Sunday, December 6, 2020

Webtoon | Noblesse: Season 1 (Noblesse #1-3) by Son Jae Ho, Lee Gwang Su (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat baca komik ini secara percuma sampai bab 50 je.. Lepas tu dapat 5 bab setiap hari secara percuma untuk bulan November.. Tapi bila masuk Disember, dia bagi 2 bab je setiap hari untuk dibaca secara percuma, selebihnya kena bayar.. Tu yang jadi lambat gila habis baca.. hehehe.. Walhal Sha dah sampai bab 70 lebih dah.. Jadi lewat sebab dapat 2 bab je sehari.. Stress menunggu.. Hahaha.. Payah bila dah terjebak ini..

Sha seronok baca komik ini sebab watak Raizel yang sangat innocent dan clueless.. Bayangkan baru jaga dari tidur yang panjang dan zaman dah berubah.. Nak kena sesuaikan diri.. Masuk sekolah, belajar dan berkawan.. Kelakar bila tengok Rai yang berkuasa gila tapi tak tahu buka pintu, pintu auto kan.. Nak makan pisang pun tak pandai.. Tunggu ramen sejuk dan kembang baru makan.. Asyik tersesat bila jalan seorang.. Tak pandai main game atau menggunakan telefon.. Memang macam budak baru belajarlah.. Tapi bila bab berlawan, sangat menakutkan..

Komik ini ada babak lawan yang ohsem dan dalam masa yang sama ada babak yang kelakar ya amat.. dia punya kelakar tu sempoi gila.. Orang lain tengok Rai tu macam berkuasa tapi sebenarnya clueless..

Untuk musim 1 ini lebih pada pengenalan kepada beberapa watak.. Raizel dan Frankeinstein juga berjaya membantu M-21 memulakan kehidupan baru tanpa sengaja, memusnahkan musuh yang cuba mengambil tahu pasal Raizel dan Raizel mula belajar mengenai dunia moden serta berkawan dengan Shinwoo..

Sha baca pada 27.11.2020 dan selesai pada 06.12.2020..

Boleh baca dekat SINI.. 

Sha baca di aplikasi webtoon..
Published by naver (first published February 28th 2010)

4 comments:

  1. hahaha alaa comelnya dia tapi kesian la macam budak baru nak belajar jalan.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. satu episod 3 coin.. hehehe.. coin tu nak kena beli dulu..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »