Showing posts with label Cereka. Show all posts
Showing posts with label Cereka. Show all posts

Thursday, June 26, 2025

Cerpen | Lakaran Memori Abah oleh Ejart14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen ini Sha baca dekat aplikasi Cereka.. Menariklah sebab menyampaikan betapa seorang ayah tu sentiasa berusaha mencari rezeki bagi memenuhi keperluan keluarga.. Bagaimana si ayah tak berputus asa dengan anaknya dan menyakinkan anaknya untuk terus belajar.. Akhirnya usaha si ayah dan anak berhasil.. Si anak berjaya ke menara gading.. Memang cerpen yang menyentuh perasaan..

Wednesday, May 14, 2025

ebook | Kedai Mak Edah Dibomoh oleh Iqbal Rafiuddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Shalah kan.. Memang tak sangka sungguh dengan penmat cerita ini.. Hahaha.. Sabar jelah.. Awalnya kita ini ingatkan betullah disebabkan khianat sekali lain pula jadinya.. Adoilah.. Betullah orang kata, manusia sekarang ini dah gila.. hahaha.. Lain macam idea penulis.. Menarik..

Sha baca di aplikasi Cereka..

Sunday, May 11, 2025

ebook | Tentang Mak oleh Bushra Zulfa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ringkas ja cerita dia.. Kisah tentang seorang anak yang cuba menunaikan impian mak dia nak ke zoo negara.. Si adik merasa malu aalnya namun setelah dijelaskan kenapa kakak membawa mak ke zoo dan keterujaan mak melihat haiwan, dengan kita sekali sebak.. Namun kebahagiaan itu tak lama bila mak pergi mengadap Ilahi akibat kanser.. Sedih dan sebak bacanya.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 11 Mei 2025 sempena Hari Ibu sedunia.. Hargailah mak korang sekiranya masih ada.. 

Cerpen ini boleh di baca di aplikasi Cereka..

Friday, May 2, 2025

ebook | Amuk oleh Khairi Mohd

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang kena betullah gambar pada kulit buku dan tajuk dia dengan jalan ceritanya.. Memang betul-betul di amuk nya perasaan kita yang membaca.. Seram, misteri dan juga di mainnya emosi kita..

Cerita bermula dengan pertemuan antara Zairi dan Alamin.. Sementara menunggu Maisarah, Zairi membuka cerita tentang dirinya dan pengalaman mistik yang dilalui.. Paling memberi kesan dah tentulah cerita antara Zairi dan Maisarah.. Pengalaman yang dikongsikan Zairi memang mendebarkan namun bila sampai pada suku terakhir buku, terus rasa macam.. Argh!! Sakitnya tuh disitu.. Tak sangka sebahagian cerita Zairi bukanlah seindah seperti yang diceritakan.. Memang dengan kita sekalilah terasa beratnya apa yang ditanggung Zairi.. 

Penceritaan kali ini memang mantaplah pada Sha.. Tahniah penulis..

Seminggu lebih baru habis baca.. hahaha..

Published May 24, 2024 by Buku Fixi

Tuesday, October 1, 2024

ebook | Rasuk oleh Uja Hamza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen pendek dari aplikasi Cereka.. Kisah Muaz yang diterima berkerja di sebuah kedai bakeri.. Awalnya semua bai-baik sahaja.. Muaz buat kerja sambil berbual dengan Pakcik Hasnol.. Namun makin lama makin pelik perbualan mereka dan perangai Pakcik Hasnol pun makin lain.. Sampailah nama Muaz dipanggil kawannya Saenal.. 

Sha baca dan selesai pada 26.09.2024..

Saturday, September 21, 2024

ebook | Padam oleh Ibrahim Jama Huri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya bermula semasa Malik dan empat rakan mereka masuk ke dalam hutan untuk aktiviti lasak.. Tanpa sengaja mereka terjumpa 2 mayat dan pembunuh.. 2 rakan Malik dibunuh manakala Malik dan 2 lagi rakannya berjaya melarikan diri namun Azhan kemudiannya dibunuh.. Tanpa Malik sedar dia terambil 1 pendrive milik pembunuh dan Malik bersama Kamal kini diburu.. Kemunculan Razak membantu Malik dan Kamal membuatkan mereka bergabung dalam mencari siapakah dalang sebenar yang melakukan jenayah.. Rupanya ada konspirasi besar yang tak disangka..

