Showing posts with label Review Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Review Cerpen. Show all posts

Wednesday, August 20, 2025

ebook | Kalsum oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha ingatkan buku ini berunsurkan seram disebabkan tingkah laku Kalsum yang misteri dan pelik.. Tu belum lagi amaran yang diterima oleh Affan dari seorang makcik.. Namun bila lama-lama membaca barulah faham apa yang penulis cuba sampaikan.. Tapi memang kesian jugalah dekat Kalsum tu.. Manakala Affan pula hanyalah mangsa tak sengaja.. Kesian Affan.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 19.08.2025

Published August 1, 2025 by Nursyazni e-Book Pub (967-26621)

Thursday, June 26, 2025

Cerpen | Lakaran Memori Abah oleh Ejart14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen ini Sha baca dekat aplikasi Cereka.. Menariklah sebab menyampaikan betapa seorang ayah tu sentiasa berusaha mencari rezeki bagi memenuhi keperluan keluarga.. Bagaimana si ayah tak berputus asa dengan anaknya dan menyakinkan anaknya untuk terus belajar.. Akhirnya usaha si ayah dan anak berhasil.. Si anak berjaya ke menara gading.. Memang cerpen yang menyentuh perasaan..

Wednesday, May 14, 2025

ebook | Kedai Mak Edah Dibomoh oleh Iqbal Rafiuddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Shalah kan.. Memang tak sangka sungguh dengan penmat cerita ini.. Hahaha.. Sabar jelah.. Awalnya kita ini ingatkan betullah disebabkan khianat sekali lain pula jadinya.. Adoilah.. Betullah orang kata, manusia sekarang ini dah gila.. hahaha.. Lain macam idea penulis.. Menarik..

Sha baca di aplikasi Cereka..

Sunday, May 11, 2025

ebook | Tentang Mak oleh Bushra Zulfa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ringkas ja cerita dia.. Kisah tentang seorang anak yang cuba menunaikan impian mak dia nak ke zoo negara.. Si adik merasa malu aalnya namun setelah dijelaskan kenapa kakak membawa mak ke zoo dan keterujaan mak melihat haiwan, dengan kita sekali sebak.. Namun kebahagiaan itu tak lama bila mak pergi mengadap Ilahi akibat kanser.. Sedih dan sebak bacanya.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 11 Mei 2025 sempena Hari Ibu sedunia.. Hargailah mak korang sekiranya masih ada.. 

Cerpen ini boleh di baca di aplikasi Cereka..

Tuesday, October 1, 2024

ebook | Rasuk oleh Uja Hamza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen pendek dari aplikasi Cereka.. Kisah Muaz yang diterima berkerja di sebuah kedai bakeri.. Awalnya semua bai-baik sahaja.. Muaz buat kerja sambil berbual dengan Pakcik Hasnol.. Namun makin lama makin pelik perbualan mereka dan perangai Pakcik Hasnol pun makin lain.. Sampailah nama Muaz dipanggil kawannya Saenal.. 

Sha baca dan selesai pada 26.09.2024..

Wednesday, June 26, 2024

Cerpen | Cempaka Ayah oleh Ieyqaroses

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen ini Sha baca di apliasi Cereka.. Cerita tentang seorang anak yng selalu inginkan kehadiran yahnya setiap kali dia menerima anugerah disekolah.. Namun ayab tersayangbtak pernah hadir.. Hinggalah pada majlis anugerah percubaan SPM, ayah yang ditunggu ditimpa kemalangan.. Meninggalkan sepucuk surat dan sebekas coklat buat tatappan si anak.. Rupanya bukan si ayah tk mahu datang, tapi keadaan diri membuatkn si ayah rendah diri..

Pengorbanan seorang ayah yang inginkan anaknya berjaya..

Friday, February 2, 2024

Zine | A Gift For D'Cleft oleh C.T. Roxalynna, Roxalynne

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kesemuan cerpen yang diletakkan dalam zine ini menarik dibaca cumanya tak puas.. Pendek sangatkan.. Pada Sha ada cerita yang boleh dikembangkan lagi menjadi novel panjang.. Namun ada juga cerita yang biasa-biasa sahaja.. 

