Monday, December 28, 2020

Masak Lemak Pucuk Paku & Udang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak kongsi kat sini.. Selalunya buat gulai lemak udang atau pucuk paku secara berasingan.. Kali ini kita campur sekali.. hehehe.. Sedap pula rasanya bila mereka bergandingan bersama.. Sha tak pakai banyak cili sebab anak-anak nak makan sama.. Memang tak buat pedas.. Kalau suka pedas, cili padi tu boleh bubuh lebih.. Pucuk paku kat sini jual seikat RM1 je, ini untuk sekali makan.. Kalau Sha nak masak lebih kena beli 2 ikat..

Masak Lemak Pucuk Paku & Udang
Bahan-bahannya:-
Seikat pucuk paku
Udang (ikut suka)
Sebiji cili padi yang ditumbuk bersama ikan bilis dan kunyit hidup/serbuk kunyit
Sebatang cili merah dihiris (mencantikkan lauk)
Air
Santan
Garam secukup rasa..

Sha bubuh air, bahan tumbuk, cili merah dan pucuk paku dalam periuk dan panaskan atas dapur.. Biar sampai menggelegak atau pucuk paku lembut..

Bila dah menggelegak baru Sha masukkan udang.. Santan Sha masukkan lepas kulit udang bertukar warna.. Kacau sampai santan masak dan serasi bersama udang dan pucuk paku di dalam periuk.. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.. Kacau.. Dah boleh dihidangkan..

10 comments:

  1. sedapnya!! kakmim mmg suka lauk masak lemak... asal masak lemak je mst suka... kobis masak lemak pun sedappp

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak sha masak :)

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-indonesia-assalamualaikum-calon.html

    ReplyDelete
  3. dulu duduk dekat trolak memang selalu dapat makan pucuk paku ni. Bila dah dekat subang ni memang susah nak jumpa. Ada pun yang tua. Besarnya udang tu kaksha hihi

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan pucuk paku. Antara sayur favourite.. Teringin plak

    ReplyDelete
  5. takpenah makan ni ! tapi kak sha masak nmpk menyelerakan

    ReplyDelete
  6. Uuuu..besarnya udang..sedap ni sha :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya pucuk paku. Lama dah tak makan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »