Thursday, August 31, 2023

Goodreads | Ogos 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan Ogos tidaklah banyak namun sebagai menghayati bulan merdeka, Sha berjaya baca sebuah buku dengan ketebalan 1000 muka surat lebih.. Tapi ambil masalah.. Menghayati gitu.. kikiki.. Jomlah layan tajuk-tajuk yang berjaya Sha baca.. Mana tahu anda pun berminat nanti..



Darah Titik di Semantan oleh Arman Sani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini merupakan novel sejarah mengenai perjuangan Datuk Bahaman dalam usaha menentang Inggeris.. Novel ini ini mempunyai jalan cerita yang sangat baikdan mudah untuk difahami.. Inggeris sering menipu Raja kita demi menguasai Tanah Melayu.. Kita tak kalah, tapi kita tewas disebakan ugutan Inggeris.. Terdapat juga tokoh lain dalam buku ini cuma kemunculan mereka tidaklah kerap seperti watak utama kita iaitu Datuk Bahaman.. Cuma dari segi bahasa mungkin ada beberapa perkataan yang tidak difahami.. 

Sha baca dan selesai pada 30.08.2023..

Published January 1, 1986 by Dewan Bahasa dan Pustaka

Sprite Lemon & Lime

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini satu lagi minuman berkorbanat yang mengandungi lemon dan lime.. Padu tau kalau tambah asam boi dan daun pudina.. Pergh!! Rasa dia memang lagi power.. Paling best diminum dalam keadaan cuaca panas.. Sejuk je dia lalu tekak.. Tak caya?? Cubalah.. Ini wajah baru pembungkusan air ini.. Sebelum ini lain coraknya..

Sprite Lemon & Lime (320ml) - RM2.20

Suara Kita : Antologi Seribu Sajak Merdeka oleh Hasnida Samsudin (Editor)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sesuai sangat dibaca di bulan kemerdekaan ini.. Buku yang mampu memberi semangat kepada pembacanya.. Memang terbaiklah..

Program mengumpulkan puisi pilihan yang bertemakan kemerdekaan Negara bermula bulan Mac 2007.. Melalui media cetak, elektronik serta brosur, program ini telah disebar-luaskan sekaligus mendapat perhatian masyarakat. Ramai yang mengirimkan puisi sama ada menerusi e-mel, faksimili mahu pun pos dan tidak kurang juga menghantar secara serah tangan.. Namun penapisan juga perlu dilakukan berasaskan kepada segmen dan kategori penyumbang..

Buku ini mengandungi 1000 puisi dari 519 orang penulis.. Banyak gilakan.. Buku ini asalnya nak diterbitkan pada tahun 2007 tapi disebabkan kekangan kos ianya dibekukan dan akhrinya berjaya diterbitkan sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-56 dan Perayaan
Hari Malaysia ke-50..

Kategori puisi ini dibahagikan kepada 10 iaitu:-
Tokoh Negara - Yang penting ialah kepimpinan bukannya pemimpin
Agamawan - Yang penting ialah keilmuan bukannya ulama
Ahli Politik - Yang penting ialah rakyat bukannya wakil
Anak Merdeka - Yang penting ialah jasa bukannya tanggal kelahiran
Sasterawan / Penulis /Wartawan - Yang penting ialah karya bukannya karyawan
Penyair dari Seberang - Yang penting ialah puisi bukannya penyair
Mahasiswa / Pelajar - Yang penting ialah pelajaran bukannya institusi pengajian
Pegawai Kerajaan / Pesara - Yang penting ialah perkhidmatan bukannya pekerjaan
Saudagar / Ahli Korporat - Yang penting ialah sedekah bukannya lubuk kekayaan
Petani / Suri Rumah / Pekerja - Yang penting ialah kegigihan bukannya pasrah

Sha suka baca semua sajak dalam ini dan setiap segmen membawakan maknanya yang tersendiri..

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Sha baca pada 01/08/2023 dan selesai pada 30/08/2023..

Published August 1, 2013 by Jabatan Penerangan Malaysia

Wednesday, August 30, 2023

40 Hadis Tentang Wabak Penyakit oleh Ahmad Sanusi Azmi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Benarlah Allah menurunkan ujian wabak agar kita kembali kepadanya.. Ini adalah satu titik penting dalam kehidupan kita agar kita bermuhasabah.

Pengajaran utama dari buku ini ialah:-

1. Sekiranya mati akibat wabak maka kita berpeluang mati syahid..

2. Kuaratin untuk mereka yang terkena wabak tak kiralah manusia atau haiwan - diakui oleh saintis perubatan moden yang mana saranan dan polisi ini sudahpun lebih dulu diamalkan sewaktu zaman Nabi..

3. Prinsip Tawakal yang Sebenar - Rasulullah SAW mendidik muslim agar berusaha menyelamatkan sesuatu terlebih dahulu sebelum bertawakal kepada Allah.

Turut diselitkan doa memohon perlindungan dari wabak penyakit, doa menghindarkan diri dari kemudaratan serta doa memohon keselamatan dan kesejahteraan..

Published April 24, 2020 by Ulum Hadith Research Centre

China | The Story of the Night Watcher (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penjaga malam.. Tugasnya memastikan hantu setan tidak menganggu manusia.. Adapantang larang yang harus diikuti supaya tidak diganggu.. Namun kejadian pelik tetap berlaku.. Seorang kanak-kanak kelihatan tersampuk.. Orang hilang dengan banyak dan serentak secara tiba-tiba.. Kawan kepada penjaga malam dikawal ular beracun.. Semuanya keranaingin membangkitkan seorang anak yang telah mati dan membalas dendam hingga sanggup menggunakan sihir jahat.. Penjaga malam datang menyelamatkan keadan.. Gituh.. kikikiki..

Movie: The Story of the Night Watcher
Also Known As: Whistleblower, Da Geng Ren Guai Tan
Genres: Historical, Mystery, Fantasy
Country: China
Release Date: Jul 27, 2023
Duration: 1 hr. 20 min.

Indonesia | Gundala (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh.. Ada juga bahagian kelakar dalam filem ini walaupun permulaannya agak perlahan.. Kelakarnya pun sempoi je.. Tapi menariklah sebab hero dia dapat kuasa dari petir.. Syok tengok babak berlawan walaupun tak banyak.. 

Awalnya Sancaka ini membesar secara sendiri selepas mak dia menghilang dan ayah dia dibunuh keranamemperjuangkan hak mereka sebagai perkerja.. Sancaka berkenalang dengan Awang dan Awang mengajar Sancaka untuk jangan pedulikan hal sekeliling kalau nak selamat.. Awang juga mengajar Sancaka cara mempertahankan diri.. Bila da besar Sancaka tetap tidak mempedulikan hal sekeliling sampailah muncul wulan dan Teddy.. Dibantu dengan Agung, maka Sancaka mula memberikan bantuan pada yang memerlukan.. Muncullah Gundala..

Kalau tengok penamat dia, macam akan ada sambungan untuk cerita Gundala ini..

 Gundala
2019 ‧ Action/Sci-fi/Adventure/Drama ‧ 2h 3m
Gundala, who has grown up on the streets, must choose between continuing to look out for himself or doing something about the injustice that surrounds him.

ebook | Jampi Cinta Buat Dato' F oleh Cik Tet

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah cinta yang comel dan sedikit nakal.. Kanakalan selepas perkahwinan.. Gitu.. Mungkin agak kurang sesuailah dibaca oleh remaja.. 

Anggerik dipaksa terima pinangan dari Puan Maryam untuk cucunya Dato F.. Awalnya Anggerik ingatkan calon suaminya orang lain tapi bila dapat tahu dia harus berkahwin dengan Dato F, jenuh jugalah Anggerik menolak.. Anggerik tahu dia tak layak namun ugutan Wildan membuatkan dia terima juga.. Anggerik terpaksa demi keselamatan ibunya.. Anggerik menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri namun ugutan Wildan untuk Anggerik membunuh suaminya membuatkan dia berada dalam dilema.. Akhirnya perbuatan Anggerik cuba meracun Dato F tertangkap oleh Danny iaitu pemandu Dato F dan Anggerik dihalau keluar dari rumah.. Tanpa mereka sedar, musuh sebanar bukanlah Anggerik.. 

Kalaulah Anggerik berterus terang.. Tapi ialah, yang mengugut Anggerik bukan orang lain sebaliknya sepupu dan mak saudara dia..

Sha baca pada 29.08.2023 dan selesai pada 30.08.2023..

Published December 1, 2019 by Kaseh Aries Publication Sdn Bhd
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, August 29, 2023

ebook | ELITIS oleh Nor Azida Ishak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gigih cari lagu What Am I nyanyian Why Don't We.. La.. Sha memang layan lagu-lagu kumpulan ini rupanya.. Thank you penulis sebab kita suka lagu yang sama..

Buku ini mengisahkan tentang Danielle yang dibantu Uncle D untuk meneruskan kehidupan dengan memberikannya tempat tinggal dan belajar.. Danielle mengenali Hunter bila terpaksa tinggal bersama Hunter.. Awalnya Hunter meremehkan Danielle tapi lama-kelamaan Hunter semakin baik.. Namun Danielle bukanlah jenis mengambil kesempatan, tetap bersikap biasa, berusaha mencari duit sendiri dan tidak berlebih-lebihan.. Danielle turu berkawan dengan Noah yang juga kawan baik Hunter..

Cumanya antara Hunter, Danielle dan Uncle D ada rahsia yang tersimpan.. Hujung-hujung cerita terbongkar mengenai kenapa layanan Hunter yang dingin dan beku serta sifat marah-marah Hunter.. Buku bersambung.. huhuhu.. 

Masih ada rahsia yang belum terbongkar.. Semoga sambungannya keluar cepat..

Sha baca dan selesai pada 29.08.2023..

Published February 3, 2023 by Buku Fixi
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

US | Meg 2: The Trench (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua.

Filem kedua mengenai jerung dan pelakon Jason Statham yang Sha minat.. The Meg keluar tahun 2018 dan tahun 2023 dia keluar filem kedua yang lebih ganas dan mendebarkan.. Paling Sha suka dah tentulah bila hero menang dan semua penjahat dimakan jerung raksaksa.. hahaha.. Jahat sangat.. Kali ini diorang kembali lagi ke dasar laut dan menemui sekumpulan jerung gergasi.. Malah merekaturut bertemu dengan stesen terbiar.. Semasa cuba kembali ke laut biasa, mereka diserang dna terperangkap di dasar.. Mereka bergerak semula ke stesen lama yang dijumpai.. Tanpa disangka ada yang belot diantara mereka hanya kerana tamak.. Dalam usaha melepaskan diri, mereka terbuka laluan untuk jerung gergasi keluar dan menyerang lautan biasa.. Pertarungan pun bermula.. kikiki..

Meg 2: The Trench
2023 ‧ Action/Adventure ‧ 1h 56m
Jonas Taylor leads a research team on an exploratory dive into the deepest depths of the ocean. Their voyage spirals into chaos when a malevolent mining operation threatens their mission and forces them into a high-stakes battle for survival. Pitted against colossal, prehistoric sharks and relentles.

Temujanji Tampal Gigi Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam bawa Imani untuk temujanji tampal gigi dan susulan dari Coretan 02 Ogos 2023.. Kali ini untuk tampal gigi dan juga buat perbincangan mengenai pembedahan buang gigi.. Kebetulan sebelum jumpa semalam, Sha dah jumpa dengan Ketua doktor gigi ini terlebih dahulu.. Doktor dah maklumkan apa yang perlu dibuat.. Jadinya Sha dan encik suami dah pun berbincang untuk lakukan operasi pembedahan dimana dua gigi taring susu dibuang serentak dengan gigi tambahan yang ada di hidung Imani.. Jadinya semalam, doktor terima keputusan kami dan buat surat rujukan untuk bertemu Pakar ENT terlebih dahulu untuk melihat kedudukan gigi tambahan tu dengan lebih tepat.. Temujanjinya minggu hadapan.. Bulan ini berturut-turutlah Imani ke hospital..

Semalam juga berjaya pujuk dia untuk tampal kedua-dua gigi serentak.. Doktor muda yang melakukan tampalan tu pun sangat baik dan sabar melayan kerenah Imani.. Boleh pula masa tengah buat tampalan, Imani minta berhenti sebab nak ke toilet.. Tergelak doktor tu dengan keletah Imani..

Budak manja.. Alhamdulillah dipermudah semua urusan kami semalam..

ebook | PEMBELOT oleh Fatinilam Sari Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa baca buku ini, dekat bahagian awal tu macam ada vibes drama Korea bertajuk Adamas.. Sikit je lah.. Selebihnya memang uniklah.. Zaien diupah untuk menulis biografi Tan Sri Jaffar dan diminta tinggal di Pulau Lissia.. Awal kedatangan Zaien lagi dah ada benda pelik jadi tapi Zaien buat tak peduli je.. Misi dia menyelesaikan tugasan yang diberi.. Semasa menulis biografi Tan Sri Jaffar sering diganggu mimpi mengenai penulis yang diupah sebelum ini.. Penulis tersebut hilang tanpa dikesan.. Zaien berjaya mendapatkan cerita silam mengenai Tan Sri Jaffar dan ini membuatkan Zaien tamak.. 

Penamat dia betul-betul di luar jangkaan Sha.. Tapi bestlah..

Sha baca dan selesai pada 27.08.2023

Published March 20, 2023 by Buku Fixi
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Monday, August 28, 2023

India | Dada (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik.. Seorang lelaki yang tak pernah menangis akhirnya berjaya menitiskan air mata..

Mani dan Sindhu bercinta semasa belajar hingga terlanjur.. Awalnya Mani suruh Sindhu gugurkan anak tu tapi Sindhu tak mahu.. Bila keluarga mereka dapat tahu, mereka dibuang.. Maka bermulalah hidup mereka sendiri.. Bukan senang tapi mereka berjaya, kesilapan Mani ialah dia tak boleh nak berhenti minum.. Ini akhirnya menjadi punca mereka bergaduh dan Sindhu tinggalkan anaknya untuk Mani jaga.. Awalnya Mani nak bagi je anak tu dekat rumah anak yatim tapi semasa berlalu meninggalkan rumah anak yatim, Mani menangis.. Mani berpatah balik dan ambil keputusan untuk jaga anak tu..

Anak tu semakin membesar dan akhirnya Mani berjaya mendapat kerja yang lebih baik tapi di sini Mani bertemu kembali dengan Sindhu.. Rupanya ada salah faham yang berlaku dan salah faham tu berjaya diselesaikan.. Mereka akhirnya berbaik..

Dada
2023 ‧ Drama/Family/Romance ‧ 2h 30m
A college student embraces fatherhood and provides unconditional care and love to his child while facing the challenges of life as a single parent.

Schweppes Lemon Lime

Assalamualaikum..
Hye semua..

Airnya menarik.. Gabungan limau dan lemon.. Tidak terlalu keras dan manis.. Gas karbonatnya pun tidak kuat, manja-manja je rasanya.. Okaylah berbanding air gas lain yang biasa Sha minum.. Airnya boleh diterima tekak.. Sha beli di 99Speedmart..

Schweppes Lemon Lime (320ml) - RM2.20

Pokok Kesukaan Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua pokok ini Sha dapat dari pengasuh anak Sha dan memang kesukaan Sha sebab dia berduri.. Lama dah sebenarnya nak pindahkan ke tanah tapi asyiklah lupa.. Semalam tengahari buat juga.. Di bawah terik mentari, akhirnya kedua-dua pokok ini selamat di tanam atas tanah.. Sha letak dalam gelung tayar dan pengadang batu untuk elakkan dari terkena mesin rumput.. Demi keselamatan pokok, kita buatlah pengadang.. Gitu.. Lagipun pokok-pokok ini mudah sangat nak jaga.. Janji jangan terlalu banyak air.. Kedua-dua pokok bunga ini jenis berduri sebab tu Sha suka..

Ini jenis daun panjang-panjang dan bunga dia berwarna merah..

Ini pula jenis daun lebar-lebar dengan bunga berwarna kuning dan ada tompok pink..

Pokok kunyit yang tumbuh dengan jayanya selepas pokok-pokok lalang berjaya dimatikan.. kikiki.. Kami tindih dengan alas getah atas lalang tu..

Update: Pokok ini usia dia 2 tahun 25 hari.. Boleh tengok di entry bertajuk Tanam Pokok Kunyit ini..

Sehingga ada bungalah.. Pertama kali Sha nampak pokok kunyit ini berbunga..

Ini pula cubaan menanam pokok bunga raya putih.. Kata orang tua, daunnya elok untuk jerlum anak yang demam.. 

Sunday, August 27, 2023

ebook | Scarlet Rose oleh Lucyana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini merupakan sambungan kepada Paper Heart oleh Lucyana yang pernah Sha kongsikan sebelum ini.. 

Kali ini Min dan Jia perlu berdepan dengan sesuatu yang lebih teruk dari sebelum ini dan ianya melibatkan rampasan yang dilakukan ke atas sekolah mereka, kebenaran mengenai kelahiran mereka dan juga pemilik jantung mawar merah.. Dalang yang menggerakkan buah catur supaya mereka semua berkumpul di dunia tersebut termasuklah mak dan ayah mereka.. Memang tak disangkalah.. Baru je nak syok, buku bersambung.. 

Semoga penulis diberikan ilham dan semangat untuk mempercepatkan penerbitan sambungan buku ini..

Sha baca pada 25/08/2023 dan selesai pada 26/08/2023..

Published May 1, 2022 by LUCYANA PUBLICATION ENTERPRISE
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Korea | Mask Girl (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Lain macam dramanya.. Huhuhu.. Walaupun 7 episod je tapi memang dasyatlah.. Tak sesuai ditonton bersama anak kecil.. Drama yang agak ekstrem gitu.. Kisah Kim Mo Mi yang bercita-cita untuk jadi artis namun bila besar wajahnya tak menepati kriteria seorang artis malah dia digelakkan.. Maka berkerjalah Kim Mo Mi di pejabat namun Kim Mo MI mempunyai kehidupan lain di waktu malam.. Kehidupan di sebalik topeng.. Kehidupan tu hancur kerana perasaan cinta.. Sehingga terjadinya pembunuhan tanpa sengaja, sengaja dan dari pembunuhan, kehidupan Kim Mo Mi mula hancur.. 

Kalaulah seorang ibu memuji fizikal anak dan membantu menerapkan bahawa kecantikan bukan sahaja di wajah, mungkin kehidupan Kim Mo Mi masih lagi baik..

Drama: Mask Girl
Also Known As: Maseukeugeol
Screenwriter & Director: Kim Yong Hoon
Genres: Thriller, Mystery, Comedy, Drama
Country: South Korea
Episodes: 7
Aired: Aug 18, 2023
Original Network: Netflix
Duration: 60 min.
Kim Mo Mi is an ordinary office woman with a severe sense of inferiority in appearance, and is caught up in various incidents while as an internet broadcast jockey with her face covered with a mask.

Joo Oh Nam is Kim Mo Mi’s coworker. He harbors a one-sided crush on Kim Mo Mi. As a character who also feels inferior about his appearance and lacks presence in general, Joo Oh Nam’s only source of joy is watching internet broadcasts. He will get swept up in an unexpected incident with Kim Mo Mi.

~~ Adapted from the webtoon series "Mask Girl" (마스크걸) written by Maemi (매미) and illustrated by Hee Se (희세). ~~

7UP Lemon & Lime

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara air berkarbonat yang digandingkan dengan limau dan lemon.. Kesukaan Sha ini dari dulu hingga sekarang.. Air ini kalau nak sedap lagi dan legakan tekak, boleh tambah ais, asam boi dan perahkan limau.. Pergh!!! Sejuk je dialalu tekak.. Tak caya, cubalah.. kikikiki..

7UP Lemon & Lime (320ml) - RM1.60

Saturday, August 26, 2023

Indonesia | Kalian Pantas Mati (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha teruja nak tengok lepas baca review Farhana di Kalian Pantas Mati (2022), dalam review tu Farhana ada sebut yang filem ini dibuat semula berdasarkan filem Korea bertajuk Mourning Grave.. Sha dah tengok yang versi Korea tu, jadi jom layan versi yang ini pula..

Versi Indonesia ini menarik juga.. Lebih terang berbanding versi Korea.. kikiki.. Okaylah nak layan.. Jalan cerita lebih kurang.. Mengenai pembulian yang melampau hingga menyebabkan kematian.. Maka bermulalah misi hantu membalas dendam.. Dalam masa yang sama ada seorang budak lelaki yang boleh melihat hantu dan selau membantu hantu-hantu tu.. Kerana itu dia dibuli.. Berpindah ke kampung dan berkawan dengan hantu.. Mula menyiasat mengenai hantu yang mengganggu kawan-kawan dia..

Tainted Soul
2022 ‧ Horror ‧ 1h 46m
A teenager with the uncanny ability to communicate with the dead must stop a vengeful demon who's exacting revenge on students at his high school.

KitKat Salted Caramel Cookie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Iklan untuk KitKat baru ini dah lama berlegar-legar di FB.. Sha jumpa di Kedai Mesra Petronas.. Sedaplah KitKat ini.. Tak ada rasa pelik dan tak adalah pula ketara rasa Salted Caramel Cookies tu.. Macam makan KitKat biasa pun ada ke lidah Sha dah tak peka.. hahaha.. Senang cerita, sedaplah untuk Sha.. Boleh beli lagi..

KitKat Salted Caramel Cookie (35g) - RM3.60

Ini rupa coklatnya.. Sama je macam KitKat biasa tu..

Jepun | Ghost Book (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi filem Jepun yang Sha terjumpa tanpa sengaja.. Jangan tanya dekat mana sebab Sha google je.. kikiki.. 

Filem ini comel je sebab ada yokai.. kikiki.. Bermula dengan 3 orang budak yang buat hajat depan kuil kecil.. Merekaternampak kelibat berkain putih melarikan diri selepas selesai buat hajat.. Malamnya mereka didatangi makhluk comel yang meminta merekake sebuah kedai buku dan ambil buku Ghost Book demi hajat mereka ditunaikan.. Mereka bertiga pergi dan ketika mereka cuba memasuki kedai tu, cikgu mereka nampak dan ikut masuk.. Sebelum sempat penjaga kedai terangkan syarat mengenai Ghost Book, mereka lari.. Tanpa mereka sedari, mereka telah ke dunia Yokai.. Mujurlah makhluk comel tu ikut mereka, makhluk tu lah yang terangkan apayang patut mereka buat..

Masa ini barulah tahu apa hajat mereka dan macam mana seorang lagi rakan mereka turut berada di dunia Yokai tu.. Comella tengok persahabatan mereka dan bagaimana mereka akhirnya serasi dengan cikgu tu.. Mereka kena tangkap Yokai dan masukkan dalam buku Ghost Book tu..

Movie: Ghost Book
Also Known As: Ghost Book Obakezukan
Screenwriter & Director: Yamazaki Takashi
Genres: Adventure, Fantasy, Supernatural
Country: Japan
Release Date: Jul 22, 2022
Duration: 1 hr. 53 min.
A story that depicts a number of trials, new encounters, and farewells awaiting children who have acquired a book, a ghost book that will fulfill any wish.

Friday, August 25, 2023

PizzaHut: Hut Poppers Hash Bites

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab nak tahu makanan apakah ini.. Rupanya Hashbrown yang dibentukkan seperti silinder.. Okaylah.. Rangup walaupun sejuk.. Terlambat ambil, jadinya dah sejuklah dia tapi masih lagi sedap dikunyah walaupun tanpa sos.. 

Sha add on masa beli Pizza, murah RM1 dari harga asal..

Hut Poppers Hash Bites (11pcs) - RM6.90 (add on price)

Gambar dalam iklan, macam banyak.. RM7.90

India | Kolai (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesekali bila layan filem dari India, tak sangka ada yang menarik seperti filem ini.. Filem penyiasatan mengenai kematian seorang model iaitu Leila di dalam rumah yang terkunci.. Suka watak penyiasat yang dibawakan oleh Vinayak.. Ketua polis sebok nak suruh kes ditutup secepat mungkin tapi Sandhya tetap menyiasat sambil dibantu Vinayak.. Sepanjang penyiasatan mereka, seorang demi seorang suspek mati bunuh diri atau pun dibunuh.. Memang pelik, sampailah Vinayak jumpa kunci kepada jawapan yang dicari.. Tapi tulah, penamat tu sepatutnya dapat dielakkan.. Ceritakan..

Kolai
2023 ‧ Crime/Drama/Thriller ‧ 2h 6m
When a famous model is killed, a smart detective investigates after realizing the incident seems to be a mystery.

Shopee | Aik Cheong It's Granola Berries Cup

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cuba satu lagi granola keluaran Aik Cheong.. Kali ini ada campuran pelbagai jenis beri.. Sha makan dengan susu juga cuma kali ini Sha rendam lama sikit dalam susu baru makan.. Rendam lebih kurang 10 minit macam tu.. Lagi sedap bila granola tu terendam lama dalam susu.. Rasa dia pun lebih sedap.. Masih ada granola yang rangup..

Aik Cheong It's Granola Berries Cup (50g) - RM5.90

Isi dalam dia..

Granola, Mixed Berries, Yogurt Bites & Spoon

Mixed Berries (10g): Cranberries, Blueberry, Mulberries, Goji Berries, Yogurt Bites

Granola Sachet (40g): Rolled Oat, Oat Powder, Chia Seed, Honey, Coconut Sugar, Canola Oil

Sha makan dengan susu..

Thursday, August 24, 2023

ebook | Inkubus oleh Zul Azlin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini lama juga Sha perlukan untuk habiskan.. huhuhu.. Ada sesuatu yang kurang tapi tak pandai Sha nak terangkan.. Bila baca tu diatak ada penyangkuk yang mampu mencangkuk bacaan untuk Sha kekal.. Sha baca sikit dan kemudian buat benda lain..

Kisahnya mengenai permasalahan keluarga yang terlalu tegas hingga menyebabkan Tallulah kemurungan.. Kebetulan Tallulah berkenalan dengan Timour, dan kerana itu Timour dituduh menyihir Tallulah.. Masalah psikologi yang tak disangka.. Agak rumit juga buku ini sebab ada unsur qarin yang mendampingi dan permasalahan emosi.. Bolehlah..

Sha baca pada 22/082023 dan selesai pada 24/08/2023..

Published December 1, 2022 by Buku Fixi
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Korea | The Pirates 2: The Last Royal Treasure (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Ohsem rupanya filem ini.. Kikiki.. Tambahan pula ada pelakon-pelakon yang Sha minat.. Pencarian harta karun yang tersembunyi di sebuha pulau yang susah untuk ditemui.. Perebutan antara dua pihak iaitu lanun laut dan juga askar yang cuba untuk menjadi raja.. 

Ada beberapa babak tu semulajadi kelakar.. Memang rasa lawak dia tu tak dipaksa-paksalah.. Tergelak santai Sha menonton filem ini.. Memang comel sangat bila dapat tengok Kang Ha Neul, Han Hyo Joo, Lee Kwang Soo dan Oh Se Hun..

Movie: The Pirates 2: The Last Royal Treasure
Also Known As: Haejeok 2, Haejeok: Doggaebi Gitbal, The Pirates: Goblin Flag
Screenwriter: Chun Sung Il
Director: Kim Jung Hoon
Genres: Action, Adventure, Historical, Comedy
Country: South Korea
Release Date: Jan 26, 2022
Duration: 2 hr. 6 min.
Join the adventure of a ship of murderous but merry misfits as they troll the deep blue sea for sunken treasure belonging to the royal family.

Former bandit leader Woo Moo Chi and his right-hand man Kang Seob prefer a life aboard a ship. Captain Hae Rang and her motley crew set sail to lay claim to the bounty only to face some unwelcomed competition from Bu Heung Soo.

Tealive: Nutty Butterscotch Muffin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini kali kedua Sha beli Nutty Butterscotch Muffin ini.. Sha suka sebab dapat muffin ini panas.. Lepas tu muffin dia pun memang sedap, lembut dan mewah rasa butterscoth tu.. Badam kat atas muffin tu pun banyak.. Muffin ini memang kenalah bila makan dengan kopi kesukaan Sha dari Tealive ini.. Setakat ini memang Sha beli Black Diamond Coffee (cold) ini je.. Ini ke rasanya yang kena dengan tekak Sha..

Combo air dan muffin dapatlah diskaun 20%

Nutty Butterscotch Muffin - RM6.89 (diskaun RM1.38)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com