Memang kisah aksi dan thrill yang mengancam.. Sha suka jalan cerita dia dan kelebihan yang ada pada Razak.. Mujurlah Malik pun ada kemahiran yang tak dijangka.. Kerjasama mereka memang dasyatlah..

Sha baca dan selesai pada 19.09.2024..

Published April 27, 2018 by Buku Fixi

ebook | Blogofobia oleh Shield Sahran

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Cerita yang menarik sangat.. Kisah seorang lelaki bernama Ahmad Soleh yang penakut dan tak suka cerita seram berpura-pura menjadi berani demi memikat Orked.. Berpindah dan berkerja semula di Malaysia bukan sahaja menemukan Ahmad Soleh dengan Orked yang cantik tetapi kawan lama beliau iaitu Abu Seman.. Blogfobia wujud demi Cik Orked.. Ahmad Soleh memburu cerita seram dan bertemu kembali dengan sahabat lama beliua bernama Mat Ila yang banyak berkongsi cerita seram pada Ahmad Soleh.. Tanpa Ahmad Soleh sangka, beberapa manusia yang ditemuinya sudahpun meninggal.. Bila kejutan berlaku Ahmad Soleh pengsan dan dimasukkan ke hospital.. Kisah yang menghantui pejabat mereka turut terbongkar dan pelaku sebenar yang membunuh kerana cemburu akhirnya membunuh diri..

Sha baca dan selesai pada 13.09.2024..

Published February 3, 2023 by Buku Fixi

Saturday, August 31, 2024

ebook | Terima Kasih, Luka oleh Hasif Rayyan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Baru faham kenapa tajuk dia macam tu..

Kisah Poji, Naura dan Karim.. Satu keluarga yang pincang hanya kerana semua perasaan terpendam.. Masing-masing terluka dan tidak meluahkan hingga membarah.. Poji meluahkan rasa ingin menyambung belajar di asrama bila kemasukan ke Universiti tidak lepas.. Naura menyangka yang dia beban pada smeua orang.. Karim pula masih terhimpit dengan rasa bersalah bila isterinya meninggal.. Merka sebenarnya slaing memerlukan cuma tak pandai nak meluah dengan betul.. Peristiwa Naura lari dari rumah dan kemudiannya diselamatkan Poji dan Ijat membuka banyak cerita yang berlaku.. Naura tersalah langkah bila terhidu dadah yang ada di lilin wangi jualannya.. Poji akhirnya nampak yang dia mula menjejak karekter Karim, iaitu ego.. Kekusutan terlerai dan akhirnya mereka mula saling menerima dna meluah..

Sha baca pada 29.08.2024 dan selesai pada 30.08.2024..

Published February 23, 2023 by IMAN Publication

Monday, August 26, 2024

ebook | FREKUENSI oleh Rizal Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gilalah.. Baca buku ini macam tengok filem mengenai zombie.. Perasaan teruja, takut dan berdebar-debar tu silih berganti.. Cara penulis menyampaikan cerita tu pun buat kau rasa macam kau turut berada dalam situasi watak..

Bermula dengan haiwan tiba-tiba mengamuk dan seminggu kemudian manusia pula.. Langit seolah-olah terkoyak, ada suara dalam kepala.. Ramai yang mula menjadi gila dan menyerang mereka yang normal, dalam masa yang sama ada yang mula berubah.. Tak gila, tak diserang orang gila tapi punya perangai yang lagi gila.. Nampak normal tapi tak dijangka.. Huru hara jadinya.. Watak utamanya Zaril berubah selepas cuba menyelamatkan Mei Lin namun hanya menyerang mereka yang seperti dirinya tapi gila..

Cuma tu lah.. Ada beberapa perkara yang tak ada jawan.. Penulis tinggalkan sebagai persoalan.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 25.08.2024..

Published March 15, 2024 by Buku Fixi

ebook | BIDAN oleh Nil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini memang layak menang sayembara Fixi.. Jalan cerita dia cantiklah pada Sha.. Suka sebab ada dua babak, dari moden ke zaman silam..

Syifa merupakan seorang misi yang dihantar ke sebuah kampung di pendalam Terengganu.. Tempat yang Syifa' kena pergi ini ada gangguan namun dia tetap bertahan.. Awalnya semua baik-baik sahaja sampailah kemunculan seekor ular putih.. Syifa' tercampak ke masa lalu dan bertemu dengan Cemani, Khaidir dan ahli keluarga Tokki yang lainnya.. Bukan itu sahaja, Syifa terpaksa bertempur dengan penanggal, makhluk seram lain serta Sukma yang gila..

Memang buku ini mantaplah dengan aksi, seram dan juga debaran.. Tahniah untuk penulis..

Sha baca dan selesai pada 17.08.2024..

Published March 15, 2024 by Buku Fixi

Tuesday, July 23, 2024

ebook | Lentera Kaca oleh Nuha Yusuff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Geram, marah dan tertekan sebenarnya membaca buku ini.. Sha memaksa diri untuk terus membaca.. Kali ini memang lama gila nak habiskan sebab geram dengan watak Dian.. Sha rasa Dian tak patut tetus memaksa diri berada dalam bidang kejuruteraan semata-mata nak dapatkan pengiktirafan dari keluarga sebelah ayahnya yang toksik.. Mak Dian pun tak sepatutnya mengalah dan membiarkan diri dihina.. Perangai mak Dian menjadi salah satu sebab kenapa Dian bersifat begitu.. Tapikan semakin Sha baca semakin Sha faham dengan tindakan Dian.. Peperangan di hati mengenai apa itu kejayaan sebenar membuatkan Dian tersalah pilih.. Mujurlah di akhir peristiwa yang menyesakkan Dian mula nampak jalan hidup dia.. Bukan mudah untuk manusia membentuk diri bila melalui cabaran.. 

Baca buku ini memang perlukan kesabaran terutama sekali dekat watak utama dia Dian..

Sha baca dan selesai pada 18.07.2024..

Published February 1, 2023 by Mangosteen Publication PLT

Wednesday, June 26, 2024

Cerpen | Cempaka Ayah oleh Ieyqaroses

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen ini Sha baca di apliasi Cereka.. Cerita tentang seorang anak yng selalu inginkan kehadiran yahnya setiap kali dia menerima anugerah disekolah.. Namun ayab tersayangbtak pernah hadir.. Hinggalah pada majlis anugerah percubaan SPM, ayah yang ditunggu ditimpa kemalangan.. Meninggalkan sepucuk surat dan sebekas coklat buat tatappan si anak.. Rupanya bukan si ayah tk mahu datang, tapi keadaan diri membuatkn si ayah rendah diri..

Pengorbanan seorang ayah yang inginkan anaknya berjaya..

Friday, June 7, 2024

ebook | Takdir oleh Norsamila Samsudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Memang betul-betul menyentuh jiwa.. Nama watak pun sempoi je.. Kisah J yang berada dalam jalan kelam bertemu dengan El.. Hanya J sahaja yang mengenali wajah El, manakala EL pula setakat mengenali suara J sahaja.. Dari EL, J belajar memperbaiki diri.. Mengubah kehidupan yang gelap dengan kembali kepada Allah.. Mereka terpisah bila J mula merasakan cinta kepada El.. Namun takdir menemukan mereka kembali di saat El tidak sihat.. Memang bestlah baca ebook ini..

Saya baca dan selesai pada 05.06.2024..

Published October 24, 2023 by Cereka

Tuesday, June 4, 2024

ebook | Leluhur oleh Arman Jazee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca di aplikasi Cereka.. Jun ini kita mulakan dengan buku baru di Cereka bertajuk Leluhur.. Pergh!! Permulaan yang mantap..

Inspektor Damia di datangi kes yang sungguh tak disangka.. Pembunuhan kejam yang sangat pelik dan saling tidak berkait.. Pada pembunuhan pertama, Inspektor Damia cuba menggunakan deria keenam untuk melihat penjahatnya tapi tak berjaya.. Pada pembunuhan kedua, deria keenam Inspektor Damia telah disekat pembunuh dan Inspektor Damia diugut untuk tidak meneruskan penyiasatan tapi beliau tetap teruskan.. Pembunuhan ketiga menemukan Inspektor Damia dengan pembunuh secara berdepan dan dari situ penyiasatan Inspektor Damia mula menampakkan sinar tapi akibatnya juga tak terjangkau dek akal.. Apa yang diketahui dan ditemui bukanlah apa yang disangka.. Pertempuran yang telah berlaku sejak berzaman dan kebenaran yang menyakitkan..

Kalau baca penamat macam penulis nak buat sambungan.. Harapnya adalah.. Lama tak teruja macam ini.. kikiki.. Tahniah penulis untuk buku yang ohsem ini..

Sha baca dan selesai pada 01.06.2024..

Published January 1, 2023 by Alaf 21

Wednesday, May 22, 2024

ebook | KAD oleh Zunally

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahniah penulis untuk cerita yang berjaya menangkap mata Sha..

Kisahnya Hani yang baru kembali semula ke sekolah biasa selepas mengalami peristiwa buli yang gila.. Hari pertama persekolahan, kepala Hani disentuh bola sepak yang membawa kepada perkenalan Hani dengan 4 jejaka iaitu Adrian, Izmeer, Khairul dan Daniel.. Mereka berlima akhirnya menjadi sahabat karib dan melalui bukan sahaja peristiwa biasa tetapi luar biasa ganas bersama-sama.. Hani nekad untuk melalui hari-hari biasa sahaja untuk tahun terakhir bergelar sebagai pelajar sekolah tapi tanpa disangka masih ada yang menyimpan dendam.. Sekali lagi Hani diganggu, walaupun gangguan seolah-olah sama namun sepatutnya tidak terjadi sebab pelaku yang sebenar masih dalam keadaan koma.. 

Awalnya Sha pun tak sangka tapi bila baca betul-betul, memang boleh teka siapa penjahatnya.. Syoklah baca kisah budak sekolah, gangguan yang hampir meragut nyawa dan juga turun naik emosi manusia.. Paling suka watak Khairul yang gila-gila dan selalu ada jenaka tiba-tiba.. 

Sha baca dan selesai pada 17.05.2024

Published December 29, 2023 by Buku Fixi

Tuesday, March 19, 2024

ebook | Gelombang Baru 3: Menjadi Matahari oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Penutup bacaan yang mantap pada Sha.. Akhirnya saat dan masa yang ditunggukan oleh pasukan bola tampar MATRI tiba juga.. Mereka akan menyertai kejohanan MSSP dan bertarung dengan musuh tradisi mereka.. Dalam masa yang sama Hussam atau Saiful telahpun bersedia untuk menghadapi helah dan niat buruk Cikgu Senan.. Kali ini memang Saiful berniat untuk bawa Cikgu Senan ke muka pengadilan.. Terlalu banyak onar yang telah dibuat..

Penghujung cerita kita diberikan sesuatu yang sungguh tak disangka.. Harapnya penulis buatlah sambungan supaya Arjuna bertemu dengan idolanya kembali..

Sha baca dan selesai pada 10.03.2024..

Published January 1, 2020 by Hilal Asyraf Resources

Monday, March 18, 2024

ebook | Gelombang Baru 2: Meniup Taufan oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas berjaya mendapatkan tempat kedua, pasukan bola tampar MATRI perlu menghadapi ujian dibubarkan kerana prestasi pelajaran mereka yang lemah.. Jurulatih Hussam kekal bertenang dalam usaha membantu anak-anak muridnya.. Semangat dan kesungguhan mereka membuahkan hasil.. Walaupun tidak cemerlang namun mereka tidak juga mendapat kegagalan.. Semua subjek lulus maka kekallah mereka untuk berlatih dan bertanding..

Satu lagi usaha Hussam ialah membina hubungan pelajar dengan keluarga mereka kerana keredhaan dari mak ayah akan memberikan jalan yang baik buat pelaja-pelajarnya.. Penghujung cerita mereka diuji dengan kerenah dari pihak lawan yang mempercepatkan pertandingan MSSP, namun Hussam hanya tersenyum dan meneruskan latihan luar jangka buat anak-anak didiknya..

Sha baca dan selesai pada 10.03.2024

Published January 1, 2020 by Hilal Asyraf Resources

Sunday, March 17, 2024

ebook | Gelombang Baru 1: Membina Arus oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha tak berniat pun nak baca siri ini sebab berkisarkan tentang sukan bola tampar.. Tapi bila dah mula baca, memang tak boleh berhent.. Menarik gila.. 

Pasukan Bola Tampar Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI) mengalami prestasi yang menjunam disebabkan ketidak serasian diantara pemain.. Mereka tidak boleh berkerjasama dan terlalu menekan kemahiran yang mereka kuasai.. Semangat berpasukan langsung tak ada sehinggalah kemunculan Hussam.. Hussam merupakan jurulatih baru mereka dan Hussam cuba membina asas mereka terlebih dahulu.. Arjuna kekal tidak mahu terlibat dan tempatnya diisi oleh Malek.. Awalnya memang nampak kecelaruan, kesombongan dan ego mereka namun sedikit demi sedikit, Hussam mula membentuk peribadi mereka.. Kemuncaknya bila Hussam mendaftarkan mereka ke Pertandingan Terbuka Bola Tampar Masyarakat Negeri Perlis, demi menunjukkan kekurangan mereka semasa pertandingan.. Pada Hussam ini juga satu pembelajaran dan mereka menemui kekurangan mereka semasa pertandingan ini dan kemunculan susuk yang penting untuk pasukan mereka berjaya memberikan kemenangan buat mereka pada saat akhir..

Sha baca dan selesai pada 09.03.2024..

Published January 1, 2020 by Hilal Asyraf Resources

ebook | Takdir 3: Janji-Nya Yang Tidak Termungkir oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya juga habiskan bacaan untuk buku ini.. Satu perjalanan yang panjang bukan sahaja untuk Angkasa tetapi untuk Sha juga.. Buku ketiga ini memang menjemput pelbagai emosi buat Sha.. Bukan mudah nak menumbangkan Sang Ashura namun mereka juga tidak boleh mengalah.. Usaha perlu dibuat dan diteruskan dengan berstrategi.. Mujurlah mereka memiliki Mughirah Syu’bah yang bijak mengatur strategi untuk menentang Sang Ashura.. Paling penting kesepakatan antara mereka dengan kerajaan lain, turut membantu.. Angkasa Sakti pula, walaupun awalnya berpatah hati bila menerima kejutan mengenai dirinya namun kemudian bangkit semula dengan lebih semangat untuk meneruskan misi beliau.. Kesudahan yang cantik walaupun melalui liku-liku yang pedih..

Sha baca dan selesai pada 09.03.2024..

Published March 31, 2020 by HILAL ASYRAF RESOURCES

Saturday, March 16, 2024

ebook | Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah Tanah Haram Madinah bergabung dengan Tanah Haram Makkah, Angkasa Sakti, Aizan Fahmi serta Endless meneruskan pengembaraan ke Sorga.. Walaupun ketenang datang bertamu namun pejuang Islam tidak hanya bersenang-senang.. Mereka melancarkan beberapa strategi untuk terus memerangi Sang Ashura.. Namun tanpa mereka sedar, Sang Ashura turut punya rancangan untuk membalas.. 

Tanpa disangka pertembungan berlaku antara Janggel dan Tanah Haram Makkah hingga mengorbankan Ruh Faizan.. Namun semuanya menjadikan mereka lebih beriman kepada Allah.. Cabaran demi cabaran dihadapi dengan tabah dan usaha menentang Sang Ashura tetap diteruskan.. Usaha Angkasa Sakti mencari maklumat mengenai Sang Ashura juga sedikit sebanyak mengembalikan semangat mereka.. Namun mereka diuji dengan penangkapan Izrayel dan Endless..

Sha baca dan selesai pada 09.03.2024..

Published March 31, 2020 by HILAL ASYRAF RESOURCES
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com