment dan seluruh dunia manusia berubah menjadi raksasa.. Hero pun ada tanda-tanda akan berubah namun masih dipercayai.. Komik dia boleh baca di SINI.. Sha baru sampai episod 41.. Hehehe.. Komik ini ada 140 episod.. Lama lagi baru habis.. Drama dia ada 10 episod..

Ultimate Note (2020) - iQIYI
Genres: Action, Suspense, Adventure
Drama ini ada kaitan dengan drama berkenaan Tomb yang sha suka tengok sebelum ini.. Kalau ikutkan tak adalah bersambung ke apa.. Cuma pelakon yang bawa watak Zhang Qi Ling dalam Tomb of the Sea, ada muncul dalam drama ini.. Hehehe.. Drama ini tak adalah panjang sangat macam drama-drama berkaitan Tomb sebelum ini.. 37 episod dan boleh ditonton di iQiyi je.. 

9 comments:

  1. Alice in Borderland ada tengok iklan dekat neflix macam best jer

    ReplyDelete
  2. aritu ada ternampak Alice in Borderland tu, dah baca sinopsis dia dan tak sabar nak tengok rupanya baru nak start tayang..terpaksalah menunggu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. baru nak start tayang.. kena menunggu lah..

      Delete
  3. netflix ada iklan kan , skrg ni byk movie dan series yg baru2 nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Netflix punya filem dan drama, boleh taahan gak untuk layan..

      Delete
  4. Wow sampai 140 episode. Tapi elemen Suspense, Thriller, Psychological, Supernatural mmg mama suka

    ReplyDelete
  5. Ada nampak drama Imawa no Kuni no Alice tu trending dekat Netflix. Macam nak tengok jugak sebab tema dia macam menarik

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »