Wednesday, December 30, 2020

ebook | Vampire Cheerleaders/Paranormal Mystery Squad Vol. 1 by Adam Arnold, Shiei(Illustrator), Comipa(Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini ada 2 cerita.. Mengenai vampire dan juga skuad misteri.. Sha baca secara percuma di Google Play Books dan ianya bersiri juga percuma sampai siri empat.. Owh ya komik ini bacaan 18 tahun ke atas ye..

Kisah 1 mengenai Vampire Cheerleaders yang kekurangan ahli bila seorang dari mereka hilang tanpa dikesan.. Mereka mula melakukan ujibakat mencari ahli kelima dan Heather terpilih.. Kawan Heather tak bagi dia sertai ujibakat tu tapi Heather tak peduli.. Bila Heather berjaya, mereka terus tukar Heather jadi vampire dan terangkan peraturan menjadi vampire.. Apa yang boleh dan takboleh, macam mana nak cari darah dan macam mana nak memukau.. Orang pertama yang Heather perlu dapatkan darahnya dan pukau ialah mak ayah Heather.. Namun Heather telah melakukan kesalahan bila esoknya dia telah mengambil darah dari pasukan bola sepak hingga menyebabkan mereka lemah dan tak boleh nak bertanding.. Krisis yang perlu diselesaikan secepat mungkin.. Hehehe..

Kisah 2 pula mengenai Skuad Paranormal yang melakukan tugas menghapuskan makhluk jadian seperti vampire, dhampir, serigala jadian dan lenlain.. Stephanie, Katie dan Charlotte merupakan Skuad misteri paranormal namun ada organisasi lain yang memantau mereka dari terus membunuh makluk-makhluk tu dengan menghantar J.C. Summerfield.. Hinggalah satu tugasan menyebabkan Katie dijangkiti virus serigala jadian dan mula bertukar namun berjaya dikawal.. Rupanya Katie sengaja dijangkiti supaya kawanan serigala tu boleh mengawan untuk mendapatkan baka baru.. Memang kelakar komik dua ini..

Sha baca pada 29.12.2020 dan selesai pada 30.12.2020..

Sha baca secara percuma di aplikasi Google Play Books..
Published July 18th 2013 by Seven Seas

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »