Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Wednesday, October 28, 2026

Crazy Wednesday by 7-Eleven

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha tak beli banyak barang pun.. Asalnya Sha nak beli Pocky ja sebab perisa yang ini macam tak nampak ada jual dekat pasaraya.. Kebetulan dia bagi tawaran harga menarik hari ini, bolehlah menyinggah beli.. Kali ini Sha singgah 7E dekat Behrang 2020... Sha jarang singgah sini sejak dia tukar jadi 7E Cafe.. Tempat dia macam tak berapa menarik.. kikiki..

Akhirnya setelah sekian lama, berjaya juga Sha dapatkan beg warna oren ini.. Beg ini 60 sen satu.. Sha dah ada warna hijau dan merah..

Mamee Express tu RM2 satu.. Sha beli perisa sayur dan tomyam.. Ini makanan tambahan kalau tiba-tiba lapar dekat pejabat.. kikiki.. Haus Boom tu RM1 untuk 1 tin.. Sha beli perisa Cola dengan Strawberi.. Peanut Mixed Anchovy tu RM2.. Pocky tu pula beli 1 percuma 1.. Harga untuk 2 tu RM4.90..

Masuk kerja pagi ini ada jururawat bagi nasi lemak.. Sedap pula tu nasi lemaknya..

Tuesday, October 27, 2026

📷 Coretan Sehari | 27 Oktober 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini Sha bertugas untuk ambil suratkhabar dekat kedai dalam Pekan Slim.. Pagi tadi lepas ambil suratkhabar, memang melilau mata Sha cari lori Gardenia sebab nak beli roti kesukaan Sha ini.. Lorinya ada depan 7E, orangnya tak ada.. Tunggulah Sha, rupanya orang tu kat dalam 7E tengah kira stok.. Bila dia keluar terus Sha tanya roti ini.. Alhamdulillah dapat juga beli.. Ini bekal dekat pejabat kalau Sha tak bawa nasi.. Lepas dapat roti, sempatlah menyinggah 7E.. kikiki..

Sha suka roti ini sebab ada bau dan rasa susu.. Boleh makan macam tu ja, cicah kopi atau bubuh inti..

Oatside ini 2 botol RM4.50..

Lepas tu staf 7E tu tanya, akak dah tebus ke keropok asam pedas tu.. Kalau belum dekat rak ada keropok tu.. Makanya jomlah kita ambil dan tebus.. Sempatlah Sha tebus Slurpee Plushie Keychain ini.. Lama dulu, dah pernah tebus tapi warna biru.. Kali ini kita ambil warna pink pula, yang ini Pinky Frost.. Awal bulan hari tu promosi ini macam muncul balik tapi Sha tak kejar pun.. Tau-tau voucher dia muncul dekat bahagian My Rewards.. Makanya jomlah tebuskan.. 

Tebus terus dua-dua voucher ini.. Sekarang ini 7E macam rajin bagi voucher produk free.. Kena rajin tengok ja dekat bahagian E-Vouchers..

Saturday, October 24, 2026

Coretan 24 Oktober 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi Sha ke pasar malam cari pecal.. Memang tiap minggu pergi sekarang ini.. Selagi tak jemu, selagi tu Sha dan encik suami beli.. Masa mula-mula beli, kami beli 1 ja.. Lepas tu memang beli 2, baru puas makan.. Pecalnya dia bungkus dalam daun pisang l.. Memang sedap kuah kacangnya.. Pecal ini jual dekat bahagian yang dekat dengan kedai Arwah Mamat Khalid.. 

Sambil cuci mata tengok jualan, sambil briskwalk juga.. kikiki..

Pecal RM5.. Memang sedap dan kenyang makan ni.. Sha tak makan nasi dah kalau makan pecal ini..

Lepas tu kita beli buah juga.. Anggur tu 3 bekas RM20.. Manis, rangup dan tak ada biji.. Buah epal tu 6 biji RM5 dan pir hijau tu RM10 untuk 7 biji..

Amani kirim kek batik ini.. RM10 sebekas..

Sempatlah Sha singgah 7E beli dua air ini dan slurpee untuk Imani.. Drinho tu ada kupon, tu yang Sha beli.. RM1.50 ja kalau guna kupon dalam aplikasi 7E tu.. Air kopi tu pula tengah promosi, RM1.50 juga..

👣 Jejak Sihat | 15 & 24 Oktober 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama betul tak briskwalk.. Satu sebab anjing.. Lepas tu jerebu pun teruk.. Rasa sesak nafas bila briskwalk.. Tu yang makin tak semangat.. Bila dah semangat balik, musim hujan pula.. Petang ja hujan.. Malam sejuk ja rumah.. kikiki.. Tapi tu lah, walaupun hujan tetaplah jerebu tak kurang-kurang.. huhuhu.. Selalunya sekarang ini Sha turun naik tangga hospital, parking jauh supaya boleh jalan kaki.. Pagi ini keluar briskwalk balik.. Kena semangat..

Berjaya buat 40 minit pagi ini.. Jauh gak Sha jalan..

Jerebu campur kabus memang apa pun tak nampak.. kikiki..

Hilang terus pusat islam dengan asrama pelajar..

Langsung tak nampak padang, pusat sukan.. Berkabus dan jerebu teruk..

Ini pagi 15 Oktober.. Masa ini dapatlah buat 32 minit..

Taklah teruk sangat tapi masih jerebu..

Masa ni cerahlah lagi kawasan..

Masih nampak bangunan Pusat Islam dan asrama..

Nampaklah pusat sukan politeknik..

Wednesday, October 21, 2026

7-Eleven Crazy Wednesday

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kembali lagi dengan entry Crazy Wednesday oleh 7E.. Lepas hantar anak sekolah, terus Sha singgah 7E untuk membeli belah.. kikiki.. Kebetulan hari ini banyak promosi yang menarik dan mengujakan.. Makanya jomlah kita beli sebelum stok habis.. Kalau ikutkan banyak lagi yang ditawarkan untuk Crazy Wednesday 21 Oktober ini.. Tapi Sha beli yang Sha nak dan teringin nak cuba ja.. Ada juga yang Sha nak beli tapi dah tak ada stoknya ataupun Sha tak jumpa.. kikiki..

Aneka biskut Munchy (1 pek RM2), Sha beli 7 pek.. Mamee Chef tu beli 2 dengan harga RM4, Sha belilah 2 lontong dan 2 kari laksa.. Minuman 3in1 jenama Leon Hart tu pula RM1 ja untuk 1 pek.. Sha beli kopi 1 pek dan coklat 1 pek.. Air XP Energy Sparkling Drink tu pula RM2 untuk satu tin.. Sha beli perisa Yolo Yuzu 1 tin and Loco Lychee 1 tin.. Kesemuanya RM28 lepas diskaun.. Berbaloilah kan.. 

Oleh kerana Fanny ada bertanya pasal promosi 7E ini.. Bawah ini Sha kongsikan maklumatnya..
1. Tidak perlu aplikasi My7E, anda boleh terus walk-in sahaja ke mana-mana cawangan 7-Eleven Malaysia terdekat untuk membeli barangan promosi Crazy Wednesday dan Monday Madness.
2. Tawaran harga runtuh atau diskaun istimewa ini terbuka kepada semua pelanggan secara langsung di kaunter. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda tahu:
• Tertakluk pada stok: Promosi ini berjalan selagi stok item tersebut masih ada di kedai pada hari berkenaan (while stocks last). Biasanya, barang promosi yang popular akan habis dengan cepat.
• Kelebihan aplikasi: Walaupun tidak wajib untuk mendapatkan harga promosi tersebut, mempunyai aplikasi My7E membolehkan ahli mengumpul mata ganjaran, cop digital (stickers/stamps), dan menebus baucar eksklusif yang lain semasa membuat pembayaran.

Macam coklat Cadbury Dairy Milk Bscoff (32g) ini, Sha dapat percuma ja.. Sha tebus guna voucher yang ada dalam aplikasi 7E.. Tapi nak dapatnya bukan mudah ya.. Vouchernya dah lama Sha dapat tapi baru hari ini Sha dapat tebus sebab stok asyik tak ada ja.. kikiki..

Inilah vouchernya.. Khas untuk SuperFan.. Boleh tebus sekali ja..

Monday, October 19, 2026

Coretan 19 Oktober 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha teman encik suami ke Kapar jumpa kakak dia.. Kami lalu Felda Soeharto, kereta tak banyak dan sejuk ja.. Kami ke Kapar sebab nak selesaikan urusan khairat kematian MIL bawah STR.. MIL penerima STR tapi bukan encik suami yang daftarkan tapi kakak dia.. Jadinya ke Kaparlah kita.. Ambil kakaknya dan bawa ke BSN.. Terus dapat tunai RM1000.. Kejap ja dalam 10 minit, dah selesai urusan.. Tak ramai orang kat dalam BSN.. Lepas tu staf BSN tu suruh pergi LHDN untuk kemaskini maklumat MIL.. Pergilah kami ke LHDN di Shah Alam.. Mujurlah tak lama menunggu walaupun ramai orang.. Rupanya tak payah dah ke LHDN.. Bila dah tuntut wang khairat kematian tu, sistem akan kemaskini terus status penerima.. Adoilah.. Penat ja ke sana ke mari.. Tak pelah, pengalaman kan.. Boleh juga Sha kongsi kat sini..

Memang 10 minit ja tunggu.. Pantas.. Selesai urusan di LHDN kami hantar kakak encik suami balik dan terus gerak balik..

Singgah makan tengahari dekat Sekinchan.. RM20.50 termasuk air sirap limau mangkuk.. Sambal belacan dia sedap.. Ikan pekasam dia pun sedap.. Rangup.. Ada ja lauk eksotik macam belut, rusa..

Restoran Lembah Bernam, Sekinchan

Sampai ja Behrang, bawa Kuda Merah ini mandi dulu.. Lama tak bagi mandi.. Suram dah warnanya.. Sha buat water wax sekali.. Karang boleh ambil Amani dan Imani..

Friday, October 16, 2026

Coretan Semalam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ambil cuti rehat.. Nak bawa Imani ke hospital untuk TCA dan nak raikan ulang tahun encik suami.. Kami tak kemana pun.. Sha temankan beliau untuk urusan berkaitan arwah MIL dan pergi makan berdua..

Sebelum mulakan urusan, kenalah sarapan dulu.. Kami ke kedai makan di Behrang Stesen.. Kedai kesukaan kami berdua.. Sha makan nasi dan encik suami makan mi goreng..

Selesai urusan kami ke BSN untuk tuntutan khairat kematian MIL.. Tuntutan ini sebab MIL penerima STR.. Tapi urusan ini terpaksa ditunda sebab bukan encik suami yang daftarkan MIL untuk menerima STR..

Ini pula untuk urusan Sumbangan Takaful Tabarru' Khairat Kematian Kerajaan Negeri Perak.. Syarat dia kenalah berusia 60 tahun ke atas, mestilah rakyat Negeri Perak dan tempoh permohonan adalah dalam 3 bulan dari tarikh kematian.. Waris boleh hadir terus ke Pusat Khidmat ADUN atau Pejabat Penghulu Mukim..

Wednesday, October 14, 2026

Coretan Crazy Wednesday by 7-Eleven

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Pagi ini ada pengunjung Perpustakaan bagi nasi lemak dekat Sha dan rakan sekerja.. Oleh kerana jumlahnya banyak, maka Sha panjangkan sedekah tu dekat rakan di Pentadbiran juga.. Rezeki dikongsi bersama.. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan lagi rezeki buat yang memberi..

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, Sha sempatlah belek aplikasi 7E untuk promosi Crazy Wednesday.. Menarik betul tawaran Crazy Wednesday hari ini.. Banyak makanan dan minuman yang berbaloi untuk dibeli.. Jadinya Sha singgahlah dekat 7E Cafe kesukaan Sha di Behrang Resident.. Sempatlah bergosip pasal tawaran Crazy Wednesday ini dengan adik juruwang tu.. kikiki.. 

Hershey's tu beli 1 percuma 1, dua tu harga dia RM2.40.. Air Fuze Tea Jasmine Honey Zero Sugar tu pula dijual dengan harga RM1 sahaja untuk 1 botol.. Oleh kerana Sha tak pernah cuba lagi, Sha belilah lebih.. Biskut Quaker Oat tu pula RM1 untuk 1 pek.. Sha beli coklat cip tu 5 pek dan kacang madu tu 6 pek..

Kalau korang belum pergi 7E, bolehlah pergi nanti.. Bukan selalu tawaran dia menarik..

Tuesday, October 6, 2026

Coretan Monday Madness

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Perpustakaan dikunjungi ramai pelajar pelatih, makanya stok biskut habis licin.. Kebetulan semalam dekat 7E ada Monday Madness, makanya petang tu Sha singgahlah dengan tujuan khusus untuk beli biskut Lexus.. Lepus tu staf 7E tu tanya Sha tak nak tebus voucher ke.. Sha pun periksalah aplikasi 7E.. Iya lah, ada voucher 7E X PMC Merch.. Sha diberi pilihan stokin atau bandana.. Sha ambil stokin..

Biskut tu RM2 sebungkus.. Air Farm Fresh tu pun RM2 sekotak.. Promosi hari Isnin..

Inilah vouchernya..

Tak berjaya dapat beg.. huhuhu.. Jadilah stokin pun..

Saturday, October 3, 2026

Coretan 03 Oktober 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal jam 6.40 pagi Sha sekeluarga dah gerak ke Saujana Utama untuk sesi urut dan bekam Sha.. Urut Imani dan bekam Amani.. Selesai ja urut kami terus gerak balik sebab ada jemputan kenduri dekat Tanjung Malim.. Memang awallah kami sampai..

Menu di kenduri.. Sha ambil nasi beriani, ayam masak merah, jelata dan papadom.. Kuih tu pula kami kongsi berempat.. 

Sebelum balik, singgah pekan tukar bateri untuk dua-dua kunci kereta merah.. Satu dah mayi terus, yang satu lagi dah nyawa-nyawa ikan ja..

Petangnya Sha merayap ke Pasar Malam Tanjung Malim dengan encik suami.. Beli minyak wangi ini sebab arwah abah dulu suka beli.. Bau yang kasturi putih tu memang kesukaan abahlah.. 2000 bunga tu pula bau dia manis..

Tujuan utama Sha adalah buah-buahan ini.. Limau tu RM12 (sekilo), buah mangga RM11 (2 kilo 200g) dan jambu tu RM15 (sekilo setengah)..

Hari ini jumpa pecal style orang dulu-dulu.. RM5 ja, sedap betul.. Wangi sebab dia bungkus dalam daun pisang.. Beli juga kuih koci, abok abok dengan pulut panggang..

Beli juga jagung kesukaan Sha ni..

Saturday, August 22, 2026

Perginya Tak Kembali

Assalamualaikum..

Dukacita dimaklumkan bahawa mak mertua Sha, Rahmah Binti Pandak Ismail telah meninggal dunia pada 22 Ogos 2026 jam 11.10 pagi tadi..

Kepada semua yang membaca entry ini, Sha mohon sedekahkan doa dan Al-Fatihah untuk arwah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Aamiin..

Alhamdulillah selesai urusan pengebumian jenazah..

👣 Jejak Sihat | 20-22 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita briskwalk Sha.. Khamis berjaya briskwalk.. Jumaat tak berjaya sebab MIL masuk kecemasan.. Alhamdulillah, malamnya dibenarkan balik.. Pagi ini dapat briskwalk..

Langit hari Khamis.. Terang betul.. Bahagia mata dan jiwa Sha..

Cerahkan..

Teruja betul bila tengok langit biru macam ini..

Petang Khamis dapatlah buat 3186 langkah dengan masa 32 minit.. Meriah sepanjang jalan dengan pelajar berlari serta beriadah..

Matahari mula menunjukkan cahaya.. Tapi gunung tu berkabus tebal.. Nampak sipi-sipi ja..

Alhamdulillah.. Makin cerah..

Pagi ini jauh sikit kita briskwalk.. Nak cover semalam yang tak berjaya buat.. kikiki..

Wednesday, August 19, 2026

👣 Jejak Sihat | 19 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Petang tadi dapat briskwalk.. Memang seronoklah hari ini.. Cuaca redup ja sebab Behrang baru lepas hujan lebat.. Sha risau juga sebab nampak mendung ja macam nak hujan lagi tapi briskwalk juga.. Kalau hujan, basah.. Bolehlah mandi hujan sambil mengenang zaman kanak-kanak.. kikiki.. Sha selamat sampai rumah dalam keadaan kering.. Ramai juga pelajar yang berlari dan beriadah petang ini.. Tangan tetaplah menggenggam sebiji batu sebagai keselamatan tambahan.. kikiki

Mendung ja langit..

Puncak gunung terlindung di balik awan..

Nak ambil gambar penuh tapi tak dapatlah pula..

Alhamdulillah.. Sejuk jiwa dan raga Sha..

Selesai 30 minit briskwalk dengan 3098 langkah..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com