Ini antara tajuk-tajuk yang ada dalam zine comel ini:-
Anak Si Kudung - Erescia Dee
Bayu Indah - Dayah Yusof
Hati Milik Siapa - Cheeq Zai
Jangan Benci, Nanti Cinta - Cik Bee
Tercipta Buatku - Nura 'Ainsya
Terima Kasih Sahabat - Ayra Awatif
Kerusi Malas Abah - Roxalynne

Sha baca dan selesai pada 02.02.2024

Published September 1, 2018 by Cactus Zine Enterprise

Saturday, November 18, 2023

ebook | Alternatif oleh Azmeer Shah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan menarik yang ringkas.. Faris mengkaji teori tentang Alternatif dimensi lain.. Malah Faris melalui sendirikeadaan di dimensi lain.. Namun pengakhiran cerita memang mengejutkan..

Sha baca dan selesai pada 17.11.2023..

Published September 22, 2023 by Cereka

Sunday, February 19, 2023

Cerpen | Syaitan Putih di Tanzania oleh Iqbal Rafiuddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedihnya bila kecacatan menjadi satu isu berkaitan jembalang.. Manusia selalu memilih untuk takut pada perkara yang mereka tak tahu dan tak berusaha memahami.. Cuma tu lah, apa agaknya akan jadi pada adik Kiwale tu nanti..

Sha baca dan selesai pada 19.02.2023..

Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Cerpen | Oyen Ganas oleh Nur Amynasuha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Sesuai betul tajuk dengan jalan cerita.. Memang ganas betul Amri si kucing oren.. Sekali serang je, habis dibelasahnya sekawan anjing..  Tak ada main-main punya.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2023..

Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Cerpen | Nombor 5, Tingkat 5 oleh Khairunnisaq

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Bergetar hebat jantung Sha baca cerpen ini.. Memang lain macam jalan cerita dia.. Walaupun pendek je tapi rasa macam panjang gila.. Hahaha.. Kalaulah penulis terjumpa ulasan Sha ini, Sha harap sangat dia buat versi novel.. Kembangkan lagi jalan cerita dia sebab watak dia yang kurang upaya dan terperangkap di tingkat 5 tu mampu memberikan rasa yang pelbagai pada Sha yang membaca..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2023..

Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Saturday, February 18, 2023

Cerpen | Senandika oleh Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi cerpen menarik dari aplikasi Cereka.. Tak rugi sebenarnya melanggan Cereka dengan bayaran RM4.90 sebulan kerana cerpennya sahaja dah mampu buat Sha teruja membaca..

Senandika ini mengenai eksperimen gila.. Tome seorang gadis yang minat bermain ragbi, tiba-tiba menjadi hebat.. Semuanya bukanlah kerana bantuan ubat atau dadah sebaliknya disebabkan kewujudan Aza dalam tubuhnya.. Aza yang secara tak sengaja terwujud dalam tubuh Tome bila dia mengusik alatan Profesor Lily.. Aza memujuk Tome untuk berjumpa dengan Profesor Lily bagi mengeluarkan Aza dari badan Tome.. Tapi rupanya ada hal lain yang berlaku.. Cerpen yang pendek namun menarik..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2023..

Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Cerpen | Pusaka oleh Norsamila Samsudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penat membaca novel, Sha pilih untuk baca cerpen di Aplikasi Cereka.. Cerpen bertajuk pusaka ini kalau dikembangkan menjadi novel, memang ohsemlah pada Sha..

Ceritanya ringkas dan padat.. Sha suka.. Kisah cucu bernama Amran yang merajuk lari ke bandar akhirnya pulang ke kampung.. Rajuk yang lama hinggakan arwah datuknya meninggal pun dia tak pulang.. Amran akhirnya pulang namun yang menunggu bukanlah seperti apa yang nampak di mata.. Sedih jugalah.. Tapi ohsem..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2023..

Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com