Wednesday, October 14, 2026

Pekan Jumaat Sungai Bayor, Selama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan cerita baling belakang ini..

Kami gerak seawal jam 5.20 pagi.. Singgah solat Subuh di R&R Tapah dan gerak semula jam 6.30 pagi.. Kami sebenarnya dah terlewat keluar dari masa yang sepatutnya tapi okay ja.. Kita santai-santai layan suasana pagi..

Pasar ini okay untuk datang kalau korang nak merasa suasana pasar pagi yang panjang.. Tak banyak makanan menarik atau lain dari yang lain.. Kiranya untuk Sha, Sha tak jumpa tarikan yang kuat kalau nak datang lagi.. Ini kiranya pengalaman nak merasa je lah..

Makanan menarik yang Sha jumpa dekat sini apam lenggang dengan apam beras/gandum pelbagai perisa ja.. Lepas tu buah Kulim.. Elok lepas jumpa dekat pasar ini, eh ada pula yang jual dekat tempat Sha buah Kulim tu.. kikiki..

Singgah R&R Gunung Semanggol Arah Utara sekejap, minum kopi mesin dulu baru gerak balik..

Jalan asal tutup sebab nak buat jambatan baru.. Kenalah kita lalu jalan lain..

Patutnya boleh sampai lagi awal tapi masa masuk tol Alor Pongsu, jalan nak ke pasar tu tutup.. Terpaksalah masuk lebuhraya balik dan keluar tol Bandar Baharu, Serdang.. Lalu Selama Kedah baru masuk Selama Perak.. kikiki..

Temasya Pasar Pagi
Pekan Jumaat Sungai Bayor, Selama Perak.

Ini gerai mula-mula Sha beli Apam Lenggang.. Beli yang biasa 2 ketul (RM1.60) dan apam kelapa 1 ketul (RM1)..

Jumpa buah Kulim ini.. Buah ini orang guna untuk buat ubat, jadinya kita ambil gambar ja.. Buah kulim atau nama saintifiknya Scorodocarpus borneensis (dikenali sebagai "bawang hutan")..

Suasana dia macam pasar pagi biasa ja.. Cuma panjanglah..

Ini gerai yang kedua.. Lebih sedap pada Sha dan encik suami.. Sha beli yang biasa 5 ketul (RM4) dan yang cheese 1 ketul (RM1.50) sebab inti kelapa dia dah habis.. Lepas tu dia bagi extra seketul yang biasa..

Singgah makan tengah hari dekat Parit Buntar.. Sha nak makan kari sembilang, dah habis pula.. Tak ada rezeki..

Berhenti solat dekat R&R Gunung Semanggol arah Selatan dan minum dulu..

Singgah sejukkan badan dalam Dunkin' Donuts dulu dekat R&R Tapah Arah Selatan.. Sempatlah bungkus donut dan cookies untuk anak-anak..

Sha beli Apam beras rasa coklat (2 bungkus), Apam gandum (sebungkus) dengan Sagun bakar sebekas.. Apam tu 3 bungkus RM10, sagun tu RM5 sebekas.. 

Apam beras dan apam gandum memang lain tekstur dia.. Tapi Sha suka ja dua-dua.. Sagun tu pun sedap.. Rugi pula beli sebekas ja..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com